Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Template

Powered by Blogger


widget

.:: KEPIMPINAN ULAMA' ::.

Photobucket

.:: TV PR ::.


Photobucket

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:


.:: TENTANG DIRIKU ::.

Tadika Chung Hwa, Kota Bharu [ 1986 ]
SRJK (c) Chung Hwa, Kota Bharu [ 1987 - 1990 ]
Sek. Keb. Rambutan Rendang, Kota Bharu [ 1990 - 1993 ]
Maahad Muhammadi Lelaki, Kota Bharu [ 1994 - 1996 ]
SMA Sungai Merab Luar Sepang, Selangor [ 1997 -1998 ]
Darul Quran Wal Hadis, Pasir Pekan [ 1999 - 2001 ]
Maahad 'Ali Dirasat Islamiah Wal Arabiah, Perak [ 2002 ]
Universiti Al-Azhar Cawangan Tanta, Mesir [ 2003 - 2009 ]

Friday, August 29, 2008

:: Di Ambang Ramadhan ::


Read More......

Friday, August 22, 2008

Dikir Barat Budaya Negeri



Pendikir dan Tukang Karut Almarhum Seman Wau Bulan dan Almarhum Cikgu Naim

Perhatikan pada mesej dikir barat spontan mereka ini.

Suatu masa dahulu kerajaan negeri menghentikan aktiviti dikir barat tetapi setelah ada perubahan dalam mesej kepada pemikiran rakyat aktiviti kebudayaan yg amat diminati ramai ini kembali menjadi budaya masyarakat.

Read More......

Wednesday, August 20, 2008

Berhati-hati dalam menyebarkan sesuatu msj offline dalam yahoo mesengger

Setiap kali Ramadhan semakin menjelang, pastinya saya akan menerima mesej yang difowardkan melalui yahoo mesengger tentang sebuah hadis berkaitan doa Jibril dan diaminkan oleh Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam serta para Sahabat. Hadis tersebut berbunyi:

Malaikat jibril Menjelang Ramadhan “Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:

* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang

tuanya (jika masih ada);

* Tidak bermaafan terlebih dahulu antara suami istri;

* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.” Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak3 kali.

Saya sudah berusaha sedaya mampu saya mencarinya di dalam kitab-kitab hadis namun tidak saya temui. Malah kitab-kitab fiqh juga tidak membahaskan mengenai perlunya meminta maaf sebelum masuknya bulan Ramadhan bagi mengelakkan diabaikan puasa kita oleh Allah Subhana wa Ta’ala. Kebanyakkan yang menyebarkan hadis itu sendiri tidak sedar bahawa tidak semua hadis itu sahih (authentic) hanya sekiranya ia menyatakan “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda” atau “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam melakukan itu dan ini”.

Untuk lebih memahami hal berkaitan hadis dan larangan menyebarkan hadis yang tidak sahih atau diragui kesahihannya oleh penyebar, sila rujuk tulisan saya yang bertajuk Berdusta Ke Atas Rasulullah.

Saya tidak berani meletakkan darjat hadis tersebut (samada sahih, hasan, dhaif atau palsu) kerana biarlah mereka yang lebih alim dalam bidang hadis melakukannya. Cuma yang boleh saya katakan, saya (dan beberapa orang yang turut pernah menyemaknya) tidak menemui sebarang tanda yang boleh membawa kita menilai darjatnya. Sesiapa yang menyatakan ia sahih, sila kemukakan hujah dan bukti dan sampaikan pada saya agar saya boleh mendapat manfaat ilmu itu.

قُلْ هَاتُواْ بُرْهَانَكُمْ إِن كُنتُمْ صَادِقِينَ

Katakanlah: Tunjukkanlah bukti kebenaranmu jika kamu adalah orang yang benar.[al-Baqarah 2:111]

Adapun terdapat hadis yang mirip dengan hadis yang difowardkan itu. Hadisnya adalah seperti berikut. Daripada Jabir bin Abdullah radhiallahu’anhuma:

أن النبي صلى الله عليه وسلم رَقَى المِنبر فَلما رَقَى الدَّرجة الأُولى قال : ( آمِين ) ثُم رَقى الثَانية فَقال : ( آمِينَ ) ثُم رَقى الثَالثة فَقال : ( آمِينَ ) فقالوا : يا رسول الله سَمعنَاك تَقولُ : ( آمينَ ) ثَلاث مَرات ؟ قال : ( لَما رَقيتُ الدَّرجةَ الأُولى جَاءِني جِبريلُ صلى الله عليه وسلم فَقال : شَقي عَبدٌ أَدركَ رمضانَ فانسَلخَ مِنهُ ولَم يُغفَر لَه فَقلتُ : آمِينَ ، ثُم قَال شَقي عَبدٌ أَدرك والدَيهِ أَو أَحدَهُما فَلم يُدخِلاهُ الجنَّةَ . فَقلتُ : آمينَ . ثُم قَال شَقي عَبدٌ ذُكرتَ عِندهُ ولَم يُصلِ عَليك . فَقلتُ : آمينَ )

Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam naik ke atas mimbar kemudian berkata, “Amin, amin, amin”.

Para sahabat bertanya.”Kenapa engkau berkata amin, amin, amin, wahai Rasulullah?” Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

“Telah datang malaikat Jibril dan ia berkata : ‘Celaka seseorang yang masuk bulan Ramadhan tetapi keluar dari bulan Ramadhan tidak diampuni dosanya oleh Allah dan katakanlah amin!’, maka aku berkata : ‘Amin’.

Kemudian Jibril berkata lagi. ‘Celaka seseorang yang mendapatkan kedua orang tuanya atau salah seorang dari keduanya masih hidup tetapi itu tidak memasukkan dia ke syurga dan katakanlah amin!’ maka kukatakan, ‘Amin’ “.

Kemudian Jibril berkata lagi.’Hai Muhammad celaka seseorang yang jika disebut nama engkau namun dia tidak bershalawat kepadamu dan katakanlah amin!’ maka kukatakan, ‘Amin’.” [Dikeluarkan oleh Imam al-Bukhari di dalam Adab al-Mufrad dan dinilai Sahih Lighairihi oleh al-Albani di dalam Sahih Adab al-Mufrad – no: 644]

Ianya seakan-akan sama tetapi matan (isi kandungan) hadis tersebut nyata berbeza dan hadis ini sememangnya masyhur di dalam kitab-kitab yang membicarakan tentang Ramadhan. Namun kini nampaknya hadis yang tidak diketahui sahih ataupun tidak itu pula telah menjadi lebih terkenal. Saya menulis bukan untuk membahaskan darjat hadis tersebut di sini tetapi fokus saya adalah berharap agar pembaca dalam membetulkan sikap dalam berinteraksi dengan hadis terutama yang kita tidak tahu sumbernya.



SIKAP KITA VS SIKAP PARA SAHABAT BERINTERAKSI DENGAN HADIS

Para Sahabat sekalipun pernah hidup di zaman Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, mereka tidak mengamalkan sikap bermudah-mudahan dalam mennyampaikan hadis selepas kewafatan baginda. Mereka sangat teliti dan berhati-hati. Berbeza sekali dengan kita pada hari ini, dengar sahaja “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda” atau “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam melakukan itu dan ini” terus kita sebarkan siap berserta emoticon senyuman tanpa teliti dan berhati-hati. Mari kita lihat satu contoh sikap berhati-hati para Sahabat apabila berinteraksi dengan hadis Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam.

Daripada Abu Sa’id al-Khudri, dia berkata: Aku (Sa’id al-Khudri) sedang menghadiri majlis yang diadakan oleh kaum Ansar, kemudian Abu Musa datang mendekatiku, dia berkata:

Aku (Abu Musa) telah mengucapkan salam tiga kali di hadapan pintu rumah Umar namun tidak mendapati jawapan, lalu aku pun pulang, kemudian aku ditanya orang: “Mengapa engkau pulang?” Aku telah mengucapkan salam tiga kali namun tidak mendapati jawapan, oleh sebab itu aku harus pulang, sebagaimana sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam:

إذا استأذن أحدكم ثلاثاً فلم يؤذن له فليرجع

“Apabila kamu mengucapkan salam sebanyak tiga kali dan tidak mendapat jawapan maka hendaklah kamu pulang”

Abu Sa’id berkata: Demi Allah engkau telah mengeluarkan satu penjelasan, adakah diantara kamu sekalian yang pernah mendengarkan apa yang telah didengar oleh Abu Musa daripada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam? Lalu Ubay bin Ka’ab berkata: Demi Allah tidak ada yang turut mendengarnya melainkan orang yang lebih muda diantara kami dan aku adalah orangnya, aku bersamanya semasa itu dan aku juga telah mengkhabarkan kepada Umar bahawa bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda sedemikian. [Sahih al-Bukhari – no: 5891]

Para Sahabat takut menjadi orang yang banyak meriwayatkan hadis dikhuatiri mereka terjerumus ke dalam kesilapan dan kesalahan, hingga akhirnya membawa mereka untuk berdusta ke atas Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam, suatu perbuatan yang amat tercela dan mendapat ancaman yang sangat buruk daripada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam. [Manna’ Khalil al-Qathan, Mabahats Ulumul Hadis (Cara Mudah Memahami Ilmu-Ilmu Hadis), ms. 66]

Ancaman yang dimaksudkan itu adalah sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam:

من كذب علي متعمدا فليتبوأ مقعده من النار

Barang siapa yang berdusta atasku (yakni atas namaku) dengan sengaja, maka hendaklah ia mengambil tempat duduknya (yakni tempat tinggalnya) di neraka. [Sahih Muslim – no: 3]


BERDIAM DIRI LEBIH BAIK

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

كفى بالمرء كذبا أن يحدث بكل ما سمع

Cukup bagi seseorang itu sebagai pendusta dengan menceritakan apa sahaja yang dia dengar. [Sahih Muslim - hadis no: 5]

Sekiranya kita tidak pasti apabila menerima suatu hadis, kita ada tiga pilihan:

[1] Menyelidik dan menyemaknya bagi yang berkemampuan.

