Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Template

Powered by Blogger


widget

.:: KEPIMPINAN ULAMA' ::.

Photobucket

.:: TV PR ::.


Photobucket

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:


.:: TENTANG DIRIKU ::.

Tadika Chung Hwa, Kota Bharu [ 1986 ]
SRJK (c) Chung Hwa, Kota Bharu [ 1987 - 1990 ]
Sek. Keb. Rambutan Rendang, Kota Bharu [ 1990 - 1993 ]
Maahad Muhammadi Lelaki, Kota Bharu [ 1994 - 1996 ]
SMA Sungai Merab Luar Sepang, Selangor [ 1997 -1998 ]
Darul Quran Wal Hadis, Pasir Pekan [ 1999 - 2001 ]
Maahad 'Ali Dirasat Islamiah Wal Arabiah, Perak [ 2002 ]
Universiti Al-Azhar Cawangan Tanta, Mesir [ 2003 - 2009 ]

Friday, January 29, 2010

Berikan Hak Kami...Jangan Terus Berdolak-dalih !!!


Semalam suatu himpunan raksaksa anjuran Kerajaan Negeri Kelantan dan Gerakan Menuntut Hak Royalti (GEGAR) telah berlangsung di Stadium Sulatan Muhammed ke
IV, majlis yang dihadiri hampir 100,000 rakyat Kelantan telah bermula dengan solat maghrib, bacaan yassin, solat isyak, solat hajat dan kemuncak himpunan adalah ceramah perdana khas tentang isu royalti oleh YBM Tengku Razali Hamzah. Turut hadir semalam ialah YAB Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat dan juga seluruh pimpinan kerajaan negeri Kelantan, kami rakyat Kelantan menggalungkan penghargaan kepada YBM Ku Li kerana sudi hadir untuk menceritakan hal sebenar isi perjanjian antara PETRONAS dan Kerajaan Negeri Kelantan ketika di bawah pimpinan Datuk Mohamad Nasir sebagai Menteri Besar dan pada ketika itu Ku Li memegang jawatan sebagai Pengerusi PETRONAS.

Dalam ucapan Ku Li semalam, kerajaan pusat wajib membayar royalti kepada kerajaan Kelantan sebagaimana yang termaktub dalam perjanjian. Sudah terbukti bahawa
minyak dan gas telah ditemui diperairan pantai Kelantan, maka bayaran royalti sebanyak 5% mesti dibayar oleh kerajaan pusat sebagai mana Sarawak dan Sabah turut dibayar maka kenapa tidak kepada Kelantan ? Ku Li turut memberitahu ada pihak yang tidak senang dengan kehadiran beliau ke majlis himpunan pada malam tadi, sambil menyatakan bahawa belaiu datang bukan mewakili mana-mana pihak bahkan kedatangannya sebagai seorang anak Kelantan yang ingin menuntut haknya yang telah dirompak sekian lama. Apa yang menarik, beliau mengungkapkan perkataan "PEDOLIKE DIORE" yang mendapat sorakan dan tepukan gemuruh oleh sidang hadirin yang hadir.

Kerajaaan pusat harus membayar RM 2 billion bukannya RM 20 juta seperti yang diwar-warkan oleh Dato' Pa melalui pembayaran wang ehsan dan beliau melahirkan
rasa kesal, kerana kerajaan pusat tidak menghormati perjanjian yang dibuat. Betapa dangkalnya pemikiran kepimpinan kerajaan pusat terutama 2 orang menteri yang berasal dari Kelantan yang bersungguh-sungguh menafikan hak Kelantan untuk mendapat royalti, sedangkan begitu jelas kedudukan pelantar minyak tersebut berada di perairan pantai Kelantan sambil itu beliau turut menyindir bahawa "tak perlu belajar tinggi, budak sekolah darjah enam pun boleh faham".

Oleh itu, kami seluruh rakyat Kelantan semakin sedar akan kejahatan UMNO dan Barisan Nasional yang sanggup menyorok hal yang sebenar dengan tidak menghormati
perjanjian yang telah dibuat demi untuk kepentingan peribadi mereka semata-mata. Ingatlah..! bangsa YAHUDI merupakan satu bangsa yang cukup terkenal sebagai bangsa yang suka melanggar dan tidak menghormati perjanjian...adakah boleh kita samakan dengan puak-puak laktuLLAH ini..? Tepuk dada tanyalah iman masing-masing..!! WaLLAHu'alam...




















