Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Template

Powered by Blogger


widget

.:: KEPIMPINAN ULAMA' ::.

Photobucket

.:: TV PR ::.


Photobucket

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:


.:: TENTANG DIRIKU ::.

Tadika Chung Hwa, Kota Bharu [ 1986 ]
SRJK (c) Chung Hwa, Kota Bharu [ 1987 - 1990 ]
Sek. Keb. Rambutan Rendang, Kota Bharu [ 1990 - 1993 ]
Maahad Muhammadi Lelaki, Kota Bharu [ 1994 - 1996 ]
SMA Sungai Merab Luar Sepang, Selangor [ 1997 -1998 ]
Darul Quran Wal Hadis, Pasir Pekan [ 1999 - 2001 ]
Maahad 'Ali Dirasat Islamiah Wal Arabiah, Perak [ 2002 ]
Universiti Al-Azhar Cawangan Tanta, Mesir [ 2003 - 2009 ]

Saturday, March 28, 2009

TERKINI : Syeikh Mahmud datang Terengganu jumpa YDP Agong

Baru sebentar, PEMUDABESUT dapat sms dari menantu syeikh Mahmud mengatakan bahawa Syeikh Mahmud akan pergi berjumpa dengan Yang Dipertuan Agung. Mengikut maklumat itu, ini adalah bertujuan bagi mengadap YDP Agong bagi merayu supaya Najib tidak akan dilantik menjadi Perdana Menteri awal april ini...

sumber : PEMUDA BESUT

Read More......

Nadi Umno: Jangan Fitnah PMRAM!


Hari ini ana terkejut bila membaca dalam satu artikel berita dalam laman Malaysiakini, yang mana isinya ada menyatakan bahawa seorang perwakilan kelab Umno luar negara telah menyarankan agar PMRAM diharamkan dengan mendakwa menyebarkan ideologi pembangkang. Dia menyatakannya dalam ucapanya semasa perbahasan usul ketika perhimpunan Pemuda Umno Malaysia rabu lepas.

Sebagai ahli PMRAM ana rasa terpanggil untuk menjawab kenyataan ini, mereka harus sedar bahawa PMRAm adalah pertubuhan ataupun persatuan yang berdaftar dengan Kementerian Kemasyarakatan Mesir bukan dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia. Kenapa sibuk pula untuk mengharamkan PMRAM?

Sudahlah yang membuat kenyataan tersebut bukan ahli kelab Umno Mesir, kalau tidak tahu keadaan hal sebenar yang berlaku di sini jangan sibuk-sibuk membuat fitnah membabi-buta kepada PMRAM.

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir ( PMRAM ) yang ditubuhkan pada tahun 1930 adalah pertubuhan kebajikan kepada pelajar-pelajar Malaysia di Mesir bukan pertubuhan politik, dari sudut nama pun sudah berbeza dengan nadi Umno yang jelas menggunakan nama pertubuhan politik. Kewujudan nadi Umno di Mesir, adalah semata-mata untuk memecahbelahkan kesatuan yang terbina di kalangan pelajar-pelajar Malaysia di Mesir.

Kelmarin kami telah tamat bermuktamar sanawi kali ke - 76, dalam muktamar sanawi kali ini kami ahli dan kepimpinan PMRAM telah bersetuju dengan satu usul iaitu "Menolak anasir-anasir jahat yang cuba memecahbelahkan kesatuan ahli-ahli PMRAM", ana tidak rela melihat PMRAM diganggu gugat dan difitnah.

Terbukti mereka berusaha untuk memecahbelahkan ahli PMRAM sebagai contoh mengadakan program tanpa menghiraukan ikhtilat antara lelaki dan perempuan, menganjurkan rehlah ke kawasan-kawasan pelancongan yang dilarang oleh pihak Al-Azhar seperti Sharm El Sheikh, ras muhammad dan Hurgada.

Dakwaan kononnya pengawai yag berkhidmat di asrama negeri-negeri takut kepada PMRAM adalah sangat tidak berasas, mereka tidak perlu takut dengan PMRAM kerana PMRAM tidak pernah menghalang kerja mereka untuk menjaga kebajikan pelajar. Soalnya apakah pengawai yang dihantar oleh pihak kerajaan benar-benar menjaga kebajikan pelajar sahaja ataupun mempunyai agenda tertentu? Sebagai bukti, apa yang telah berlaku kepada anak-anak Selangor yang terlibat dengan PMRAM telah dihalau keluar dari asrama negeri Selangor semasa pemerintahan kerajaan Umno dan Barisan Nasional sebelum ini. Penubuhan Persatuan Ulul Albab di asrama negeri Terengganu di bawah arahan pengawai pada waktu itu jelas mempunyai motif politik dengan membelakangi dan menafikan hak badan anak negeri yang telah sedia ada
(
yang bernaung di bawah PMRAM ).

PMRAM adalah persatuan yang menjaga kebajikan pelajar tanpa mengira fahaman politik dan tidak mempunyai kepentingan tertentu. Kebajikan adalah keutamaan PMRAM bagi memastikan setiap pelajar diberi perhatian dalam segala aspek termasuk keselamatan. PMRAM sentiasa memberi kemudahan kepada pelajar untuk menguasai ilmu pengetahuan dengan menyediakan kelas-kelas pengajian tafaqquh dan program-program tertentu bagi meningkat thaqafah di kalangan pelajar.

Lagi ulasan oleh : al-fadhil Ust. Nasruddin Hasan Tantawi

"JULANG THAQAFAH BAKTI DICURAH"

"PMRAM AKAN SENTIASA DI PERTAHANKAN"

Read More......

