Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Template

Powered by Blogger


widget

.:: KEPIMPINAN ULAMA' ::.

Photobucket

.:: TV PR ::.


Photobucket

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:


.:: TENTANG DIRIKU ::.

Tadika Chung Hwa, Kota Bharu [ 1986 ]
SRJK (c) Chung Hwa, Kota Bharu [ 1987 - 1990 ]
Sek. Keb. Rambutan Rendang, Kota Bharu [ 1990 - 1993 ]
Maahad Muhammadi Lelaki, Kota Bharu [ 1994 - 1996 ]
SMA Sungai Merab Luar Sepang, Selangor [ 1997 -1998 ]
Darul Quran Wal Hadis, Pasir Pekan [ 1999 - 2001 ]
Maahad 'Ali Dirasat Islamiah Wal Arabiah, Perak [ 2002 ]
Universiti Al-Azhar Cawangan Tanta, Mesir [ 2003 - 2009 ]

Monday, April 27, 2009

RAMAI NON MUSLIM DALAM KERAJAAN???


Dalam tulisan Ustaz Nik Abduh, beliau memandang sinis terhadap orang berada dikeliling ayahdanya, Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Ustaz Nik memandang, keilmuan agama yang ada pada orang keliling Tuan Guru Nik Abdul Aziz setahap ”mee Celup”. Seakan-akan satu isyarat dari Ustaz Nik Abduh, agar mereka tidak lagi berhujjah atas nama agama.

Keadaan ini, mengingatkanku dengan perbincangan tentang PAS di bawah kerajaan PR yang dihujjah oleh Khalid Samad yang bukan berkelulusan agama tentang konsep ”janji”. Aku mengikuti perbincangan ilmiah yang dilontarkan oleh Saudara Khalid Samad itu. juga aku mengikuti hujjah-hujjah balas dari sebilangan ustaz-ustaz yang berkelulusan agama.

Setelah aku melihat hujjah balas membalas itu, dengan sekadar ilmu pengajian Islam yang aku ada, aku tidak merasakan hujjah Saudara Khalid Samad itu bercanggah dengan islam, bahkan ianya selari dengan kehendak Al-Quran dan As-Sunnah.

Menyedihkan, apabila aku melihat hujjah para ustaz yang tidak sehaluan dengan Saudara Khalid Samad, hujjah mereka tidak boleh disebut sebagai hujjah, tetapi sekadar mempertahankan sentimen sahaja.

justeru, aku menilai bahawa dalam mencari kebenaran, bukan isu ustaz atau tidak yang perlu diungkapkan, tetapi perkara yang perlu dibangkitkan adalah, apakah berhujjah itu benar-benar ikut manhaj mencari kebenaran ataupun tidak.

KERAJAAN NON MUSLIM

Diungkapkan juga berkenaan dengan kerajaan yang tidak Islam, yang diminta oleh Nabi Yusuf untuk menjadi ”menteri kewangan”. Dalam ulasan tersebut, dinyatakan bahawa kehadiran Nabi Yusuf dalam kerajaan yang tidak Islam di mesir ketika itu dipenuhi dengan syarat-syarat yang terlalu ketat.

Aku merasakan, ulasan itu, sebenarnya merujuk kepada kandungan ”kertas kerja” yang aku pegang berkenaan dengan syarat kerajaan Pakatan rakyat, mesti terdiri ramai dari kalangan orang islam. bermakna, jika ramai ahli parlimen yang tidak Islam, maka PAS tidak akan menerima tertubuhnya kerajaan Pakatan Rakyat untuk memegang kerajaan pusat.

Inilah amaran yang diluahkan dalam muka depan harakah bercetak sebelum terjadinya 16 september yang lalu.

Dalam ulasan ”kertas kerja” tersebut, disebut seperti berikut;

”Parlimen merupakan wizarah Tafwidh. Makanya, ianya lebih bersifat sebagai Musyarri’. Apabila non Muslim menjadi majoriti dalam parlimen, bermakna mereka telah bersifat wilayah ’Ammah atau pengusaan umum ke atas orang islam di malaysia”

Justeru itulah, Kerajaan Pakatan rakyat yang hendak ditubuhkan pada 16 september yang lalu tidak menjadi, kerana ketika itu, ahli parlimen-ahli parlimen yang hendak melompat kepada Kerajaan Pakatan rakyat adalah ramai terdiri dari kalangan mereka yang tidak beragama Islam.

Padaku, sebelum mengambil keputusan dari hujjah yang dikemukakan ini, hendaklah dipersoalkan balik, apakah hukum membiarkan kerajaan Barisan nasional memerintah???

Ini kerana, apabila tidak jadinya perubahan dari kerajaan barisan nasional kepada kerajaan pakatan rakyat, pasti Barisan Nasional akan kekal memegang tampuk kerajaan. apabila kerajaan Barisan nasional kekal memerintah, seakan-akan meredhai dengan kerosakan sistem kehakiman, SPR, media dan banyak lagi kerosakan yang berlaku dalam sistem negara.

Justeru, bagi mengurangkan kerosakan ini, perlu merujuk kepada kaedah fiqh yang menyebut;

إرتكاب أخف الضررين

Maksudnya;
“melakukan mudharat yang ringan demi menghindarkan mudharat yang besar”

Maka dengan itu, lahirnya dua pilihan, iaitu; (1) kerajaan Barisan Nasional perlu ditumbangkan dengan memilih kerajaan Pakatan rakyat, ataupun (2) bergabung dengan UMNO.

Jika bergabung dengan Pakatan rakyat sebagai kerajaan, ianya dilihat seperti bercanggah dengan konsep wilayah tafwidh yang mewajibkan ramai muslim sebagai ahli parlimen dalam kerajaan.

Adapun bergabung dengan UMNO pula, bermakna berjaya meramaikan ahli-ahli parlimen yang beragama Islam. Apabila sudah bergabung dengan UMNO, maka usaha untuk merubah kerosakan sistem kerajaan akan di lakukan.

Persoalan yang ditimbulkan pula adalah, apakah kita percaya dengan UMNO untuk bersama-sama membaiki kerosakan sistem Negara kini???

Jika dahulu, PAS pernah bergabung dengan UMNO atas nama kerajaan perikatan, yang kemudiannya melahirkan kerajaan Barisan Nasional. Setelah UMNO berada dalam keadaan selesa, maka PAS tertendang dari Kerajaan barisan Nasional umpama anjing kurap.

Jika dilihat dahulu, UMNO ketika itu tidak ditimpa lagi masalah rasuah dan skandal yang meruncingkan. Itupun, PAS ditendang sedemikian rupa.

Keadaan itu sudah berbeza kini, yang mana, keadaan UMNO dengan isu rasuah dan skandal dalam Negara sudah tidak boleh dielakkan lagi dari penglihatan mata rakyat.

Ditambahi lagi, UMNO merupakan parti utama yang memerintah Negara, menyebabkan segala kezaliman dalam kerajaan pada hari ini, amat disinonimkan dengan UMNO.

Apabila kerajaan UMNO sudah disinonimkan dengan kezaliman, makanya bergabung dengan kerajaan itu adalah haram. Perkara ini dinyatakan oleh Dr Yusuf Al-Qaradhawi dalam kitab “Fi Fiqh Ad-Daulah” yang menyatakan haram pihak parti Islam terlibat dengan pemerintahan yang bersifat Diktator yang mencekik rakyat.

Alasan Dr Yusuf Al-Qaradhawi adalah sabda Nabi SAW dalam satu hadis Qudsi, bahawa Allah berfirman;

يَا عِبَادِي إِنِّي حَرَّمْتُ الظُّلْمَ عَلَى نَفْسِي وَجَعَلْتُهُ بَيْنَكُمْ مُحَرَّمًا فَلَا تَظَالَمُوا

Maksudnya;
“Wahai Hambaku, Sesungguhnya Aku haramkan Zalim atas diriku. Aku jadikannya haram dikalangan kamu, maka janganlah kamu melakukan kezaliman sesame kamu[1]”

Firman Allah;

وَلَا يَزِيدُ الظَّالِمِينَ إِلَّا خَسَارًا

Maksudnya;
”tidaklah menambah kepada orang-orang yang zalim selain kerugian”

(Surah Al-Isra’ : 82)

Juga firman Allah;

وَلَا تَرْكَنُوا إِلَى الَّذِينَ ظَلَمُوا فَتَمَسَّكُمُ النَّارُ

Maksudnya;
” Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim yang menyebabkan kamu disentuh api neraka”

(Surah Hud : 113)

Jelas dari hujjah ini, bergabung dengan UMNO juga adalah tidak syarii. Pun begitu, apa pula hukum membiarkan Barisan nasional memerintah???

Membiarkan Barisan Nasional kekal memerintah, bermakna kita tidak berusaha dengan serius dalam membenteras rasuah, juga tidak serius dalam membaiki kerosakan dalam kerajaan yang melibatkan rakyat jelata.

tindakan ini amat bercanggah dengan islam, yang mana, Islam meletakkan asas bahawa segala kemungkaran – lebih-lebih lagi berkaitan dengan rakyat – hendaklah dihapuskan dengan kadar kemampuan yang ada.

Firman Allah;

فَاتَّقُوا اللَّهَ مَا اسْتَطَعْتُمْ

Maksudnya;
“Maka bertakwalah kamu kepada Allah menurut kesanggupanmu”

(Surah At-Taghabun : 16)

Juga hadis, daripada Abu Hurairah, bersabda Nabi SAW;

إِنَّمَا هَلَكَ مَنْ كَانَ قَبْلَكُمْ بِسُؤَالِهِمْ وَاخْتِلَافِهِمْ عَلَى أَنْبِيَائِهِمْ فَإِذَا نَهَيْتُكُمْ عَنْ شَيْءٍ فَاجْتَنِبُوهُ وَإِذَا أَمَرْتُكُمْ بِأَمْرٍ فَأْتُوا مِنْهُ مَا اسْتَطَعْتُمْ

Maksudnya;
“Sesungguhnya binasa golongan sebelum kamu, kerana soalan dan perselisihan mereka dengan nabi-nabi mereka. maka apabila Aku melarang kamu dari melakukan sesuatu, maka hendaklah kamu hindarkan diri. Dan apabila aku menyuruh kamu melakukan sesuatu suruhan, maka lakukannya kadar kemampuan kamu[2]”

Oleh yang demikian, apabila membiarkan Barisan Nasional memerintah, bermakna kita tidak berusaha secara serius dalam membaiki kerosakan yang sedang berlaku dalam negara, maka tidak dapat tidak, hendaklah dinaikkan kerajaan pakatan rakyat dalam menyelesaikan masalah ini, walaupun ahli-ahli parlimen itu terdapat ramai dari kalangan Non Muslim.

Ini kerana, walaupun ramai ahli-ahli parlimen itu dari kalangan non Muslim, tetapi mereka mempunyai satu keinginan, iaitu mahukan sistem negara yang bersifat adil dan bersama-sama mahu membaiki sistem negara yang sedang rosak.

Tindakan ini memang dilihat seperti mudharat, tetapi ia terpaksa dilakukan kerana mahu menghindarkan dari berlaku mudharat yang lebih besar.

Ini berasaskan kepada kaedah fiqh yang berbunyi;

ارتكاب إخف الضررين

Maksudnya;
“Melakukan mudharat yang lebih ringan demi menolak mudharat yang lebih besar”.

Apabila Pakatan rakyat sudah menjadi kerajaan, disamping PAS antara parti yang duduk dalam kerajaan, maka sudah pasti penerangan Islam sudah tidak diganggu lagi. Program media sudah pasti bebas. Segala penerangan tentang islam, pasti akan berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Apabila rakyat sudah mendengar Islam dalam bentuk yang sebenar, sudah pasti di masa akan datang, kerajaaan pakatan rakyat akan bertukar menjadi kerajaan Islam yang diidam-idamkan.

Memahami dari ulasan ini, pasti kita akan faham tentang tindakan Nabi Yusuf yang meminta jawatan ”menteri kewangan” dalam kerajaan yang tidak islam dahulu. Tujuannya adalah, untuk mengurangkan mudharat yang sedang menimpa rakyat di mesir ketika itu.

PENUTUP
Dalam keadaan sekarang, rata-rata rakyat sudah benci kepada UMNO. Makanya, bergabung dengan UMNO, atau bertindak dengan membiarkan UMNO kekal memerintah, memberi maksud merelakan hati rakyat membenci kepada kita.