Read More......

Thursday, January 28, 2010

Himpunan 100 Ribu Royalti Minyak Hari Ini (28 Jan 10)


"Himpunan 100,000 rakyat Kelantan yang bermula esok telah mendapat kelulusan daripada pihak polis," kata Setiausaha Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat (Gegar) Mohd Hisyamuddin Ghazali di sini, hari ini.

"Seluruh rakyat Kelantan dan masyarakat awam dijemput hadir. Alhamdulillah baru dapat permit polis. Jadi, program Himpunan 100 ribu rakyat Kelantan tuntut royalti minyak di negeri ini adalah halal di sisi undang-undang negara. Semua dijemput hadir.

"Permit polis itu, kami terima pada 3:18 petang (27 Jan 10) di Ibupejabat Polis Daerah Kota Bharu," kata beliau.

Ekoran itu, tambah Mohd Hisyamuddin, Gegar telah menyusun beberapa program sebagai langkah persediaan menjelang esok.

"Kita ada ceramah malam ini (28 Jan 10), termasuk program solat hajat berjemaah dan ceramah oleh Tengku Razaleigh Hamzah," kata beliau.

Mohd Hisyamuddin berkata, himpunan tersebut boleh diikuti secara langsung melalui laman sesawang http://kelantantv.pas.org.my/.

Read More......

Monday, January 18, 2010

Tengku Muhammad Fariz Petra..Raja Berjiwa Rakyat


DAULAT TUANKU



Pemangku Raja mengimami solat hajat

Dikerumuni oleh rakyat untuk bersalaman dengannya

Dikerumuni oleh rakyat untuk bersalaman dengannya

Sebahagian rakyat Kelantan yang hadir pada majlis solat hajat tersebut

Sebahagian rakyat Kelantan yang hadir pada majlis solat hajat tersebut



Sedutan video semasa YAM Pemangku Raja bersalaman dengan rakyat

Read More......

Tuesday, January 12, 2010

1 Dari 4 Penduduk Bumi Beragama Islam


VIVAnews - Hampir satu perempat penduduk bumi beragama Islam atau muslim. Ini berdasarkan study terbaru yang bertujuan memetakan populasi umat muslim dunia.

India, yang majoriti penduduknya beragama Hindu, memiliki penduduk muslim terbanyak di dunia, selain Indonesia dan Pakistan. Penduduk muslim India bahkan dua kali ganda dibandingkan yang ada di Mesir.

Kemudian, penduduk Muslim di China lebih banyak dari Syria. Muslim di Jerman bahkan lebih banyak dari Lebanon. Sedangkan Rusia punya penduduk muslim lebih banyak dari gabungan muslim di Jordan dan Libya.

Hampir dua pertiga penduduk muslim dunia berada di Asia, terpusat di Turki sampai ke Indonesia. Sementara, Timur Tengah dan Afrika Utara, keduanya menjadi tempat tinggal seperlima muslim dunia.

Berdasarkan laporan terbaru yang dikeluarkan Pew Forum on Religion & Public Life, ada sekitar 1,57 milion penduduk muslim di dunia atau 23 persen dari keseluruhan penduduk dunia yang berjumlah 6,8 milion.

Penelitian dilakukan dari data terkini demografi dari 232 negara dan teritori. Angka tersebut lebih tinggi dari pemeluk agama Kristen yang tercatat 2,25 milion, berdasarkan projek World Religion Database pada 2005. Menurut peneliti senior Pew Forum, Brian Grim, perkembangan jumlah muslim dunia sedikit mengejutkan.

"Secara keseluruhan, jumlah ini lebih tinggi dari yang saya perkirakan," kata dia, seperti dimuat CNN. Sebelumnya, estimasi jumlah penduduk muslim dunia dalam sekitar 1 sampai 1,8 milion.

"Banyak negara, yang kami kira tak ada penduduk muslimnya, ternyata mereka memiliki banyak penduduk muslim," kata direktur riset Pew Forum wilayah India, Rusia, dan China, Alan Cooperman.

Sementara, penulis buku terkenal Amerika Syarikat, Reza Aslan mengatakan laporan tersebut akan berimplikasi pada kebijakan Amerika Syarikat. Timur Tengah, kata dia, tak lagi bisa dijadikan representasi dunia muslim. "Isu menggapai dunia muslim, tak boleh hanya berfokus di Timur Tengah," kata dia.