Friday, March 27, 2009

Muktamar Sanawi PMRAM Kali Ke - 76


Semalam ana menjadi perwakilan untuk Dewan Perwakilan Mahasiswa Tanta ke Ijtimak 'Umumi atau lebih dikenali sebagai Muktamar Sanawi Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir ( PMRAM ) kali ke - 76. DPMT telah menghantar seramai 50 orang perwakilan dan 20 orang pemerhati dengan menaiki 5 buah van, kami tiba ke dewan Nadi Riadi Madinat Nasr Kaherah agak lewat akibat kesesakan lalulintas yang sangat teruk. Namun alhamdulillah kami sampai majlis masih lahi belu dimulakan tetapi para perwakilan lain telah berada di tempat duduk masing-masing.

Apa yang menarik dalam Mukatamar Sanawi semalam, selain daripada sessi soal jawab tentang laporan aktiviti tahun unit Badan Pengurus PMRAM adalah perbahasan usul tergempar. Terdapat tiga usul yang telah disepakati semalam iaitu usul yang yang dibangkitkan oleh Pewakilan dari DPM Zaqaziq Sdr. Mumtaz Haron "Menolak anasir-anasir jahat yang boleh memecahbelahkan kesatuan di kalangan ahli PMRAM", usul kedua pula dibangkitkan oleh sdr. Firdaus Madzlan "Mempertahankan badan kebajikan anak-anak negeri dibawah PMRAM". Bagi usul ketiga ana tidak berada di dalam dewan semasa usul itu di bentangkan, cuma ana sempat ketika sessi kiraan undi untuk menyokong dua cadangan terhadap usul yang ketiga. Kalau tidak silap ana usul ketiga berbunyi "Menghadkan tempoh kutipan dana saqqah PMRAM sehingga akhir 2009", terdapat dua cadangan telah dikemukakan oleh dua pembahas dan kedua-dua cadangan tersebut telah mendapat sokongan para perwakilan. Cadangan pertama ialah "Menghadkan tempoh kutipan dana saqqah PMRAM sehingga akhir 2009 dengan setiap ahli menyumbangkan LE 300", manakala cadangan kedua ialah "Menghadkan tempoh kutipan dana saqqah PMRAM sehingga akhir 2009 dengan setiap ahli menyumbangkan LE 300 dalam masa setahun" bunyinya macam sama tetapi ia tetap berbeza. Presiden PMRAM yang mempengerusikan Muktamar Sanawi telah mencadangkan agar undian dijalankan, hasilnya cadangan kedua telah diterima kerana mendapat undi majoriti dari semua perwakilan.

Majlis muktamar sanawi malam tadi diakhiri dengan pembubaran jawatan semua ahli Badan Pengurus dan HEWI PMRAM sessi 2008 dan perisytiharan ahli Badan Pengurus dan HEWI PMRAM sesi 2009, seramai 6 orang ahli Badan Pengurus sessi lepas yang dikekalkan. Manakala ucapan akhir oleh Presiden PMRAM baru al-Fadhil Ust Abdul Muiiz Muhammad, beliau berharap semua ahli memberi kerjasama dan sama-sama menjaga keutuhan kesatuan yang telah terbina sekian lama.

Read More......

Tuesday, March 24, 2009

Detik-Detik Hidupku (Hasan Al Banna)

Read More......

Monday, March 23, 2009

Tips Kesihatan

10 Tabiat Rosakkan Otak

1. Tidak mengambil sarapan pagi

- Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.

2. Terlebih makan

- Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.

3. Perokok

- Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit 'Alzheimer'.

4. Penggunaan gula yang berlebihan

- Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.

5. Pencemaran udara

- Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia.Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.

6. Terlebih tidur

- Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.

7. Menutup muka ketika tidur

- Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.

8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat

- Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.

9. Kurang berimiginasi

- Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifa n otak menurun.

10. Jarang berfikir

- Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.

Read More......

Saturday, March 21, 2009

Apa itu “unity government”

Macam-macam berlaku dan timbul sejak kebelakangan ini. Sedang kita bersedia bagi menghadpi PRK di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai, berbagai cerita panas dan menarik tersingkap di depan mata kita.

Ada yang menyeronok dan menguntungkan kita, ada juga yang menyedihkan dan meletakkan kita dalam keadaan serba-salah dan cemas. Apapun sesungguhnya perjuangan ini penuh cabaran, hanya yang istiqomah dan sabar sahaja yang akan berjaya mengharunginya hingga ke penghujung jalan.

Isu “Unity government” nampaknya terus menarik minat ramai. Ia tidak diulas terus oleh pencetusnya iaitu Presiden PAS Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang kerana berada di luar Negara. Saya percaya sejurus beliau pulang, insyallah beliau akan memberi ketyerangan dan ulasan lanjut dengan harapan idea beliau yang ikhlas dan baik itu dapat difahami dan disokong oleh semua pihak.

Berikut apa yang saya sendiri faham dan difahamkan berhubung perkara ini:

“Unity government” atau gagasan kerajaan perpaduan yang dicetuskan oleh Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Hj. Abd Hadi Awang tidak pernah terbentuk dalam sejarah politik Malaysia sebelum ini oleh itu tidak adil bagi mana-mana pihak untuk membuat perbandingan dengan mana-mana situasi dan kerjasama politik dalam sejarah Negara, kerana ia belum pernah wujud.