Apabila rakyat membenci kita, memberi maksud kita telah merelakan Islam kembali dibenci, disamping melambatkan perlaksanaan Islam dalam pemerintahan.

Justeru, kita perlu berjiwa besar dalam menerima tertubuhnya kerajaan Pakatan rakyat bagi membinasakan kemungkaran UMNO/BN yang sedang memerintah.

Kita terpaksa bertindak sedemikian, kerana, kita bertindak dan berjuang untuk martabatkan islam dalam kerajaan demokrasi, bukan kerajaan monarki.

Sekian
p/s: alangkah indahnya kalau pertemuan sulit antara sebilangan pimpinan PAS dengan UMNO yang dinafikan pada peringkat awal, kemudian terbukti kebenarannya tidak berlaku. jika ianya tidak berlaku, sudah pasti isu muqabalah dan erdogan tidak akan wujud seperti yang didebatkan pada hari ini...

Wallahu ’Alam

Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com

Read More......

Saturday, April 25, 2009

Tahniah Kerana Berjuang Berhabis-habisan....

Oleh : Penyokong Setia "THE REDS WARRIOR"

Tiada ungkapan yang dapat dilafazkan untuk pejuang-pejuang perwira merah, ternyata pengalaman dan kekuatan mental memberi kemenangan kepada pasukan Selangor. Apa-apa pun tahniah kerana bermain bermati-matian cuma tuah sahaja yang tidak menyebelahi kita.


Kejayaan melangkah ke final sudah cukup membanggakan bagi skuad kita walaupun sudah hampir 39 tahun pasukan kita tidak pernah ke perlawanan akhir dalam saingan berprestij bola sepak tanhair, semoga para pemain dapat melupakan malam yang menyedihkan ini. Pulihkan semangat masing-masing dan kita tumpukan pula peluang-peluang yang masih ada pada saingan Liga Super serta Piala Malaysia nanti. Jadikan perlawanan malam tadi sebagai satu pedoman untuk memperbaiki dan memperkuatkan lagi pasukan kita dalam saing seterusnya.

Justeru kepada penyokong setia The Reds Warrior agar terus menerus memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi demi melihat pasukan yang kita sayangi ini terus menempa kejayaan dalam siri-siri perlawanan saingan Liga Malaysia. Bagi perlawanan malam tadi, marilah kita semua menerimanya dengan hati terbuka kerana sudah menjadi adat permainan ada yang menang dan ada yang kalah. Banyak hikmah di sebalik kegagalan pasukan kita malam tadi, sesungguhnya Allah s.w.t sahaja yang maha mengetahui akan hikmahnya...Wallahua'alam

GOMO KELATE GOMO

Read More......

Friday, April 24, 2009

Debaran Final FA CUP..!!!

Debaran semakin kencang..! Begitulah dengupan jantung para pemain The Reds Warriors dan para peminat mereka untuk menghadapi perlawanan akhir Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil malam esok.

Tiada apa yang kami harapkan, melainkan semua skuad perwira merah dapat bermain bermati-matian pada perlawanan malam esok.Harapan yang tinggi ini, memandangkan inilah kali pertama Kelantan layak ke perlawanan akhir Piala FA sejak ia diperkenalkan dalam saingan bola sepak Malaysia.Pastikan setiap taktikal yang diturunkan oleh jurulatih Peter James Butler dapat diterjemahkan dengan permainan yang menarik nanti.

Harapan kepada penyokong-penyokong setia, anda semua dapat mengawal tingkah laku masing-masing serta tunjukkan disiplin yang baik pada malam esok. Apa yang penting kepada penyokong-penyokong yang tidak dpat ruksoh solat jamak tuh...Jangan tinggal solat maghrib na...!! Jadilah kita penyokong yang berdisiplin walaupun ia telah tercemar dengan tragedi rusuhan baru-baru ini dan jangan ada cubaan provokasi serta tidak melayan cubaan provokasi dari penyokong pihak lawan. Jangan ada lagi penyokong yang bertindak melempar botol-botol air mineral ke dalam padang, hukuman yang berat akan dikenakan oleh pihak keselamatan terhadap mereka yang bertindak diluar kawalan.

Buat akhirnya, harapan dari kami anak-anak Kelantan yang jauh di perantauan ini semoga para pemain dan penyokong setia dapat mengharumkan nama negeri Kelantan pada malam esok. Tunjukkan bahawa bola sepak Kelantan mampu untuk memberi saingan kepada pasukan-pasukan lain dalam Liga Malaysia...Semoga Berjaya..Wallahu'alam.

MAJULAH SUKAN UNTUK ISLAM

GOMO KELATE GOMO

Read More......

Thursday, April 23, 2009

Mari Mengenali Ulama Sufi...


Syeikh Abdul Qadir Isa, Dari Kemewahan Kepada Kezuhudan



Beliau ialah Syeikh Abdul Qadir bin Abdillah bin Qasim bin Muhammad bin Isa Azizy Al-Halabi As-Syazili. Nasabnya bersambung kepada Syeikh Umar Al-Ba’aj yang masih keturunan Imam Husein ra.

Beliau dilahirkan di kota Halab, Syria pada tahun 1338H/1920M dari kedua orang tua yang biasa–biasa saja, bukan keturunan ulama. Beliau hidup dengan senang dan serba berkecukupan bersama kedua orang tuanya.

Masa Muda Syeikh

Di awal masa mudanya, beliau sangat menyukai kegiatan olahraga dan pramuka. Beliau juga senantiasa mengenakan pakaian yang mewah, dan memakai minyak wangi yang paling mahal.

Ketika mendapat Hidayah Allah, beliau tidak lagi suka dengan gemerlap dan gebyarnya dunia. Ketika beliau berpaling dari dunia, cara hidupnya berubah total tidak sebagaimana kebiasaannya dulu yang senantiasa hidup dalam kelalaian dan kesenangan dunia. Kemudian beliau mendekatkan diri dan berserah kepada Allah.

Perjalanannya dalam mencari Ilmu

Beliau diberikan kecintaan menuntut ilmu, kemudian bersuhbah dengan para ulama di masanya, diantara guru-gurunya adalah: Syeikh Muhammad Zumar, dan Syeikh Ahmad Muawwad.

Pada tahun 1949 beliau aktif menjadi seorang pendidik di Madrasah Asy-Syubaniyah, beliau mengajar disana selama enam tahun.

Disela-sela kesibukan beliau sebagai sorang pendidik, beliau juga seorang imam dan khotib di Masjid Hamad.

Perjalanan spritualnya

Sebelum beliau bergabung dengan madrasah Asy–Syubaniyah, beliau pernah bersuhbah pada Syeikh Hasan Hasani, seorang Syeikh Tarekat Al–Qodiriyah. Kemudian beliau menempuh perjalanan spritualnya dibawah didikan dan gemblengannya hingga akhirnya ia di beri izin untuk mengembangkan tarekat ini. Dan ditengah-tengah suhbahnya beliau tetap mengajar di madrasah Syubaniyah.

Ketika beliau masih menuntut ilmu di madrasah Syubaniyah, beliau terkenal dengan sifat-sifatnya yang baik, dan budi pekertinya yang luhur, semangatnya yang tak pernah pantang menyerah, semua itu menunjukkan akan kepribadiannya yang baik. Maka tak heran meskipun beliau masih menjadi seorang pelajar, banyak teman-teman di madrasahnya berada dalam bimbingan dan irsyadatnya.

Diantara tanda ketinggian semangatnya dan kejujuran keinginannya untuk mendapatkan cinta dan keridhaan Allah, gelar masyikhoh tidak membuatnya sombong (gurur), dan tidak pernah merasa cukup dengan apa yang telah diperolehnya berupa ketinggian dan kedudukannya, maka beliau senantiasa mencari seorang syekh yang kamil yang dapat mengenalkan dirinya kepada Allah. Tentang hal ini ia berkata:

“Aku pernah membaca dalam kitab syarah Al-Hikam karya Ibnu Ajibah, aku melihat didalamnya ada sesuatu yang aku sendiri belum merealisasikannya- meskipun pada saat itu aku sudah menjadi seorang Syekh, pada saat itu aku sadar sekali bahwa aku harus bersuhbah dengan seorang syekh yang kamil”.

Di kota Halab beliau belum mendapatkan apa yang diinginkannya, maka beliau memutuskan untuk pergi ke Damaskus. Disana beliau bertemu dengan para ulama setempat, akan tetapi dari sekian banyak ulama yang dijumpainya, beliau belum mendapatkan seorang syekh yang menjadi dambaannya. Lalu beliau berulang-ulang menziarahi kuburan Syekhul akbar Muhyiddin Bin Arabi r.a. lalu beliaupun mendapatkan ilham/petunjuk untuk bersuhbah kepada Syekh Muhammad Al-Hasyimi, salah seorang Syekh Thariqoh Asy-Syaziliyah. Lalu beliau mencarinya, dan mendapatkan syekh Muhammad Al-Hasyimi berada di masjid Al-Umawi di Damaskus sedang memberikan pembahasan ilmu tauhid kepada beberapa orang muridnya. Beliaupun mendatangi majlis Syekh Al-Hasyimi dan memperkenalkan dirinya, lalu Syekh Al-Hasyimi berkata kepadanya: “Engkau adalah orang yang paling akhir datang, dan Insya Allah engkau akan menjadi orang pertama diantara mereka, ketahuilah sekian lama aku telah lama menunggumu”.

Maka sempurnalah keinginannya untuk bersuhbah dengan seorang syekh yang kamil, beliau bersuhbah dengan Syekh Muhammad Al-Hasyimi tahun 1952 sampai Syekh Muhammad Al-Hasyimi wafat tahun 1961 M.

Ketika Syekh Al Hasyimi melihat pada diri Syekh Abdul Qodir Isa kemampuan untuk membimbing, maka beliau mengijazahkan wirid am dan khas dalam tarekat syaziliyah, sebagaimana diizinkan pula untuk membimbing dan mentarbiyah. hal itu terjadi pada tahun 1338 H / 1958.

Syekh Abdul Qodir Isa ketika itu masih menjadi imam dan khotib di masjid Sahah Hamad sampai akhirnya beliau ditempatkan di Masjid Al-Adiliyah, kemudian disana beliau membuka majlis zikir setiap hari kamis setelah shalat isya.

Syekh memakmurkan Masjid Al-Adiliyah dengan majlis-majlis ilmu dan zikir, hingga tersebarlah kemasyhurannya kesemua pelosok negeri, maka berbondong-bondonglah orang-orang belajar kepada beliau dengan berbagai macam tingkat keilmuan mereka. Setelah itu tersebar luaslah Tarekat yang beliau pimpin di sebagian besar wilayah Syiria, bahkan menyebarluas sampai ke negara-negara tetangga seperti: Yordan, Turki, Libanon, dan Irak. Dan terus menyebarluas kemasyhurannya sampai hampir tidak ada satu negarapun di dunia ini, melainkan terdapat para ikhwan dan murid-murid syekh. Dan tarekat ini pun sampai juga ke negeri Kuwait, Saudi Arabiyah, Maroko, Aprika selatan, Hindia, Pakistan, Inggris, Belgia, Prancis, Kanada, Amerika, dan negara-negara lainnya. Semua ini menunjukkan penguasaan Syekh yang luas dalam bidang ma’rifat, tarbiyah dan irsyad.

Syekh merupakan seorang pembaharu pertama dalam tarekat sufiyah secara umum dan tarekat syaziliyah secara khusus. Hal ini terbukti dari buku beliau yang berulang kali dicetak ulang dan diterjemahkan kedalam bahasa inggeris, turki, indonesia dan melayu hingga nama beliau terkenal di mana-mana.

Ketinggian maqom syekh terbukti dengan banyaknya murid-murid beliau dari berbagai macam tingkat pendidikan dari setiap negara. Murid-murid beliau laksana penyambung lidah beliau dalam dunia tarekat, karena Syekh tidak meninggalkan kekayaan ilmiyah kecuali buku (Haqoiq an At- Tasawuf) saja. Itu semua disebabkan kewajiban-kewajiban da’wah yang harus diperbaiki yang berada dipundaknya dalam rangka menyebarkan tarekat yang benar yang sesuai dengan Alquran dan Sunnah. Masalah ini telah disebutkan dalam lembaran-lembaran buku beliau.

Inti dari manhaj beliau dan apa yang ingin beliau sampaikan kepada orang-orang, telah dituangkan dan jelaskan dalam bukunya ”Haqoiq an An- Tasawuf ” di mana buku ini sebagai pembuka dalam memahami ilmu syariat, tarekat dan hakikat. Hingga banyak orang menerima dan mengambil manfaat dari kitab ini sesuai dengan tingkat pendidikan mereka.