Jika tujuannya menciptakan kesepahaman antara dunia muslim dan AS, fokus Amerika seharusnya di Asia Selatan maupun Asia Tenggara," tambah dia.

Read More......

Monday, January 11, 2010

Berhibur Sejenak...


WALI BAND - AKU CINTA ALLAH





WALI BAND - MARI SHALAWAT


Read More......

Mari Mengenali Ulama Nusantara...


TUAN GURU HAJI UTHMAN GURU MAT KILAU PAHLAWAN PAHANG



MAT KILAU

Utsman Senik - Mufti Pahang selama 20 tahun
Nama lengkapnya ialah Tuan Guru Haji Utsman bin Haji Senik bin Haji Ibrahim bin Haji Salim. Diriwayatkan bahawa beliau adalah keturunan Bugis. Tetapi jika diperhatikan nama ayahnya Haji Senik, menurut lazimnya nama Senik digunakan oleh masyarakat di Patani dan tidak pernah digunakan oleh orang Bugis. Namun, dengan pasti dapat diketahui bahawa Haji Senik mahupun ayahnya Haji Ibrahim , ayah dan datuk beliau meninggal dunia di Kampung Gaung Pendik, Kelantan Darul Naim. Sedangkan yang bernama Haji Salim moyang beliau pula meninggal dunia di Temasik. Tahun kelahiran Haji Utsman belum diketahui dengan pasti. Beliau meninggal dunia di Kampung Ketapang, Pahang Darul Makmur pada 12 Ramadan 1336 Hijrah/21 Jun 1918 Masihi)

PENDIDIKAN

Utsman dipercayai mendapat pendidikan awalnya di Kelantan Darul Naim, terutama daripada ayahnya atau datuknya. Pendidikan tentang keIslaman secara mendalam dilanjutkan ke Pondok Bendang Daya, Patani daripada Sheikh Abdul Qadir (Tok Bendang Daya II) bin Sheikh Haji Wan Mustafa al-Fathani. Selain itu beliau mempelajari ilmu Arabiyah seumpama ilmu nahwu, sharaf dan lain-lain, asas tauhid, fikah dan tasawuf. Beliau juga mempelajari ilmu hikmat yang dibangsakan kepada Imam al-Buni seperti tersebut dalam Syamsul Ma'arif al-Kubra, Mujarrabat dan lain-lain.

Dipercayai bahawa Uthman belajar langsung kepada Syeikh Haji Wan Mustafa al-Fathani, pengasas Pondok Bendang Daya, dan beliau pula adalah seorang hulubalang Patani yang sangat handal. Syeikh Haji Wan Mustafa al-Fathani adalah sahabat Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani. Kedua-duanya bersama Syeikh Abdus Shamad al-Falimbani ikut dalam satu peperangan besar ketika Kedah dan Patani melawan Siam.

Ilmu hikmat tersebut sangat berguna untuk menghadapi cabaran zamannya, kerana pada zaman itu orang ramai masih menghandalkan kekuatan fizikal berupa pencak silat untuk menghadapi pergaduhan. Permusuhan seringkali terjadi bukan sahaja terhadap sesama manusia tetapi juga dengan haiwan seumpama harimau, ular besar, buaya dan sebagainya.

Ilmu hikmat itulah yang telah dipergunakan oleh Tuan Guru Haji Utsman Pahang sewaktu beliau membuka hutan membuat perkampungan. Kampung yang dibuka itulah yang dikenali dengan nama Kampung Ketapang yang terletak di Pekan, Pahang. Menurut ceritanya, ketika membuka hutan tersebut binatang buas memang tunduk kepada beliau.

Seiring dengan mempelajari ilmu hikmat, Utsman juga mendalami ilmu perubatan tradisional. Beliau pandai membuat berbagai-bagai jenis makjun. Semua ilmu tersebut diperoleh daripada Tok Bendang Daya II al-Fathani tersebut. Setelah itu beliau melanjutkan pelajarannya ke Mekah dan belajar kepada Syeikh Abdul Qadir bin Abdur Rahman al-Fathani, guru thala'ah kitabnya di bawah bimbingan Syeikh Muhammad bin Ismail al-Fathani dan Syeikh Wan Ali bin Abdur Rahman al-Kalantani. Sungguhpun Syeikh Ahmad al-Fathani jauh lebih muda daripadanya, Utsman mendalami nahwu dengan menggunakan kitab Tashil Nailil Amani kepada pengarangnya, iaitu ulama Patani tersebut. Kitab Tashil Nailil Amani itulah yang beliau ajar hinggalah beliau menjadi Mufti di Pahang.