Ianya bukan bermaksud komponan Pakatan Rakyat iaitu PAS, PKR dan DAP menyertai BN dan membentuk satu kerajaan melalui BN, bukan juga PAS menyertai Umno atau BN, tetapi ia suatu gagasan yang baru yang bertujuan mahu menghadapi kemelut ekonomi dunia dan cabaran perpaduan Negara dengan satu nada dan nafas agar rakyat dan Negara tercinta ini dapat selamat dan Negara betuah ini menjadi bumi yang sejahtera buat semua.

“Unity government” yang diilhamkan adalah sebuah kerajaan yang dibentuk oleh semua parti, mungkin dalam hal ini kerajaan yang didokong bersama oleh Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat sekaligus meniadakan sama-sekali parti pembangkang di Parlimen atau Dewan-dewan Undangan Negeri. Semua pihak diberikan saham untuk memerintah dan memimpin Negara ini bersama.

Dalam suasana demikian adalah diharapkan kerajaan “Unity government” itu nanti akan bersama mencetuskan reformasi dan perubahan terhadap seluruh sistem kehidupan masyarakat dan Negara agar dapat melahirkan sebuah masyarakat yang bersatu-padu dan Negara yang adil dan saksama buat semua. Inilah yang telah berjaya diperkenalkan oleh “Unity government” di zaman Presdien BJ Habibie di Indonesia yang kekal dinikmati kebaikannya sehingga sekarang di Negara berkenaan.

Inilah juga yang sedang diusahakan bersama oleh dua puak yang berterusan bertelagah, iaitu Fatah dan HAMAS di bumi Palestin.

Atas gagasannya yang besar dan mulia itu, “Unity government” ini sudah pasti tidak boleh berdiri dengan sendiri. Ianya perlu dokongan semua pihak , bukan sekadar PAS dan Umno malah seluruh komponan BN dan Pakatan Rakyat, semuanya perlu memberikan persetujuan dan komitmen. Kerana itu ianya bukan suatu kerja yang mudah namun tidak mustahil dicapai kiranya kita semua ikhlas dan bersedia meletakkan kepentingan agama, bangsa dan Negara mengatasi kepentingan peribadi dan politik masing-masing.

Dengan penuh ikhlas dan jujur Presiden PAS mengenengahkan idea ini untuk difikir, dikaji dan dipertimbangkan oleh semua pihak.

Rakyat telah mengangkat dan meletakkan kita semua sebagai pemimpin, dalam kemelut suasana ekonomi yang tidak menentu dan perpaduan yang goyah ini, mereka sudah pasti mengharapkan jalan keluar yang baik dan bermakna buat semua. Tiada siapa yang mampu menerokai jalan itu melainkan kita semua yang telah mereka angkat sebagai pemimpin. Oleh itu idea Presiden PAS ini adalah suatu cadangan, suatu jalan keluar yang sewajarnya difikirkan oleh semua.

Ia boleh diterima, boleh dikritik dan boleh ditolak oleh sesiapa sahaja, apa pun sekurang-kurangnya ia telah dicetuskan dalam realiti suasana politik dan ekonomi yang sememangnya genting dan mencabar buat semua.

sumber : Blog Roslan SMS

Read More......

Tok Guru akan ada blognya sendiri nanti...

TOK GURU Guru Nik Abdul Aziz juga akan buka blog sendiri. Blognya akan dilancarkan pada 26 Mac ni. Makin meriahlah nampaknya dunia ciber kita. Tentu blog Tok Guru itu akan popular dan dikunjungi ramai dari dalam dan luar negara. Baguslah kalau begitu. Patutnya dah lama Tok Guru buka blog sendiri.

Apapun tahniah kepada Tok Guru kerana ada blog sendiri. Didoakan pengunjung blog Tok Guru akan mengatasi pengunjungi blog Dr Mahathir dan hitnya akan tinggi.

Dengan ada blog bolehlah Tok Guru gunakan untuk berdakwah sekali. Pengisinya nanti diharap bukan saja bersifat politik, tetapi ilmu-ilmu keagamaan juga. Walaupun ada kalanya Tok Guru campur sekali ilmu agama dengan politik, dalam kuliah dan syarahannuya tetapi ada yang tidak dapat memilihnya. Jadi bercampur gaullah, macam antah bercampur dengan beras.

Ada yang dapat tangkap ada yang tidak. Bagi yang jahil kala inilah akan menganggap Tok Guru sebagai menyeleweng, buat fatwa baru dan sebagainya.

Blog adalah medium terbaik kalau Tok Guru nak bercakap soal-soal kerohanian lebih mendalam lagi. Atau mendedahkan kerahsiaan Tuhan dan manusia. Dakwah menerusi tulisan lagi berkesan. Pengisiannya juga agak detail dan tidak mengelirukan. Lagipun menerusi tulisan boleh dibuat dengan cermat dan hati-hati.

Ada hal-hal yang kalau kita berdua dengan Tok Guru terlepas juga cakapnya mengenai agama yang bersifat rahsia, tasauf. Apa kata kalau dalam blog ni Tok Guru membuka rahsia dirinya dengan Tuhan seluas-luasnya. Biarlah rahsia itu dapat dipetik dan dimanfaatkan oleh banyak orang. Misalnya mengenai amalan dan juga wirid-wirid peribadi yang menjadi amalannya sejak dulu hingga sekarang.

Saya rasa dalam banyak-banyak pengkagum Tok Guru mereka bukan saja mahu memetik dan meniru pendekatan, falsafah dan juga teknik politik, tetapi mereka juga mahu meniru dan berba'ih dengan Tok Guru sebagai tok guru.