[2] Bertanya kepada yang lebih mengetahui terutama mengenai ilmu hadis .

[3] Berdiam diri daripada menyebarkannya sekiranya tidak mampu melakukan kedua-dua perkara diatas sehinggalah telah jelas hujah bahawa ianya sahih dan selamat disebarkan.

Contohilah sahabat yang begitu berhati-hati dalam meriwayatkan hadis kerana khuatir terjerumus dalam ancaman Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam.Ingatlah Firman Allah Subhana wa Ta’ala:

وَلاَ تَقْفُ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ إِنَّ السَّمْعَ وَالْبَصَرَ وَالْفُؤَادَ كُلُّ أُولـئِكَ كَانَ عَنْهُ مَسْؤُول

Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya. [al-Isra’ 17:36]

Read More......

Cat Hanya Lekat






*Entah akan sampai bila teknologi ini kat negara kita pun aku xtau

Read More......

Tuesday, August 19, 2008

Menyambut Ramadhan


Read this document on Scribd: Menyambut Ramadhan

Read More......

Marhaban Yaa Ramadhan





Read this document on Scribd: Marhaban Yaa Ramadhan

Read More......

Sunday, August 17, 2008

KALAU BERKHILAF SESAMA AHLI JAMAAH

Oleh : Ust. Nasruddin Hasan Tantawi

Sahabat-sahabat yang dikasihi.


MANUSIA ADA RUANG BUAT SALAH DAN SILAP

Kita semua adalah manusia. Manusia ada peluang buat salah dan silap. Gigi dan lidah lagilah tergigit, inikan pula kita dalam sebuah jamaah yang besar. Ahlinya daripada seorang ulamak sehingga kepada seorang jahil.......syarat utama keahliannya ialah Islam. Kalau kafir tak boleh.

Bila jamaah besar, ahlinya pelbagai tahap pemikiran, kerenah dan kedudukan, aktivitinya banyak MAKA pertelagahan mungkin berlaku DAN hampir mustahil tak berlaku perbalahan dan seumpamanya. Sebuah keluarga yang terdiri daripada ibu ayah dan beberapa orang anak boleh tercetus perbalahan, apatah lagi kita jamaah yang ratusan ribu ahlinya.

APA YANG KITA NAK PELIHARA DAN PUPUK?

Oleh itu semua kita samada AHLI dan PEMIMPIN hendaklah sedaya upaya menjaga sebaik-baiknya ..........

1. Ikatan Jamaah
2. Ikatan Iman dan
3. Ikatan Ukhuwwah.

Jagalah ianya lebih daripada menjaga keluarga sendiri. Sentiasalah meletakkan kepentingan jamaah mengatasi kepentingan peribadi. Jauhkan diri dari virus-virus dan kuman-kuman yang merosak dan menjahanamkan jamaah sekaligus membahayakan diri kita sendiri selaku individu dalam jamaah. Sentiasalah mengingati pesanan ALlah dalam surah al-Hujurat yang bermaksud

"Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada ALLAH supaya kamu beroleh rahmat

(Al-Hujurat : 10).

APA SIFAT DAN SIFAT YANG WAJIB ADA DALAM MENJAGA KEUTUHAN JAMAAH DAN UKHUWWAH?

1. Tabayyun bererti mencari kejelasan dan kesohihan maklumat yang diterima.

Jangan mudah menerima berita tanpa ditapis dan diselidiki kesohihannya. Suratkhabar, blog, tv, radio, sms adalah ibarat tong sampah.....jangan main hentam aje. Paling tidak, letakkan status benda-benda tadi adalah "fasiq".

"Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasiq membawa berita maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu."

(al-hujurat:6)

2. ’Adamus Sukhriyyah ertinya tidak memperolok-olokkan.

Janganlah kita merasakan kita sahaja yang pandai, banyak sumbangan dan berkorban; orang lain baru sahaja berada di medan dakwah dan jihad......aku dah lama berjuang. Suka sangat syaitan mendengarnya. Al-Quran mengajar kita,

"Wahai orang-orang yang beriman janganlah satu kaum memperolok-olokkan kaum yang lain (kerana) boleh jadi mereka (yang diperolok-olokkan) lebih baik dari mereka (yang memperolok-olokkan) ."

(al-Hujurat:11).

3. 'Adamul Lamz iaitu tidak mencela orang lain.

Surah Hujurat menjelaskan sikap yang patut diambil oleh mukmin mujahid;"Dan janganlah kamu mencela diri sendiri'"

Hujurat:ayat 11.

Mencela sesama muslim mukmin mujahid dalam ayat ini dianggap mencela diri sendiri, sebab pada hakikatnya kaum muslimin dianggap satu kesatuan. Apalagi jika celaan itu adalah masalah status dan standard kebendaan. Allah sendiri menyuruh Rasul dan orang-orang yang mengikutinya untuk bersabar atas segala kekurangan orang-orang mukmin.

Kita mesti sedar kalau kita memperlekehkan pimpinan bermakna kita memperlekehkan diri kita sendiri. Kalau kita mendedahkan keaiban jamaah bererti kita mendedahkan keaiban diri sendiri. Barang diingat bahawa media bukan medan tempat penyelesaian masalah jamaah.

4. Tarku at-Tanabuz yakni meninggalkan panggilan dengan sebutan-sebutan yang tidak baik terhadap sesama mukmin.

"Dan janganlah kamu saling memanggil dengan sebutan-sebutan (yang buruk).

al-Hujurat"

Janganlah memanggil atau menggelarkan sahabat sendiri dengan sebutan yang tidak baik. "Tengoklah ustaz gila tu!" "Wow hebat ustaz bingung tu" "Aku rasa kalau pemimpin umnowi, kita tendang aje".....macam-macam kita dengar di cuping telinga.

Tanabuz dalam bentuk yang paling parah adalah berupa pengkafiran terhadap orang yang beriman.

Sucikan hati mu. Janganlah kebencian, permusuhan kamu terhadap seseorang sekalipun musuhmu menyebabkan kamu tidak berlaku adil. Jangan diikut perasaan marah(ghadab).

5. Ijtinab Kathirun min az-zon iaitu menjauhi kebanyakan prasangka.

"Wahai orang-orang yang beriman jauhilah kebanyakan dari prasangka, karena sebagian prasangka itu dosa.

AL-HUJURAT: 8"

Pada dasarnya seorang muslim harus berbaik sangka terhadap sesamanya, kecuali jika ada bukti yang jelas tentang kesalahan tersebut. Dan sebaliknya, kepada orang kafir dan musuh Islam, kaum muslimin harus menaruh curiga bila mereka bermanis budi. Dalam sejarah perjuangan terlalu banyak berlaku perkara yang tidak diingini akibat sifat Su' Zon(buruk sangka). Lebih-lebih lagi apabila musuh pandai mencampak isu.

Lihat surah an-Nur ayat 11 hingga 16.

Peristiwa yang menimpa Umm al-Mukminin 'Aisyah binti Abu Bakar yang difitnahkan "berbuat jahat" dengan Safwan sahabat Nabi saw. Bayangkan kalau zaman Jamaah Islam di bawah pimpinan RasuluLlah saw boleh berlaku......bagaimana di zaman kita ini.

Oleh sebab itu dua sikap yang mesti ada kepada ahli dan pimpinan Islam ketika DALAM MENGHADAPI ISU DAN PROVOKASI MUSUH ialah:

i. MENGUTAMAKAN HUSNU-ZAN (BERSANGKA BAIK). Salah satu sikap(mawaqif) yang harus kita miliki di dalam mengembangkan AMANAH DAN JIHAD MENEGAKKAN SYARIAT ALlah di bumi ini. BERHUSNUZAN(baik sangka) kepada saudara sejamaah walaupun siapapun dia atau dari kelompok manapun.

ii. MENGUTAMAKAN JAMAAH DAN PERPADUAN.