Karamah Syeikh

Diceritakan bahwa syeikh memiliki sejumlah karamah dan khusyufat (kepekaan spiritual) yang nyata, akan tetapi beliau menepis semua hal itu, bahkan senantiasa mengingatkan para murid agar tidak terjebak pada karamat dan khusyufat, dan beliau senantiasa menegaskan bahwa: “Karamat yang paling besar adalah istiqomah terhadap syariat Allah SWT”. Dan definisi tarekat menurut syekh adalah: beramal menurut syariat”. Ketika beliau mendefinisikan tasawuf, beliau berkata: “Tasawuf semuanya adalah akhlak, barang siapa yang bertambah akhlaknya maka bertambah pula nilai ketasawufannya”.

Selama lima tahun beliau mendapat kemuliaan tinggal di kota Madinah berdekatan dengan maqam Rasulullah Saw, kemudian menetap di Yordan tepatnya di kota Aman untuk berda’wah (menyeru kepada Allah), apa yang dilakukan beliau sebagaimana perilaku para Siddiqin al-mutahaqqiqin yang bila singgah di suatu tempat, masyarakat setempat senantiasa mengambil manfaat dari ilmu, prilaku, dan da’wahnya.

Pada tahun 1991 beliau pergi ke Turki mengunjungi salah seorang muridnya Sayyid Syekh Ahmad Fathullah, salah seorang khalifah tarekat. Ketika disana syekh terkena sakit, dan penyakitnya semakin parah, kemudian beliau dirawat di salah satu rumah sakit di kota Mar-asy, setelah itu beliau dipindahkan ke salah satu rumah sakit di kota Istambul.

Para doktor spesialis yang menangani syekh merasa heran, karena tidak sedikitpun tampak diwajah Syekh adanya rasa sakit, beliau diam, tanpa mengeluh sedikitpun. Hati, mata hati, dan seluruh tubuhnya tenggelam merasakan kebesaran dan mahabbah Allah Swt.

Salah seorang putra Syekh ingin menenangkan perasaan, dan kesadaran Syekh, dan dari masa komanya yang panjang, juga dari kesehatan akalnya, karena sejak sakit beliau tidak berbicara dengan siapapun. Sebelum Syekh sakit beliau selalu memberikan pendidikan khusus dengan putranya ini, karena itulah putranya bertanya tentang bait syair yang pernah didengar dari bapaknya, untuk mengingatkan kepada yang hadir bahwa Allah selalu menangani (memelihara) orang-orang shalih. Alhamdulillah kondisi kesadaraan, kepekaan, dan akal syekh dalam keadaan normal. Diamnya Syekh dikarenakan beliau sedang hanyut dengan cinta Allah Swt. Lalu putranya membacakan bait syair yang berbunyi:

Hai orang yang bertanya kepadaku tentang Rasulullah,bagaimana ia lupa

Lupa itu ………………………………..

Kemudian ia berhenti, dan berkata kepada bapaknya, wahai bapakku tolong sempurnakan untukku bait syair ini, sambil mencandainya, lalu syekh menoleh kepadanya, dan menyempurnakan bait itu:

Lupa itu dari setiap hati yang lalai dan main-main

Lupa lubuk hatinya dari segala sesuatu

Maka ia lupa dari yang selain Allah

Beliau terus mengulang-ngulang bait syair ini: Lupa itu dari setiap hati yang lalai dan main-main

Kemudian mengalirlah air matanya dan menangis, setelah itu beliau tidak pernah berbicara dengan siapapun.

Wafatnya

Beliau wafat pada hari sabtu, jam 6 sore, tanggal 18 Rabiulakhir 1412H, bertepatan dengan tanggal 26 Januari 1991M. Beliau dimakamkan di samping sahabat Rasulullah yang agung Abu Ayyub Al–Anshari ra di Istanbul, Turki.

Dengan wafatnya beliau kaum muslimim merasa kehilangan seorang mursyid kamil, arif billah, dan tokoh spritual yang alim yang keberadaannya sangat diperlukan ummat. Semoga Allah merahmati dan menempatkan beliau disisiNya yang paling tinggi, dan menempatkan beliau di syurga yang luas bersama para Nabi, siddiqin, syuhada dan orang-orang soleh. Amin.

Read More......

Wednesday, April 22, 2009

Habuan RM30,000 menanti Kelantan



PEMAIN Kelantan dijanjikan habuan RM30,000 oleh kerajaan negeri sekira- nya berjaya membawa pulang Piala FA selepas skuad Wira Merah melangkah ke perlawanan akhir merebut piala idaman itu di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Sabtu ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO negeri, Abdul Fatah Mahmood berkata, hadiah yang ditawarkan itu merupakan penghargaan kerajaan negeri kepada semua pemain sekiranya menjuarai Piala FA.

Menurutnya, kerajaan negeri sangat berbangga dengan prestasi yang dipamerkan oleh pemain Kelantan pada musim ini apabila berjaya mencatat sejarah melangkah ke perlawanan akhir Piala FA.

"Walaupun hadiah yang ditawarkan tidak seberapa seperti kerajaan negeri lain tetapi yang penting kami tetap menghargai kejayaan pasukan Wira Merah," katanya ketika ditemui selepas menyampaikan hadiah kepada pemenang peringkat ketiga Kejohanan Lumba Basikal Jelajah Malaysia 2009 (JM '09) di Tanah Merah semalam.


PEMAIN Kelantan dijanji habuan lumayan jika berjaya menjuarai Piala FA musim ini.

Abdul Fatah berkata, beliau percaya pemain Kelantan mampu melakukan kejutan menjuarai Piala FA seterusnya mencipta sejarah bagi pasukan itu apabila pertama kali memenangi piala tersebut.

Jelasnya, walaupun pasukan Selangor merupakan antara pasukan yang kuat pada musim ini, namun beliau menaruh kepercayaan pemain Kelantan dapat menewaskan pasukan Gergasi Merah itu.

"Saya mengharapkan pemain Kelan- tan tidak melepaskan peluang keemasan ini untuk membawa pulang Piala FA seterusnya mencipta sejarah pasukan Kelantan yang pertama dapat menjulang Piala FA," ujarnya.

Dalam pada itu, Abdul Fatah juga mengharapkan penyokong Kelantan dapat memenuhi Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Sabtu ini bagi memberi sokongan padu kepada pemain-pemain Kelantan.

Katanya, sokongan tersebut akan dapat membangkitkan semangat juang pemain Kelantan sepanjang perlawanan itu berlangsung kelak.

Read More......

Saturday, April 18, 2009

Kelantan Ke Final Piala FA [ Tahniah Red Warrior' ]


Selangor Dan Kelantan Bertembung Dalam Perlawanan Akhir Piala FA

SHAH ALAM, 18 April (Bernama) --
Selangor dan Kelantan mara ke perlawanan akhir Piala FA edisi ke-20 setelah menewaskan lawan masing-masing pada perlawanan separuh akhir pusingan kedua malam Sabtu.

Aksi di Stadium Shah Alam menyaksikan Selangor berjaya menafikan peluang Perlis ke perlawanan akhir apabila mencatatkan kemenangan 2-1 untuk mara dengan agregat 3-2.

Selangor yang turun selaku naib juara Piala FA musim lepas berpeluang membuka jaringan seawal minit ke-7 permainan namun Mohd Safee Sali yang tidak dikawal gagal menyudahkan hantaran bola lambung daripada Rudie Ramli.

Ketua pasukan Selangor Mohd Amri Yahyah bagaimanapun mengamatkan stadium dengan sorakan hampir 25,000 peminat apabila membuka jaringan melalui tandukan yang berpunca dari hantaran Rudie pada minit ke-15 untuk menewaskan penjaga gol Perlis, Mohd Farizal Marlias.

Namun kegembiraan tuan rumah hanya bertahan dua minit apabila pemain tengah Perlis, Azi Shahril Azmi meledak gol penyamaan menerusi rembatan kencang dari luar kotak penalti menewaskan Mohd Hamsani Ahmad untuk memberi kedudukan seri 1-1 di separuh masa.

Amri yang juga dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan mala ini sekali lagi meledak gol apabila menanduk masuk sepakan penjuru D. Surendran pada minit ke-90 untuk memberi keputusan 2-1 yang berpihak kepada Selangor.

Dalam satu lagi perlawanan separuh akhir di Stadium Tuanku Abdul Rahman di Paroi, menyaksikan Kelantan layak ke perlawanan akhir dengan peraturan gol ditempat lawan apabila menang 2-1 ke atas Negeri Sembilan.

Keputusan itu membolehkan skuad Wira Merah mengikat kedudukan agregat 2-2 setelah tewas 0-1 pada pusingan pertama 7 April lepas.

Pada aksi malam ini, anak-anak buah Wan Jamak Wan Hassan membuat kejutan awal bagi tuan rumah apabila Mohd Asyraf Al-Japri menyudahkan hantaran Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak pada minit ke-5 perlawanan untuk kedudukan 1-0 di separuh masa.

Bersambung babak kedua, Kelantan akhirnya menyamakan kedudukan apabila Mohd Norfarhan Mohammad meledak dengan gol penyamaan pada minit ke-48 untuk menceriakan kira-kira 10,000 penyokong Kelantan.

Gol itu nyata membangkitkan semangat skuad bimbingan Peter James Butler apabila Indra Putra Mahayuddin meledak dengan gol kedua pada minit ke-52 sekaligus membolehkan Kelantan mara ke perlawanan akhir.

Perlawanan akhir antara Selangor dan Kelantan akan berlangsung Sabtu ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.-- BERNAMA

Read More......

Friday, April 17, 2009

Pemain Kelantan di tahap moral tinggi


Biarpun kini dilanda pelbagai kontroversi, skuad Kelantan berjanji memberikan persembahan terbaik dalam separuh akhir kedua Piala FA menentang Negeri Sembilan di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, Sabtu ini dengan impian melakar sejarah menggapai piala itu.

Kemenangan itu kelak akan dijadikan hadiah kepada penyokong sebenar Kelantan dan juga Mohd. Huzaifah Mohd. Noor, 18, yang buta sebelah matanya selepas tercedera dalam rusuhan selepas pertemuan pertama di sini minggu lalu.

Penolong jurulatih Kelantan, Hashim Mustapha berkata, para pemain dalam keadaan terbaik untuk mencipta kejutan dan sangat optimis untuk turun beraksi bagi mengutip kemenangan di gelanggang lawan dengan corak pemain yang bersih.

''Kemenangan di Paroi, Negeri Sembilan dan melayakkan diri ke final Piala FA adalah hadiah kepada seluruh peminat Kelantan terutama Mohd. Huzaifah yang juga peminat setia pasukan Kelantan," ujarnya.

Katanya, walaupun insiden buruk tercetus selepas perlawanan minggu lalu, skuad Wira Merah tidak terganggu dan mampu seri ketika menentang Selangor dalam kejohanan Liga Super selepas itu.

Hashim menyatakan demikian ketika bersama beberapa pemain Kelantan dan pengurusan melawat Mohd. Huzaifah yang masih lagi menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) tengah hari semalam.

Pada pertemuan pertama separuh akhir Piala FA, Kelantan tewas 0-1 kepada Negeri Sembilan yang kemudiannya dicemari dengan rusuhan penonton di luar stadium.

Kata Hashim, rekod pertemuan sebelum ini tidak akan menjadi halangan kepada mereka untuk mencipta kejutan ketika bertandang di gelanggang Rusa nanti biar pun kehilangan penjaga gol utama Halim Napi.

"Apa yang berlaku tidak akan menjejaskan tumpuan pemain kerana mereka mempunyai tahap moral yang tinggi. Shahrizan Ismail yang menggantikan Halim adalah seorang pemain yang baik dan sebelum ini juga dia telah memikul tugas selaku penjaga gol utama, jadi kita tidak mempunyai masalah. Dia tahu apa yang perlu dilakukan dan memiliki pengalaman yang luas.," katanya.

Read More......

Bila Syariat Tidak Didaulatkan, Inilah Padahnya !

Inilah padahnya jika membelakangkan hukum Allah s.w.t, sebagaimana yang dilaporkan dalam akhbar Utusan Malaysia yang bertarikh 16 April 2009 kes ragut di KL naik 100 peratus.