Mengenai rahsia ketuhanan ni Tok Guru tak buka atas kedai. Dia hanya royak kepada orang terpilih dan di tempat tertentu saja. Sapa rajin geletek dan cungkilnya akan dapat. Selalunya mereka yang minat ilmu ni datang jumpa Tok Guru bukan nak minta balak atau tanah tetapi nak tambah ilmu, nak tambah iman dan taqwa kepada Allah daripada Tok Guru.

Ini kelebihan yang ada kepada Tok Guru dan tidak ada kepada Dr Mahathir Mohamad atau Tun Razak.

Apa lagi kalau ilmu dan rahsia itu ditulis sendiri ilmu itu terus datang dari hati dan turun atas kertas (skrin) dan dibaca oleh pengunjung terus masuk ke dalam hati. Jelira kata orang. Kalau tutur Tok Guru ditulis oleh orang lain banyak koner-konernya, ikut sedap dan kehendak dia saja.

Misalnya kalau Tok Guru sebut bulat, macam-macam bentuk bulat yang akan dibuat nanti, bulat leper, bulat panjang, bulat berkedut, bulat bujur dan sebagainya. Di sinilah ia memerlukan seorang yang arif dan makrifah dengan Tok Guru (ilmu) barulah akan menjelma bulat yang sengoti (sebenar).

Selamat berblog duhai Tok Guruku.

sumber : blog SIFU

Read More......

Transformasi dunia seni Amy

PADA usia yang kini mencecah 51 tahun, Amy Search atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman sudah dianggap sebagai legenda oleh para peminatnya.

Malah, sehingga kini populariti penyanyi lagu Isabella itu tidak pernah surut biarpun semakin lama semakin jauh dia dan kumpulannya meninggalkan zaman kegemilangan mereka.

Baru-baru ini, Amy turut serta bersama-sama kumpulan nasyid yang tidak asing lagi, Rabbani dan nama-nama besar lain seperti Datuk Siti Nurhaliza dan Mawi dalam konsert Malam Sinar Maulidur Rasul yang diadakan di Stadium Melawati, Shah Alam pada 28 Februari lalu.

Apa yang dapat dikongsi, pembabitan Amy dalam konsert tersebut menerima maklum balas yang positif daripada pelbagai pihak termasuk para peminatnya.

Apabila rocker itu mula beralih arah menyanyikan lagu-lagu berunsur ketuhanan sudah tentu ramai yang lebih cenderung melihatkan perubahan tersebut.

Bagi mereka inilah peluang keemasan menyaksikan sesuatu yang berlainan dalam persembahan penyanyi pujaan mereka.

Terlibat dalam persembahan sedemikian bukan bererti peralihan genre dalam kerjaya nyanyian Amy sebaliknya, dia melihat seni itu dalam konteks yang lebih besar.

Menurutnya, apabila seni itu sendiri melalui proses penghijrahan, mengapa tidak dirinya sebagai artis.

"Saya sendiri rasa bersyukur kerana dapat satu pengalaman baru dalam hidup. Sejak buat persembahan dalam konsert-konsert keagamaan, ramai yang tertarik.

"Malah, sambutan daripada peminat sendiri memang baik dan mereka cuba mendalami makna lagu-lagu bercorak ketuhanan dengan lebih dalam.

"Apa yang bagus tentang muzik ialah sentiasa berhijrah dan sebagai artis, apa yang saya lakukan adalah sebagai mengukuhkan lagi kepelbagaian muzik itu sendiri," kata Amy ketika di temui di pejabat Suria FM, Jalan Lumut, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Bukan sahaja terlibat dengan konsert Malam Sinar Maulidur Rasul malah, sepanjang bulan ini jadual Amy padat dengan pelbagai aktiviti persembahan bercorak keagamaan lain termasuklah persembahan penutup teater Sirah Junjungan Tahajud Cinta di Istana Budaya, Kuala Lumpur esok

Pementasan teater yang mengisahkan riwayat hidup junjungan besar, Nabi Muhammad s.a.w itu, kata Amy, dia diundang sebagai penyanyi jemputan pada teater semi muzikal itu dengan mendendangkan enam buah lagu.

Cuba memberikan komitmen sepenuhnya pada persembahan tersebut, menurut bapa kepada pelakon Nabila Huda itu, kalau boleh dia tidak mahu naskhah yang mengangkat kisah pemimpin ulung itu dibuat sambil lewa.

"Rasulullah merupakan junjungan kita sebab itu saya berikan yang terbaik dengan menghayati sepenuh jiwa dan raga bukan sambil lewa.

"Pada pementasan itu saya ditugaskan untuk menyanyi dan besar harapan saya persembahan saya itu sampai ke hati penonton seperti mana dekatnya umat Islam dengan kisah Nabi Muhammad s.a.w.

"Pengalaman berlakon pementasan itu sangat menginsafkan saya dan saya mengharapkan mereka yang akan dan sudah menyaksikan Sirah Junjungan merasakan bagaimana perasaan kehilangan seorang Rasul. Pementasan itu sangat menarik kerana ia menceritakan kisah Nabi Muhammad sejak sebelum kelahiran sehingga wafat.

"Kalau orang tidak kenal Rasulullah sudah tentu mereka tidak dapat merasai kehilangan baginda tetapi jika ada Rasullullah dalam diri mereka pasti mereka akan menangis," kata Amy yang mengagumi kerja seni Erma Fatima itu.