6. ’Adamu at-Tajassus adalah tidak mencari-cari kesalahan dan aurat orang lain.

Perbuatan ini amat dicela Islam. Setiap cara da'wah ada metodenya masing-masing, yang berusaha semaksima mungkin mendekati cara berda'wah Rasulullah SAW. Allah SWT amat suka bila kita berusaha menutup aib saudara kita sendiri. Kalau cari salah orang, memang jumpa. Salah sendiri walaupun "bapak besar" tak nampak.

7. Ijtinab al-Ghibah iaitu jauhi mengumpat.

Abul Laits Assamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Hurairah r.a. berkata Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Tahukah kamu apakah ghibah?"

Jawab sahabat: "Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. yang lebih mengetahui." "Ghibah itu jika kau menyebut (membicarakan) hal keadaan saudaramu yang ia tidak suka hal itu disebut atau dibicarakan kepada orang lain, maka itu bererti ghibah padanya." Jawab Rasulullah s.a.w.

Lalu ditanya: "Bagaimana kalau saudaraku betul begitu?" "Jika yang kau sebut itu benar ada padanya. maka itu ghibah tetapi jika tidak betul maka itu buhtan (membuat-buat kepalsuan, pendustaan untuk menjelekkan nama orang)."

jawab Rasulullah s.a.w.

Menyebut: "Baju orang itu pendek atau panjang." itu bererti ghibah.

Abul Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Ibn Abi Najih berkata: "Ada seorang wanita pendek datang kerumah Nabi Muhammad s.a.w. dan ketika telah keluar, Siti Aisyah r.a. berkata: "Alangkah pendeknya orang itu." Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Engkau ghibah." Aisyah r.a. berkata: "Saya tidak menyebut kecuali yang sebenarnya ada padanya." Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Engkau telah menyebut yang paling jelek padanya."

Khulasahnya kita wajib menjaga kesatuan dan perpaduan jamaah dan memelihara ukhuwwah/persaudaraan. BUKTIKAN anda benar-benar mukmin dan ikhlas dalam perjuangan dengan melakukan A, B dan C terhadap sahabat yang bertelagah dengan anda.

A = Memaafkan kesalahan sahabat kita tu.
B = Berdoa kepada ALLAH agar dosanya diampunkan.
C = Doa dan harapkan sahabat itu dalam kebaikan terutamanya dalam doa rabitah
(bayangkan mukanya waktu berdoa).

Saya yakin, kita mampu melakukannya walaupun tidak mudah. Ayuh kita cari keredhaan ALlah walaupun dalam kemarahan manusia.

Artikel dari : Blog Ust. Nasruddin Hassan Tantawi

Read More......

Friday, August 15, 2008

Buku Berjodol: "Semua Hindu Bangunlah"

"(Saya terima artikel ini melalui e-mail). "Buku ini telah diterbitkan di pasaran buku London selama 5 hari sebelum ditarik balik kerana dikhuatiri akan menyebabkan serangan dan diskriminasi terhadap orang Hindu di dunia Arab. Sumber maklumat ini adalah daripada U.A.E. Penerbitan Siaran Sharjah disampaikan oleh Ra'ad dan program bernama "Penulisan Luar". Book Title : "All Hindus Wake up" (Buku Berjudul : "Semua Hindu Bangunlah"). Subheading : "The protocols for Hindu leaders" (Tajuk kecil : "Protokol untuk Ketua Hindu". The Author : Dr.R. Singh (Pengarang : Dr. R. Singh)

These are 13 of the protocols mentioned (Ini adalah kesemua 13 protokol yang diketengahkan):

1. Hindus must consider the state of Israel as its most friendly ally due to its negative at! titude towards muslims. (1. Orang Hindu mesti anggap bahawa Israel adalah sekutu terbaik memandangkan sikapnya yang negatif terhadap orang Islam).

2. Spread Sinful acts and values within muslim communities. (2. sebarkan kemungkaran dan nilai-nilai buruk dikalangan orang muslim).

3. Hindu temples must be built in all places possible! and to be visited every day. Also the statue of "Ram" (their god name) to be placed in the work place. (3. Kuil Hindu mestilah didirikan di semua tempat dan mestilah diziarahi setiap hari. Dan berhala "Ram" mestilah ditempatkan di tempat kerja).

4. Regular meetings are to be held to plan ways in working against Islam. (4. Mesyuarat mestilah sering diadakan untuk merangka plan menentang Islam)

5. Distribution of drugs and prostitution to be carried out within muslim countries and communities. (5. Edarkan dadah dan pelacur dikalangan negara Islam dan komunitinya).

6. Sexual relationships with muslim women is encouraged to ensure the production of Hindu babies within muslim communities. (6. Jalinkan hubungan seksual dengan wanita Islam untuk pastikan anak2 Hindu dilahirkan dikalangan mereka).

7. If you are a pharmacist or doctor, try at all costs to enduce congenital ! defects in the foetus. (7. Jika anda seorang doktor atau ahli farmasi, cuba sebaiknya untuk mencacatkan janin).

8. If you are a nurse or doctor, whisper "Ohm" into the new-born's ear. (like azan) (8. Jika anda sorang doktor bidan, bisikkan "Ohm" ke telinga anak yang baru lahir (sepertimana azan orang Islam)

9. Try to spoil or damage goods in muslim shops if you are employed by them. (9. Cuba rosakkan barang jualan dalam kedai orang Islam sekiranya anda bekerja di kedai mereka).

10. Become their friends, gain their trust and stab them in the back. (10. Jadilah sahabat mereka, dapatkan kepercayaan dan kemudian tikam belakang mereka).


11. Turn others against them. (11. Jadikan orang lain memusuhi Islam).

12. If you work in their homes, try to influence their children or wives way of thinking. (12. Jika anda bekerja di rumah mereka, cuba pengaruhi cara anak2 dan isteri mereka berfikir).

13. Wear a black string around your wrist. (13. Pakailah tali hitam di pergelangan tangan anda).

Perkara ini telah berlaku di Perak,ini lah kerisauan yang dialami oleh Mufti Perak...

May you please send this to as many Muslims as you can, it is your duty as a muslim. (TOLONG SEBARKAN KEPADA SERAMAI MUNGKIN ORANG ISLAM).

BERGETAR JANTUNG KU, MENYIRAP DARAH KU,
TIDAK KU TAKUT MAHU PUN GENTAR,
KERANA AGAMA DAN BANGSA YANG TERCINTA,
AKAN KU TENTANG HINGGA KE TITISAN DARAH YANG TERAKHIR...
ALLAH HU AKBAR...ALLAH HU AKBAR..ALLAH HU AKHBAR"

Di forwardkan oleh Tarabulsi. dari - Tranungkite.net

Read More......

Monday, August 11, 2008

.::. Ahlan Ya Ramadhan .::.

Ahlan-Ahlan ya Ramadhan al - Mubarak Sesungguhnya kami amat merinduimu...!!!






Read More......

Sunday, August 10, 2008

PESAKIT BUAH PINGGANG KURANGKAN ULAM

Dengan hanya membaca tajuk artikel yang dimuatkan pada beberapa akhbar tempatan contohnya Sinar Harian bertarikh 27hb Julai 2008 yang lalu, kita akan terus menghukum "ulam bahaya, mesti dijauhi". Sebenarnya memakan ulam yang berlebihan hanya berbahaya kepada pesakit yang menghidap masalah kegagalan buah pinggang (ginjal) sahaja dan mungkin mendapat rawatan dialisis sebanyak tiga kali seminggu.

Kandungan mineral bernama kalium yang tinggi terdapat dalam ulam boleh memudaratkan jantung bagi pesakit di atas dek kerana jumlah kalium dalam darah terlampau tinggi lantaran kegagalan fungsi ginjal mengnyahkan lebihan kalium (hiperkalemia). Bahaya hiperkalemia ialah kepada jantung (jantung terhenti). Keadaan ini berlaku jika kalium melebihi 7.0 mmol/l (julat normal 3.5-5.5)

Bagi orang awam yang sihat seperti saudara saudari, pengambilan ulam adalah sangat-sangat digalakkan disebabkan khasiat yang terdapat pada ulam. Selain bertindak sebagai pembekal asid folate bagi tujuan pembinaan sel darah merah, ulam mengandungi anti-oksidant yang dapat mencegah penyakit-penyakit yang berpunca dari lebihan radikal bebas seperti kanser dan lain-lain.

