Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Template

Powered by Blogger


widget

.:: KEPIMPINAN ULAMA' ::.

Photobucket

.:: TV KELANTAN ::.


.:: THE TREE ::.


.:: The Making of The Tree ::.


Photobucket

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:

Date Conversion
Gregorian to Hijri Hijri to Gregorian
Day: Month: Year



.:: TENTANG DIRIKU ::.

Tadika Chung Hwa, Kota Bharu [ 1986 ]
SRJK (c) Chung Hwa, Kota Bharu [ 1987 - 1990 ]
Sek. Keb. Rambutan Rendang, Kota Bharu [ 1990 - 1993 ]
Maahad Muhammadi Lelaki, Kota Bharu [ 1994 - 1996 ]
SMA Sungai Merab Luar Sepang, Selangor [ 1997 -1998 ]
Darul Quran Wal Hadis, Pasir Pekan [ 1999 - 2001 ]
Maahad 'Ali Dirasat Islamiah Wal Arabiah, Perak [ 2002 ]
Universiti Al-Azhar Cawangan Tanta, Mesir [ 2003 - 2009 ]

Saturday, November 7, 2009

Piala milik siapa?


SIAPA yang akan menjulang trofi Piala Malaysia 2009 bakal terjawab di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam ini.

Apa yang pasti, pasukan yang muncul sebagai pemenang akan menamatkan penantian mereka bagi kejuaraan piala berprestij tanah air itu yang memasuki edisi ke-83 tahun ini.

Jika Negeri Sembilan muncul juara, mereka bakal menamatkan penantian selama 61 tahun selepas memenanginya buat pertama kali pada 1948 tetapi gagal mengulangi kejayaan itu pada final 2000 dan 2006.

Kelantan pula jika menang, bakal menamat- kan penantian selama 88 untuk menjulang Piala Malaysia buat pertama kali sejak ia diper- kenalkan pada 1921 setelah mereka tewas dalam dua per- cubaan pada tahun 1955 dan 1970.

Bagi jurulatih Negeri Sembilan, Wan Jamak Wan Hassan, pasukannya itu tidak akan turun dalam keadaan tertekan malam ini lagipun mereka dilabelkan sebagai underdog berbanding Kelantan.

"Kami akan tampil dengan lebih tenang. Kita tahu, jika pemain dalam keadaan teka- nan, mereka mudah untuk melakukan kesilapan. Biarlah Negeri Sembilan jadi underdog kerana itu tidak membuatkan kami tertekan.

"Biarpun rekod empat kali bertemu Kelantan musim ini, tiga da- ripadanya kami menang, keputu- san lepas tidak boleh dikira dalam final. Pasukan mana yang bermain dengan baik dan memanfaatkan peluang, dia akan menang," katanya pada sidang media di Stadium Nasional petang semalam.

Jurulatih Kelantan, B. Sathianathan pula tidak menganggap pasukannya sebagai pilihan kerana baginya Negeri Sembilan lebih memiliki reputasi tinggi kerana menang semua 10 perlawanan Piala Malaysia musim ini berbanding Kelantan yang menang lapan, seri sekali dan tewas sekali.

"Dalam bola sepak, semua mahu menang. Tanyalah Selangor, mereka pun nak menang Piala Malaysia walaupun dah banyak kali memenanginya. Jadi pasukan Kelantan juga mahu memenanginya untuk pertama kali.

"Jika tiada sebarang pemain yang cedera petang ini (semalam), kami bakal turunkan kesebelasan terkuat. Jika perlawanan berlanju- tan sehingga sepakan penalti, kami memang sudah bersedia sejak saingan suku akhir lagi," kata Sathiana- than pada sidang media yang sama.

Sementara itu, Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Azzuddin Ahmad memberitahu, kesemua 85,000 keping tiket bagi final malam ini telah habis dijual pada pukul 12 tengah hari semalam setelah sejam kaunter di Stadium Nasional dibuka.