Selain Sirah Junjungan, Amy turut terlibat dalam aktiviti persembahan sempena Bulan Dakwah di beberapa negeri seperti Kelantan, Melaka, Pahang dan Perak.

Menariknya, peluang mengadakan persembahan sempena Bulan Dakwah di negeri Cik Siti Wan Kembang itu kata Amy, merupakan antara pengalaman manis yang dikutip sepanjang bergelar artis.

"Saya ke Kelantan mengadakan persembahan pada awal Mac lalu. Ia satu pengalaman baru memandangkan sebelum ini saya tidak pernah buat persembahan sempena Maulidur Rasul.

"Lebih manis lagi dapat menyanyi di hadapan Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra dan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat," kata Amy lagi.

Read More......

Thursday, March 19, 2009

Mari Mengenali Ulama...


Sheikh Daud Al-Asyi dan keturunannya [ ULAMA ACHEH ]


































H.M.Zainuddin dalam bukunya Tarich Atjeh dan Nusantara meriwayatkan bahawa Abdullah al-Malikul Mubin yang kuburnya di Aceh tahun 799 H ini memperoleh beberapa orang anak iaitu:


1. As-Saiyid Syeikh Ahmad at-Tawawi Talabahu Tarahu, tinggal di negeri Pasai.

2. As-Saiyid Syeikh Muhammad Sa'id Tattahiri, tinggal di negeri Campa.

3. As-Saiyid Syeikh Muhammad Daud, tinggal di Patani.

4. As-Saiyid Syeikh Abdul Wahhab, tinggal di Kedah.

Menurut H.M.Zainuddin dalam bukunya di halaman 54 bahawa tahun 799 H itu bersamaan tahun 1407 M, tetapi menurut perhitungan penulis, tahun 799 H itu bersamaan dengan tahun 1396 M.

Pada halaman 58 dan 62 buku tersebut, H. M. Zainuddin menyebut bahawa Sultan Inayat Syah, salah seorang Sultan di Aceh Besar adalah putera Abdullah al-Malikul Mubin juga. Barangkali juga yang dimaksudkan dengan as-Saiyid Sheikh Muhammad Sa’id Tattahiri (nombor 2 pada senarai) itu adalah Sheikh Muhammad Sa’id al-Barsisi yang kuburnya dijumpai di Tanah Ujung Lidah, Patani (Thailand) yang telah diriwayatkan.

Ada pun yang dimaksudkan dengan as-Saiyid Sheikh Muhammad Daud itu, memang terdapat yang bernama demikian di Patani pada zaman yang disebutkan. Malah beliau meninggalkan keturunan yang menjadi ulama, baik di Patani mahu pun terjadi perpindahan kemudiannya ke Betawi.

Menurut H. M. Zainuddin, Pangeran Abdullah bin Muhammad bin Abdul Qadir yang tersebut adalah keturunan darjat keenam Khalifah Bani Abbas Abu Ja’far al-Muntasir atau kaum Abbas al-Muqtasir.

Memerhatikan kenyataan-kenyataan oleh H. M. Zainuddin dalam bukunya itu, bahawa Sheikh Muhammad Daud anak Sheikh Abdullah al-Malikul Mubin berasal dari Aceh ke Patani itu adalah keturunan Bani Abbas, maka dapat dihubungkaitkan dengan Sheikh Shafiyuddin (Tok Raja Faqih).

Dalam versi Patani sangat terkenal riwayatnya bahawa ulama ini dari Aceh ke Patani dan beliau juga keturunan Bani Abbas. Jika benar yang dimaksudkan dengan as-Saiyid Sheikh Muhammad Sa’id bin Abdullah al-Malikul Mubin yang dikatakan jatuh ke Campa itu adalah Sheikh Muhammad Sa’id yang banyak dibicarakan dalam beberapa versi sejarah Patani, ini bererti peranan Bani Abbas sangat penting dalam perkembangan Islam di Aceh dan Patani.

Sebagaimana Sheikh Shafiyuddin al-Abbasi (Tok Raja Faqih) dan Sheikh Muhammad Sa’id diketahui keturunannya di Patani, demikian halnya dengan Sheikh Daud bin Abdullah al-Malikul Mubin.

Sheikh Daud yang tersebut itu memperolehi anak di Patani bernama Sheikh Ali. Sheikh Ali memperoleh anak bernama Sheikh Muhammad. Sheikh Muhammad memperoleh anak bernama Ahmad. Ahmad memperoleh anak bernama Sheikh Shalih. Sheikh Shalih memperoleh anak bernama Sheikh Thahir. Muhammad Thahir memperoleh anak bernama Abdur Rahman (nama yang lain Ahmad Thaiyib).

Abdur Rahman/Ahmad Thaiyib memperolehi anak bernama Khatib Sa’ad (digelar Ahmad Nom) memperoleh anak Sheikh Ahmad al-Mirsad. Sheikh Ahmad al-Mirsad memperoleh anak Kiai Sheikh Ahmad al-Marzuqi.

Mengenai salasilah catatan yang dikumpulkan ini, ia bersesuaian pula dengan yang disebut oleh Sheikh Yasin Padang dalam Bulughul Amani di halaman 164, mengenai salasilah Sheikh Kiai Marzuqi al-Fathani al-Batawi.

Perpindahan dan peranan ulama Patani di Betawi/Jakarta

Kedatangan orang Patani ke Betawi, baik secara langsung dari Patani atau pun setelah mereka dari Campa memang sejak lama. Pada zaman dulu, Betawi juga dinamakan dengan Sunda Kelapa, Jayakarta dan Batavia, tetapi sekarang ialah Jakarta.