Ulam juga amat digalakkan kepada pesakit yang menghidap hipertensi atau penyakit tekanan darah tinggi kerana kalium yang wujud dalam ulam dapat mengurangkan tekanan darah. Juga pesakit hipertensi yang menggunakan ubat jenis diuretik seperti lasix (sila rujuk doktor anda) adalah disarankan mengambil makanan yang kaya dengan kalium seperti pisang dan ulam.

Akhir sekali, ulam bertindak sebagai serabut atau pelawas mudah buang air besar. Bagi ibu hamil pengambilan ulam adalah sastu amalan pemakanan yang sangat baik bagi mencegah kurang darah merah (anemia) dan buasir (akibat sembelit).

Galakkan dan biasakan anak-anak kita mengambil sayur-sayuran hijau terutamanya jenis ulam. Ini kerana ramai kanak-kanak tidak gemar makan sayur kerana mungkin tidak mendapat "model" atau suri teladan dari ibu bapa.



Contoh ulam yang masyhur di negara kita

Petai

Dalam tiap-tiap 100 gram (g) bahagian yang boleh dimakan mengandungi: air 70 g, protein 10 g, lemak 1.8 g, karbohidrat 16.9 g, kalsium 126 miligram (mg), fosforus 3 mg, ferum 3.4 mg, natrium 11 mg, kalium 376 mg, vitamin B1 0.15 mg, vitamin B 2 0.2 mg, niasin 0.5 mg dan vitamin C 32.7 mg

Jering
Jering mengandungi khasiat makanan sederhana. Dalam tiap-tiap 100 gram (g) bahagian buah muda mengandungi: air 93 g, protein 3.5 g, karbohidrat 1.7 g, lemak 0.1 g, kalsium 21 miligram (mg), fosforus 25 mg, ferum 0.7 mg, vitamin B1 0.1 mg, vitamin C 12 mg


Pegaga

link Artikel : YB Dr Halimah Ali

Read More......

Saturday, August 9, 2008

Dr Mustafa Sibai'e

Namanya mungkin tidak semasyhur Imam Hassan al-Banna atau Syed Qutb, namun bagi yang mengenali tokoh ini dan membaca sejarah hidup beliau, pasti tidak ragu-ragu untuk membariskan namanya bersama tokoh gerakan Islam yang lain.

Beliau dilahirkan pada tahun 1915M di bandar Hims, Syria dan dibesarkan dalam sebuah keluarga yang mulia dan beragama. Keturunannya turun-temurun mewarisi jawatan imam dan khatib di Masjid Besar Hims. Bapanya, Syeikh Hussaini adalah tokoh agama yang disegani. Pernah terlibat dalam gerakan bersenjata menentang penjajahan Perancis. Beliau juga terkenal dengan kerja-kerja amal kemasyarakatan melalui badan-badan yang ditubuhkannya.

Syeikh Mustafa sejak kecil lagi telah meng-hafal al-Qur’an dan mempelajari asas-asas ilmu agama dari bapanya sendiri. Setelah tamat sekolah rendah dengan cemerlang, beliau dimasukkan ke Ma’ahad Sya’ie di Hims pada tahun 1930. Ketika itu, beliau telah menunjukkan minat dalam medan dakwah. Beliau telah menubuhkan Ikatan Agama Hims, Pemuda Muhammad s.a.w. dan sewaktu di Damsyik, beliau menubuhkan Pemuda Islam Damsyik. Sebelum mencapai umur 18 tahun, beliau telah diberi kepercayaan untuk berkhutbah menggantikan tempat bapanya.

Ketika itu, usahanya tertumpu kepada menentang Penjajah Perancis. Beliau menubuhkan satu gerakan bawah tanah untuk menentang sekolah- sekolah Kristianisasi yang ditaja oleh penjajah.
Beliau menulis dan menyediakan maqalah-maqalah bertujuan untuk menimbulkan kesedaran rakyat supaya menolak penjajah dan membongkar niat buruk mereka melalui penubuhan sekolah tersebut. Tidak cukup dengan itu, beliau bertindak berani membuat perhimpunan rakyat, berpidato di atas pentas dan seterusnya memimpin demostrasi menentang penjajah. Akibatnya, beliau dipenjara pada tahun 1931, kejadian ini berulang lagi pada tahun 1932 dan sekali lagi beliau ditangkap.

Setelah dibebaskan, beliau melanjutkan pelajaran di Universiti al-Azhar, Kaherah pada tahun 1933 dalam bidang Syariah, kemudian Usuluddin. Kesempatan berada di Kaherah tidak diambil untuk berehat, semangat juangnya tetap berkobar. Di sini beliau berkenalan dengan as-Syahid Hassan al-Banna dan gerakan Ikhwan Muslimin. Dr. Mustafa menjadi pendakwah Ikhwan yang aktif sama ada di kampus atau di kampung pedalaman. Bencinya kepada penjajah tidak pernah hilang. Kali ini di Mesir dan penjajahnya British.

Beliau memimpin demostrasi pelajar dan ditangkap lagi pada tahun 1934. Pada tahun 1940, beliau dipenjara lagi. Kali ini dengan tuduhan menubuh gerakan bawah tanah dan menyokong pemberontakan Rashid al-Qhoilani menentang British. Beliau ditahan selama 2 bulan di Kaherah dan 4 bulan di Palestin. Walaupun aktif berjuang, pelajarannya tidak diabaikan. Beliau telah berjaya menamatkan Ijazah Sarjana Syariah dan Usuluddin dengan cemerlang.

Pada tahun 1941, beliau pulang ke Syria dan kepulangannya menakutkan Penjajah Perancis. Beliau dipenjara lagi di Hims dan Beirut selama dua tahun setengah dan dikenakan bermacam-macam jenis deraan dan seksaan. Namun ini tidak mematahkan semangatnya. Setelah dibebaskan pada tahun 1943, beliau masih mampu membuat perhimpunan raksasa dan menyampaikan pidato nya yang berapi-api, walaupun undang-undang darurat dikenakan.

Kali ini isu Palestin yang diceroboh Yahudi. Kemarahan memuncak pada tahun 1948 apabila PBB dengan rasminya memecahkan Palestin kepada Yahudi dan Arab. Dr. Mustafa bangkit mengelilingi Syria berpidato mengajak pemuda Syria keluar berjihad menentang Yahudi. Kumpulan pemuda terpilih berjaya dikumpulkan di bawah bendera Ikhwan Muslimin Syria yang ditubuhkan pada 1945. Beliau sendiri yang mengepalai angkatan ini bergabung dengan kumpulan Arab yang lain. Gerakan ini boleh mencapai kemenangan kalau tidak ada pakatan jahat bersama antara Yahudi dan kepimpinan tentera Arab yang berakhir dengan arahan supaya berundur. Dr.Mustafa as-Sibaie cukup marah dan pulang berpidato menjelaskan kepada rakyat Syria tentang pakatan jahat itu.

Pada tahun 1949, dalam kesibukan berjihad dan berjemaah, beliau berjaya menyiapkan tesis Ph.D bertajuk ‘As-Sunnah dan Kedudukannya Dalam Perundangan Islam’. Satu tesis yang cukup
bermutu membela Islam di medan Sunnah dan me-nolak hujah-hujah orientalis yang mengelirukan.

Lajnah Ulama’ Besar bersepakat menganugerah pangkat Imtiyaz. Beliau pulang ke Syria pada tahun 1950 dan menjawat jawatan Pensyarah di Fakulti Undang-undang di Universiti Damsyik. Dr. Mustafa menjalankan perkhidmatannya dengan cemerlang. Berkat kegigihannya, pada tahun 1955 beliau berjaya menubuhkan Fakulti Syariah dan dilantik menjadi Dekan pertama.

Antara usaha pertamanya ialah mewujudkan Ensiklopedia Fiqh Islam yang menjadi rujukan utama kepada alim ulama’ masa kini di samping pembaharuan-pembaharuan lain, bertujuan melahirkan pelajar Islam yang bermutu dari sudut akademik dan dakwah. Beliau juga berpeluang menziarahi Turki, Itali, Britain, Ireland, Belgium, Poland, German, Swiszerland, Perancis, Rusia dan lain-lain dalam rangka lawatan mengkaji sistem pengajian Islam di negara-negara tersebut. Beliau mengambil peluang ini untuk memperbetulkan cara pemikiran pada orientalis.

Dalam bidang politik, Dr. Mustafa as-Siba’ie merupakan ahli Parlimen Damsyik (1949-1954) yang banyak bersuara menyampaikan hasrat rakyat dan membuat cadangan-cadangan yang membina. Dalam aspek kewartawanan, beliau berjaya melancarkan akhbar as-Syihab pada tahun 1955 setelah diberi kebebasan bersuara di Syria. Pada tahun yang sama, majalah al-Muslimun dikeluarkan di Mesir, tetapi diharamkan. Beliau mengambil alih untuk mencetak dan mengedarkannya di Syria. Pada tahun 1958, majalah al-Muslimun ditukar namanya kepada Hadharah Islam.

