Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Template

Powered by Blogger


widget

.:: KEPIMPINAN ULAMA' ::.

Photobucket

.:: TV PR ::.


Photobucket

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:


.:: TENTANG DIRIKU ::.

Tadika Chung Hwa, Kota Bharu [ 1986 ]
SRJK (c) Chung Hwa, Kota Bharu [ 1987 - 1990 ]
Sek. Keb. Rambutan Rendang, Kota Bharu [ 1990 - 1993 ]
Maahad Muhammadi Lelaki, Kota Bharu [ 1994 - 1996 ]
SMA Sungai Merab Luar Sepang, Selangor [ 1997 -1998 ]
Darul Quran Wal Hadis, Pasir Pekan [ 1999 - 2001 ]
Maahad 'Ali Dirasat Islamiah Wal Arabiah, Perak [ 2002 ]
Universiti Al-Azhar Cawangan Tanta, Mesir [ 2003 - 2009 ]

Sunday, November 2, 2008

LAMBAIAN KAABAH II ( Kaifiat Ibadat Haji )


















Syarat yang mewajibkan haji :


- Islam
- Berakal
- Baligh
- Merdeka

- Perjalanan yang selamat ( perjalanan untuk mengerjakan ibadat haji )

- Mampu


* Mampu yang dinyatakan ialah apabila seseorang itu mempunyai harta yang membolehkannya ia menunaikan haji, penyediaan bayaran pengangkutan dan nafkah pergi balik. Apa yang lebih penting orang yang hendak menunaikan haji,mereka mestilah tidak dikalangan mereka yang berhutang dan sihat tubuh badan.


* Jenis-jenis kemampuan :

-
Kemampuan langsung : seseorang yang sihat tubuh badan untuk melakukan perjalanan dan menunaikan kewajipan haji.

-
Kemampuan tidak langsung : Seseorang mempunyai harta yang membolehkan ia menunaikan haji boleh mewakilkan orang lain untuk menunaikan bagi pihaknya sewaktu dia masih hidup ( terlalu tua dan sakit ) atau sudah mati.Ini berdasarkan satu hadis Nabi saw : Seorang wanita daripada kabilah Khath’am berkata : “Wahai Rasulullah, sesungguhnya perintah Allah swt kepada hamba-hambanya tentang haji telah terkena kepada bapaku, seorang yang terlalu tua dan tidak mampu duduk di atas tunggangan, apakah saya perlu menunaikan haji untuknya ? jawab Baginda : “Ya”

Syarat kepada wanita yang ingin menunaikan haji :

Pertama :

i. Bersama suaminya atau mahram yang melalui nasab berdasarkan hadis Rasulullah saw :

لاَ تُسَافِرُ الْمَرْأَةُ يَوْمَيْنِ إِلاَّ وَمَعَهَا زَوْجُهَا أَوْ ذُو مَحُرَمٍ

Maksudnya : “Tidaklah boleh wanita bermusafir dua hari kecualulah bersamanya suami ataupun mahram”.

ii. Bersama kumpulan wanita yang thiqah, aatu masyhur dan kuat beragama. Bilangan paling sedikit adalah dua orang dan yang ketiga adalah dia, mestilah tidak disyaratkan wujub bersama mereka mahram ataupun suami salah seorang daripada salah seorang daripada mereka. Ini kerana keamanan dan kenyakinan tidak berlakunya fitnah kepada salah seorang daripada mereka terhasil dengan wujubnya kumpulan wanita yang thiqah ini.

Kedua :


- Wanita itu bukanlah berada dalam tempoh iddah talak ataupun iddah kematian suami.Allah swt berfirman :


وَاتَّقُوا اللَّهَ رَبَّكُمْ لَا تُخْرِجُوهُنَّ مِنْ بُيُوتِهِنَّ وَلَا يَخْرُجْنَ إِلَّا أَنْ يَأْتِينَ بِفَاحِشَةٍ مُبَيِّنَةٍ

Maksudnya : “Dan bertakwalah kepada Allah Tuhanmu. Janganlah kamu keluarkan mereka dari rumah mereka dan janganlah mereka (diizinkan) ke luar kecuali mereka mengerjakan perbuatan keji yang terang”. [65:1]

- Wanita tidak boleh melakukan perjalanan haji kecuali mendapat keizinan suaminya.sekiranya tidak diizinkan, tidak diharuskan dia menunaikan haji. Sekiranya dia mati sewaktu dia mampu dan suaminya melarang ( tidak mengizinkannya ), haji itu diqadha’ menggunakan harta peninggalannya dan dalam keadaan itu dia tidak berdosa.

Syarat sah haji :

Apa yang disebut sebelum ini adalah syarat-syarat wajib haji, jika sesiapa tidak memiliki salah satu syarat tadi maka tidak wajib haji baginya. Tetapi syarat-syarat tersebut tiada hubungan dengan sah ataupun tidak sahnya haji. Bahkan mungkin hajinya sah dalam keadaan tidak cukupnya syarat wajib dan mungkin tidak sah hajinya walaupun syaratnya sempurna.
Syarat sah haji seseorang ialah :


-
Islam : Seseorang bukan Islam tidak sah hajinya, jika ia memeluk Islam dan ia mesti menyempurnakan syarat wajib haji dahulu untuk menjadikan hajinya sah.

-
Mumayyiz : Kanak-kanak yang belum mencapai usia mumayyiz maka tidak sah hajinya, Mumayyiz adalah kanak-kanak yang mencapai usia yang cukup baginya memiliki kecerdikan dan kesedaran yang menjadikannya mampu menyucikan dirinya sendiri dan menguruskan keadaanya.

-
Beihram di miqat zamani : Miqat Zamani bagi haji ialah bulan Syawal, Zulkaedah dan sepuluh awal Zulhijjah. Tidak sah haji kecuali berihram dalam tempoh ini. Sekiranya dia berihram haji diluar daripada tempoh ini, hajinya tidak sah dan ibadatnya itu bertukar menjadi umrah menurut pendapat yang sahih.

-
Menyempurnakan semua rukun.

Wallahu’alam...


Bersambung di Lambaian Kaabah III nanti..InsyaAllah...

0 comments: