Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Template

Powered by Blogger


widget

.:: KEPIMPINAN ULAMA' ::.

Photobucket

.:: TV PR ::.


Photobucket

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:


.:: TENTANG DIRIKU ::.

Tadika Chung Hwa, Kota Bharu [ 1986 ]
SRJK (c) Chung Hwa, Kota Bharu [ 1987 - 1990 ]
Sek. Keb. Rambutan Rendang, Kota Bharu [ 1990 - 1993 ]
Maahad Muhammadi Lelaki, Kota Bharu [ 1994 - 1996 ]
SMA Sungai Merab Luar Sepang, Selangor [ 1997 -1998 ]
Darul Quran Wal Hadis, Pasir Pekan [ 1999 - 2001 ]
Maahad 'Ali Dirasat Islamiah Wal Arabiah, Perak [ 2002 ]
Universiti Al-Azhar Cawangan Tanta, Mesir [ 2003 - 2009 ]

Monday, June 30, 2008

Apa cite politik Malaysia


:: Azizah dedah gambar Saiful Bukhari dengan orang kanan Najib ::

Harakahdaily.net
SHAH ALAM, 29 Jun (Hrkh) -Presiden Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam sidang media sebentar tadi mendedahkan gambar pengadu kes Anwar, Saiful Bukhari Azlan dengan Pegawai Khas kepada Timbalan Perdana Menteri, Khairil Anas Yusof.

ImageGambar itu akhirnya mencetus tanda tanya samada kes dakwaan liwat terbaru membabitkan Anwar itu adalah berpunca dari konspirasi seseorang.

Beliau tidak mendedahkan siapa yang menyerahkan gambar tersebut namun disyaki adanya konspirasi seperti kes pada tahun 1998 membabitkan Anwar.

Namun menurut sumber, Saiful adalah Pegawai Khas Anwar yang menjadi sukarelawan ketika pilihan raya umum lalu dan beliau dikatakan bukan ahli KeADILan.

Wan Azizah yang mengulas perkembangan terbaru itu menyatakan rasa kecewa dengan dakwaan tersebut yang dikatakan sekali lagi untuk menjatuhkan Anwar.

Malah menurut Timbalan Presiden KeADILan, Dr Syed Husin Ali, kini konspirasi itu bukan sahaja untuk menjatuhkan Anwar malah mengancam hidup Anwar.

Pimpinan KeADILan sepakat mengecam konspirasi terbaru ini yang nyata sekali untuk menjatuhkan Anwar tatkala perkembangan KeADILan semakin hampir memerintah kerajaan, kata Syed Husin.

Pimpinan KeADILan sendiri sepakat tidak mempercayai dakwaan Saiful itu malah menyokong penuh kepimpinan Anwar.

Suasana di perkarangan hotel dekat sini semakin bising dengan laungan reformasi dan takbir.

Sejak semalam, timbul desas-desus yang menyatakan bahawa Anwar akan ditahan ekoran satu laporan polis yang dibuat terhadapnya semalam.

Laporan tersebut dibuat oleh pembantu khas Anwar, Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa telah diliwat oleh bekas Timbalan Perdana Menteri tersebut.

ImageSumber KeADILan mengatakan bahawa polis telah menahan pembantu khas Anwar semalam dan memaksanya membuat laporan polis yang dia diliwat oleh Anwar.

Sementara Saiful Bukhari dikatakan sedang memberi keterangan di salah sebuah balai polis di Kuala Lumpur.

Anwar bagaimanapun menafikan dakwaan dalam laporan tersebut dan mendakwanya ianya merupakan satu rekaan semata-mata.

Sebaliknya, beliau berkata, laporan tersebut diatur oleh pihak-pihak yang berkepentingan untuk 'menyerangnya' sebagai tindak balas terhadap bukti yang diperolehinya, yang membabitkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Peguam Negara, Tan Sri Gani Patail berhubung salah laku,termasuk mereka bukti dalam kes-kes terhadapnya pada 1998-1999.

Anwar dijangka membuat laporan polis berhubung bukti-bukti yang diperolehinya itu hari ini.

Presiden KeADILan Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail mengesahkan perkara itu tetapi tidak diketahui bila dan di mana laporan itu akan dibuat.

Dalam kenyataannya pagi tadi, Wan Azizah berkata, Saiful merupakan seorang sukarelawan yang tampil membantu KeADILan, sewaktu pilihan raya umum lalu.

Ekoran itu, katanya, mereka tidak membuat sebarang semakan latar belakang pengadu.

ImageMengenai laporan tersebut, beliau berkata, ia bertujuan untuk mencemarkan masa depan politik Anwar.

Menurut Wan Azizah perkara yang sama berlaku sepertimana 10 tahun yang dulu.

Anwar, bekas TPM dan Menteri Kewangan, dipecat dari kerajaan pada 1998 kerana didakwa menyalahguna kuasa dan dituduh terbabit dalam perbuatan liwat.

Pada 1999, beliau dijatuhkan hukuman penjara enam tahun atas tuduhan salahguna kuasa dan pada tahun 2000, dijatuhkan hukuman sembilan tahun penjara atas tuduhan liwat.

Bagaimanapun, pada 2004, Mahkamah Persekutuan telah membatalkan sabitan hukuman liwat dan membebaskan Anwar.

Anwar mendakwa tuduhan terhadapnya itu merupakan satu konspirasi politik terhadapnya, tetapi kerajaan menafikannya.

Read More......

Berakhir penantian selama sebulan.....

SEPANYOL JUARA EURO 2008

Berakhir sudah penantian bagi peminat bola sepak Eropah, selepas kejohanan berprestij di benua eropah yang berlangsung hampir sebulan menyaksikan pasukan Sepanyol berjaya menjulang kejuaraan eropah dengan mengalahkan pasukan Jerman dengan jaringan 1 - 0.

Gol Sepanyol dijaringkan oleh penyerangnya Fernando Torres, secara keseluruhannya pasukan Sepanyol bermain dengan baik dan banyak melakukan gerakan-gerakan cantik dan membahayakan pintu gol pasukan Jerman.

Apa-apa pun tahniah kepada pasukan Sepanyol dan peminatnya di atas kejayaan tersebut, Manakala kejohanan ini menyaksikan David Villa dianugerahkan selaku penjaring terbanyak iaitu sebanyak 4 jaringan dengan 3 daripadanya semasa menumpaskan Rusia 4-1. Sementara itu Turki pula merupakan pasukan paling menonjol dan paling hebat membuat kejutan. Pasukan ini telah diberi gelaran ‘King of Drama’ di EURO 2008.

Tahniah juga kepada pasukan Turki, kerana berjaya melakukan beberapa kejutan dan kejohanan EURO 2008 ini pasti memberi banyak kenangan kepada para pemainnya...BRAVO TURKEYE...!!!

Read More......

Sunday, June 29, 2008

ANTARA 'BASYIR' (BERITA GEMBIRA)DAN 'NAZIR' (BERITA AMARAN)

Setiap Rasul diutuskan sebagai pembawa berita gembira (basyir) dan pemberi peringatan (nazir) kepada manusia. Menyampaikan berita gembira kepada mereka yang taat melakukan ibadat dan memberi peringatan dan amaran kepada mereka yang melanggar perintah Allah. Ini jelas diterangkan oleh Allah dalam Al-Quran Surah Fathir: 24.

Sebagai perutusan Allah, para Rasul mempunyai kebijaksaan dalam berdakwah bagi menangani kerenah masyarakat pada zaman itu. Mereka bijak menggunakan sama ada pendekatan 'basyir' atau 'nazir' terhadap orang yang mereka seru.

Kepada mereka yang terlalu 'khauf' dan kuat melakukan ibadat kerana takut kepada azab Allah, para Rasul memberikan berita gembira tentang syurga dan keseronokannya. Dengan cara ini, mereka berasa tenang, gembira dan tidak terlalu khauf tentang azab Allah. Para rasul adalah pakar motivasi dan kaunselor yang memberikan ketenangan jiwa kepada umatnya.

Sebaliknya kepada mereka yang ingkar dan kufur kepada Allah, para Rasul memilih pendekatan 'nazir' iaitu menyampaikan berita seksa dan pembalasan azab yang amat sangat di neraka. Dengan cara ini, mereka akan mengetahui kesalahan yang mereka lakukan dan betapa pedihnya azab Allah jika amalan itu diteruskan. Akibatnya mereka akan bertaubat dan mula mentaati Allah.

Sungguhpun begitu adakalanya Rasul menggunakan kombinasi 'basyir' dan 'nazir' bergantung kepada keadaan orang yang didakwah.

Demikianlah contoh teladan yang ditunjukkan oleh para rasul ketika berdakwah. Mereka yang terlalu 'khauf' digembirakan dengan berita syurga dan yang terlalu 'rajak' diancam dengan berita neraka. Begitu juga tentang hukuman bagi pesalah dirujuk pada Al-Quran tanpa memilih kasih. Masyarakat sekarang dilanda pelbagai penyakit sosial. Mereka perlu diberi rawatan dengan resepi perubatan yang mujarrab sesuai dengan penyakit yang diidap. Kenapa penyakit masyarakat semakin menjadi walaupun pelbagai pendidikan dan program 'Rakan Muda' diperkenalkan. Jawapannya adalah kerana penyakit lain ubat yang diberi pula lain. Tegasnya, lain sakit lain pula ubatnya. Untuk mengubati penyakit, kita perlu mengetahui puncanya. Punca penyakit masyarakat masa kini ialah hilangnya perasaan khauf dan meluasnya perasaan rajak di dalam jiwa.

Berdasarkan huraian di atas, penyampaian bagaimanakah agaknya yang sesuai untuk golongan tersebut? Jawapan anda tepat iaitu dengan memberikan ancaman dan amaran tentang balasan dan azab yang bakal diterima di neraka. Pendekatan 'bashir' tidak sesuai bagi mereka.

Dalam Islam tiada kompromi tentang hukuman dan hudud. Hukum-hakam dalam Islam tidak berubah walaupun masa telah berubah. Hukuman berzina, mencuri misalnya tetap sama seperti hukuman yang dikenakan semasa zaman Nabi. Agama Islam telah lengkap dan tak perlu diubahsuai atau ditokok tambah. Demikian besarnya peranan yang perlu dimainkan untuk mengatasi masalah sosial yang semakin meruncing dewasa ini. Sekiranya pelaksanaan hukum dan hudud diperkenalkan selama ini, sudah tentu masalah sosial seperti yang berlaku sekarang ini tidak akan berlaku.

Read More......

Tuesday, June 24, 2008

Sheikh Atiyyah Saqr Dalam Kenangan....


Nama beliau ialah Sahibul Samahah Fadhilatul Syeikh Atiyyah Muhammad Atiyyah Saqr. Beliau masyhur dengan panggilan Syeikh Atiyyah Saqr. Dilahirkan di perkampungan Behna Bai, Zaqaziq Syarqiyyah pada hari Ahad tanggal 4 Muharram 1333 hijriyyah bersamaan 22 November 1914 masihi.

Beliau mula menghafaz al-Quran ketika berumur 9 tahun dan beliau mula meminati dan mempelajari bidang fiqh ketika berusia 10 tahun. Beliau memulakan pengajian secara formal di sebuah sekolah rendah yang terdapat di kampung beliau, Behna Bai. Minat beliau pada ilmu tidak pernah berkurang. Ini dibuktikan apabila beliau melanjutkan pengajiannya ke Sekolah Tinggi Agama di Zaqaziq (Maahad Zaqaziq al-`Ali al-Dini) pada tahun 1928.

Beliau mendapat Shahadah Aliyah (Sijil Tinggi) pada tahun 1941 dalam bidang Usuluddin pengkhususan bidang dakwah.
Sudah menjadi resam bagi seorang ulama pendakwah yang tidak akan berhenti rehat walaupun sedetik, sebaik menamatkan pengajian, beliau terus berkhidmat di Kementerian Waqaf (agama) Mesir sebagai imam, khatib dan tenaga pengajar di Masjid Abdul Karim Ahmadi yang terletak di Bab al-Sya’riyyah di Qaherah pada 16 Ogos 1943. Kemudian pada bulan Februari 1944, beliau ditugaskan ke Masjid Al-Arba’in Al-Bahri (sekarang dengan nama masjid Ammar bin Yasir) di Giza.

Kerja-kerja dakwah yang beliau laksanakan tidak terhenti setakat itu sahaja malahan beliau juga turut menjadi wakil bagi al-Azhar pada tahun 1945 untuk menjadi penceramah di beberapa tempat di bumi Kinanah ini. Antaranya di Tahta Jarjawiyah, Suez, Raksu Al-Gharbiyyah dan juga Qaherah.
Antara jawatan yang pernah disandang oleh al-Marhum Fadhilatul Syeikh Atiyyah Saqr sepanjang terlibat sebagai pendakwah ialah beliau pernah memegang jawatan sebagai pensyarah di jabatan pengajian agama Islam dan Bahasa Arab bagi peringkat PHD.

Beliau turut diamanahkan sebagai pengarah bagi Jabatan Syeikhul Azhar dan salah seorang daripada ahli jawatankuasa Majma’ Buhuts Islamiyyah (Majlis Kajian Dan Penyelidikan Islam) di Mesir. Beliau juga turut diamanahkan untuk menjadi penasihat kepada Menteri Keagamaan Mesir, juga sebagai Ketua Lajnah Fatwa dan sebagainya.


Walaupun sibuk dengan tugas yang diamanahkan ini, amanah ini tidak menghalang beliau untuk bertanding di dalam pilihanraya dan menjadi ahli Dewan Rakyat pada 1984. Selepas itu beliau memegang jawatan sebagai ahli Parlimen Kerajaan Mesir pada tahun 1989.

Kepercayaan masyarakat tidak pernah luntur terhadap kebolehan Syeikh Atiyyah Saqr. Sekali lagi beliau diberi kepercayaan untuk memegang jawatan sebagai Pengarah Urusan Jabatan Sunnah dan Sirah bagi Majlis Tertinggi
Agama Islam yang terletak di bawah seliaan Kementerian Keagamaan Mesir pada tahun 1991.

Khidmat al-Marhum Syeikh Atiyyah Saqr juga bukan hanya semata-mata tertumpu di Mesir sahaja bahkan masyarakat luar juga tidak mahu ketinggalan untuk menumpang keberkatan ilmu yang Allah swt kurniakan kepada beliau. Beliau pernah berkhidmat di Kementerian Keagamaan Negara Kuwait pada 1972 selama tujuh tahun.

Beliau juga turut pernah mengadakan lawatan rasmi dan tidak rasmi di dalam menyampaikan misi dakwah. Antara negara yang pernah beliau kunjungi ialah Iran dan Indonesia (1971), Libya (1972), Bahrain (1976), Algeria(1977), Senegal, Negeria, Amerika Syarikat, Pakistan, Bangladesh, Iraq, Paris, London, Malaysia, Brunei, Singapura dan Negara Soviet.
Al-Marhum Syeikh juga sering terlibat di dalam rancangan-rancangan agama yang disiarkan di corong-corong radio dan di kaca televisyen. Penulisan beliau juga banyak memberi manfaat kepada pembaca. Antara karangan beliau yang terlalu tinggi nilainya ialah:

الدعوة الإسلامية دعوة عالمية
الدين العالمي ومنهج الدعوة إليه
موسوعة الأسرة تحت رعاية الإسلام - 6 مجلدات
سوأل وجواب للمرأة المسلمة
أحسن الكلام في الفتاوى والأحكام - 7 مجلدات

Pemergian al-Marhum sangat dirasai oleh setiap umat Islam khususnya kepada golongan yang mencintai para ulama. Al-Marhum kembali ke rahmatullah pada pagi 18 Zul Qa'dah 1427 bersamaan 9 Disember 2006 di rumah beliau di St. Theresa, Syubro. Umat Islam telah kehilangan sebutir lagi mutiara yang sangat berharga. Semoga roh beliau ditempatkan bersama para anbiya' dan auliya' al-solihin. Al-Fatihah.

Read More......

Friday, June 20, 2008

ANTARA RAJA' (HARAPAN) DAN KHAUF (KEBIMBANGAN)



Konsep Rajak dikaitkan dengan harapan manusia akan kurniaan Allah sama ada di dunia mahupun akhirat. Sangkaan baik bahawa Allah akan memasukkan mereka ke dalam syurga kerana Allah bersifat dengan Maha Pengasih dan Maha Pengampun.

Konsep Khauf pula dikaitkan dengan perasaan takut dan bimbang akan azab Allah dan malapetaka yang diturunkan sama ada di dunia lebih-lebih lagi di akhirat.

Manusia tidak dapat dipisahkan dari 2 keadaan ini sama ada rajak atau khauf. Ada yang terlalu berharap (sangka baik) terhadap kurnia Allah sehingga mereka lupa untuk beribadat kepada Allah. Mereka lalai dan relaks dari tanggungjawab sebagai hamba Allah namun masih menaruh harapan tinggi Allah akan mengampunkannya. Mereka lupa bahawa azab Allah amat pedih.

Satu golongan lagi terlalu takut terhadap azab Allah sehingga sebahagian besar masanya beribadat tanpa ada ruang untuk hal-hal selain dari urusan akhirat. Mereka lupa untuk menguruskan keduniaan mereka.

Kedua-dua golongan ini extreme sama ada ke arah keduniaan dan keakhiratan mutlak. Golongan pertama condong ke arah dunia dan lupakan akhirat sementara kedua condong ke akhirat dan lupakan dunia.

Dalam memperkatakan kedua-dua keadaan ini, kedudukan kita hendaklah antara khauf dan rajak; tidak terlalu khauf dan tidak terlalu rajak. Adalah lebih selamat dalam menjalani hidup di dunia ini, kita lebihkan perasaan khauf - takut kepada Allah. Dengan ada perasaan ini kita sentiasa takut melakukan maksiat dan rajin membuat ibadat. Hidup kita akan lebih selamat. Meskipun begitu jangan terlalu takut sehingga terabai tanggungjawab di dunia.

Bila masanya kita perlukan perasaan rajak (harapan)? Jika khauf semasa menjalani hidup dunia, rajak pula kita gunakan semasa di ambang kematian. Di saat-saat menghadapi mati, kita hendaklah penuhkan dengan harapan 100% supaya Allah mengampuni kita. Kita menyangka baik Allah akan memasukkan kita ke dalam syurga. Ketika inilah kita yakinkan kepada diri kita Allah Maha Pengampun, Maha Pengasih, Maha Penyayang dan Maha Lemahlembut. Allah menurut apa yang kita sangkakan. Jika kita sangka baik terhadap Allah, Allah akan mengikut menurut sangkaan kita.

Menyorot kehidupan sekarang, seolah-olah manusia sudah hilang perasaan khauf. Kebanyakannya lalai dan leka dari menunaikan tanggungjawab. Namun pada masa yang sama mengharapkan keampunan Allah. Harapan begini hanya angan-angan kosong tak ubah seperti angan-angan Mat Jenin.

Oleh itu sama-samalah nasihat-menasihati antara satu sama lain supaya kita tidak terdorong kepada perilaku yang terlalu rajak. Sebaliknya tanamkan perasaan khauf dalam diri kita supaya di akhir nafas kita nanti Allah permudahkan untuk kita menaruh perasaan rajak. Semoga kita semua akan selamat di satu alam yang kekal dan abadi di dalam syurga yang penuh kemanisan dan kenikmatan.

Read More......

Friday, June 13, 2008

Minyok oh minyok !

Lagu ini di tujukan kepada seluruh rakyat Malaysia ...!!
Sama-samala kita Menghayatinya....

Read More......

Pilot peluk Islam setelah pesawat bawa jenazah ulama dilindungi awan

" Tajuk diatas ialah tajuk sebuah artikel diruangan Pedoman & Iktibar majalah Mastika keluaran Julai 2008 (ms118). Ia merupakan artikel menarik selain daripada artikel mengenai Tok Guru Nik Abdul Aziz di ms 84. Meremang bulu roma saya setelah membaca kehebatan ulama tersebut sehinggakan didalam perjalanan terakhir beliau menuju ke alam barzakh pun masih lagi “berdakwah” hingga pilot terbabit dengan izin Allah memeluk Islam.

Bukan itu sahaja, menurut pilot tersebut, di sepanjang penerbangan tersebut awan memayungi pesawat tersebut sedangkan tempat lain keadaan panas terik. Kejadian tersebut juga disaksikan oleh krew pernerbangan tersebut. Melihat kepada kejadian aneh itulah, pilot tersebut mengambil keputusan untuk memeluk Islam. Subhanallah.

Siapakah ulama tersebut? Tidak dinyatakan namanya tetapi banyak fakta2 yang menarik berkenaan ulama tersebut yang boleh membawa kita mengenali siapakah beliau. Antaranya :

1. Beliau merupakan seorang yang terkenal yang berjuang atas nama Islam.
2. Beliau meninggal dunia akibat serangan sakit jantung 6 tahun yang lepas di sebuah Hospital di Kuala Lumpur
3. Jenazah beliau diterbangkan ke sebuah negeri di utara dengan pesawat Hercules TUDM daripada airport Subang. Selain itu jenazah beliau juga diiringi oleh polis.
4. Disemadikan di sebuah madrasah negeri kelahiran beliau sesuai dengan wasiat beliau.
5. Ribuan rakyat hadir dari seluruh pelusuk negara untuk memberi penghormatan terakhir kepada beliau, sehinggakan setiap orang yang datang berebut-rebut hendak mengangkat jenazah beliau.

Itulah antara fakta2 yang dinyatakan tentang jenazah ulama tersebut. Saya yakin, berdasarkan fakta2 tersebut, ulama yang dimaksudkan ialah Almarhum Ustaz Fadhil Nor, mantan Presiden PAS.

Almarhum meninggal dunia akibat serangan sakit jantung di HUKM pada 23 Jun 2002. Almarhum disemadikan di Madrasah Darul Ulum, Pokok Sena, Kedah negeri kelahirannya. Jenazah Almarhum diterbangkan dengan pesawat Hercules TUDM di Subang dan tiba di airport Kepala Batas dengan disambut lebih 20,000 orang. Ramainya orang yang datang untuk memberi penghormatan terakhir kepada Almarhum sehinggakan jalan raya sesak teruk lebih 20 km. Kesan kesesakkan tersebut telah bermula dari tol-tol yang menghala ke Kedah, dan orang ramai terpaksa berjalan kaki ke Darul Ulum sejauh 10 km. Subhanallah.


Cerita awan memayungi pesawat yang membawa jenazah Almarhum Ustaz Fadhil Nor ini mungkin baru kita dengar. Dan ia diceritakan oleh pilot yang membawa kapal terbang tersebut. Inilah bila berjuang dengan keihklasan, balasan yang Allah tunjukkan dengan jelas kepada kita dan ia sebagai pemangkin semangat kita untuk terus memperjuangkan agama Allah. Kehebatan & keihklasan Almarhum berdakwah dan berjuang untuk agama sehinggakan didalam perjalanan terakhir beliau menuju ke alam barzakh pun masih lagi “berdakwah” hingga pilot terbabit dengan izin Allah memeluk Islam. Sememangnya Almarhum berjuang tanpa mengenal erti penat dan lelah untuk memartabatkan agama Allah di bumi Malaysia ini. Almarhum disegani teman dan lawan.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Almarhum.

Al-Fatihah.

Read More......

Monday, June 9, 2008

Tok Guru menang anugerah "Nobel" versi Asia


Mursyidul Am PAS yang juga MB Kelantan diumumkan sebagai pemenang Anugerah Keamanan Gusi yang dikeluarkan oleh Yayasan Keamanan Gusi, Filipina.


Anugerah tersebut diberikan kepada Tok Guru Nik Abd Aziz atas usaha keamanannya dibidang politik, khidmat sosial dan dakwah.Anugerah tersebut dijangka diserahkan kepada Tok Guru dalam satu majlis khas di Manila pada bulan November nanti.



Menurut Pengerusi Yayasan, Barry Gusi, Tok Guru adalah warga Malaysia yang kedua menerima anugerah ini dalam tempoh 10 tahun. Rakyat Malaysia pertama yang menerimanya adalah seorang hartawan juga dari Kelantan, Datuk Ismail Mohammad. Menurut Gusi lagi, pada tahun ini terdapat 1,490 orang calon yang telah dicalonkan dari seluruh pelusuk dunia. Maklumat berkenaan Yayasan ini boleh dilihat di:http://gusipeaceprize.com

Saya begitu kagum dan malah menumpang berbangga di atas pengiktirafan yang diberikan kepada Tok Guru ini, beliau merupakan aset bukan hanya buat rakyat Kelantan dan Malaysia malah kini seluruh dunia.

Sesungguhnya kepimpinan dan ketokohan Tok Guru diakui oleh kawan dan lawan, malah hakikatnya PAS sendiri kini terlontar jauh ke atas dipersada politik negara hasil dari kehebatan insan besar ini.



Tahniah Tok Guru dan doakanlah buat keselamatan dan kesejahteraan serta kejayaan kita semua.












Read More......

Saturday, June 7, 2008

Alam kubur

:: Alam kubur menghuraikan dirinya sebagai ::

1) Aku rumah yang terpencil, maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.

2) Aku rumah yang gelap, maka terangilah aku dengan selalu solat malam.

3) Aku rumah penuh dengan tanah dan debu, bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.

4) Aku rumah ular berbisa, maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.

5) Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir, maka banyaklah bacaan "Laa ilahaillallah, Muhammadar Rasulullah" supaya kamu dapat jawapan kepadanya.


Read More......

Thursday, June 5, 2008

Bila Qur’an Dipijak

“Segala puji bagi Allah Tuhan seluruh alam semesta ini. Sejahtera keatas Rasulullah SAW dan Nabi-Nabi serta Rasul-Rasul, keluarga mereka, sahabat-sahabat mereka, dan kita semua yang hadir. Baru-baru ini pembunuhan dan penyembelihan umat Islam secara rambang (massacres) telah berlaku di Maluku dan Ambon Indonesia. Gambar-gambar yang mengerikan, mayat kanak-kanak Islam yang dicincang serta orang-orang Islam yang dibunuh beramai-ramai (massacre) boleh dilihat di internet.Lapuran bergambar yang dilakukan oleh Dr Jemilah mengenai pembunuhan-pembunuhan tersebut apabila difikirkan boleh menitiskan airmata kita. Dan kesemuanya ini benar-benar telah berlaku dan bukannya imaginasi seseorang.Saudara-saudari Muslim ku, sebenarnya, ini bukan insiden kekejaman keatas kaum Muslimin yang terpencil.Tragedi atau bala yang serupa pernah berlaku di Bosnia dimana ratusan ribu orang-orang Islam dibunuh dalam kekejaman “cuci bersih” (ethnic cleansing) oleh puak Kristian Serbs. Begitu juga di Kosova dimana puluhan ribu orang-orang Islam juga telah “dicuci bersih”, dibunuh; juga oleh puak Serbs. Kanak-kanak dan kaum tua yang tidak berupaya untuk mempertahankan diri di bunuh begitu saja. Wanita-wanita Islam dirogol dan seterusnya dibunuh.

Orang-orang Islam dipenggal dan dikelar anggota mereka. Ceritanya sama, berulang-ulang kali. Mengapa kekejaman ini terus menimpa umat Islam di merata dunia? Kita boleh salahkan kekejaman ini kepada konspirasi antarabangsa terhadap Indonesia, atau rancangan jahat Barat terhadap kaum Muslimin, atau pun sebagai tindakan kebencian Yahudi dan Kristian terhadap kita, atau pun operasi cuci bersih puak Kristian Serbs. Tetapi adakah hanya ini SEBAB MUSABAB YANG SEBENARNYA?

Dari pengalaman saya sebagai Sukarelawan Perubatan di Kosova, saya dengan sendirinya telah melihat kubur-kubur orang-orang Islam yang dibunuh ditanam beramai-ramai (mass graves), mayat-mayat yang sedang reput dan busuk, keluarga-keluarga terutamanya kanak-kanak yang dalam ketakutan, rumah-rumah dan masjid-masjid yang telah hancur musnah. Memangnya suatu pengalaman yang kuat tamparannya. Dengan izin Allah SWT saya telah berpeluang tinggal bersama-sama suatu keluarga yang baik di Prizren, Kosova. Ketua keluarga itu, Imam Ismail dan anak sulungnya, Navahi, kedua mereka adalah imam, begitu juga dengan datuk Navahi, juga seorang imam. Mereka mesra dan baik hati.

Semasa satu dari perbualan kami di waktu petang, kami telah berbual mengenai bala dan tragedi yang telah menimpa, bagaimana masyarakat Kosova sebelum ditimpa bala pembunuhan massacre itu. Navahi yang fasih berbahasa Inggeris telah menceritakan dengan penuh rasa segan dan malu mengenai keadaan masyarakat Islam Kosova sebelum berlakunya genosid puak Kristian Serbs. Antara perkara yang beliau sebutkan adalah kaum Muslimin di Kosova telah lupa daratan dan membelakangkan Islam. Ramai tidak tahu sembahyang, tidak tahu membaca Quran, telah lupakan syahadah, dan zina serta meminum arak (bir) berleluasa di merata pelusuk. Hanya kaum tua sahaja yang masih ke masjid.

Di sebuah bandar kecil bernama Djakova, dimana berlaku pembunuhan massacre kaum Muslimin yang terdahsyat sekali, penduduk Islam disana telah berlaku syirik terhadap Allah SWT. Mereka menyembah kubur orang-orang alim (saints) yang dianggap keramat dan memasang lilin (seperti Kristian melakukannya didalam gereja). Mereka mendakwa yang mereka bukannya menyembah “keramat-keramat” tersebut tetapi menghampiri Allah melaluinya. Ini adalah kepercayaan mereka yang nyata sesat. Tidak ada inter-mediaries” atau perantaraan dalam Islam. Ini nyata perbuatan syirik. Imam Ismail adalah Imam di masjid Djakova sebelum berlakunya genosid pembunuhan orang-orang Islam beramai-ramai di bandar itu oleh puak Kristian Serbs.

Di bandar Suhareka, satu lagi bandar di mana pembunuhan secara massacre keatas orang Islam telah juga berlaku, penduduk bandar tersebut telah menggesa Bilal masjid supaya jangan melaungkan azan Subuh untuk memanggil orang mengerjakan solat. Ini kerana azan mengganggu tidur mereka. (Saya percaya ada dikalangan ummah kita yang sama menaruh perasaan benci mendengar azan, atau mereka akan kaleh memekakkan telinga dan mengabaikan solat. Ada yang langsung tidak bangun mengerjakan fardhu Subuh). Di satu lagi bandar di Kosova, seramai 40 orang Islam (lelaki, perempuan, kanak-kanak dan orang-orang tua) telah dibawa ke dalam hutan dan diikat. Mereka kemudiannya ditembak mati oleh puak Kristian Serbs dengan senjata AK47. Di bandar ini hanya golongan tua sahaja yang ke masjid.

Semasa kami membuat lawatan rawatan medic kesana kami telah tiba sejurus sebelum masuk waktu Maghrib. Pemuda-pemuda disana memberitahu kami hanya orang tua sahaja ke masjid. Benar kata mereka kerana apabila kami sampai ke masjid hanya ada Imam dan seorang lelaki tua dan rombongan medic kami yang bersolat di masjid tersebut. Semasa kami sedang mengedarkan Quran, seorang pemuda yang mulutnya berbau arak bir meminta senaskah Quran untuk dibakar buat memanaskan rumah beliau (Bandar tersebut dikelilingi hutan.. ) Oleh yang demikian tidak mungkin tiada cukup bekalan kayu untuk bahan api buat memanaskan rumah). Setelah membuat lawatan ke kawasan lain di Kosova, kami lihat kebanyakan pembunuhan serta kemusnahan harta benda kaum Muslimin berlaku di kawasan utara Kosova dimana masjid-masjid jarang kelihatan walau pun majoriti penduduk terdiri dari orang Islam.

Bukan niat saya hendak menjatuhkan air muka saudara-saudari Islam kita di Kosova, tetapi untuk mengingatkan kita semua kepada pengajaran dan iktibar di Kosova agar kita tidak melakukan kesilapan yang sama. Seorang lelaki tua yang kami temui, yang anak lelakinya telah dibunuh dan rumahnya dibakar, telah meminta kami memberitahu umat Islam yang lain apa yang sebenarnya telah berlaku..Oleh itu saya hanya menyampaikan apa yang diamanahkan oleh orang tua itu. Navahi juga memberitahu kami mengenai situasi di Turkey. Datok beliau kerap ke Turkey kerana ramai rakan kenalan disana.

Turkey, bukannya negara Islam,walau pun menonjolkan imej sedemikian. Turkey diperintah golongan sekular yang ekstremis dalam fahaman, bahawa agama Islam tiada kena mengena langsung dengan pemerintahan negara. Ini merupakan ideologi kebanyakan orang-orang Islam moden masakini. Mereka mendakwa Islam dan politik itu berasingan dan tidak boleh di campur. Golongan sekular Turkey pernah berkata urusan pentadbiran negara hendaklah jangan “tercemar”oleh ajaran Islam (seolah-olah politik itu suci dan Islam itu kotor).

Mereka mendakwa Islam itu perlu disekat amalannya kepada masjid dan rumah-rumah sahaja, dan dilarang digunakan di Parlimen, mahkamah dan sebagainya. Pemerintah sekular Turkey menganggap hukum-hukum Syariah itu kuno dan purba, hanya sesuai bagi puak-puak Arab zaman purba yang hidup digurun dan menunggang unta. Bagi golongan sekular Turkey, undang-undang Syariah tidak lagi sesuai bagi masyarakat bertamadun serba moden masakini, iaitu di zaman kereta, komputer dan internet, pro-kebebasan dan hak asasi manusia. Hukuman rejam ke atas penzina dan potong tangan yang mencuri dianggap oleh puak sekular Turkey sebagai kejam dan tindakan orang-orang yang tidak bertamadun, dan dengan demikian tidak lagi sesuai dilaksanakan. (Tidak terlintaskah kepada mereka bahawa mereka berlaku syirik terhadap Allah SWT).

TIDAK KAH SEMUA INI SAMA DENGAN KEADAAN KITA? Wanita di Turkey dilarang berhijab/bertudung menutup aurat. Usaha untuk mempelajari agama Islam dijadikan perkara yang susah oleh kerajaan Turkey. Pihak berkuasa yang sangat menindas Islam adalah tentera Turkey. Navahi mengatakan anggota tentera yang ditangkap mengerjakan solat dikenakan ‘court marshal’ (adalah suatu kesalahan mengikut peraturan tentera Turkey untuk mengerjakan solat).

Saya menerima e-mail beberapa hari sebelum berlaku gempa bumi yang dahsyat di Turkey baru-baru ini. Beberapa hari sebelum berlaku gempa bumi tersebut, Jeneral-Jeneral tentera Turkey mengadakan temasya keraian (party) di apartmen peranginan mereka di pantai Mediterranean. Mereka mengundang perempuan jalang dari Israel dan telah bersukaria sakan, meminum arak dan berzina.

Seterusnya Jenera-Jeneral tersebut telah memanggil seorang anggota pangkat bawahan untuk membaca Al-Quran sambil mereka bersukaria, mabuk dan berzina. Anggota pangkat bawahan enggan dan takut berbuat demikian, lalu seorang Jeneral merampas Al-Quran itu dan memijak-mijak Al-Quran itu sambil mencabar, “Mana dia Allah untuk selamatkan Quran ini”. Mereka semua ketawa terbahak-bahak.

Anggota tentera pangkat bawahan telah melihat suatu cahaya berwarna merah samar memancar di horizon laut. Beliau ketakutan lalu melarikan diri keluar dari apartmen Jeneral-Jeneral itu. Sejurus kemudian satu ombak yang begitu tinggi melanda pantai dan menelan apartmen dengan Jeneral-Jeneral Turkey tersebut kedalam laut. Yang berlaku sebijik semacam salah satu bala balasan Allah yang difirmankan di dalam Al-Quran. Wallahu ‘alam.

Di Palestine, saya terdengar dari seseorang di sana bahawa seorang Yahudi pernah berkata kepada seorang Arab, “Kami Yahudi tidak takut dan gentar selagi kami tidak melihat bilangan kaum Muslimin yang menunaikan solat fajar berjemaah di masjid sama dengan bilangan kaum Muslimin yang menetap di dalam qariah.”

Di Bosnia, kebanyakan orang Islam telah membelakangkan agama mereka sebelum berlakunya pembunuhan massacre disana. Mereka telah meniru cara hidup Eropah kafir. Zina, arak begitu berleluasa, dan perkahwinan antara Kristian dan Islam (secara murtad) dibenarkan. Orang Islam yang menjaga keimanan mereka terlalu sedikit bilangan mereka berbanding dengan yang memilih hidup dalam keadaan kejahilan moden dan kesesatan.

Saudara-saudari Islam, ini hanyalah contoh-contoh kemungkaran dan keingkaran. Sekali lagi ditegaskan bukan niat saya mengaibkan mereka, tetapi suatu iktibar perlu di ambil. Saya pasti sudah jelas bagi anda semua SEBAB SEBENAR berlakunya bala bencana dan tragedi yang dahsyat tersebut..

Seperti firman Allah SWT didalam Al-Quran (terjemahan): yang bermaksud “Janganlah kamu jadikan seruan Rasul diantara kamu seperti panggillan sebahagian kamu kepada sebahagian yang lain. Sesungguhnya Allah telah mengetahui orang-orang yang beransur-ansur pergi di antara kamu dengan berlindung (kepada kawannya), maka hendaklah orang-orang yang menyalahi perintah Rasul takut akan ditimpa ujian atau ditimpa azab yang pedih.” (Surah An Nuur Ayat 63).

Dan didalam satu lagi ayat Allah berfirman (terjemahan):yang bermaksud “Maka tatkala mereka membuat Kami murka, Kami menghukum mereka lalu kami tenggelamkan mereka semuanya (di laut)”. (Surah Az Zukhruf Ayat 55)

Amaran-amaran didalam Al-Quran itu sangat jelas. Dan Allah SWT tetap tidak akan mungkir janjiNya. Bukankah mereka ini (Bosnia, Kosovo, Turkey) telah tidak mematuhi perintah Allah dan RasulNya? Bukankah mereka telah mencabar Allah SWT? Adalah perkara mudah bagi Allah SWT menimpakan azab keatas kita atau mengadakan dugaan bagi kita kerana Allah Maha Berkuasa atas segalanya.

Bala dari Allah SWT itu kalau tidak dalam bentuk pembunuhan, Allah SWT boleh turunkan bala itu sebagai wabak penyakit, ribut, taufan, gempa bumi dan banjir yang dahsyat seperti yang telah difirmankanNya didalam Al-Quran. Jangan pula kita mempersoalkan sifat Allah SWT yang maha pengasih, maha pengampun lagi maha adil kerana telah mengizinkan berlakunya pembunuhan massacre keatas orang-orang Islam dan kanak-kanak itu. Rahmat Allah SWT tetap ujud walau pun kita tidak dapat mengamatinya.

Misalnya, sesetengah yang dibunuh itu mungkin orang Islam yang lemah keimanan mereka, telah melakukan banyak dosa dan sekiranya mereka mati secara biasa bukan mati syahid, sudah pasti tempat bagi mereka adalah api neraka. Wallahu ‘alam. Dan kanak-kanak yang terbunuh itu sebenarnya terselamat dari alam sekeliling yang berupa jahiliyah moden yang boleh merosakkan mereka dan mungkin apabila mereka dewasa kelak, mereka akan murtad atau berlaku syirik atau hidup bergelumang dengan dosa.

Tetapi Allah SWT telah mengambil mereka kembali dari dunia di waktu mereka kecil lagi, dan dengan itu mereka terselamat dari membuat dosa, dan Insya Allah akan masuk syurga di akhirat nanti, dan sayugia diingatkan akhirat itu adalah kehidupan buat selama-lamanya. Bukankah ini berupa nikmat dan rahmat Allah jua?

Kalau kita percaya hidup berakhir didunia ini sahaja maka kita akan melihatnya sebagai tragedi yang tidak adil. Tetapi kalau kita percaya kepada akhirat segala-galanya adalah ujian dan dugaan dalam perjalanan ke akhirat. Tetapi ini tidak sama sekali bermakna kita membiarkan sahaja ummah kita terus ditindas dan menderita begitu sahaja.

Kita ummat Islam merupakan keluarga yang besar dan menjadi tanggungjawab kita untuk membantu mereka dan melindungi mereka kerana meraka adalah saudara-saudari Islam kita. Oleh yang demikian apakah yang perlu kita lakukan untuk mengelakkan bala dari Allah yang berupa bencana alam dan pembunuhan menimpa diri kita dan mereka yang kita sayang? Jawapannya sama seperti yang telah diturunkan zaman ke zaman.

KITA PERLU:
kembali ke jalan yang diredhai Allah SWT.
memohon keampunan Allah SWT.
bersatu dibawah panji dan kalimah ‘La ilaa ha illallah’ dan bukan dibawah panji masing-masing.
berpegang sepenuhnya kepada HUKUM-HAKAM dan PERINTAH-PERINTAH Allah SWT dan berhenti melakukan segala yang dilarangNya.

Ini tindakan-tindakan yang perlu kita lakukan. Nampaknya agak susah, tetapi ia sebenarnya mudah, Insya Allah. Semuanya perlu bermula dari diri dan hati kita. Jangan tinggalkan solat fardhu, pelajari dan dalami ilmu agama kita, dan berdoa memohon Allah SWT menguatkan iman kita, dan hentikan bertelingkah antara sesama sendiri mengenai perkara-perkara yang remeh.

Kita boleh mengelakkan dari ditimpa dengan bala pembunuhan dan lain-lain bala keatas diri kita dan keluarga kita. Allah SWT telah berfirman bahawa Dia tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu selagi kaum itu tidak terlebih dahulu dengan sendiri berusaha untuk mengubahkannya. Kita perlu memulakannya dahulu, dan Allah SWT akan memberi kita pertolongan seperti yang dijanjikanNya.

Sebagai bukti, satu keadaan di Kosova. Pada suatu petang saya telah ke daerah Opoya, terletak di wilayah selatan Kosova, tempat asal Imam Ismail. Di kawasan itu bandarnya tidak mengalami apa-apa pun. Tiada berlaku pembunuhan massacre orang Islam, tiada pula kesan-kesan kemusnahan perang, dan tiada tanda-tanda bahawa puak Kristian Serbs telah ke tempat itu.

Tetapi sebenarnya puak Kristian Serbs telah menetap di kawasan itu selama 8 tahun, sama seperti di lain-lain kawasan. Perbezaan yang dapat kita lihat adalah diwaktu Maghrib, masjid di Opoya PENUH. Itu hanyalah waktu solat fardhu harian yang biasa. Di hari Jumaat ianya penuh berlimpahan, dan bukan hanya kalangan tua sahaja tetapi ramai pemuda sama berjemaah.

Dan mereka telah beramal walau pun godaan dan pengaruh buruk puak Kristian Serbs telah ujud. Kami tidak melihat sesiapa dikalangan orang Islam yang meminum arak disana. Saya diberitahu hanya satu tempat sahaja yang dimusnahkan oleh bom puak Serbs, iaitu sebuah kafe yang pernah menyajikan minuman arak. Pelanggannya datang dari kawasan lain.

Bandingkanlah perbezaan Opoya dengan bandar-bandar yang lain. Tidakkah jelas dan nyata bahawa kekuatan itu berada di tangan Allah SWT dan bukan bergantung sangat kepada tentera yang kuat untuk membalas serangan puak Kristian Serbs. Inilah maknanya “La Haula wa laa quwata illa billah”, tiada kekuatan atau daya kecuali dengan kehendak Allah SWT. Sekiranya Allah SWT tidak mengizinkannya, maka puak Kristian Serbs tidak akan dapat menyerang sesebuah bandar itu. Oleh itu jadikanlah ianya suatu pengajaran dan iktibar. Akhirnya mari kita sama-sama memohon doa’ kepada Allah SWT.

Bismillahhir Rahmaanir Rahiim.

Ya Allah Tuhan kami. Tingkatkanlah keimanan dan ketaqwaan kami kepada Engkau ya Allah dan Akhirat. Ya Allah, perkenankanlah taubat kami dan ampunkan dosa-dosa kami di masa lepas dan yang akan datang. Ya Allah, kami memohon taufik dan hidayah dari Mu kerana Engkau sahaja yang boleh memberikannya. Ya Allah, tolonglah umat Muhammad SAW untuk bersatu, dan lindungi kami dari pertelingkahan sesama sendiri. Ya Allah, kami berlindung dengan Engkau dari Syaitan, Dajjal, dan dari tamak haloba.

Ya Allah, hapuskanlah kekejaman dan penderitaan yang dihadapi oleh saudara-saudari Islam kami di Maluku, di Palestine, di Chechnya, dan dimana saja mereka ditindas. Dan jika ditakdirkan mereka gugur, tetapkanlah Ya Allah bagi mereka mati dalam syahid, mati dalam memperjuangkan agama Engkau Ya Allah, dan mati didalam iman. Ya Allah, musnahkan kaum yang kafir untuk kami kerana sesungguhnya Engkau yang maha berkuasa.

Pecah-belahkan mereka dan tanamkan ketakutan kedalam hati mereka. Ya Allah, kami adalah makhluk Engkau yang lemah. Tolonglah kami Ya Allah kerana tiada kuasa melainkan kuasa Engkau Ya Allah. Selawat dan salam kepada Nabi Muhammad SAW, pesuruh Engkau Ya Allah Tuhan semesta alam. Wa billaahit-tawfiq wal hidayah. Subhanaka Wabihamdika wa ash-hadu allaa ilaaha illa anta. Wa nastaghfiruka wa na tuu bu ilaik Wasallallaahu ‘alaa Muhammaddin Nabiyil Wa ‘alaa aalihi wasahbihi wassalam.

Wassalamualaikum warahmatullah wabarakatuh!

CATITAN PENTING:

Saya harap anda semua saudara-saudari Islam di Malaysia akan membaca kesemua bahagian ucapan diatas dengan teliti. Ini bukannya perkara yang boleh diambil ringan. Bagi kita di Malaysia bukankah bukti-bukti dan tanda-tanda sudah jelas bahawa apa yang berlaku di Bosnia, Kosova, Turkey dan lain-lain yang mempelawa bala diturunkan oleh Allah SWT sudah pun berlaku di Malaysia dengan berleluasa?

1) Bilangan yang murtad di Malaysia semakin bertambah.
2) Zina dikalangan orang Melayu sudah berleluasa.
3) Arak dijual di merata tempat (7 Eleven pun ada menjualnya) dan ramai orang Islam minum arak - lihatlah di Bangsar.
4) Ada segelintir orang Melayu yang tidak boleh menyebut shahadah. Jangan terperanjat.
5) Rasuah berleluasa.

Senarai kemungkaran dan keingkaran ini begitu panjang sekali. Dan segala-galanya adalah tanda-tanda yang sama dilihat di Bosnia dan Kosova sebelum genosid dimana puak Kristian Serbs telah membunuh dengan rambang untuk mencuci bersih orang Islam telah berlaku. Dan jangan terperanjat kalau keadaan sama berlaku di Malaysia ini. Adakah kita memilih untuk berdiam dan menuggu sahaja tanpa berbuat sesuatu sekarang juga. Kita tunggu sehingga bencana menimpa, tunggu sehingga kita dapat melihat anak isteri kita dan kita sendiri disembelih, tunggu sehingga lain-lain bala dari Allah seperti gempa bumi, banjir besar , ribut taufan melanda Malaysia barulah kita sedar dan tergesa-gesa kembali ke jalan Allah?

Adakah bala dari Allah yang kita idamkan? Gempa bumi dan ribut taufan takberlaku di Malaysia? Kalau dikehendaki Allah gempa bumi yang dahsyat yang memusnahkan hampir kesemuanya rakyat boleh berlaku esok lusa. Samada kita kembali ke jalan Allah atau kita mempelawa bala diturunkan oleh Allah keatas Malaysia adalah pilihan kita sendiri. Apa jua yang bakal berlaku, kita dan keluarga kita yang akan menanggungnya.

Saudara-saudari Islam, di atas tadi adalah ucapan saorang pelajar Islam, Najeeb Rahman dimajlis “Charity Lunch For Maluku” di University of Leeds. Majlis tersebut di anjurkan oleh Persatuan Pelajar Malaysia University of Leeds (Saudara Taufik dan beberapa mahasiswa perubatan) Bacalah. Agak panjang tapi sangat menyentuh hati.

Diterjemahkan (sedaya yang boleh) oleh Tarabulsi semata-mata kerana Allah SWT.

Sudahkah anda menunaikan SOLAT ?

Dari Abdullah bin ‘Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda, “Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat.”

Apa yang diharapkan supaya kita dapat memanjangkankan perkara ini kepada rakan-rakan kita dan kita mendapat pengajaran dan kesedaran dari peristiwa-peristiwa yang telah terangkankan tadi. Insyaallah kita berharap kita mendapat taufik dan hidayah dari Allah S.W.T.

Wassalam

Read More......

Ahli Baitku....



2005/2006

1. Mohd Azhar Alias - Bachok, Kelantan ( Usuluddin )

2. Mat Nawi kadir - Besut, Terengganu ( Syariah )
3. Ahmad Mawardi Mohd Syukri - Kota Bharu, Kelantan ( Syariah )
4. Mohd Nazri Ibrahim - Pasir Mas, Kelantan ( Syariah )

2006/2007

1. Abdul Hakim Mat - Kota Bharu, Kelantan ( Syariah )

2. Hambali Ashari - Alor Setar, Kedah ( Syariah )
3. Abdul Hakim Ismail - Ajil, Terengganu (Syariah )
4. Hambali Shafie - Kuala Terengganu, Terengganu ( Syariah )
5. Mohd Ikhwan Daud - Besut, Terengganu ( Syariah )
6. Fakhruddin Othman - Tanjung karang, Selangor ( Usuluddin )

2007/2008

1. Azahari Musa - Rantau Panjang, Kelantan ( Syariah )

2. Mohd Ikhwan Daud - Besut, Terengganu ( Syariah )
3. Abdul Hakim Mat - Kota Bharu, Kelantan ( Syariah )
4. Fakhruddin Othman - Tanjung karang, Selangor ( Usuluddin )

Buat ahli bait yang lama, aku selalu mengenangkan kisah sewaktu kita bersama. Banyak suka duka yang dapat kita kongsi bersama dan jutaan terima kasih di atas teguran, nasihat dan dorongan selama ini semoga Allah sahaja yang dapat membalasnya...

Buat ahli bait yang baru, seribu kemaafan andainya diri ini pernah menyinggungkan perasaanmu.Begitulah asam garam hidup bersama menempuh dugaan dan cabaran hidup diperantauan yang jauh dari keluarga tercinta hanya ahli baitlah sebagai teman pengganti. Mehnah yang sama-sama kita redah dalam perjuangan menuntut ilmu ini, akan kita pikul dan pimpin bersama dengan diisi wangian ukhuwah semoga ianya kekal ke syurga yang kekal abadi...

Buat ahli bait yang telah berumahtangga, kami yang masih bujang ini mendoakan agar berbahagia bersama mahligai yang dibina di dunia dan akhirat. Tambahan pula dengan kehadiran penyeri rumahtangga, maka akan bertambah lagi ikatan kasih sayang diantar kalian dan semoga sentiasa mendapat rahmat dan berkat dari Illahi....

Ikhlas Dariku...!!!

Read More......

Wednesday, June 4, 2008

Mati, peringatan penting dipinggirkan Muslim


Dalam satu wasiat Nabi Muhammad s.a.w. kepada Ibnu Umar (Abdullah) r.a. berbunyi: "Anggaplah dirimu di dunia ini sebagai seorang musafir atau pun sebagai pengembara."

Huraiannya

Hadis ini menganjurkan kepada kita supaya sentiasa mengingatkan mati dan mengurangkan cinta keterlaluan terhadap dunia yang fana ini.

Ibnu Umar pernah berkata: Jika anda masih hidup pada waktu pagi, jangan tunggu hingga ke petang dan jika anda masih hidup pada waktu petang, jangan tunggu hinga ke pagi, sediakan dirimu pada masa hidup untuk bekalan waktu mati, dan pada masa sihat untuk bekalan waktu sakit.

Justeru, wasiat Nabi di atas sentiasa mengingatkan kita betapa kita bagaikan musafir yang sedang berlalu sementara di dunia ini, maka apakah persiapan bekalan yang telah kita buat bagi menghadapi Allah SWT pada hari yang penuh dengan persoalan di padang Mahsyar?

Kita tidak akan hidup kekal dan lama di dunia, oleh itu, jangan sekali-kali kita melakukan kejahatan. Jika kejahatan yang dilakukan boleh menyebabkan kita tidak mati, maka lakukanlah, tetapi kejahatan yang kita buat semasa hidup di dunia, kesemuanya akan ditayangkan semula di hadapan Allah oleh para jururakam di kalangan para Malaikat, walaupun kita telah melupakannya, tetapi Allah sekali-kali tidak demikian.

Mereka yang telah pun meninggal dunia dan mendapat seksa kubur, meraung-raung minta pertolongan daripada orang yang masih hidup, terutamanya ahli keluarga terdekat, apakan daya, kita tidak mendengarnya, maka yang dibawa oleh seseorang dalam alam kubur bersamanya ialah amalannya semasa hidup di dunia satu ketika dahulu, maka fikir-fikirlah...

Manusia hari ini enggan bercakap tentang mati

Ia terjadi kerana manusia pada hari ini tidak berapa mahu meletakkan urusan agama itu lebih penting daripada segala-galanya. Sebagai contoh, terkadang-kadang kita dapat lihat seorang Muslim itu dari agenda hariannya sebagai seorang yang beragama Islam, tetapi tidak berusaha untuk menampilkan diri dengan Islam itu sendiri.

Sejak mencelikkan mata bangun daripada tidur, paling tidak menunaikan solat Subuh, itupun bukan dalam keadaan berjemaah, sama ada di masjid, surau ataupun menjadi imam di rumah bersama isteri dan anak-anak.

Kalau pada hujung minggu, lepas solat tidur semula, tidak berapa terikat dengan kuliah subuh, pembacaan al-Quran, membaca zikir Ma’thurat, kaunseling diri, isteri dan anak-anak, atau apa sahaja yang boleh meningkatkan peristasi iman kepada Allah SWT.

Bangun selepas itu bersarapan pagi, kemudian ke pasar atau berjalan-jalan bersama keluarga ke tempat yang boleh menghilangkan rasa gundah seminggu di pejabat.

Tetapi persoalannya di sini, kenapa elemen-elemen agama tidak termuat dalam diari atau agenda harian hidup seseorang Muslim.

Apakah kita sudah rasa cukup dengan ilmu yang ada di dada mengenai ilmu-ilmu yang boleh mengingatkan kita kepada alam kematian?

Ilmu agama terakhir yang dipelajari mungkin semasa menduduki peperiksaan SPM beberapa tahun lalu di sekolah menengah, kemudian melanjutkan pelajaran di peringkat M.A. atau PhD. Selepas daripada itu, menjawat jawatan mantap dengan gaji yang lumayan, sibuk dengan tugas harian yang akhirnya menjadikan diri teramat sibuk. Kuliah di pejabat pun tidak boleh hadir dan begitulah kuliah-kuliah yang disediakan di surau atau masjid berdekatan di rumah.

Hati menjadi keras

Rasulullah s.a.w. pada penghujung hayatnya, pernah memanggil menantu merangkap sepupu baginda iaitu Sayidina Ali bin Abi Talib. Baginda mewasiatkan kepadanya: Wahai Ali! Jika berlalu di kalangan orang Islam 40 hari (sahaja), mereka tidak hadir dan duduk dalam majlis ilmu (fardu ‘Ain), maka orang itu akan menghadapi dua akibat buruk. Pertama hatinya menjadi keras (sukar untuk menerima petunjuk llah atau segala kebaikan) dan kedua berani pula melakukan dosa-dosa besar.

Insan bernama Muslim hari ini tidak berapa mempedulikan persoalan agama mereka sendiri. Sudahlah tidak mahu jadi orang yang faham agama, melakukan dosa-dosa pula. Si suami membiarkan isteri keluar rumah tanpa berhijab (tudung kepala). Si ayah pula membiarkan anak gadis tidak berhijab dan menampakkan pusat-pusat mereka. Anak lelaki tidak mengnal huruf-huruf al-Quran dan ada yang tidak tahu mandi junub (hadas besar atau mandi wajib). Kesemua itu adalah implikasi daripada tidak hadir dan duduk dalam majlis-majlis ilmu.

Ada antara para ibu bapa Muslim seronok melihat anak-anak mereka berjaya dalam bidang hiburan, daripada menyertai bidang nyanyian peringkat dewasa hinggalah ke peringkat bakat bintang kecil. Apa yang pasti penampilan anak-anak ini dengan pakaian yang tidak dibenarkan oleh hukum syarak, tetapi semua itu tidak dipedulikan oleh mereka yang bernama Islam.

Seolah-olah Islam tidak boleh dicakap-cakap jika hendak maju dalam pelbagai bidang dalam kehidupan dunia. Tetapi mereka lupa, bahawa Rasulullah s.a.w. ada bersabda maksudnya, “Sesiapa yang mahukan kejayaan di dunia, mestilah dengan ilmu (agama), jika dia mahu kejayaan di akhirat juga mestilah dengan ilmu, dan jika mahu kedua-duanya sekali mestilah dengan ilmu.”

Apabila ilmu agama tidak menjadi teras dan sandaran dalam kehidupan orang Islam pada zaman ini. Maka mereka sebenarnya telah mengundang pelbagai masalah seperti terlibat dengan rasuah, keruntuhan moral serta harga diri, tidak berakhlak, meninggalkan solat, penagihan dadah, mentadbir negara bukan dengan hukum Allah, dan semua masalah itu tidak akan dapat diselesaikan kecuali menerima penyelesaiannya daripada Allah juga, iaitu pelaksanaan hukum-hukum Islam dan Sunnah (hadis) Nabi Muhammad s.a.w.

Tanpa pelaksanaan hukum-hukum Islam itu menandakan bahawa manusia menolak Allah yang telah menawarkan yang terbaik buat diri, keluarga, masyarakat dan negara mereka.

Mereka tidak akan bercakap mengenai mati, bekalan untuk hari akhirat, persoalan alam kubur apatah lagi mengenai nasib di penghujung hayat, sama ada boleh mengucap dua kalimat syahadah atau pun tidak, semua ini tidak ada dalam kamus kehidupan manusia hari ini, kerana mereka sudah semakin jauh daripada Allah walaupun mereka dilahirkan sebagai seorang muslim.

Penyelesaian masalah

Justeru bagi menyelamatkan diri selagi terdaya untuk dilakukan, maka renungilah empat perkara di bawah ini seperti yang pernah diperingatkan oleh Imam Al-Ghazali:
Pertama: Berurusanlah dengan Allah sepertimana kamu suka orang bawahanmu berurusan denganmu dengan cara yang terbaik.

Kedua: Setiap kali kamu bekerja dengan orang lain, perbuatlah sepertimana kamu mahu diperbuat ke atas diri kamu. Kerana tidak sempurna iman seseorang selagi mana dia tidak suka orang lain memperolehi sesuatu yang dia sendiri menyukainya.

Ketiga: Jika kamu mahu mempelajari sesuatu, pilihlah untuk mempeljari ilmu yang dapat memperbaiki hati dan memperbaiki jiwa dan sanubarimu.

Sekiranya kalau kamu tahu umurmu hanya tinggal seminggu sahaja lagi, sudah pasti kamu tidak akan memilih untuk mempelajari ilmu fiqh, tahudid, sirah, akidah dan sebagainya.

Dan mungkin juga kamu akan mengawasi hatimu dan berusaha melepaskannya dari belenggu dunia.

Kamu akan memperbaiki akhlakmu dan sibuk untuk beribadat kepada Allah SWT (selaku Penciptanmu) setiap saat.

Justeru, kamu mestilah sentiasa berakhlak mulia, kerana sesungguhnya kematian itu akan datang pada bila-bila masa sahaja.

Begitulah cuba kamu bayangkan, jika seorang pemimpin negara akan datang menziarahimu, sudah tentu kamu akan lakukan persiapan yang mantap, menghias rumah, memperbaiki mana-mana yang tidak betul dan bermacam-macam lagi.

Keempat: Janganlah mengumpul harta dunia lebih daripada keperluanmu untuk satu tahun.
Rasulullah s.a.w. sendiri menyediakan bekalan yang sebanyak itu sahaja untuk isteri-isteri baginda yang lebih kukuh imannya hanya dengan disediakan bekalan untuk sehari setengah sahaja. Bagi orang yang suka mengumpul harta hingga tidak sempat untuk menjenguk rumah Allah tujuan untuk beribadat kepada-Nya, maka orang itu akan disibukkan Allah SWT.

Renung-renungkanlah wahai saudara-saudaraku sekalian!

Read More......

Kuliah Jumaat Dataran Ilmu, K. Bharu 30 Mei 08






Read More......

Hari ini aku menulis....

Waktu semakin hari semakin berlalu...namun, persiapan untuk ke sana sentiasa menghantui diriku ini. Apakah balasan yang bakal ku perolehi dariNya...? Adakah syurga atau neraka...? Dia sahaja yang maha mengetahui segala-galanya..!! Maka untuk itu .::. Bekali Diri Sebelum Kembali .::.

Read More......