Setelah pulang dari Soviet Union, pada tahun 1957, dalam rangka lawatan sebagai Dekan Fakulti Syariah di Universiti Damsyik, beliau diserang sakit teruk sehingga melumpuhkan separuh tubuhnya. Beliau terpaksa berehat dan mengurangkan kegiatannya. Namun beliau tetap menyampaikan ceramah-ceramahnya kepada pelajar-pelajar Kuliah Syariah di Dewan Perdana.

Setelah tujuh tahun mengalami sakit teruk, akhirnya beliau menghembuskan nafasnya terakhir pada tanggal 3 Oktober 1964. Antara khazanah ilmu yang ditinggalkan ialah As-Sirah an-Nubuwwah Durus wa ‘Ibar, Al-Istishraq wal Mustasyriqun, Al-Mar’ah Baina al-Fiqh wal-Qanun dan banyak lagi.

Semoga Allah mencucurkan rahmat danmaghfirah ke atas roh beliau dan menempatkannya bersama Para nabi, Siddiqin, Syuhada’ dan Solehin.

Read More......

Friday, August 8, 2008

Kontinjen Yahudi Di Olimpik Beijing 2008



Sebentar tadi ketika menonton upacara pembukaan sukan olimpik Beijing 2008 yang dijadualkan berlangsung pada 8-24 Ogos ini, saya telah dikejutkan dengan penyertaan negara HARAM ISRAEL LaknatuLLAH yang ikut menyertai perarakan masuk kontinjen negara-negara peserta dari seluruh dunia termasuk penyertaan dari negara-negara umat Islam.

Ini merupakan julung-julung kali negara HARAM tersebut menghantar kontijennya sejak sekian lama ‘digantung’.



Pembukaan temasya sukan yang boleh dianggap paling berprestij dan terbesar di dunia ini telah tercemar dengan penerimaan dan penyertaan negara pengganas no. 1 dunia itu.

Anehnya negara-negara Islam yang menyertai temasya ini termasuk Malaysia yang merupakan bekas pengerusi OIC tidak mengambil sebarang tindakan atau membuat sebarang bantahan.

Membenarkan Negara Haram Yahudi tersebut bererti kita mengiktiraf kewujudan negara haram tersebut dan secara langsung menyokong kekejaman dan kezaliman yang telah mereka lakukan ke atas umat Islam Palestin dan terhadap lebih 6.5 juta pelarian perang yang telah menderita selama lebih 50 tahun.



Apa yang menimbulkan rasa tidak puashati, semasa perarakan kontinjen negara haram tersebut memasuki stadium, jurukamera menfokuskan gambar Presiden Israel Shimon Peres seolah-olah ‘penyembelih’ umat islam Palestin itu merupakan tokoh penting yang dihormati dunia.

Objektif penganjuran sukan olimpik adalah bermatlamatkan keamanan dan penyatuan sejagat. Kenapakah negara haram ini dibenarkan menyertai sedangkan mereka masih terus-menerus melakukan keganasan di Palestin dan menyalahi puluhan resolusi PBB ?

Di manakah sensitiviti negara-negara Islam yang sepatutnya membatalkan penyertaan ataupun memboikot sebagai menyatakan bantahan terhadap penyertaan Negara HARAM laknatuLLAH tersebut. Ini amat bercanggah dengan objektif asal penganjuran temasya sukan tersebut dan hak-hak asasi kemanusiaan.




Adalah dipercayai penyertaan Negara Haram tersebut hasil usaha sekutu rapatnya Amerika Syarikat untuk memastikan penerimaan negara-negara dunia terhadap kewujudan Negara Israel secara sah.

Al Qur’an sendiri telah menyingkap sikap umat Yahudi ini yang merupakan musuh utama umat Islam sebagaimana Firman Allah SWT di dalam surah Al - Baqarah ayat 120 yang bermaksud :-

"Golongan Yahudi dan Nasrani tidak akan sekali-kali redha dengan Islam sehinggalah kita semua ( umat Islam) mengikut jejak langkah ( agama/cara hidup) mereka..."

Jelaslah di sini bahawa mereka semua ini sangat memusuhi Islam dan umatnya. Mereka sebenarnya tidak pernah peduli dengan hak-hak kemanusiaan dan keadilan sejagat yang kononnya mereka perjuangkan.

Oleh itu menjadi tanggungjawab kita untuk berjuang habis-habisan menentang perancangan jahat mereka. Bagi saya, kehadiran dan penyertaan negara-negara Islam termasuk Malaysia ke dalam temasya Sukan Olimpik Beijing kali ini adalah tidak sepatutnya berlaku dan amat dikesalkan.

Penganjuran temasya Sukan Olimpik kali ini telah mendapat tentangan hebat dari umat Islam di China yang berjumlah lebih 50 juta orang. Mengikut sumber berita, pihak keselamatan China meningkatkan tahap kawalan keselamatan sepanjang sukan ini berlangsung dan ketegangan dijangka akan meningkat di wilayah Xinjiang yang mempunyai penduduk majoriti umat Islam di Negara republik tersebut. (klik di sini)

Akhirnya, marilah kita sama-sama mempersiapkan kekuatan semaksimun mungkin untuk menghadapi musuh-musuh Allah, yang kini berlegar-legar di hadapan kita dan tanpa kita sedari telah menjadi rakan kongsi kita baik dari sudut politik, ekonomi, sosial, kebudayaan dan sukan.

Mereka sentiasa berusaha membuat perancangan jahat untuk memadamkan cahaya Islam di muka bumi ini. Firman Allah SWT yang bermaksud:

“mereka cuba hendak memadamkan cahaya Allah dengan mulut mereka, sedangkan Allah hendak menyempurnakan cahayanya walaupun dibenci golongan musyrikun”

Semoga artikel ringkas ini semua mendapat perhatian dan membangkitkan kesedaran kepada kita semua sebagai pejuang-pejuang agama Allah yang mulia ini..

Bersama selamatkan Al-Aqsa...!!!
Takbir...!!!

Read More......

Thursday, August 7, 2008

MAHASISWA KE PERMATANG PAUH PERJELAS ISU NEGARA

Read More......

DSAI Mengaku Tidak Bersalah..!!


Read More......

RFC ( Radix Fried Chicken ) Alternatif kepada KFC, McD dan Pizza Hut


Selain daripada KFC kini muncul pula RFC yang memberikan pilihan yang sangat menarik pada massa.Restoran yang dimiliki oleh HPA merupakan tonggak kebangkitan produk halal yang disokong oleh 400,000 orang ahli-ahlinya.Sesuatu yang menarik ialah sumber bekalan ayamnya di ambil daripada HPA farm yang telah bertungkus lumus menghasilkan ayam halal dipasaran.Bermula daripada penyediaan makanan ayam yang halal,bebas dari penggunaan antibiotik,bebas dari penggunaan beta agonist(enzim penggemuk dari babi) dan sembelihan yang terjaga hukum hakamnya sampailah kita menyediakan makanan yang siap dimakan.

RFC menggunakan radix cola sendiri menggantikan coca-cola dan rempahan yang digunakan untuk menghasilkan ayam RFC juga diproses dengan resepi tersendiri.Chili sos,tomato sos dan Thai Sos juga dihasilkan di kilang HPA yang terletak di Jejawi Sematang Perlis.

Apa yang menarik ialah ahli-ahli yang makan di RFC akan diberi nilai mata (NM) sesuai dengan peniagaan MLM HPA.Manakala restoran RFC pula akan di "franchise" kepada ahli-ahli HPA yang berminat menerusi 2 pakej iaitu:

1. pakej pertama : RM 1 juta

2. Pakej kedua : RM 500 ribu.

Menjelang tahun 2010 RFC berhasrat mempunyai 20 rangkaiannya diseluruh malaysia.InsyaAllah.

Mereka yang berminat boleh hubungi 0135309717 (Hj Fisal)untuk pertanyaan lanjut.

TK kepada semua ahli HPA.

link : klik di sini





Read More......

Wednesday, August 6, 2008

UPACARA HARI PAHALAWAN DI TUGU PERINGATAN


Baru-baru ini, bising tentang tindakan Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi meletak kalungan bunga di tugu negara sempena sambutan Hari Pahlawan. Tindakan beliau telah membelakangkan fatwa dari beberapa orang mufti tentang haramnya meletakkan bunga dan bertafakur di hadapan tugu negara.

"Amalan seperti tiupan “Last Post” , bertafakur dengan menundukan kepala,meletakkan kalungan bunga , bacaan sajak , nyanyian dan tiupan “Rouse” yang dilakukan di hadapan tugu dalam upacara menyambut Hari Pahlawan adalah bercanggah dengan Islam dan boleh membawa kepada syirik."