AKTIVITI DI PAHANG

Dari Mekah Utsman langsung menuju ke Pulau Tawar, Pahang. Sewaktu di Pulau Tawar beliau tidak memperlihatkan dirinya sebagai seorang ulama kerana beliau bergaul dengan orang-orang kebanyakan. Pada peringkat awal dakwahnya, beliau hanya memperlihatkan kebolehan dalam bidang ilmu hikmat. Pada suatu ketika Utsman pernah mengeluarkan sebuah kapal yang telah karam. Pada kesempatan lain beliau pernah didatangi buaya ganas yang telah memakan manusia sehingga buaya tersebut dapat dibunuhnya. Pada kali yang lain pula beliau pernah menangkap harimau buas yang selalu mengancam ketenteraman manusia dan binatang ternakan.

Melihat hal-hal pelik yang menyalahi adat itulah, maka Mat Kilau bin Imam Rasu @ Tok Gajah pahlawan Pahang yang tersohor. Ibu beliau adalah Mahda iaitu anak kepada Tok Kaut Burau Sheikh Othman sejak kecil diserahkan oleh kedua-dua orang tuanya kepada Tuan Guru Haji Utsman untuk diajar berbagai-bagai ilmu fardu ain. Umur Mat Kilau sama dengan anak sulungnya, Haji Juned.

Setelah masyarakat mengetahui bahawa Utsman adalah seorang ulama, maka ramai yang berminat untuk menuntut ilmu kepada beliau. Sehingga Sultan Pahang ketika itu, Sultan Ahmad berkenan melantik beliau sebagai Mufti Kerajaan Pahang Darul Makmur. Sekali gus beliau menjadi orang terkemuka di Kerajaan Pahang, mengajar kaum keluarga Diraja Pahang di istana, selain mengajar orang awam. Beliau menjadi Mufti Pahang selama 20 tahun hingga meninggal dunia dalam tahun 1918 Masihi.

Diriwayatkan bahawa Utsman menjadi mufti selama itu dalam tiga pemerintahan Sultan Pahang iaitu Sultan Ahmad, Sultan Mahmud dan Sultan Abdullah. Selain sebagai mufti, Utsman juga mengasaskan pengajian pondok. Lokasi pondok pengajian, surau dan rumah Utsman terletak di Kampung Ketapang Tengah. Setelah Utsman meninggal dunia pada tahun 1918 Masihi dalam usia hampir 100 tahun, pondok tersebut diteruskan oleh dua orang anaknya.

Perlu juga dicatat bahawa pondok yang diasaskan oleh Utsman di Kampung Ketapang Tengah, Pekan Pahang tersebut adalah pondok pengajian menurut sistem pondok cara Patani yang pertama sekali dalam Kerajaan Pahang Darul Makmur. Pada tahun 1922 Masihi, pondok tersebut berubah sistem menjadi pengajian madrasah. Setelah berbentuk madrasah, bantuan pembiayaan diterima daripada seorang saudagar Arab bernama Habib Hasan al-Attas dan madrasah tersebut dinamakan Madrasatul `Arabiyah Islamiyah Al-Attas. Pada tahun 1966 Masihi, pondok pengajian bekas peninggalan Mufti Haji Utsman itu dijadikan Sekolah Menengah Agama Kerajaan Negeri Pahang. Guru Besarnya yang pertama ialah Ustaz Abdul Qadir Kamaluddin, cucu beliau.

Sewaktu Utsman menjadi Mufti Pahang, beliau bergerak cergas membawa ulama-ulama terkenal dari luar dengan tujuan menambah semangat anak tempatan mempelajari agama Islam. Antara ulama besar terkenal yang pernah dijemput datang ke Pahang ialah gurunya Syeikh Muhammad bin Ismail al-Fathani. Menurut riwayatnya, ulama tersebut datang ke Terengganu pada tahun 1912 Masihi atas permintaan muridnya, Sultan Zainal Abidin III, Sultan Terengganu. Kedatangan beliau ke Terengganu itu dimanfaatkan oleh semua kerajaan di Semenanjung termasuk Pahang atas kehendak Mufti dan Sultan Pahang sendiri.