Apa bala dan musibah yang melanda negara kita di akhir-akhir ini, sehinggakan kes jenayah begitu meningkat, walaupun telah diperkenalkan pelbagai kempen dan kesedaran kepada rakyat namun ia tetap tidak dapat diatasi.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Pencuri lelaki dan pencuri perempuan hendaklah kamu potong tangan keduanya itulah balasan dari apa yang mereka kerjakan dan sebagai seksaan dari Allah,Dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana" [ Al-Maidah - 38 ]

Sesungguhnya Allah telah menetapkan hukuman kepada mereka-mereka ini, dan terdapat berbagai lagi kaedah hukuman dan perundangan yang Allah telah nyatakan dalam al-Quran. Namun ia dipandang sepi bahkan tidak diendahkan langsung oleh pihak berkuasa, kalau ada yang hendak diikut hanyalah perkara yang bersesuaian dengan kehendak nafsu mereka semata-mata.

Firman Allah s.w.t lagi dalam surah Al-Maidah yang bermaksud:

"Sesungguhnya Kami telah menurunkan Kitab Taurat, yang mengandungi petunjuk dan cahaya yang menerangi; dengan Kitab itu nabi-nabi yang menyerah diri (kepada Allah) menetapkan hukum bagi orang-orang Yahudi, dan (dengannya juga) ulama mereka dan pendita-penditanya (menjalankan hukum Allah), sebab mereka diamanahkan memelihara dan menjalankan hukum-hukum dari Kitab Allah (Taurat) itu, dan mereka pula adalah menjadi penjaga dan pengawasnya (dari sebarang perubahan). Oleh itu janganlah kamu takut kepada manusia tetapi hendaklah kamu takut kepadaKu (dengan menjaga diri dari melakukan maksiat dan patuh akan perintahKu); dan janganlah kamu menjual (membelakangkan) ayat-ayatKu dengan harga yang sedikit (kerana mendapat rasuah, pangkat dan lain-lain keuntungan dunia); dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang kafir. [ 44 ]

"Dan kami telah tetapkan atas mereka di dalam kitab Taurat itu, bahawa jiwa dibalas dengan jiwa, dan mata dibalas dengan mata, dan hidung dibalas dengan hidung, dan telinga dibalas dengan telinga, dan gigi dibalas dengan gigi, dan luka-luka hendaklah dibalas (seimbang). Tetapi sesiapa yang melepaskan hak membalasnya, maka menjadilah ia penebus dosa baginya; dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim. " [ 45]

"Dan hendaklah Ahli Kitab Injil menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah di dalamnya; dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang-orang yang fasik. " [ 47 ]


Dalam tiga ayat ini, telah Allah s.w.t rakamkan dalam al-Quran kisah-kisah umat terdahulu yang mengingkari hukum-hakam Allah sebagai pedoman dalam hidup kita semua. Perhatikan di akhir ketiga-tiga ayat ini Allah berfirman : "sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang-orang yang Kafir, Zalim dan Fasik" Adakah kita mahu digolongkan dalam ketiga-tiga golongan yang dimurkai Allah itu? Fikir-fikirkanlah!

Di sinilah peranan ulama dan cendikiawan Islam, untuk tampil membuat penerangan kepada masyarakat tentang betapa pentingnya kita mendaulatkan undang-undang Islam dalam negara kita ini. Namun malangnya terdapat sesetengah golongan ilmuan agama takut untuk bersuara tentang perkara ini, mereka lebih suka membisu dengan alasan untuk menjaga periuk nasi masing-masing. Astaghfirllahal 'Azim...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tinggikan pangkatnya dengan (sebab mengamalkan) ayat-ayat itu. Tetapi ia bermati-mati cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya adalah seperti anjing, jika engkau menghalaunya: ia menghulurkan lidahnya termengah-mengah, dan jika engkau membiarkannya: ia juga menghulurkan lidahnya termengah-mengah. Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir." [ Al-A'raaf - 176 ]

Sungguh hinanya mereka yang digelar sebagai ulama suk ini di sisi Allah sebagaimana yang digambarkan oleh Allah dalam ayat di atas, sanggupkah kita dibandingkan dengan perangai seekor anjing? Renung-renungkanlah wahai ilmuan-ilmuan agama yang mempunyai jawatan dalam kerajaan!

Laporan berita pada hari ini, tentang peningkatan kadar jenayah ragut menunjukkan betapa lemah dan longlainya anggota keselamatan kita. Di manakah kehebatan dan ketangkasan anggota keselamatan kita yang sentiasa ditayangkan kepada masyarakat kita menerusi drama-drama kepolisan seperti Gerak Khas dan juga Akademik Polis? Adakah ia hanya lakonan dan sekadar hiburan semata-mata?

Apa yang berlaku sebaliknya, tugas anggota keselamatan kita telah disalahgunakan kononnya untuk mengawal perjalanan pilihanraya dan menggangu majlis-majlis ceramah serta perhimpunan parti-parti pembangkang. Apa yang sepatutnya menjadi keutamaan adalah menyelesaikan kes-kes jenayah yang semakin menjadi-jadi.

Sebagai seorang mahasiswa yang sentiasa mengikuti perkembangan semasa negara tercinta, saya sangat berharap pihak pegawai tertinggi anggota keselamatan sedar akan musibah yang melanda negara kita kini. Jangan jadikan diri anda semua barua kepada orang-orang yang berkepentingan dalam kerajaan yang hanya memikirkan usaha untuk terus berkuasa, sehinggakan rakyat tidak lagi mempercayai dan memandang buruk tugas murni yang patut ada pada setiap anggota keselamatan kita. Jangan kita salahkan rakyat membelakangkan undang-undang seandainya kita sebagai pemimpin tidak menjadi contoh yang baik dalam pengamalan undang-undang. Wallahu'alam

Read More......

Wednesday, April 15, 2009

Catatan Hati Nik Nur Madihah - kesusahan bukan penghalang kejayaan


Si ayah bergelut dengan gelombang.
Si ibu bergelumang dengan perit harian.
Lantas si anak menyemat tekad untuk terus berjuang melepaskan mereka dari kesengsaraan.

Kesempitan hidup yang menyesakkan nafas tidak pernah sekalipun mematahkan semangatnya untuk berjaya. Malah itulah tangkal dan azimat yang menjadi bekalan untuknya mengatur langkah, mencari permata yang tak ternilai harganya – ILMU! Menyalin semula sebuah kamus dengan tulisan tangan sendiri kerana tak punya wang untuk membelinya. Sering berpuasa menahan lapar dan dahaga demi untuk menjimatkan belanja. Menahan keinginan hati untuk memiliki barang-barang sendiri. Bukan senang mencapai bintang. Namun, tiada yang mustahil dalam kehidupan. Kepada Allah dia menyandarkan harapan. Agar diberi kekuatan dan ketabahan untuk meneruskan cabaran hidup. Semoga diberi kesempatan untuk membalas keringat dan jasa ayah bonda.

Tekad si anak bukan mainan kerana di hujungnya adalah permulaan kepada sebuah KEJAYAAN!

PELAJAR SPM TERBAIK MALAYSIA 2008-20A

Untuk lebih lanjut sila ke website ini

Read More......

Mari Mengenali Ulama Nusantara...


Tok Bermin, Cergas, Cermat dan Kemas


Tok Kenali, Tok Kelaba dan Tok Bermin ialah tiga serangkai yang bersahabat dan seperguruan. Mereka adalah tiga gandingan nama ulama yang sering diperkatakan oleh masyarakat dalam lingkungan jalur mulai Kemboja, Bangkok, Patani, Semenanjung hinggalah di Sumatera pada zaman sebelum Perang Dunia Kedua. Ada faktor-faktor tertentu kenapa masyarakat selalu memuji mereka.

Faktor yang pertama ialah ketiga-tiganya mempunyai banyak ilmu yang pada zamannya memang pada kedudukan yang paling atas. Tentang Tok Kenali, orang sering mengisahkan tentang ‘karamah’ beliau. Sebenarnya jika hal itu diceritakan tak kurang juga kedua-dua sahabat beliau iaitu Tok Kelaba dan Tok Bermin.

Artikel Ulama Nusantara yang diperkenalkan dalam ruangan Agama Utusan Malaysia sudah berjumlah 97 judul termasuk artikel ini. Nampaknya kita tidak cukup ruang untuk menceritakan tentang ‘karamah’ kerana kisah yang bercorak zahir berdasarkan fakta terlalu padat.

Mungkin satu ketika nanti masyarakat menjadi bosan terhadap kisah zahir lalu ‘rohani’ mereka memberontak menuju kepada yang bercorak batin. Ketika itu kisah ‘karamah’ para Wali Allah atau ulama sangat perlu diperkenalkan. Kekosongan jiwa dan keruntuhan moral, terutama para remaja, akhir-akhir ini adalah akibat tidak diajar pengetahuan Islam secara bersepadu iaitu yang zahir (syariat) dan yang batin (tasawuf).

Ketiga-tiga ulama yang bersahabat tersebut telah berjasa dalam menyepadukan kedua-dua perkara tersebut sehingga sangat ramai murid mereka yang menjadi ulama.

Dalam artikel ini kita akan memperkatakan mengenai latar belakang Tok Bermin.

Nama lengkapnya ialah Al-Fadhil Al-‘Alim Haji Wan Muhammad bin Haji Wan Idris Bermin al-Fathani. Nama popularnya ialah Tok Bermin saja. Nama singkat itu lebih popular seperti juga nama Tok Kenali. Beliau lahir di Kampung Jambu, Patani pada tahun 1290H/1873M dan wafat di Bermin, malam Khamis 29 Zulkaedah 1376H/27 Jun 1957M.

Datuk nenek beliau adalah dalam lingkungan keluarga besar Syeikh Ahmad al-Fathani dan Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani.

Pendidikan

Sebelum melanjutkan pelajaran ke Mekah, Tok Bermin telah memperoleh banyak ilmu di Patani, sekurang-kurangnya di pondok terkenal iaitu Pondok Bendang Daya. Tok Bermin tidak sempat belajar dengan Tok Bendang Daya yang pertama (Syeikh Haji Wan Mustafa) tetapi sempat belajar dengan Tok Bendang Daya yang kedua (Syeikh ‘Abdul Qadir bin Mustafa, yang dicatat oleh Tok Kelaba sebagai Wali Allah di Patani pada zamannya).

Tok Bermin belajar juga di Pondok Tok Raja Haji, Jambu. Pondok ini diasaskan oleh Haji Wan Idris (Tok Raja Haji) iaitu murid dan menantu pada Syeikh Abdul Qadir bin Mustafa al-Fathani. Kedua-dua guru Tok Bermin tersebut ada hubungan kekeluargaan yang erat. Sampailah pada zaman Tok Bermin yang menjadi ulama dan mengasaskan pondok dalam Patani, sekolah pondok didominasikan oleh keluarga mereka.

Ketika Tok Bermin belajar di Mekah, beliau belajar dengan ramai ulama, tetapi paling banyak pengetahuan diperoleh daripada Tok Cik Wan Daud bin Mustafa al-Fathani dan Syeikh Ahmad al-Fathani. Sama halnya dengan Tok Kenali, Tok Bermin adalah murid yang paling dikasihi oleh Syeikh Ahmad al-Fathani.

Tok Bermin adalah seorang yang tegas, cermat dan kemas. Banyak persamaan antara Tok Kenali dengan Tok Bermin, tetapi tiga perkataan yang tersebut lebih mencerminkan syariat sedangkan Tok Kenali mempraktikkan tasawuf dengan cara-cara yang tersendiri.

Tok Bermin sangat tegas menentang kemasukan Kaum Muda di Patani. Tok Kenali pula kadang-kadang hadir di tempat perdebatan Kaum Tua dan Kaum Muda di Kota Bharu tetapi beliau hanya diam saja.

Ketika membaca kitab atau mendengar murid membaca kitab bahasa Arab, Tok Bermin sangat cermat. Beliau sangat terikat dengan kaedah ilmu, terutama dalam ilmu nahu dan ilmu sharaf, sedikit pun tidak boleh tersilap atau salah.

Jika tersalah baca, Tok Bermin menegurnya secara spontan langsung memberi keterangan dengan ‘tegas’. Tok Kenali sungguhpun beliau seorang ahli dalam ilmu-ilmu itu tetapi beliau membaca dengan laju tidak seperti Tok Bermin membaca perkataan satu demi satu dengan jelas.

Tok Bermin selalu kemas dalam berpakaian sama ada ketika mengajar atau berjalan. Pakaian yang dipakainya sentiasa tegang kerana berkanji menurut tradisi zaman itu. Ini juga berbeza dengan Tok Kenali yang selalu berpakaian menurut caranya tersendiri, atau pakaian ‘ahli ash-shufi’ setiap zaman yang selalu tidak sama dengan kebanyakan orang.