Berikut adalah fatwa-fatwa yang di keluarkan :

FATWA TENTANG UPACARA HARI PAHLAWAN NEGERI SELANGOR

“Meletakkan kalungan bunga di Tugu Peringatan sempena upacara sambutan Hari Pahlawan dan upacara-upacara lain adalah haram dan hendaklah ditinggalkan.”

FATWA NEGERI PAHANG TENTANG MELETAKKAN KALUNGAN BUNGA DI TUGU PERINGATAN


"bahawa haram tiupan dan bertafakur dengan menundukan kepala kepala selama 20 saat dengan meletakan kalung bunga ditugu, bacaan sajak yang boleh menimbulkkan semangat kepahlawanan adalah diharuskan, tetapi dengan syarat tidak dilakukan dihadapan tugu, atau di dalam suasana yang dilarang oleh syarak kerana semua ini adalah upacara agama juga."

Pandangan mufti Perlis tentang upacara ini :

Saya membantah upacara tafakur dan menghormati Tugu Negara. Upacara itu tidak boleh untuk dilakukan oleh seorang muslim yang berpegang kepada akidah tauhid yang sebenar. Walaupun mungkin niatnya baik untuk mengenang para pahlawan kita, namun itu bukan caranya. Upacara itu mempunyai unsur keberhalaan yang jelas. Ia bertentangan dengan prinsip akidah Islam yang bersih dari unsur kesyirikan.

Apa lagi hendak disifatkan satu upacara yang bertafakur, memberikan tabik hormat dan menyembahkan kalungan bunga jika tidak menyamai unsur keberhalaan. Tidakkah ini yang dilakukan dalam upacara agama-agama berhala? Jika pelaku upacara ini menyatakan dia tidak mempunyai sebarang iktikad atau niat bahawa tugu itu dapat memberikan manfaat atau mudarat melainkan sekadar upacara kosong semata, bererti pelakunya itu telah melakukan kerja yang sia-sia lagi bodoh. Juga ia tetap haram di sisi syarak kerana menyamai aktiviti agama penganut kesyirikan.

Jika pelaku upacara tersebut beranggapan perbuatan tersebut boleh mendatangkan keamanan dan ketenteraman kepada negara, atau kebahagiaan kepada ruh para pahlawan, maka keyakinan dan pelakuan itu membawa kesyirikan yang jelas. Lupakah kita apa yang Nabi Ibrahim a.s tegur kaumnya? Firman Allah: (maksudnya) Dan demi sesungguhnya, Kami telah memberikan kepada Ibrahim sebelum itu jalan yang benar (dalam bertauhid), dan Kami mengetahui akan halnya.Ketika dia berkata kepada bapanya dan kaumnya: “Apakah ini patung-patung ini yang kamu berdiri mengadapnya (memujanya)?.Mereka menjawab: “Kami dapati datuk nenek kami selalu menyembahnya. Ibrahim berkata: “Sesungguhnya kamu dan datuk-nenek kamu dalam kesesatan yang nyata”. (Surah al-Anbiya: ayat 51-54).

Fatwa-fatwa di peringkat beberapa negeri dan kebangsaan telah pun mengharamkan perbuatan ini. Malangnya ia dihidupkan kembali secara rasmi dan umat Islam mendiam diri. Saya mengambil risiko mengingatkan hal ini untuk seluruh umat Islam, terutama kepada jenerasi baru yang mula longgar pegangan akidah mereka.

Janganlah kerana mereka melihat hal ini dilakukan di peringkat atasan, lalu mereka menganggap ia tidak menjadi kesalahan dalam pegangan agama. Besok mungkin mereka juga akan pergi memberikan hormat atau sembahan kalungan bunga atau buah kepada mana-mana patung atau tugu atau pongsu yang dianggap mulia. Janganlah pula sesiapa yang memakai gelaran agama cuba untuk menjustifikasikan pula perbuatan tersebut. Jangan sampai pengampu atau penasihat ber’persen’ itu membawa rebah.

Lupakah kita kepada nama-nama berhala Kaum Nabi Nuh a.s. Firman Allah menceritakan hal ini dalam al-Quran: (maksudnya) “Dan (ketua-ketua) mereka (menghasut dengan) berkata: `Jangan kamu meninggalkan (penyembahan) tuhan-tuhan kamu, terutama (penyembahan) Wadd, dan Suwaa’, dan Yaghuth, dan Ya’uuq, serta Nasr. Dan Sesungguhnya ketua-ketua itu telah menyesatkan kebanyakan (dari umat manusia); dan (dengan Yang demikian) janganlah Engkau (Wahai Tuhanku) menambahi orang-orang Yang zalim itu melainkan kesesatan jua” (Surah Nuh: ayat 23-24).

Dalam hadis al-Bukhari, Ibn ‘Abbas menyebut bahawa Wadd, Suwaa, Yaghuth, Ya’uuq dan Nasr tersebut asalnya nama orang-orang soleh di kalangan Kaum Nuh. Apabila mereka meninggal, syaitan mengilhamkan kepada Kaum Nuh agar membuat patung-patung ditempatkan dalam majlis-majlis mereka. Patung-patung tersebut dinamakan dengan nama orang-orang soleh berkenaan. Lalu Kaum Nuh pun membuatnya tanpa disembah. Sehinggalah apabila matinya jenerasi tersebut dan pengetahuan pun sudah tiada, maka patung-patung itu pun disembah. (Riwayat al-Bukhari)


Read More......

Raudah As-Syaaban

Selamat datang
raudah itu harum keberkatan-Nya
kelopak cinta bertaburan
mengiringi perjalanan seorang insan
dalam pencariannya
mengertikan hakikat kemanusiaan.

Raudah ar-Syaaban
gerbang Allah menyambut mesra
taman Rasulullah yang mulia
hamba-Nya bersujud
menakung taubat
dalam kolam keinsafan
luhur dan bersih.

ZULKIFLI BIN MOHD TOP
SBPI Gombak.

Read More......

Monday, August 4, 2008

DOA MUNAJAT



Wahai Allah
Wahai zat yang maha agung kemuliaannya
dan sentiasa memiliki ketinggiannya
wahai penguasa khazanah yang
yang tidak akan kehabisan,
dan pencipta arash Mu yang agung
wahai yang memiliki sifat yang sempurna
dan yang menunaikan segala permintaan

Jika Kau mengkehendaki
makan dengan sekelip mata pun
Kau boleh mendatangkan taufan
yang mana lautan malu melihatnya
dan jika Kau mengkehendaki seluruh makhluk ini
kau boleh tempatkan dalam tempat yang
sebesar zarah dengan ucapan "KUN"

sesuatu yang tiada, Dikau boleh wujudkan
bagi Mu tiada suatupun pekerjaan yang sukar
Ya Allah
wahai Allah bersihkan dan hapuskanlah
kekotoran zahir dan batin kami,
dengan kesempurnaan keampuanan Mu dan
lautan kemaafan Mu Ya Allah

Kurniankanlah kepada kami
dengan pakaian zuud dan taqwa
mengkhidmati makhluk dan menuruti sunnah
dengan bersih dan nyata
jadikanlah maksud kehidupan kami
untuk meninggikan dan mengharumkan
agama Muhammad S.A.W

Jadikanlah kami sebagai mentari ilmu
dan Kau jadikanlah amalan-amalan
dan kebaikan kami sempurna
yakni menjadi sumber hidayah kepada kamu

dan orang-orang bertaqwa juga akan
memilih jalan amalan soleh
dengan sinar kecemerlangan
Dan jadikanlah kami seumpama mata air
yang mengairi Taman Islam dimusim gugur
sehingga ke hari kiamat

Wahai Tuhan semesta alam
dalam kehidupan yang sesingkat ini undilah
kerja-kerja dari kami perkara
yang perlu dikerjakan di sini
Dan peliharakanlah kami Ya Allah dari
perkara-perkara yang tidak perlu dikerjakan di sini

Bagi hari-hari dalam kehidupan kami
yang mana kami telah laluinya
dengan lalai dan leka,
jadikan sesuatu yang dapat menganti kerugiannya
wahai Allah

Kurniakanlah kami
dengan kecintaan terhadap Iman dan
hiaskan ia di dalam hati kami
campakanlah rasa takut dalam hati kami
terhadap kekufuran Ya Allah
terhadap dosa dan terhadap derhaka

Dan jadikanlah kami orang-orang
yang memperolehi hidayah
dan hamba-hamba yang bersyukur Ya Allah
supaya ketika waktu kami mati
dan di dalam kubur dan di hari kiamat nanti
kami bersuka cita dan gembira
dan Jannatul Firdaus menjadi tempat kami
Ya Allah

Wahai Allah
jadikanlah kami segulung ilmu dan amal
yang mana di hadapan taufan kekufuran
dan kesyirikan p un tidak dapat meruntuhkannya
Dan ianya menjadi pukulan
bagi menghapuskan segala bidaah
Ya Allah

Dan ambillah dari kami sebarang khidmat
untuk membantu agama Muhammad S.A.W
yang ajan menjadi sedekah yang berterusan,
dan menjadi sumber keselamatan di hari kiamat
Ya Allah

Wahai Allah
dan penuhi ahli Jannatul Firdaus Mu
dan tiadalah kekuatanku mengatasi
api neraka Mu Ya Allah.
Dan berikanlah aku taufik untuk bertaubat
dan ampunkanlah dosa-dosa ku
Ya Allah
Ampunkanlah Ya Allah......
Ampunkanlah Ya Allah......