Jika benar Sunan Gunung Jati /Syarif Hidayatullah adalah putera Sultan Umdatuddin bin Saiyid Ali Nurul Alam, Sultan di Campa, menurut satu versi bahawa Sunan Gunung Jati tersebut berhasil menguasai Sunda Kelapa itu pada 21 Jun 1527 M.

Sejak itu, beliau dan orang-orang Patani yang ada hubungan dengan Sunan Gunung Jati berhijrah ke Betawi untuk membantu dan mengukuhkan kedudukan Sunan Gunung Jati.

Di antara sekian ramai orang Patani termasuklah keturunan Sheikh Daud bin Abdullah al-Malikul Mubin.

Salah seorang di antara keturunannya ialah Wan Abdul Bagus, datuk neneknya berasal dari Patani tetapi beliau sendiri dilahirkan di Betawi. Beliaulah yang membuka Kampung Melayu di Betawi pada tahun 1656 M. Pemerintah kolonial Belanda melantik Wan Abdul Bagus menjadi ketua orang-orang Melayu atau digelar dengan Captain Malleyer.

Wan Abdul Bagus al-Fathani menguasai tanah yang luas di bahagian tepi kiri-kanan Kali Ciliwung sebelah selatan dan bersempadan dengan tanah Meester Cornelis. Pemilikan tanah dikeluarkan dalam tahun 1661 M dan ditambah lagi tahun 1696 M sehingga menjadi amat luas.

Wan Abdul Bagus meninggal dunia tahun 1716 M. Beliau digantikan anaknya Wan Abdullah bin Wan Abdul Bagus al-Fathani sehingga Belanda merampas kekayaan dan melucutkan jabatannya sebagai Kapten Melayu. Kemudian Wan Abdullah ditangkap, dipenjara, diseksa dan dibuang.

Berdasarkan cerita di atas dapat disimpulkan bahawa keluarga besar ulama Patani pernah berperanan penting di Betawi baik dalam kepemimpinan duniawi mahu pun ukhrawi.

Selain itu, terdapat jalinan hubungan ulama antara Aceh-Patani-Betawi. Generasi terakhir orang Patani yang berperanan sebagai ulama terkenal di Betawi ialah Kiai Sheikh Ahmad al-Marzuqi al-Fathani al-Betawi, yang datuk neneknya ialah Sheikh Daud bin Abdullah al-Malikul Mubin, seperti yang telah disebutkan.

Kiai Sheikh Ahmad al-Marzuqi wafat di Betawi hari Jumaat 25 Rejab 1353 H/1934 M.

Read More......

Wednesday, March 18, 2009

TUANKU SULTAN KEDAH di Kompleks PAS Jalan Langgar, Pokok Sena.

TUANKU SULTAN BERANGKAT KE MAJLIS PERKAHWINAN ANAK ADUN BUKIT PINANG

Oleh Abd Wahab Osman

POKOK SENA, 15 Mac - Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Tuanku Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah dan Tuanku Sultanah Haminah Hamidun telah berkenan mencemar duli menghadiri majlis perkahwinan anak perempuan Adun Bukit Pinang, Dato’ Haji Md Rohsidi Osman.

Majlis perkahwinan anak perempuan Adun Bukit Pinang itu dilangsungkan dengan meriah di Kompleks PAS Jalan Langgar, Pokok Sena.





Read More......

Tuesday, March 17, 2009

MIMPI NGERI MENANTI PULAU PINANG



Kunjungan skuad Pulau Pinang ke Kota Bharu Sabtu depan pastinya mengundang mimpi ngeri kerana skuad Peter Butler pastinya ingin meneruskan cengkaman mereka dalam pemburuan takhta Liga Super musim 2009. Selepas segar dengan kejayaan melayakkan diri ke separuh akhir Piala FA,tumpuan kini terarah kepada saingan liga yang semakin rancak. Tiga mata penuh wajib dikutip bagi meneruskan tekanan kepada pendahulu Selangor yang hanya dipisahkan dengan perbezaan jaringan.

Bagi Pulau Pinang, kunjungan mereka ke Stadium Sultan Muhammad ke-IV bukanlah pada masa yang tepat kerana rehat dua minggu bagi saingan liga sememangnya memberi peluang kepada barisan "The Red Warriors" bateri baru yang selepas mengharungi jadual padat Liga Malaysia. Pastinya para pemain berada dalam keadaan terbaik mereka dan berita ini pastinya bukan berita gembira untuk pasukan Pulau Mutiara ini. Pulau Pinang yang musim ini dibarisi majoriti pemain muda selepas pemain utama mencari haluan baru berikutan masalah kewangan yang meruncing dilihat tidak mempunyai sebarang peluang untuk menafikan Kelantan daripada mengutip mata penuh memandangkan prestasi semasa jelas membuktikan Kelantan pilihan untuk perlawanan ini. Mengutip 8 mata daripada 8 perlawanan jelas bukti kukuh untuk memberi keyakinan kepada penyokong setia Sang Kijang betapa tugas mudah Sabtu depan untuk pasukan kesayangan mereka. Jelas, tugas getir menanti S.Veloo, pengendali skuad Haria Penang Haria ini untuk merencanakan strategi ampuh untuk sekurang-kurangnya membawa pulang satu mata.