Tok Bermin jika berjalan ke mana-mana menunggang kudanya sendiri dengan tongkat kebesaran seperti yang biasa dipakai para Nabi atau ulama ash-sufi sentiasa tersedia pada tangannya. Jika menunggang kuda Tok Bermin selalu berdisiplin, mencerminkan kewibawaan, kebesaran ulama dan kelihatan gagah. Dielakkannya menunggang seperti ada kelemahan atau menanggung sesuatu penyakit.

Bijak

Tok Kenali pula tidak pernah kita dengar menunggang kuda, tetapi beliau lebih suka berjalan kaki. Kesimpulan cerita ini bukan bererti ada kecelaan salah seorang daripada kedua-dua ulama yang tersebut, tetapi kedua-duanya bijak menyesuaikan keadaan atau tempat di mana mereka berada. Sekiranya Tok Bermin tinggal di Kota Bharu, Kelantan kemungkinan beliau juga bertindak seperti Tok Kenali.

Sebaliknya jika Tok Kenali tinggal di Bermin, Patani, kemungkinan beliau berkelakuan seperti Tok Bermin. Seluruh kelakuan, bergerak dan diam ulama pada peringkat kedua-duanya adalah bertujuan mendidik masyarakat bukan memuaskan kepentingan hawa nafsu peribadi semata-mata.

Dalam beberapa siri artikel tentang ulama Minangkabau yang lalu, kita telah mengetahui tentang pergolakan Kaum Tua dan Kaum Muda yang cukup hebat di negeri itu. Pergolakan itu akhirnya menyeberang ke Semenanjung, sampai ke Legor. Dari Legor turun ke Patani.

Pada tangan saya ada manuskrip atau tulisan tangan asli Tok Bermin yang meriwayatkan peristiwa kedatangan dua orang dari Minangkabau ke Legor menyebarkan ajaran Kaum Muda. Beberapa petikan saya perturunkan dalam artikel ini untuk dapat dikaji oleh pihak-pihak yang berkepentingan apakah ia daripada golongan Kaum Tua atau Kaum Muda.

Penulisan yang berdasarkan data dan fakta bukanlah bererti berpihak dengan sesuatu pihak. Untuk berpihak, itu adalah penilaian setiap individu itu sendiri, berdasarkan keintelektualan, pengalaman dan lainnya, tetapi perlulah ada kejujuran. Apa-apa yang tersembunyi dalam hati itulah yang perlu dikongsi dengan masyarakat.

Mukadimah tulisan Tok Bermin adalah sebagai berikut: “Dan adalah pada hari Sabtu, 26 Syawal, dan hari Isnin, 28 Syawal juga, pada tahun [atau] sanah 1347 [Hijrah], perhamba al-Haji Wan Muhammad Bermin, Jambu, periksa dan tanya akan ‘Abdullah dan Burhan orang Minangkabau. Yang keduanya setengah daripada Kaum Muda yang duduk berjalan menyesatkan orang-orang. Di dalam negeri Legor diperiksa di dalam Masjid al-Haji Mat, Kampung Baru. Dan di dalam Masjid al-Haji Mahmud di hadapan Imam Shiddiq, dan Penghulu Hamzah, dan al-Haji Mat sendiri dan al-Haji Mahmud, dan beberapa banyak daripada manusia.’’

Tarikh kejadian yang disebut oleh Tok Bermin iaitu 26 dan 28 Syawal 1347H itu adalah bersamaan dengan 6 dan 8 April 1929M.

Kenal

Memperhatikan tarikh ini bererti masih dalam lingkungan tahun-tahun yang sama dengan pertentangan Kaum Tua dan Kaum Muda di Sumatera. Tok Bermin lahir pada tahun 1290H/1873M, bererti dia lebih tua sekitar enam tahun daripada Syeikh Abdul Karim Amrullah, pelopor Kaum Muda di Minangkabau yang lahir pada 1296H/ 1879M.

Kemungkinan Abdullah dan Burhan yang berasal dari Minangkabau yang disebut oleh Tok Bermin pada petikan di atas adalah termasuk murid Syeikh Abdul Karim Amrullah. Tidak dapat dinafikan bahawa Tok Bermin dan Syeikh Abdul Karim Amrullah telah kenal sejak di Mekah kerana kedua-duanya adalah belajar dengan para ulama Mekah yang sama.

Selanjutnya Tok Bermin menulis: “Maka telah nyata bahawasanya ‘Abdullah dan Burhan bukan daripada orang yang mengikut Imam Syafie. Bahkan bukan daripada mazhab yang empat. Dan keduanya bawa bercakap dengan kitab bagi Imam Syafie itu kerana menipu dan supaya menyangka orang yang mendengar akan kedua-duanya itu orang yang mengikut Syafie, padahal bukan Syafie.

“Dan jika tiada keduanya bawa bercakap-cakap dengan ‘Kitab Umm’ itu, nescaya tiada seorang pun mengikut akan keduanya daripada permulaan masuk Abdullah dan Burhan ke dalam negeri Legor.”

Tulis Tok Bermin selanjutnya: “Dan sebab keluar keduanya dari mazhab itu, kerana menafi oleh keduanya akan ijmak dan qiyas. Dan keduanya ikut nas Quran dan hadis sahaja. Dan padahal ijmak dan qias itu, keduanya adalah setengah daripada dalil-dalil yang buat menghukum ‘ulama’ dengan dia.”

Tok Bermin membahaskan perkara tersebut dengan panjang lebar dan mendalam menggunakan hujah-hujah yang mantap ditinjau daripada pelbagai ilmu sebagaimana yang digunakan oleh jumhur ulama. Oleh sebab Tok Bermin memang pakar dalam banyak bidang ilmu, terutama ilmu alat, iaitu nahu dan sharaf. Abdullah dan Burhan kurang mengetahui tentang kedua-dua ilmu itu terpaksa diam saja.

Dalam masa yang sama pertikaian khilafiyah menjalar terus termasuk peristiwa Mufti Haji Wan Musa di Kota Bharu, Kelantan, yang terkenal dengan masalah ‘jilatan anjing’. Syeikh Ahmad Khatib Minangkabau yang menjadi Imam dan Khatib Mazhab Syafie di Masjid al-Haram, Mekah sendiri pernah dilawan oleh muridnya Syeikh Abdul Karim Amrullah.

Hal ini berbeza dengan Syeikh Ahmad al-Fathani kerana beliau tidak pernah dilawan oleh muridnya. Sewaktu pergolakan pemikiran khilafiyah di dunia Melayu, Syeikh Ahmad al-Fathani telah wafat. Bagaimanapun sewaktu permulaan khilafiyah di Asia Barat, iaitu pergolakan pemikiran antara Saiyid Yusuf an-Nabhani (pembantah pertama pemikiran Kaum Tua) di Beirut dengan Syeikh Muhammad Abduh di Mesir (pencetus pemikiran Kaum Muda), muncul peranan Syeikh Ahmad al-Fathani.

Para ulama Mekah telah mengutus Syeikh Ahmad al-Fathani ke Beirut dan Kaherah untuk mendamaikan pertikaian pendapat kedua-dua ulama besar itu. Dalam pertemuan dengan Saiyid Yusuf an-Nabhani mahupun Syeikh Muhammad Abduh tidak terjadi perdebatan antara Syeikh Ahmad al-Fathani dengan kedua-duanya tetapi telah berlaku peristiwa sejarah yang panjang dan menarik.

Penulisan

Tidak banyak dijumpai tulisan Tok Bermin. Beliau lebih banyak mencurah dan menghabiskan masanya mengajar di pondok. Dalam koleksi saya terdapat beberapa judul tulisan beliau, iaitu mengenai Kaum Muda yang segelintir daripada kandungannya diperkenalkan di atas. Karya beliau yang lain ialah yang diberi judul Jawahir al-Kalamiyah, diselesaikan pada Isnin, 11 Zulkaedah 1349H/29 Mac 1931M. Kandungannya mengenai akidah. Cetakan pertama oleh Perkatapan, Kota Bharu, Kelantan, tanpa tahun. Cetakan Patani Press, 15 November 1937 dengan beberapa tambahan. Karya Tok Bermin yang lain ialah al-Qaul al-Mubin, tanpa tarikh. Kandungannya membicarakan fikah.

(Petikan daripada akhbar Utusan Malaysia, ruangan Ulama Nusantara, Tok Bermin al-Fathan, Cergas, Cermat dan Kemas karya Ustaz Wan Mohd Shaghir Abdullah)

Read More......

Monday, April 13, 2009

Tazkirah

Tafsir Surah Al-Maidah Ayat 112 : Hidangan dari langit yang cetus fitnah

Oleh : YB Tuan Guru Dato' Seri Hj. Abdul Hadi Awang

Mengikut satu riwayat Salman al Farisi r.a. (yang diambil dari Abu Othman an-Nahdi), Nabi Isa a,a menukar pakaiannya dengan jubah yang diambil daripada bulu binatang yang berwarna hitam (pakaian yang kasar pembuatannya) untuk menyatakan tawaduknya kepada Allah SWT.

Menurut riwayatnya Nabi Isa a.s berdiri bertentangan kaki dan bertentangan buku lali dengan buku lali, meletakkan tangan kanan di atas tangan kirinya dan meletakkan pula di dadanya.


Nabi Isa a.s menundukkan kepalanya dalam keadaan khusyuk, berhadap kepada Allah dan menangis dengan permintaan itu sehingga bercucuran air mata yang mengalir melalui celah-celah janggutnya dan air matanya menitis di atas bumi sambil berdoa kepada Allah.

Doanya bermaksud: " Ya Allah Ya Tuhan kami, turunkanlah kepada kami hidangan daripada langit, supaya menjadi suatu hari perayaan bagi orang yang awal di kalangan kami dan orang yang kemudian daripada kami dan menjadikannya sebagai tanda daripada-Mu, dan berilah rezeki kepada kami, dan Engkau adalah sebaik-baik pemberi rezeki."

Sebaik sahaja Nabi Isa a.a berdoa kepada Allah SWT kelihatan makanan turun di celah-celah awan. Mereka melihat hidangan itu turun dengan diletakkan di atas suprah (kain hamparan untuk hidangan) yang berwarna merah di bawah dan di atasnya serta dinaungi oleh awan di atas dan di bawahnya pula.

Nabi Isa a.s berkata yang bermaksud : "Ya Allah Ya Tuhanku, jadikanlah ia sebagai rahmat dari-Mu dan janganlah Engkau jadikannya sebagai fitnah kepada kami. Wahai Tuhanku, aku memohon kepada-Mu, perkara yang menakjubkan dan Engkau telah mengurniakan kepada aku."

Hidangan itu turun dan diletakkan di hadapan Nabi Isa a.s., lalu baginda tersungkur sujud kepada Allah SWT, diikuti oleh hawariyyin yang juga sujud kepada Allah SWT.

Keluarlah daripada hidangan itu bauan yang sangat mengharumkan yang tidak pernah mereka menghidu bau itu sebelum daripadanya.

Lalu Nabi Isa a.s berkata yang bermaksud: " Siapa di kalangan kamu yang paling kuat beribadat kepada Allah dan yang paling berani meminta hidangan itu, sila buka hidangan ini."

Bagaimanapun mereka tidak berani berbuat demikian. Hawariyyun dalam keadaan ketakutan. Mereka berkata: Wahai Ruhullah (Nabi Allah), engkaulah yang lebih berhak untuk membukanya."

Lalu Nabi Isa a.s berwuduh semula (memperbaharui air sembahyang), baginda kemudiannya bersembahyang dengan sembahyang yang baru dan berdoa kepada Allah dengan doa yang banyak.

Kemudian baginda a.s membuka hidangan itu. Tiba-tiba dalam hidangan itu terdapat ikan yang dipanggang yang diletak sekali dengan roti dan sayur-sayuran serta buah-buahan termasuk delima, zaitun dan tamar kecuali Quros (sejenid daun yang berbau busuk).

Mengikut riwayat yang lain Sham'un bertanya : "Wahai Nabi Allah, adakah makanan ini dari makanan syurga atau dari mana?"

Nabi Isa a.s memarahinya. Nabi Isa a.s bertanya: "Adakah kamu mahu bertanya lahi setelah Allah menurunkan kepada kamu hidangan ini? Aku takut Allah menyeksa kamu nanti."