Read More......

Syaaban masa paling sesuai muhasabah diri

REJAB sudah berlalu. Kini Syaaban menjelang. Lambaian Ramadan sebulan lagi. Kita belum terlambat untuk menceriakan hidup dengan keberkatan Syaaban. Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili ra, berkata: Rasulullah bersabda:“Apabila masuk bulan Syaaban, (cerialah) dan sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu.”


Kita munajat dan berdoa seperti doa Rasulullah ketika masuknya Rejab:
“Allhuma Bariklana fi rajab wa syaaban wa ballighna Ramadan“,
bermaksud : “Ya Allah Ya Tuhan kami, anugerahkanlah keberkatan untuk kami pada Rejab dan
Syaaban, dan sampaikanlah kami Ya Allah hingga Ramadan (yakni panjangkan umur kami Ya Allah sehingga kami dapat bertemu dengan Ramadan.”

Inilah doa tiga serangkai yang memadukan kemuliaan ketiga-tiga bulan yang sangat berkat ini. Tiga bulan inilah bulan medan perjuangan pejuang untuk membina jati diri, membentuk sahsiah dan memupuk kebersihan hati.

Selari dengan erti Syaaban iaitu berpecah-pecah atau berpuak-puak. Pada zaman Jahiliyah, masyarakat Quraisy terpaksa berpecah kepada beberapa kumpulan untuk mencari sumber air di padang pasir.

Rasulullah mengekalkan nama Syaaban sehinggalah sekarang. Air adalah bekalan dan kehidupan bagi pejuang. Mengapa pentingnya kita mengenang pejuang dan menyalakan semangat perjuangan? Perjuangan kita dalam hidup ini adalah untuk kemerdekaan. Merdeka jiwa. Merdeka daripada segala bentuk perhambaan manusia kepada manusia.

Lebih 50 tahun lalu pejuang berjaya membawa negara kita keluar daripada belenggu penjajahan. Penjajahan tanah air, jiwa, rasa dan minda.

Bayangkan dan rasakan, mereka berjuang membela negara ini bukan untuk hidup mereka, bukan untuk keluarga mereka, bukan pula untuk hari meriah itu. Mereka berjuang untuk masa depan anak cucu dan bangsa ini. Mereka berjuang untuk kita, yang hidup saat ini, juga untuk anak cucu.

Bayangkan dan rasakan apakah pejuang akan senang melihat penjajah British dan Jepun serta pengkhianat Komunis Bintang Tiga menghina maruah umat?

Apakah pejuang akan senang melihat maraknya rasuah dan salah guna kuasa di kalangan beberapa pemimpin dan pihak bertanggungjawab? Adakah pejuang rela membiarkan rakyat bergelumang dengan dadah, judi, jenayah rogol, seks rambang dan syak wasangka kaum dan agama? Adakah pejuang boleh goyang kaki melihat umat hanyut dalam budaya hedonisme melampau sehingga tidak peka dengan budaya ilmu dan intelektual?

Kita perlu membuat pejuang bangga dan senang, dengan membangun negara ini dengan hati, bersih jiwa dan minda, jujur, bertanggung jawab, disiplin, kerjasama, adil, wawasan dan prihatin. Mari membuat bangsa ini dihormati dan disegani di mata bangsa lain di dunia.

Sempena Syaaban kita perlu mengasah dan memupuk jiwa pejuang melalui amalan membangkitkan semangat, memupuk kesucian sekali gus mengumpul pahala. Jiwa pejuang adalah jiwa menghayati makna keinsafan, kesusahan dan penderitaan.
Firman Allah bermaksud:
“Dan orang yang sabar dalam kesempitan, penderitaan dan dalam peperangan. Mereka itulah orang yang benar (imannya) dan mereka itulah orang yang bertakwa.” – (Surah Al-Baqarah: ayat 177).

Antara perkara yang disyariatkan pada Syaaban ialah menjelaskan hutang puasa yang tertinggal sebelum ini. Syaaban bulan melangsai hutang. Kini masanya qada puasa bagi sesetengah kita yang tertinggal puasanya pada Ramadan lalu atas sebab keuzuran dibenarkan.
Contohnya kerana sakit, musafir dan menyusukan anak. Kita tidak boleh menundanya hingga Ramadan berikutnya kerana kita akan didenda membayar kafarat ke atas setiap hari ditinggalkan.

Budaya bertangguh menggantikan puasa ini bukan baru bagi kita tetapi sudah menjadi sebati dalam kehidupan umat Islam hari ini. Ini bukan amalan pejuang. Firman Allah bermaksud:
“Dan sekali-kali, Tuhanmu tidak lalai daripada apa yang kamu kerjakan“. (Surah Hud, ayat 123).

Hikmah diperintahkan untuk membanyakkan puasa pada Syaaban untuk membuat persediaan mental dan fizikal, melatih diri membiasakan berpuasa pada Ramadan nanti.

Kita disunatkan membanyakkan amalan puasa sepanjang Syaaban bukan hanya pada malam Nisfu Syaaban saja. Rasulullah selalu melakukannya. Dalam kitab Shahih Bukhari dan Muslim ada hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah, dia berkata:“Aku belum pernah melihat Rasulullah menyempurnakan puasa selama satu bulan penuh kecuali pada Ramadan dan aku belum pernah melihat beliau memperbanyakkan puasa (sunat) dalam satu bulan kecuali pada Syaaban“.

Syaaban dikenali sebagai bulan muhasabah diri, iaitu memperbaiki dan melihat kembali watak diri sendiri. Memperbaiki sifat mazmumah seperti dengki, takbur dan sombong yang semakin runcing membekam dalam diri sebahagian daripada kita, umat Islam masa kini. Selain memperbaiki, digalakkan juga melihat kembali sifat mahmudah.

Adakah kita selama 11 bulan lalu sudah memperbanyakkan amalan baik seperti ikhlas, reda dan sedekah. Tidak cukup dengan solat, puasa dan zakat maka kita murnikan dengan ikhlas dan reda.

Apalah maknanya solat yang banyak tetapi tidak ikhlas? Sering berpuasa tetapi turut mengamalkan lihat perkara yang ’syubhah’. Apalah ertinya setiap tahun kita mengerjakan haji tetapi riak mahu dilihat sebagai orang yang berada dan suka dipuji?

Dalam Syaaban kita digalakkan bertaubat, membanyakkan doa, menggandakan zikir dan berselawat kepada Rasulullah. Sabda Rasulullah:
“Barang siapa yang mengagungkan Syaaban, bertakwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri daripada perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu daripada segala macam bencana dan penyakit.”

Dalam kita beramal meraikan Syaaban, janganlah pula kita kaitkan dengan amalan bidaah tertentu yang tidak disyariatkan oleh Allah.

Read More......

Friday, August 1, 2008

Hikmah Nabi di israkkan ke Baitul Maqdis

Oleh

TUAN GURU DATO' HJ. NIK ABD. AZIZ NIK MAT

MUNGKIN ada pihak bertanya, Apakah hikmah Allah SWT tidak mikrajkan Nabi s.a.w. dari Masjid al-Haram di Makkah terus ke langit, tanpa melalui Masjid al-Aqsa di Baitul Maqdis? Sesungguhnya Masjid Al-Aqsa di Baitul Maqdis itu mempunyai nilai yang sangat tinggi di sisi Allah SWT, andainya Nabi s.a.w. dimikrajkan terus dari Masjidil Haram di Makkah tanpa singgah di Masjid al-Aqsa, maka sukar bagi umat Muhammad untuk memahami sejauh mana kelebihan masjid tersebut. Apabila ia dikaitkan dengan peristiwa israk mikraj dan Nabi s.a.w. mendirikan solat di masjid Al-Aqsa bersama para nabi yang lain, maka umat muslimin boleh merasai kehebatan dan kelebihannya melalui peristiwa tersebut.