Utsman sangat mengasihi gurunya dan bersikap tawaduk kepadanya sehingga beliau mengerahkan murid-muridnya menandu dan mengayuh sampan ketika menjemput dan menghantar pulang Syeikh Muhammad bin Ismail al-Fathani itu. Ketika itu perjalanan masih banyak menggunakan perjalanan darat dengan berjalan kaki dan mengharung sungai. Syeikh Nik Mat Kecik al-Fathani berada di Pekan Pahang kira-kira sebulan sahaja, namun dalam waktu singkat itu telah dipergunakan oleh Utsman untuk mempelajari ilmu tafsir al-Quran bagi dirinya sendiri. Sedangkan ilmu-ilmu fardu ain lainnya beliau bukakan kepada masyarakat untuk bertanya langsung kepada ulama besar dunia Melayu yang datang dari Mekah itu.

MURID-MURIDNYA

Adapun murid-murid Utsman yang menjadi tokoh terkenal antaranya ialah:

1. Tuan Guru Haji Daud, ketika hidupnya banyak mengajar masyarakat. Beliau berasal dari Patani dan ayah kepada ibu Tun Abdul Razak (Perdana Menteri Malaysia yang kedua).

2. Haji Mat Daud bin Zainal Abidin. Beliau pernah menjadi Qadi Besar Pahang.

3. Lebai Yusof pernah menjadi Qadi Kuantan.

4. Haji Abu Bakar (Datuk Seri Penggawa) bin Haji Abdul Halim (Imam Perang Indera Mahkota).

5. Mat Kilau, Pahlawan Melayu yang terkenal sangat memusuhi penjajah Inggeris.

Dengan mengetahui bahawa Haji Utsman bin Haji Senik, Mufti Pahang ini adalah guru kepada sebahagian besar para tokoh di Pahang termasuk Mat Kilau, ia dapat menambah pengetahuan kita betapa hebatnya peranan ulama silam dalam membina umat di negara ini. ia juga menambah maklumat sejarah, terutama mengenai Mat Kilau yang selama ini kebanyakan para penulis tidak menyebut peranan guru dan ayah angkatnya, iaitu Utsman bin Haji Senik, Mufti Pahang yang sangat berpengaruh dalam lingkungan masyarakat Pahang.

PENULISAN

Utsman bin Haji Senik tidak banyak menghasilkan karangan, yang diketahui hanya dua buah, iaitu:
1. Majliatul Mushalli yang pernah dicetak dengan huruf batu di Singapura. Penulis hanya diperlihatkan oleh Ustaz Haji Abdul Qadir bin Kamaluddin, beberapa lembaran sahaja kerana halaman yang beliau miliki ternyata banyak yang hilang.

2. Kitab Perubatan. Kitab perubatan secara tradisional susunan beliau ini tidak dijumpai lagi. Namun sebagai kesan peninggalan beliau, terkenal suatu makjun yang dinamakan Makjun Telor. Beberapa orang anak cucu beliau masih mengusahakan pembuatan makjun tersebut.

KETURUNAN

Utsman bin Haji Senik berkahwin dua kali. Perkahwinan pertamanya dengan Syarifah berasal dari Kelantan. Perkahwinan ini dianugerahkan beberapa orang anak; 1. Haji Juned. Beliau adalah sahabat Mat Kilau ketika kecilnya. 2. Haji Jamaluddin (meninggal dunia di Mekah) dan 3. Haji Kamaluddin.

Haji Juned pula memperoleh beberapa orang anak. Antaranya, yang men- jadi tokoh masyarakat ialah: Abdul Basit, menjadi guru Kulliyatul Lughah wad Din Sultan Abu Bakar (sekarang Sekolah Tinggi Agama), Dr. Su'udi yang ketika hidupnya menjadi Pensyarah Bahagian Syariah di Universiti Kebangsaan Malaysia.

Haji Kamaluddin pula memperoleh anak bernama Ustaz Haji Abdul Qadir, bekas guru Kulliyatul Lughah wad Din Sultan Abu Bakar. Beliau pula pernah bertugas sebagai Pemeriksa Hal Ehwal Agama Pahang.

Utsman bin Haji Senik berkahwin kali kedua dengan seorang wanita berasal dari Pahang bernama Naubah, iaitu anak saudara kepada isteri Khatib Rasu atau Imam Perang Indera Gajah. Perkahwinan keduanya ini bererti menjalin tali persaudaraan antara keluarga pembesar Pahang dengan ulama.

Read More......