"Nasihat saya, hanya mereka yang ada tiket saja hadir ke stadium esok (hari ini). Tiada skrin besar disediakan di luar stadium. Mereka yang gagal mendapatkan tiket bolehlah menonton siaran langsung di RTM1," kata Azzuddin.

Read More......

Tuesday, September 29, 2009

Selamat Tinggal Teman Seperjuangan...









































Assalamualaikum...

Ibnur Rahmat memohon maaf kerana dah lama tidak kemas kini blog, maklumlah sibuk dengan persediaan untuk pulang ke Malaysia. Di kesempatan ini ibnur Rahmat ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Eidulfitri buat semua sahabat-sahabat pengunjung, maaf zahir dan batin.

Setelah hampir 7 tahun berhempas pulas untuk menghabiskan pengajian di al-Azhar, akhir pada ibnur Rahmat berjaya menamatkannya pada tahun ini. Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah s.w.t sebanyak-banyaknya.

Kini tibalah saat yang menyedihkan untuk meninggalkan bumi Mesir yang telah banyak kenangan pahit manis sepanjang berada di sini. Insya Allah pada 3/10/2009 jam 4.30 pagi dengan menaiki pesawat Egypt Air ibnur Rahmat akan berangkat pulang ke tanahair tercinta bagi mencurahkan bakti pada agama, bangsa dan negara.

Terasa sebentar sahaja tempoh 7 tahun berlalu, pelbagai dugaan dan pengalaman yang dilalui. Bila mengenangkannya, diri ini merasa kerdil untuk menghadapi mehnah dan ujian yang bakal ditempuh di tanahair nanti.

Malaysialah medan sebenar bagi kita semua para azhari, di sini adalah medan latihan untuk kita memantapkan persediaan bila pulang nanti. Kepada sahabat-sahabat yang akan ibnur Rahmat tinggalkan, mohon maaf ibnur Rahmat pinta seandainya diri ini pernah melukai dan menyinggung perasaan kalian, kenagan pahit manis bersama tidak akan ibnur Rahmat lupakan buat selama-lamanya. Berjuanglah kalian untuk menamatkan pengajian, jangan sesekali ada perasaan jemu dan malas. Ibnur Rahmat berdoa, semoga kalian semoga beroleh kejayaan dalam pegajian dan kita semua dapat berganding untuk berjuang bersama bagi melihat Islam terus subur di muka bumi Malaysia insya Allah taala. Jangan kalian lupa doakan semoga ibnur Rahmat terus thabat dan istiqamah dalam menghadapi mehnah perjuangan di tanahair nanti. Semoga berjumpa lagi ....!!!!

Salam Kemaafan dan Salam Perjuangan...Allahuakbar !!!

Read More......

Sunday, August 30, 2009

Memahami Hakikat Kemerdekaan Berpandukan Sirah Nabi S.A.W



Esok adalah tarikh yang tidak pernah luput dari ingatan setiap rakyat Malaysia, 31 Ogos adalah tarikh sambutan ulangtahun kemerdekaan bagi negaraku tercinta, ia disambut saban tahun dan buat kali pertama sambutan pada tahun ini diadakan di perkarangan Bangunan Parlimen Malaysia.


Realiti Sambutan Ulangtahun Kemerdekaan kini


Hakikat sebenar kemerdekaan mengikut kacamata Islam, ialah membebaskan manusia dari pengabdian sesama makhluk kepada Al-Khaaliq (Allah).

Jika dilihat dalam konteks negara kita, apakah kita berusaha ke arah itu? Rakyat dipaksa untuk menyokong pemerintah jika hendakkan bantuan bagi mengatasi bebanan hidup. Ugutan ini jelas bertentangan dengan hakikat kemerdekaan yang dianjur oleh Islam, adakah mereka (pemerintah) lupa bahawa tanggungjawab dan amanah yang mereka pundak sekarang akan menjadi bebanan di akhirat nanti? Sedarlah wahai pemimpin negaraku, kembalilah segera selagimana pintu taubat itu masih terbuka luas.