Sham'un berkata, "demi Tuhan Bani Israil, saya tidak berniat jahat Wahai Nabi Allah."

Sham'un adalah pemimpin kepada Hawariyyun, lalu Nabi Isa a.s berdoa. Tiba-tiba ikan hidup semula. Mereka melihat ikan itu bergerak dan menggelepar.

Kemudian Nabi Isa a.s berdoa semula, tiba-tiba ia bertukar menjadi ikan panggang semula dengan bauan yang sedap dan nikmat dalam keadaan tulang-tulangnya dibuang (tinggal isinya sahaja).

Lalu Nabi Isa a.s mengatakan bahawa hidangan itu bukan daripada syurga. Tetapi Allah Ta'ala menjadikan hidangan itu dengan firman-Nya (tercipta hidangan itu di antara langit dan bumi).

Nabi Isa a.s menyuruh mereka makan tetapi mereka tidak berani memakannya. Nabi Isa a.s menyuruh orang- orang miskin, orang-orang tua, orang-orang buta dan orang-orang uzur supaya datang dan memakan hidangan itu.

Nabi Isa a.s berkata yang bermaksud: " Kamulah yang memakan hidangan itu dan kamu tidak memintanya. Hidangan itu tidak menjadi bala kepada kamu."

Lalu mereka makan hidangan itu. Yang meminta hidangan itu adalah golongan jutawan, bangsawan atau golongan atasan, bukan sebarangan orang.

Mereka mahu mencabar kenabian Nabi Isa a.s. Setelah diturunkan mukjizat, mereka tidak berani memakan hidangan itu

Read More......

Saturday, April 11, 2009

Nyanyian Rock, Mengalir Air Mata Saya.. MB Kelantan


KOTA BHARU, April 11, 2009. MB Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengakui begitu tersentuh hati apabila mendengar nyanyian ikon rock negara Amy Saerch, terutama mendendangkan lagu-lagu berentak ketuhanan. “Sampai mengalir air mata saya mendengar Amy menyanyikan lagu-lagu begini dan apabila artis rock menyampaikan lagu-lagu ketuhanan ia telah menolak tanggapan negatif terhadap mereka,” katanya. Demikian menurut BERNAMA hari ini.

Beliau berkata untuk menyampaikan mesej keIslaman tidak semestinya hanya para ulama dan tok guru tetapi penyanyi rock juga berupaya menyampaikan mesej yang sama. “Apa pun kepada penyanyi saya nasihat jangan salah gunakan suara ke jalan yang tidak baik,” katanya.

Sementara itu, Amy Search menafikan telah menyertai parti PAS berikutan sering hadir pada majlis yang dianjurkan parti pembangkang itu termasuk pada Perhimpunan Belia Sempena Jubli Emas Pemuda PAS Kelantan yang diadakan di sini, hari ini. Desas desus penyanyi rock terkenal itu telah menyertai PAS timbul apabila rakan artisnya Renggo, penyanyi utama kumpulan Arrow, mengumumkan secara rasmi menyertai parti itu dan turut menyerahkan borang keanggotaan PAS kepada Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Menteri Besar Kelantan pada majlis itu.

“Tidak…saya belum menyertai PAS dan kehadiran saya pada majlis politik ini adalah atas jemputan untuk membuat persembahan sama seperti Renggo… Apa yang saya buat perlu difikirkan dengan lebih teliti kerana ia akan menjadi ikutan kepada peminat setia saya.. Saya memang peminat Tok Guru (Nik Abdul Aziz) tapi belum terfikir untuk menyertai PAS,” katanya kepada pemberita selepas majlis itu.

Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman berkata beliau telah beberapa kali bertemu dengan Menteri Besar Kelantan itu pada beberapa majlis formal dan tidak formal dan bakal mengadakan konsertnya di sini pada Jun depan. Beliau berkata atas dasar profesional, kehadirannya pada majlis politik seperti itu tidak perlu dipolitikkan dan sebagai artis ia merupakan satu penghargaan apabila diminta membuat persembahan di hadapan Nik Abdul Aziz. Pada majlis itu Amy dan Renggo atau nama sebenarnya Mohd Zin Ramli turut menyampaikan beberapa lagu popular mereka.

Syabas kepada Renggo dan Amy. Semoga akan diiringi oleh artis-artis lain lagi.

Read More......

Nik Aziz terharu apabila artis berhijrah


KOTA BHARU, 11 April: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, tidak dapat menahan kesedihan apabila terharu dengan penghijrahan artis-artis di negara ini yang semakin meminati Islam terutama Amy Serch.

Beliau yang merasmikan Himpunan Belia sempena Jubli Emas Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan itu tidak dapat menahan sebaknya apabila mengingatkan penghijrahan artis-artis dan golongan seni yang kini semakin ramai berminat pada Islam begitu menyentuh perasaannya.
“Tiada siapa yang menyangka artis dari kumpulan rock kini telah menjadi ‘ikon’ baru kepada remaja membawa mesej yang baik kepada golongan remaja.

“Perkara itu langsung tidak pernah terfikirkan oleh sesiapapun, namun jika itu kehendak Allah apapun boleh berlaku,”ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada berucap pada majlis itu yang diadakan di Perkarangan Stadium Sultan Muhammad Ke-1V, di sini yang berakhir tengahari tadi.

Beliau turut menghayati tiga buah lagu yang disampaikan oleh Raja Rock Malaysia itu iaitu ‘Tiada Lagi’, ‘Menteri Di Ufuk Timur’ (yang ditujukan khas buat Nik Aziz) dan Isabella.

Keadaan cuaca yang tidak begitu panas memberi peluang peminat Amy Serch untuk mengikuti persembahannya dengan mudah.

Memandangkan majlis berkenaan diadakan pada siang hari, peminat Amy dapat melihat wajahnya dengan lebih jelas lagi.

Sempena program yang bertemakan ‘Jom Sertai PAS’ itu juga, vokalis kumpulan rock ‘Arrow’ Renggo atau nama sebenarnya Mohd Zin Ramli, 40 telah membaut kejutan apabila secarah sah menyertai PAS hari ini.

Beliau menyerahkan sendiri borang keahlian itu kepada Nik Aziz di atas pentas sebelum majlis berkenaan berakhir.Turut menyaksikan majlis yang penuh ceria itu, Timbalan Pesuruhjaya PAS, Datuk Ahmad Yaacob, anggota exco kerajaan negeri Haji Abdul Fatah Mahmood, Yang Dipertua PAS Kawasan Kota Bharu, Datuk Wan Abdul Rahim Abdullah di samping beberapa orang pimpinan peringkat parti.

Renggo yang berasal dari Tanah Merah Kelantan juga terkenal dengan jolokan raja syahdu adalah antara 50 orang golongan belia lain yang turut menyertai PAS sempena majlis yang julungkali pernah diadakan di peringkat negeri itu.

Bagaimanapun Amy Serch yang juga turut bersyukur dapat bersama lagi dengan Tuan Guru yang menjadi ‘idolanya’ belum berbuat demikian.

Katanya, untuk ketika ini beliau ingin kekal imejnya sebagai seorang penyanyi rock dengan tidak menyertai mana-mana parti politik.

“Namun pada masa hadapan saya belum dapat tentukan lagi keadaan saya, jika itu (sertai PAS) kehendak Allah tidak mustahil saya akan berbuat demikian,”ujarnya. Amy ketika berucap pada majlis itu turut menceritakan saat mula beliau bertemu dengan Nik Aziz yang turut hadir ke restorannya Cheng Ho di Kuala Lumpur. Selepas itu bertemu lagi di tanah suci Mekah selepas tiga hari berada di sana untuk menunaikan umrah.

“Pada 19 April nanti Tuan Guru akan mengerjakan umrah lagi, sepatutnya saya juga akan ke sana, namun memandangkan keadaan tidak mengizinkan, saya terpaksa memilih tarikh lain,”ujarnya lagi.

Read More......

Thursday, April 9, 2009

Surat Tuan Guru Nik Aziz Kepada YB Nga Kor Ming ADUN Pantai Remis Perak


13 Rabiul Akhir 1430
9 April 2009

YB Encik Nga Kor Ming
EXCO Kerajaan Negeri Perak
Pejabat EXCO Negeri Perak
30000 Ipoh
PERAK DARUL RIDZUAN.

Menemui YB Encik Nga dengan ucapan salam sejahtera

Yang Berhormat,

Alhamdulillah, dengan izin Allah, saya telah mengikuti isu di sekitar percubaan YB untuk mengenali Islam melalui pembacaan Ayat-Ayat Al-Quran dengan tekun. Saya juga terharu mendengar keluhan YB yang berbunyi “saya berasa amat kesal apabila masyarakat Tionghua yang cuba mengenali Islam dan Al-Quran melalui kitab berkenaan, tiba-tiba dihalang.”

Saya boleh memahami dan menyelami perasaan kecewa yang sedang melanda hati YB. Mudah-mudahan dengan sikap “tidak mesra Umno” dan pemimpin-pemimpin Umno tentang kecenderungan masyarakat Tionghua dan India yang sihat ini, ia akan meningkatkan lagi kesedaran Non-Islam untuk lebih mengkaji, mendalami dan mengadakan forum serta wacana mengenai Islam dengan cara yang lebih meluas.

Saya mempunyai sebuah impian. Dalam tempoh tidak berapa lama lagi mudah-mudahan akan muncul lebih ramai orang dari kalangan masyarakat Tionghua, India, Siam, Bajau dan Kadazan yang tampil menjadi Qari, Ustaz, Khatib dan Imam di seluruh negara. Kalau Jenghiz Khan yang mengetuai tentera Moghul menyerang dan memusnahkan hampir seluruh Kerajaan dan tamadun Islam di Kota Baghdad, tetapi sempat ditebus semula keagungan Islam melalui cucunya yang bernama Aurangzeb yang menegakkan empayar Islam di India kemudiannya. Maka saya mempunyai keyakinan yang kuat bahawa Islam akan kembali gemilang di negara kita melalui kaedah dan insiden yang hampir sama. Mudah-mudahan YB lah orangnya yang akan meletakkan batu asas pertama ke arah menyusun batu bata yang kukuh ini untuk terus bertumpang tindih.

Mari kita bina asas ini dengan mengatur langkah-langkah permulaan melalui seminar, muzakarah, muqabalah, dialog dan wacana. Tajuk-tajuk seperti “dimana tak kenanya Islam” atau “apa mesej al-Quran kepada orang bukan Islam” bolehlah difikirkan. Anggota panel boleh terdiri daripada tokoh-tokoh PAS, Umno, DAP, PKR dan pemimpin-pemimpin NGO, pensyarah serta pendakwah bebas. Ia boleh dijadikan sesi kuliah bersiri yang boleh dianjurkan di PWTC, di masjid-masjid, surau-surau, kuil-kuil dewan-dewan perhimpunan, di universiti-universiti, baik di IPTS atau IPTA.

Sekali lagi saya mengucapkan syukur kepada Allah S.W.T di atas kekuatan dan keberanian yang ada pada YB. Terus tekun dan beristiqamahlah dalam mengharungi ujian-ujian ini. Insya Allah saya seakan-akan sedang melihat sekerdip lilin yang bercahaya di hujung sana. Marilah kita sama-sama ke sana.

* MEMBANGUN BERSAMA ISLAM *

(TUAN GURU DATO’ HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT)
Menteri Besar Kelantan
Merangkap
Mursyidul Am PAS

Read More......

Luahan Seorang Peminat



Gambar-gambar rusuhan
yang lain


Video Rusuhan



Kepulan asap yang menyelubungi perkarangan stadium Sultan Muhammad ke 4
setelah trak polis di bakar oleh segelintir penyokong fanatik Kelantan

Semalam kita di gemparkan dengan berita rusuhan penyokong bola sepak Kelantan di Stadium Sultan Muhammed IV, kejadian yang amat memalukan dalam sejarah bola sepak Kelantan dan tanahair.


Ambe menyokong kenyataan Tok Guru Nik Aziz berkenaan dengan kejadian ini, betapa penting unsur spiritiual untuk diterapkan dalam apa jua bidang yang kita tempuhi. Sesungguhnya kita sebagai umat Islam mesti menjadikan Islam sebagai satu cara hidup, seandainya kita mengabaikannya maka terjadilah perkara-perkara seperti semalam.

Islam tidak melarang kita bersukan dan berhibur, tetapi ada batas-batasnya, kita semua patut sedar syaitan sentiasa cuba menghasut kita supaya bertindak diluar batasan sehingga menyusahkan orang lain. Sesungguhnya Islam melarang kita menyusahkan orang lain.