Bagi pengendali Kelantan pula, Peter Butler, perlawanan ini pastinya dinantikan oleh beliau untuk melihat sejauh mana kemampuan sebenar anak buah. Jika sebelum ini, beliau dilihat cukup risau dengan masalah kecederaan, penggantungan dan keletihan mental dan fizikal pemainnya namun masalah itu bukan lagi membelenggu pasukannya. Rehat dua minggu ini ternyata menggembirakan Butler kerana beberapa pemain utama yang sebelum ini mengalami kecederaan seperti Khairan Eroza Razali, Farisham Ismail sudah pulih dan kelibat Khairan pastinya dinantikan oleh Butler untuk mengisi posisi "defensive midfielder". Kehadiran Farisham pula dijangka akan memberi sedikit tekanan untuk Daudsu Jamaluddin untuk posisi pertahanan kanan yang mana prestasinya dilihat sederhana biarpun berstatus pemain kebangsaan. Kembalinya Halim Napi yang telah menamatkan penggantungan dua perlawanannya dijangka akan memberi keyakinan kepada para pemain terutamanya barisan pertahanan yang dilihat cukup goyah ditambah pula dengan prestasi tidak menentu Shahrizan Ismail di posisi penjaga gol. Kerakusan jentera serangan Kelantan musim ini yang diketuai oleh Khalid Jamlus, Norfarhan Mohd sambil dibantu oleh ketajaman sentuhan Indra Putra Mahayuddin dan ketua pasukan Badhri Radzi yang silih berganti menggegar jaring lawan pastinya mengundang persoalan besar mampukan benteng Pulau Pinang yang dibarisi Junaidi Daud, Shahriman Che Omar, S. Thinagaran untuk membendung kerakusan barisan depan Kelantan ini.

Apa yang jelas, mimpi ngeri menanti skuad Harimau Kumbang apatah lagi beraksi di Kota Bharu, gelanggang yang cukup ditakuti oleh setiap pasukan dalam kancah Liga Super.Bagi Kelantan pula, pemburuan untuk kembali menakluki liga akan diteruskan dan rasanya Stadium Sultan Muhammad sekali lagi akan dipenuhi dengan gelombang merah yang bakal menjadi saksi kehebatan pejuang perwira merah. Kepada para pemain, diucapkan selamat maju jaya kerana apa yang cukup pasti KAMI SENTIASA MENYOKONG.

Read More......

Saturday, March 14, 2009

Selawat ke atas Nabi S.A.W






Read More......

Tips Penjagaan Kesihatan....



Menjaga kesihatan adalah dituntut oleh Agama. Banyak cara menjaga kesihatan tubuh badan maupun dari segi sains dan diajar oleh Al-Quran antaranya adalah spt:-

1. Bersenam @ beriadah.
2. Mengawal makanan.

Tahukah anda mengamal minum secawan air teh "O" setiap pagi boleh mengawal berat badan anda. Isyaallah jika anda mengamalkannya, berat badan anda akan berkurangan. (memang terbukti keberkesanan).

Al-Quran Juga ada mengajar kita menjaga kesihatan spt membuat amalan spt:-

1. Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.

2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk setiap pagi. Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).

3. waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. dengan bersujud makan darah akan mengalir keruang berkenaan.

4. dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. di kuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion (+) manakala

Dalam ikan mengandungi ion (-). jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yng terhasil yang boleh merosakkan usus kita.

5. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzime banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzime sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam)

TEKANAN DARAH TINGGI ( HIPERTENSI )

Fakta : Tinjauan Nasional & Morbiditi Malaysia (1996) - Sun, Selasa Mac 6hb
2001
- 33% orang dewasa
- 2.6 juta berumur 30 thn
- 90% boleh dikawal dgn diet, makanan tambahan, mengubah gaya hidup

Sebab :
- 85 - 90% faktor keturunan
- 40% faktor ahli keluarga terdekatText Color
- 23% garam berlebihan

BAGAIMANA TEKANAN DARAH TINGGI DITAKRIFKAN

KATEGORI SISTOLOK/DIASTOLIK PENGESYORAN

Normal Kurang dpd. 130/85 Periksa semula dlm masa 2 thn

Normal Tinggi
130-139 / 85-89 Periksa semula dlm masa 1 thn; ubag gaya hidup

Hipertensi Peringkat 1
140-159 / 90-99 Sahkan dlm 2 bln; ubah gaya hidup

Peringkat 2
160-179 / 100-109 Penilaian Perubahan; mulakan rawatan dlm masa sebulan

Peringkat 3
180-209 / 110-119 Penilaian Perubahan; mulakan rawatan dlm masa seminggu

Peringkat 4
210 / 120 dan lebih Penilaian perubatan dan rawatan segera

GEJALA-GEJALA YG BIASA

1. Mengalami pitam
2. Penglihatan kabur
3. Berasa Teganag tanpa sebarang sebab (stress)
4. Muka menjadi kemerahan
5. Hidung berdarah secara spontan
6. Sakit Kepala waktu pagi
7. Telinga Berdegung / berdesing
8. Perasaan gundah tanpa sebarang sebab @ emosi tak stabil
9. Gayat tanpa sebab

TANDA AMARAN KRONIK

Serangan Iskemia Sementara (TIA)
* "Strok kecil" yg datang sekejap shj dan buat sementara waktu mengurangkan bekalan darah ke bahagian otak.
* Dalam masa 5 thn, 35% akan mengalami strok sebenar.
* Sebab: Gumpalan kecil ke saluran arteri - separuh tersumbat - bekalan ke otak tidak mencukupi.
* Kawal tekanan darah; 130-139 / 85-89 meningkatkan risiko strok 50%.
* Gejala; lemah badan, rasa berdenyut, kebas tangan / kaki - sebelah / kedua belah, masalah percakapan / penglihatan, kebingungan, vertigo, tidak seimbang, koodinasi kurang baik.