Hikmah kedua Nabi s.a.w. diisrakkan ke Masjid al-Aqsa di Baitul Maqdis ialah untuk menjelaskan tentang hubungan antara Nabi Isa a.s. seorang Nabi dan Rasul Allah mempunyai hubungan rapat dengan masjid tersebut, antara perkara yang diwahyukan oleh Allah SWT kepada Nabi Muhammad s.a.w. mempunyai hubungan rapat dengan Nabi Isa a.s..

Berasaskan hubungan rapat antara Nabi Muhammad s.a.w. dengan Nabi Isa a.s. bahawa kedua rasul itu membawa ajaran yang satu iaitu Islam yang berasaskan aqidah keTuhanan yang Esa. Dengan hujah dan dalil itu menunjukkan bahawa kedua-dua umat Nabi Muhammad s.a.w. dan Nabi Isa a.s. adalah dari rumpun aqidah yang sama. Sewajarnya mereka tetap bersatu mendokong ajaran tauhid yang sama. Kerana Tuhan yang menurunkan wahyu kepada Nabi Muhammad s.a.w., maka Tuhan itu juga yang menurunkan wahyu kepada Nabi Isa a.s.. Dan sewajarnya juga mereka menolak aqidah treniti hasil penyelewengan para paderi yang berkepentingan.

Sebab itu dalam peristiwa israk mikraj itu Nabi diperintah singgah mendirikan solat di Masjid Al-Aqsa, seolah-olah Nabi s.a.w. singgah ke rumah saudaranya Nabi Isa a.s., maka sudah sewajarnya ummat kedua-dua Nabi dan Rasul berkenaan tidak bercanggah pendapat dan jauh sekali dari sifat permusuhan. Hakikatnya bukan saja hubungan rapat antara Nabi Muhammad s.a.w. dengan Nabi Isa a.s. sahaja, bahkan Nabi Muhammad rapat dengan semua nabi-nabi dan rasul. Kerana peristiwa israk mikraj itu juga telah menemukan Nabi Muhammad dengan nabi-nabi dan rasul terdahulu. Justeru itu umat para nabi-nabi dan rasul itu tidak patut mereka berperang sesama sendiri, memandangkan bahawa nabi-nabi dan rasul mereka begitu baik hubungan dengan Nabi Muhammad s.a.w.. Jika para nabi itu bersatu mendokong aqidah tauhid, maka tiada alasan umat para nabi itu berpecah dari segi aqidah. Mereka mesti bersatu dalam aqidah tauhid, sebaliknya menolak semua fahaman karut ciptaan para paderi.

Dengan demikian juga menjadi dalil tentang bagaimana perlunya umat Islam berfahaman begitu di setiap masa, iaitu wajib menjaga bumi suci Baitul Maqdis dan mengawal dari gangguan pihak-pihak yang tamak dan juga puak-puak musuh agama Allah iaitu agama tauhid. Seolah-olah Allah SWT memberi isyarat kepada umat yang berpegang dengan ajaran Islam dan aqidah yang murni itu, supaya jangan merasa lemah, takut dan bacul di depan Yahudi yang bertekad untuk terus menguasai Baitul Maqdis dan bumi Palestin, kerana ia adalah bumi para anbiya. Seluruh umat para nabi khususnya umat nabi yang terbabit dalam peristiwa israk mikraj mestilah menaruh azam untuk merampas kembali bumi Baitul Maqdis dan Palestin, untuk diserahkan kembali kepada rakyat Palestin yang beriman.

Mengapakah suatu ketika dahulu "Salahuddin Al-Ayubi" bersama tentera Islam bermati-matian mempertahankan Baitul Maqdis , ketika diserang oleh tentera Salibiah Eropah. Sedangkan Salahuddin Al-Ayubi bukan rakyat Arab Palestin, beliau adalah dari keturunan Kurdi, satu bangsa yang mendiami utara Iraq yang bersepadan dengan Turki. Beliau berjaya menumpaskan serangan tersebut, malah berjaya menghalau saki baki tentera kristian itu dari bumi Palestin.

Apakah yang mendorong beliau bertindak demikian, dan tidak menyerahkan urusan mempertahan kota Baitul Maqdis itu kepada rakyat Palestin untuk mempertahankan tanah air mereka sendiri? Sebaliknya Salahuddin Al-Ayubi ketika dipenghujung hayatnya telah berpesan supaya segala pakaian penuh berdebu yang digunakan semasa berperang, agar dimasukkan di dalam liang kubur dan ditanam bersama jenazahnya. Dengan tujuan supaya menjadi saksi bahawa beliau telah menghabis segala tenaga dan fikiran untuk mengetuai tentera Islam bagi mempertahankan Baitul Maqdis dari serangan tentera Kristian Eropah.

Sesungguhnya yang mendorong Salahuddin Al-Ayubi bertindak demikian ialah kerana didorong kesedaran yang tinggi untuk mempertahan kota suci iaitu kota yang telah menemukan Nabi Muhammad s.a.w. dengan para anbiya yang lain, khususnya dalam peristiwa Israk mikraj. Sebagai seorang Islam beliau berkeyakinan bahawa apabila bumi suci Baitul Maqdis itu diganggu oleh golongan kuffar, adalah menjadi kewajipan kepadanya dan juga umat Islam seluruhnya bangun untuk mempertahankan atau membebaskan bumi tersebut dari cengkaman musuh Allah SWT itu, tidak kira sama ada mereka orang Palestin ataupun bukan.

Empat puluh tahun selepas peristiwa itu, Lord Olenby yang mengetuai pasukan salibiah berjaya memasuki semula kota Baitul Maqdis, dia pergi ke kubur Salahuddin Al-Ayubi dan menginjakkan kakinya ke atas kubur Salahuddin sambil berkata: "Sekarang aku datang semula ke sini." alangkah baculnya ketua tentera salibiah itu, dia hanya berani berdepan dengan Salahuddin yang telah mati, dengan mesej bahawa pihak salibiah sentiasa menyimpan dendam terhadap Islam. Bagi Salahuddin Al-Ayubi, beliau telah melaksanakan tanggungjawabnya mempertahankan kota suci terletaknya Masjid al-Aqsa yang mulia, tempat Nabi Muhammad s.a.w. mendirikan solat dua rakaat dalam peristiwa Israk dan Mikraj.

Di Baitul Maqdis itu juga Nabi s.a.w. melepasi satu ujian, ketika Jibril menghidangkan dua bejana, satu berisi arak dan satu lagi berisi susu. Nabi s.a.w. mengambil bejana berisi susu dan meminumnya. Ketika itu Jibril berkata: "Sesungguhnya engkau telah membuat pemilihan yang menepati fitrah manusia."Susu adalah minuman yang bersifat fitrah amat serasi dengan kehendak naluri manusia, secara fitrah manusia bukan makhluk yang memerlukan minuman arak yang memabukkan itu. Apabila Nabi s.a.w. memilih susu sebagai minuman yang serasi dengan fitrah manusia, maka demikian pula kedudukan Islam yang dibawa oleh Nabi s.a.w. adalah ajaran agama yang memenuhi keperluan fitrah manusia. Tidak terdapat dalam Islam satu perkara pun yang bercanggah dengan naluri dan tabi'e manusia.

Semua peraturan yang terdapat dalam Islam, sama ada peraturan ibadat yang menghubungkan manusia dengan Tuhan, peraturan muamalat yang membabitkan urusan ekonomi, peraturan munakahat yang mengatur urusan nikah dan kekeluargaan, peraturan jenayat yang melibatkan undang-undang hudud, qishash dan seumpamanya. Apa jua yang dikehendaki oleh Islam semuanya sesuai dengan naluri dan kemahuan manusia. Sekiranya fitrah yang ada pada hati dan naluri manusia itu ibarat manusia, maka Islamlah pakaian bagi manusia itu yang benar-benar memenuhi saiz ukuran dan keperluan.

Agama selain dari Islam bukan pakaian manusia, kerana ada peraturan dalam agama tersebut yang bercanggah dengan naluri dan kehendak manusia. Contoh, ada agama yang melarang paderi atau sami mereka berkahwin, sedangkan kahwin adalah naluri manusia. Naluri ingin kahwin tidak dapat dibendung di kalangan paderi dan sami, lantaran itu golongan tersebut terpaksa melakukan zina disebabkan kononnya peraturan melarang mereka berkahwin. Ada agama yang mengharamkan riba di kalangan mereka, tetapi menghalalkan amalan riba kepada penganut agama lain. Amalan ini tidak sesuai dengan naluri manusia lantaran ia bercanggah dengan konsep keadilan, kerana manusia secara kehendak semula jadi ingin dilayan dengan adil.

Allah SWT menganugerahi agama Islam kepada manusia kerana ia adalah suatu keperluan rohani dan jasmani manusia, menolak Islam sama ertinya membiarkan roh dan jasad dalam kebuluran, pada hal roh dan jasad membenci kebuluran.

Read More......