Kelantan sangat terkenal dengan sikap rakyatnya yang berpegang teguh dengan agama mempunyai peribadi yang lemah-lembut dan sentiasa menghormati orang lain, namun akibat dari kejadian ini sedikit sebanyak telah menconteng arang di muka rakyat Kelantan yang mana pemimpin negerinya seorang Tok Guru.

Di kesempatan ini ambe ingin menyeru semua peminat dan penyokong setia pasukan Kelantan agar dapat menjaga tingkahlaku masing-masing, jadilah peminat yang berdisiplin serta bermoral. Tunjukkanlah contoh yang baik kepada peminat bola sepak negeri lain bahawa kita adalah peminat dan penyokong baik dan sentiasa mengawal emosi kita. Ingatlah apa yang berlaku ini adalah satu ujian untuk kita semua, marilah kita semua bermuhasabah sejauhmanakah kita mampu menjadi seorang hamba Allah yang bersabar. "SESUNGGUHNYA ALLAH BERSAMA ORANG-ORANG YANG SABAR" - al-Baqarah 153. Wallahu'alam

"MAJULAH SUKAN UNTUK ISLAM"
"GOMO KELATE GOMO"

Read More......

Wednesday, April 8, 2009

Mari Mengenali Ulama...


Syaikh Wan Sulaiman - Syaikhul Islam Kedah Darul Aman




Nama lengkapnya ialah Wan Sulaiman bin Wan Siddiq bin Wan Aman bin Wan Net binti Wan Su. Wan Su adalah Datuk Temenggung Kolot Bukit Lada yang berasal dari Patani. Wan Net binti Wan Su berkahwin dengan Wan Muhammad Hadi. Wan Sulaiman dilahirkan di Kampung Pulau Tengah, Mukim Padang Kerbau, dalam daerah Kota Setar, Kedah pada tahun 1291 Hijrah/1874 Masih dan meninggal dunia pada 28 Muharam 1354 Hijrah/2 Mei 1935 Masihi.

Ibu kepada Wan Sulaiman bernama Wan Jamilah atau digelar dengan Wan Tam Kecil. Wan Jamilah adalah adik beradik dengan Datuk Kerani Muhammad Arsyad, Kerani Rahsia Kerajaan Kedah. Ayah mereka berdua bernama Haji Abu Bakar (Kadi Daerah Yan, Kedah) bin Wan Nurdiman bin Datuk Seri Paduka Raja Laksamana.
Wan Jamilah adalah anak saudara dan sepupu kepada Wan Hajar (Mak Wan Besar) binti Wan Ismail bin Datuk Seri Paduka Raja Laksamana, iaitu ibu kandung kepada Sultan Abdul Hamid, Raja Muda Tengku Abdul Aziz dan Tengku Mahmud, Presiden Majlis Negeri yang pernah menjadi Pemangku Sultan. Bererti pula Wan Jamilah adalah anak saudara sepupu kepada Wan Muhammad Saman bin Wan Ismail yang pernah menjadi Perdana Menteri Kedah. Ini kerana Wan Hajar adalah adik beradik dengan Wan Muhammad Saman.

PENDIDIKANNYA

Dalam usia 9 tahun, Wan Sulaiman mendapat pendidikan bahasa Melayu di sekolah yang dibuka oleh Haji Din. Pendidikan tersebut ditempuh lebih kurang tiga tahun, iaitu sekitar tahun 1882 - 1885. Dalam masa yang sama beliau juga mengaji al-Quran kepada Haji Ismail al-Kalantani. Wan Sulaiman juga mempelajari bahasa Inggeris kepada Dr. Gromez. Wan Sulaiman berhasil mengIslamkan gurunya ini setelah beliau pulang dari Mekah. Pada usia 12 tahun, Syaikh Wan Sulaiman memasuki pengajian pondok. Gurunya, Syaikh Omar al-Qadri memberi perhatian kepada pengajian kitab Jawi. Dengan asas pengajian Jawi inilah Syaikh Wan Sulaiman berangkat ke Mekah pada tahun 1888M.

Beliau belayar ke Mekah melanjutkan pelajarannya sekitar tahun 1887/1888M. Sewaktu di Mekah beliau belajar kepada ramai ulama.

Senarai ulama dunia Melayu di Mekah yang pernah menjadi guru kepada Wan Sulaiman ialah:

* Syaikh Faqir Muhammad Andakhuri al-Bukhari (wafat pada 19 Rabi`al-Awwal 1321 / 14 Jun 1903 di Taif. Dari beliaulah Syaikh Wan Sulaiman baiah thariqat Naqsyabandiyah Mujaddidiyah Ahmadiah)
* Syaikh Muhammad Zainuddin Sumbawa (wafat pada 3 Mei 1895)
* Syaikh Muhammad Khayyat (merupakan seorang ulama terkemuka di Masjidil Haram. Ketika Syaikh Wan Sulaiman menjadi Qadhi Besar Kedah, beliau telah dilantik menjadi Syaikhul Islam Kedah yang pertama. Beliau wafat di Pulau Pinang pada tahun 1915M)
* Syaikh Muhammad Amin Ridwan (mengajar di Masjid Nabawi di Madinah)
* Syaikh ‘Ali Surur bin Muhammad az-Zawawi al-Makki al-Mazhari
* Syaikh Hasan al-Ja’fari as-Saidi
* Syaikh Nik Mat Kecik al-Fathani
* Syaikh Wan Ali al-Kalantani
* Syaikh Ahmad al-Fathani
* Syaikh Daud bin Mustafa al-Fathani
* Syaikh Ahmad Lingga
* Syaikh Ahmad Khatib Minangkabau dan ramai lagi.

Beliau tinggal di Mekah hampir 20 tahun lamanya.

Di antara sahabat beliau yang sebaya umur dengannya ialah Syaikh Muhammad Said Linggi (lahir 1292 Hijrah/1875 Masihi, meninggal dunia 1345 Hijrah/1926 Masihi). Walau bagaimanapun Syaikh Wan Sulaiman bin Wan Siddiq menerima Thariqat Naqsyabandiyah daripada Syaikh Faqir Muhammad Andakhuri al-Bukhari (meninggal dunia di Taif pada 19 Rabiulawal 1321H/14 Jun 1903M). Dalam masa tiga tahun terakhir, beliau memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap Ilmu Tarekat Naksyabandiyah Mujaddiyah Ahmadiyah. Dari gurunya iaitu Tuan Syaikh Fakir Muhammad Al-Bukhari, Haji Wan Sulaiman ditauliahkan Khalifah Tarekat yang ke-34. Manakala Syaikh Muhammad Said Linggi adalah pengamal Thariqat Ahmadiyah Idrisiyah yang diterima daripada Syaikh Muhammad ad-Dandarawi.
Selain itu diantara ulama seperguruan dengan beliau semasa di Mekah adalah:

* Syaikh Muhamad Tahir Jalaluddin
* Syaikh Muhammad Mukhtar ‘Atarid Bogor
* Syaikh Abdullah Fahim
* Haji Ismail Labok, Kelantan (kemudiannya menjadi Mufti Kerajaan Pontianak, Kalimantan)
* Haji Ibrahim Tok Raja ( Mufti Kerajaan Kelantan)
* Tuan Guru Guru Haji Omar Sungai Keladi
* Tok Bachok, Kelantan dan
* Tok Kenali

PERKAHWINAN

Sewaktu masih berada di Mekah, Haji Wan Sulaiman mengahwini Wan Kalsom (Wan Tom) binti Wan Abdul Hamid, anak bekas Kadi Daerah Yan, Kedah dan dikurniakan 11 orang cahayamata.

AKTIVITI

Wan Sulaiman pulang ke Kedah pada hari Isnin 9 Rabiulakhir 1324/30 Julai 1906M. Sungguh pun demikian ada pendapat yang menyebut bahawa beliau pulang pada tahun 1329H/1910M.

Menurut pendapat al-Muarrikh Tuan Guru Hj Wan Muhammad Saghir: “bahawa beliau pulang ke Kedah pada 9 Rabiulakhir 1324 Hijrah/ 30 Julai 1906 Masihi dikuatkan pula sebuah karya beliau berjudul `Umdatul Aulad, diselesaikan di Kedah pada 8 Muharam 1326H bersamaan 10 Februari 1908M. Oleh sebab karya ini diselesaikan di Kedah lebih kurang 2 tahun sebelum tahun 1329H/1910M, dengan demikian pendapat yang menyebut Wan Sulaiman pulang ke Kedah pada tahun 1329H/1910M adalah sangat diragui.”

Tidak berapa lama dari tarikh kepulangannya, Wan Sulaiman dilantik dengan beberapa jawatan; dimulai dengan kadi, kemudian Kadi Besar pada tahun 1910M dan terakhir sekali Syaikhul Islam Kedah pada tahun 1920M menggantikan Syaikh Muhammad Khayat. Selain sebagai Syaikhul Islam, beliau juga giat mengajar di beberapa surau. Kemuncak aktivitinya ialah mengajar yang dipusatkan di Masjid Zahir [gambar diatas adalah majlis perasmian Masjid Zahir pada tahun 1915].

Beliau juga menganggotai Majlis Syura atau Majmuk Ulama. Majlis Syura ini mengandungi 12 orang ulama dengan dipengerusikan oleh Syaikh Wan Sulaiman sementara (datuk kepada Perdana Menteri Malaysia sekarang) selaku setiausahanya. Ulama-ulama lain yang menganggotainya termasuklah Syaikh Abdullah Fahim, Syaikh Muhammad Khayat, Syaikh Jarum Derga (Haji Wan ldris Wan Jamal), Haji Ahmad Awang, Haji ldris Ayer Hitam, Haji Muhammad Saman, Keramat Serban Hijau, Haji lbrahim Paya Sena, Haji Muhammad Arif Sungai Nonang dan Haji Hussain Nasir al-Banjari (Tuan Hussain Kedah). Majmuk ini berkumpul setiap malam Jum’at di Masjid Zahir untuk bermuzakarah hal-hal yang berkaitan dengan agama Islam

THARIQAT NAQSYABANDIYAH

Selain mengajar perkara-perkara yang tertakluk dengan fardu ain, fekah, usuluddin, tasawuf, al-Quran dan tajwidnya, Syaikh Wan Sulaiman juga mentawajjuhkan zikrullah menurut kaedah Thariqat Naqsyabandiyah Ahmadiyah Mujaddidiyah.

Thariqat ini beliau ambil dari gurunya Tuan Syaikh Fakir Muhammad Al-Bukhari, Haji Wan Sulaiman ditauliahkan Khalifah Tarekat yang ke-34. Silsilahnya adalah seperti berikut:
Syaikh Wan Sulaiman menerima daripada Syaikh Faqir Muhammad al-Bukhari رضي الله عنه menerima daripada Syaikh Muhammad Umar al-Ahmadi رضي الله عنه menerima daripada Syaikh Abu Said al-Ahmadi رضي الله عنه menerima daripada Syaikh Abdullah ad-Dihlawi al-‘Alawi رضي الله عنه, menerima daripada Syaikh Habibullah Jan Janan Mazhar al-’Alawi رضي الله عنه, menerima daripada Syaikh asy-Syarif Nur Muhammad al-Badawani رضي الله عنه, menerima daripada Syaikh Muhamad Sayfuddin bin Muhammad Ma’sum رضي الله عنه, menerima daripada Syaikh Muhammad Ma’sum bin Ahmad رضي الله عنه, menerima daripada Syaikh Ahmad al-Faruqi as-Sirhindi رضي الله عنه, menerima daripada Syaikh Muhammad Baqibillah رضي الله عنه, menerima daripada Muhammad al-Khawajaki al-Amkani رضي الله عنه, menerima daripada Syaikh Darwish Muhammad as-Samarqandi رضي الله عنه, menerima daripada Syaikh Muhammad Zahid رضي الله عنه, menerima daripada Syaikh Ubaidullah Ahrar رضي الله عنه, menerima daripada Syaikh Ya’akub al-Jarkhi رضي الله عنه, menerima daripada Syaikh Muhammad Alaudin al-‘Attar al-Bukhari رضي الله عنه, menerima daripada Syaikh as-Sayyid Bahauddin Muhammad bin Muhammad al-Bukhari رضي الله عنه, menerima daripada Syaikh as-Sayyid Amir Kulal bin as-Sayyid Hamzah رضي الله عنه, menerima daripada Syaikh Muhammad Baba as-Sammasi رضي الله عنه, menerima daripada Syaikh ‘Ali ar-Ramitani رضي الله عنه, menerima daripada Syaikh al-Anjir al-Faghnawi رضي الله عنه, mengambil dari Syaikh Arif ar-Riyukari رضي الله عنه, menerima daripada Syaikh Abdul Khaliq bin Abdul Jamil al-Ghuddanawi رضي الله عنه, menerima daripada Syaikh Abu Ya’kub Yusuf bin Ayyub al-Hamdani رضي الله عنه, menerima daripada Syaikh Abu ‘Ali al-Fadhl bin Muhammad at-Tusi al-Farmidi رضي الله عنه, menerima daripada Syaikh Abul Hasan Ali bin Abu Ja’far al-Kharqani رضي الله عنه, menerima daripada Syaikh Abu Yazid Taifur bin Isa al-Bisthami رضي الله عنه, menerima daripada al-Imam Abu Ja’faq as-Sodiq رضي الله عنه, menerima daripada Sayyidina al-Qasim bin Muhammad bin Abu Bakar as-Siddiq رضي الله عنه, menerima daripada Sayyidina Salman al-Farisi رضي الله عنه, menerima daripada Sayyidina Abu Bakar as-Siddiq رضي الله عنه, menerima daripada Sayyidina Muhammad Rasulullah صلى الله عليه وسلم