2 JENIS STROK ASAS

'Strok trombik' (serangan jantung ke otak)
* Saluran darah yg membekalkan darah ke otak menjadi sempit disebabkan oleh penimbunan plak berlemak (darah bergumpal di dalam saluran darah)
* Simptom; badan lemah, lumpuh, pertuturan tergangu, koma berpanjangan. 'Strok Berdarah'
* Pendarahan di otak akibat kepecahan anerisme
* (Tiub lemah - membonjol keluar - udara ditingkatkan - mengelembung - pecah)
* Simptom; darah tinggi, punca ke 3 kematian adalah strok selepas penyakit jantung dan kanser.

AMALAN DIET

1. Elakkan garam - kreatifkan dgn menukar herba / rempah ratus.
2. Jangan makan daging proses: Hot Dog, burger, bebola daging...
3. Jangan makan sayur dalam tin.
4. Elak makanan bergoreng, kuli ayam, lemak daging, makanan segera.
5. Hadkan Kafein: kopi, rokok...
6. Jauhi bahan pengawet, pewarna, perasa.
7. Awas lemak tersembunyi: santan dlm kari, nasi lemak, rot canai...

MAKANAN UNTUK DARAH TINGGI

1. Buah-buahan, sayuran, susu rendah lemak.
2. Diet kurang daging merah, ayam tiada kulit...
3. Kekacang, soya, dal dan dll...
4. Makanan tinggi kalium; kacang soya, ikan, ubi kentang, pisang
5. Kunyah daun saderi, banyakkan bawang putih/merah
6. Makanan tinggi kalsium, ikan salmon, sayur hijau berdaun (rokoli, kubis...)
7. Cara masakan rebus, kukus, pamggang, sekali kala goring.

UBAH GAYA HIDUP

* Pil perancang
* Rokok
* Alkohol
* Ketegangan (Stress)
* Amalkan Senaman

Perut punca segala penyakit

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,

Anda kerap diserang sakit perut tanpa sebab? Atau anda sering berasa tidak selesa di bahagian perut? Awas! Ia mungkin pentanda awal kepada penyakit lain yang merbahaya kepada anda. Seperti mana Sabda Rasulullah s. a. w, maksudnya: "Perut manusia itu tempat segala penyakit, manakala pencegahan itu pokok dari segala pengubatan." (Riwayat ad-Dailami)

Al-Ma'idah dalam bahasa Arabnya bermaksud perut (ventrikulus) dan dalam bahasa Inggerisnya disebut stomach. Merupakan salah satu dari organ-organ pencernaan. Perut juga merupakan salah satu dari tempat atau sarang penyakit.

6 punca penyebab penyakit dari perut:-

1. Cara pemakanan seharian yang tidak sistematik.

2. Terlalu berlebihan semasa makan.

3. Tidak berwaspada dengan makanan dan minuman yang dihinggapi serangga.

Sabda Rasululluh s. a. w, maksudnya: "Jika ada seekor lalat jatuh ke dalam tempat minuman yang akan kamu minum, maka celuplah keseluruhan tubuh lalat tersebut ke dalam minumanmu tadi kemudian angkatlah (buanglah) lalat tersebut. Kerana sesungguhnya pada salah satu sayapnya mengandung ubat dan pada sayap yang lainnya mengandung penyakit." (Riwayat Abu Hurairah)

4. Tidak cermat semasa meneliti isi kandungannya.

5. Kurang kesedaran dalam menjaga kebersihan diri.

Sabda Rasulullah s. a. w, maksudnya: "Bersiwaklah (menggosok gigilah) kamu semua, sebab bersiwaak (menggosok gigi) itu adalah membersihkan mulut dan Allah redha kepadanya. Setiap kali Jibril datang kepadaku, ia selalu berpesan untuk bersiwak
(menggosok gigi)." (Riwayat Ibnu Majah)

6. Kebiasaan memakan ubat tanpa nasihat doktor.

Oleh itu jagalah cara pemakanan anda, dapatlah anda menghindari dari segala penyakit yang berbentuk kronik ataupun sebaliknya. Amalan yang dilakukan oleh Nabi Muhammad s. a. w iaitu berpuasa merupakan sebaik-baik pencegahan dan pengubatan.

Sabda Rasulullah s. a. w, maksudnya: "Berpuasalah kamu, nescaya kamu menjadi sihat." (Riwayat Abu Hurairah)

Read More......

Friday, March 13, 2009

EMINENT '09


Assalamualaikum..maafla kerana x sempat update blog..Ibnur Rahmat sibuk sikit kerana terlibat sebagai ajk Penyiaran & Fotografi EMINENT '09 yang di anjurkan oleh Dewan Perwakilan Mahasiswa Tanta dengan kerjasama Perubatan Chapter Tanta.....!!!

Read More......

Sunday, March 1, 2009

al-Fatihah



AL-FATIHAH
kepada
Allahyarham Ust Wan Jamil Wan Mahmood
Mantan Ahli Parlimen Tumpat 1990 - 1999


Semoga roh beliau di cucuri rahmat oleh Allah s.w.t
dan ditempatkan bersama golongan siddiqiin dan para syuhada

Klik di sini untuk berita kematian Beliau..

Read More......