Hiburan yang melalaikan

Setiap kali sambutan kemerdekaan, rakyat sentiasa dihidangkan dengan acara hiburan yang berlebih-lebihan, hasilnya akan merosakkan minda dan akhlak muda-mudi yang hanyut dengan hiburan yang kadang-kadang tidak ada kaitan langsung dengan maksud kemerdekaan. Bagi penganjur acara sambutan, maksud kemerdekaan yang mereka fahami adalah dengan mereka bebas untuk melakukan kemungkaran dan kemaksiatan terhadap Allah s.w.t. Na'uzubiLLAH

Adakah generasi begini yang diharapak ( gambar hiasan )

Pelbagai tema dan motto sambutan ditonjolkan setiap tahun, namun ianya langsung tidak memberi apa-apa kesan yang mendalam kepada rakyat kerana mereka mabuk dek acara hiburan yang melampaui batas agama dan adat. Kaedah mendidik rakyat dengan membelakang ajaran al-Quran dan as-Sunnah, maka natijahnya akan melahirkan masyarakat yang rosak akhlak dan hidup penuh dengan kesesatan.

Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud:- "Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, jika kamu berpegang teguh dengan kedua-duanya nescaya kamu tidak akan sesat selama-lamanya iaitu Kitab Allah dan sunnahku."

Ianya telah dijanjikan oleh Nabi s.a.w sendiri kepada umatnya, namun apa yang menyedihkan ia diketepikan. Sesat di sini bukan hanya terlibat dengan ajaran sesat sahaja, tetapi jika kita mengaku sebagai muslim dan tidak menghiraukan ajaran agama maka kita juga dikatakan berada dalam kesesatan. Ulama yang menyatakan kebenaran diperlekeh dan difitnah sebaliknya ulama yang menyembunyikan kebenaran dijulang, inilah fitnah akhir zaman yang melanda umat Islam kini.

Pengajaran Dari Sirah Nabi s.a.w dan Sahabat r.a.


Sirah Nabi s.a.w dan para sahabat r.a banyak menyingkap kepada kita semua akan hakikat sebuah kemerdekaan yang dituntut oleh Islam, Peristiwa hijrah itu sendiri menjelaskan bahawa untuk mencapai kemerdekaan yang hakiki haruslah membebaskan diri dari pengabdian sesama makhluk kepada Al-Khaliq. Kehidupan di Kota Mekah sangat menyeksakan buat mereka, sehingga turunnya perintah dari Allah kepada Rasulullah s.a.w supaya berhijrah dari Mekah ke Madinah. Dengan penuh ketaatan mereka berhijrah meninggalkan tanahair tercinta demi untuk memerdekakan diri dari belenggu jahiliyah dan kesesatan. Namun ianya tidak berhenti begitu sahaja, Nabi s.a.w berjaya mendirikan sebuah kerajaan di Madinah serta membina kekuatan berasaskan iman dan taqwa kepada Allah. Akhirnya mereka berjaya membebaskan dan memerdekakan Kota Mekah.

Peristiwa pembukaan Kota Mekah sangat masyhur dalam sejarah Islam dan dirakamkan oleh Allah dalam surah An-Nasr:-


"Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa engkau wahai Muhammad berjaya menguasai negeri Makkah) [1], Dan engkau melihat manusia masuk dalam ugama Allah beramai-ramai [2], Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat [3]."


Sesungguhnya jika kita menjadi ajaran Islam sebagai tatacara kehidupan, maka insyaAllah taala hidup kita akan mendapat kebahagian di dunia dan akhirat. Bersempena dengan bulan ramadhan yang barakah ini, marilah kita menyambut ulangtahun kemerdekaan kali ini dengan penuh tawaduk serta menjadikan sirah Nabi s.a.w dan sahabat r.a sebagai pengajaran yang sangat berguna untuk memahami hakikat kemerdekaan yang sebenarnya. Wallahu'alam..

SELAMAT MENYAMBUT ULANGTAHUN KEMERDEKAAN KALI KE 52
dari Rakyat Prihatin, IBNUR RAHMAT

Read More......