Jalur silsilah thariqah Naqsyabandi Syaikh Wan Sulaiman ini sama dengan jalur silsilah yang diterima oleh Syaikh Abdul ‘Adzim al-Manduri (wafat 1335H/1916M) dan Sayyid Abdurrahman bin Sayyid Muhammad bin Sayyid Zainal ‘Abidin al-Idrus (wafat 1335H/1917M) atau lebih dikenali dengan nama Tokku Paloh [Tokku Paloh menerima thariqah Naqsyabandiah daripada Syaikh Muhammad Sholeh az-Zawawi رضي الله عنه, menerima daripada Muhammad Mazhar al-Ahmadi رضي الله عنه (wafat 1301H/1883M di Madinah), menerima daripada Syaikh Abu Said al-Ahmadi رضي الله عنه (wafat 1277H/1860M di Madinah)].

Ada yang berpandangan bahawa memasuki thariqat akan mengakibatkan kemunduran pembangunan duniawi, namun jika kita membaca karya-karya mengenai ilmu tersebut yang dikarang oleh ahlinya, termasuk karangan-karangan Syaikh Wan Sulaiman, tuduhan seperti itu adalah tidak benar. Sebagai contoh Wan Sulaiman adalah seorang ulama yang bergerak aktif sama ada untuk kepentingan duniawi dan ukhrawi. Wan Sulaiman juga telah mengeluarkan fatwa-fatwa mengenai Islam yang merupakan fatwa rasmi kerajaan Kedah pada zamannya. Di dalam sebuah kitab karangannya bertajuk Fakihat al-Janiyah, halaman 10, beliau mengatakan: “….. tidak sempurna insaniahnya ini melainkan dengan thariqat ….”

Syaikh Wan Sulaiman berpandangan bahawa selain aktiviti duniawi, urusan kehidupan (ma`isyiah) mestilah disegandingkan dengan aktiviti secara berjamaah antara guru (mursyid) dengan murid-muridnya.

Katanya lagi, pertemuan shuhbah dengan mursyid sekurang-kurangnya setiap hari tiga kali, iaitu pada waktu sembahyang Subuh, Zuhur dan Asar. Setiap pertemuan sentiasa membahaskan pelbagai bidang ilmu, bahkan juga tiada sunyi daripada membahaskan permasalahan dan kepentingan duniawi. Walau bagaimanapun urusan duniawi mestilah ditimbang menurut yang dibenarkan oleh syarak Islam atau sebaliknya.

JASANYA

Beliau adalah pemikir dan pengasas pertama Madrasah al-Hamidiah pada tahun 1916M di Limbong Kapal Kedah. Limbung Kapal terletak di Alor Setar dan tidak jauh dari Pejabat Agama Kedah ketika itu. Beliau melantik sahabatnya Haji Abdullah Fahim menjadi mudir madrasah tersebut. Madrasah al-Hamidiah ini lebih dikenali di Kedah dengan nama Sekolah Arab Limbung Kapal atau Madrasah Pak Wan Sulaiman. Ia merupakan tempat pendidikan Islam mengikut sistem persekolahan moden kedua terawal di Semenanjung Tanah Melayu, kerana yang paling awal ialah Madrasah al-Attas di Johor Bahru, 1914 Masihi.

Pada tahun 1930M, Syaikh Wan Sulaiman telah mewakafkan sebidang tanahnya bagi meluaskan Madrasah al-Hamidiah memandangkan perkembangan pembelajaran yang begitu pesat. Pelajarnya semakin bertambah yang datang bukan sahaja dari Kedah, tetapi juga dari luar negeri itu. Sekolah Arab Limbung Kapal akhirnya memenuhi tuntutan pendidikan sezaman pada ketika itu. Usaha Syaikh Wan Sulaiman mendapat sokongan dari guru-guru yang berwibawa dan sanggup mengajar di sekolah tersebut. Antara guru itu ialah Syaikh Abdullah Fahim dan Syaikh Ibrahim bin Yusof.

Setelah memperhatikan kemajuan pendidikan tersebut, Wan Sulaiman bersama Tengku Mahmud akhirnya memikirkan pula untuk menubuhkan sekolah menengah Islam. Walau bagaimanapun Wan Sulaiman tidak sempat melihat sekolah yang dicadangnya itu, kerana sekolah tersebut berfungsi setahun setelah beliau meninggal dunia. Sekolah itu ialah al-Ma'ahad Mahmud yang kemudian lebih dikenali dengan nama Maktab Mahmud di Simpang Kuala Alor Setar yang mulai bergerak pada 29 Rabiulawal 1355 Hijrah/16 Jun 1936 Masihi.

Maktab Mahmud termasuk di antara sekolah menengah Islam yang terkenal di Malaysia sampai sekarang. Ramai pelajar lepasan madrasah itu yang menjadi tokoh pelbagai bidang, bukan hanya dalam urusan Islam tetapi juga bidang-bidang lainnya. Ini merupakan jasa besar dan amal jariah Syaikh Wan Sulaiman.

KARYA-KARYANYA

Wan Sulaiman juga menghasilkan beberapa buah karangan, di antaranya ialah:

1.`Umdatul Aulad fi Bayani fi `Ibadatihim ila Rabbil `Ibad, diselesaikan pada 8 Muharam 1326 Hijrah di Kedah Darul Aman. Kandungannya merupakan pelajaran darjah pertama bicara ibadat. Cetakan Keriterian Press Limited, Pulau Pinang.

2. Nihayatul Mathlub fi Tashfiyatil Qulub, diselesaikan pada 30 Jamadilawal 1337 Hijrah di Kedah yang berbentuk manuskrip. Disalin oleh Muhammad Tahir al-Juhuri (Johor) 16 Syaaban 1376 Hijrah/Mac 1957 Masihi. Kandungannya merupakan pelajaran Thariqat Naqsyabandiyah.

3. Futuhat Qad-hiyah, diselesaikan pada 17 Rabiulawal 1343 Hijrah di Kampung Limbong Kapal, Kedah. Kandungannya membahas mengenai Thariqat Naqsyabandiyah-Mujaddidiyah Ahmadiyah. Cetakan kedua, oleh Haji Hasyim bin Abdullah, di Percetakan Siaran, Alor Setar.

4. Qashidah Menyanyi Lagu Abyari, diselesaikan pada 3 Muharam 1344 Hijtah/1925 Masihi di Kampung Limbong Kapal, Kedah. Kandungannya tentang akidah untuk kanak-kanak. Terdiri daripada 114 bait syair. Diceritakan bahawa ia disusun ketika dalam perjalanan menaiki kereta api ke Bangkok sewaktu mengiringi Tengku Mahmud. Cetakan The Kedah Goverment Press, tanpa disebutkan tahunnya.

5. Tanwirul Bashirah ..., diselesaikan pada 20 Rejab 1347 Hijrah/1928 Masihi. Dicatatkan pada halaman belakang oleh Al-Haji Wan Ismail Daud, Setiausaha Hal Ehwal Jabatan Agama Negeri Kedah, katanya, ``Di atas jasa-jasa baik al-Marhum asy-Syaikh Wan Sulaiman bin Wan Siddiq dan perjuangannya untuk menegakkan agama, bangsa dan nusa, janganlah hendaknya kita sebagai kata pepatah, ``Kacang lupakan kulit, hadiah Fatihah kepadanya.'' Cetakan Persama Press, Pulau Pinang.

6. Nazham Syair Bicara Sirah An-Nabawiyah dan Dualul Islamil Kubra Kerajaan Islam Yang Besar-Besar, diselesaikan pada 3 Muharam 1348 Hijrah/1929 Masihi. Kandungannya merupakan syair yang terdiri daripada 198 bait. Selanjutnya menceritakan kelahiran Nabi Muhammad s.a.w., sirah dan akhlak Nabi s.a.w. Disinggung juga mulai berdirinya Khalifah Usman bin Artoghrrol pada tahun 699 Hijrah hingga pemerintahan Sultan Abdul Hamid Tsani tahun 1293 Hijrah. Cetakan Kerajaan Kedah, tanpa tahun.

7. Mizanul `Uqala' wal Udaba', diselesaikan pada 16 Disember 1950 Hijrah. Kandungannya tentang pengertian syariat, thariqat, haqiqat dan ma'rifat. Cetakan keenam oleh Haji Hasyim bin Abdullah.

8. Mir’atul Qulub (1345H) setebal 11 halaman, mengenai qada dan qadar

9. Nur Saati’ wa Saif Qaati`(1345H) mengenai thariqat Naqsyabandi

10. Hawd al-Mawrud (1346H), huraian mengenai konsep martabat 7

11. an-Nata`ij al-Fakriyah (1349H) setebal 42 halaman. Kupasan mengenai kaum muda dan kaum tua

12. dan beberapa buah kitab lagi. Kesimpulannya bahawa keseluruhan karangan yang diketahui ada 17 judul, penulisan pertama tahun 1326H/1908M dan terakhir pada tahun 1350H/1931M.

KEWAFATANNYA

Syaikh Wan Sulaiman yang dilahirkan di Kampung Pulau Tengah, Mukim Padang Kerbau, Kota Setar pada tahun 1874, meninggal dunia di rumahnya pada usianya 61 tahun. Beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir pada petang Khamis, 2 Mei 1935 bersamaan 29 Muharam 1354. Jenazahnya dikebumikan di Makam Diraja Langgar dengan dihadiri lebih 10,000 orang ramai yang memberi penghormatan terakhir untuk beliau.

KETURUNANNYA

Daripada perkahwinan Wan Sulaiman dengan Wan Kalsum binti Wan Abdul Hamid memperoleh 11 orang anak. Di antaranya yang sempat berkahwin ialah: 1. Wan Noor berkahwin dengan Syed Muhammad Al-Jufri. 2. Wan Mardhiyah berkahwin dengan Datuk Hj. Wan Ibrahim bin Wan Soloh. 3. Wan Rahimah berkahwin dengan Ismail Kasim. 4. Wan Zakiyuddin berkahwin dengan Zainab binti Abdullah.

MURID-MURIDNYA

Antara murid-muridnya adalah:

* Haji Abu Yazid, Imam di Masjid Yan, Kedah dan merupakan khalifahnya.
* Dato Haji Wan Ibrahim bin Wan Soloh. Beliau ini juga merupakan menantu Syaikh Wan Sulaiman. Beliau ini juga merupakan ayahanda kepada seorang tokoh koperat Malaysia, Dato Wan Adli Ibrahim (meninggal dunia pada 26 April 1988)
* Tuan Guru Dato Haji Hussin bin Haji Saleh, Pondok Jalan Makam Diraja, Langgar, Alor Setar.[wafat pada 21 Julai 1997]
* Haji Mahmud bin Lebai Syafie, Imam dan juga Penghulu Kg Sanglang; dan ramai lagi.

Demikianlah sekelumit kisah seorang ulama yang berjasa. Peranannya dalam pendidikan, dakwah dan penulisan seharusnya menjadi contoh kepada generasi ulama sekarang. Lebih dari itu adalah kesholehan dan ketaqwaan mereka yang sepatutnya menjadi teladan kepada kita. Akhirkata, marilah kita hadiahkan al-Fatihah pada ulama besar ini. al-Fatihah.

Read More......