Takrif Haji
Haji pada syarak mengunjungi Baitullahil Haram dalam bulan-bulan haji kerana mengerjakan tawaf, saie dan wuquf di Arafah dengan menurut syarat-syaratnya yang telah diwajibkan.
Sejarah Ibadat Haji
Kaabah telah didirikan oleh Nabi Ibrahim a.s dengan anaknya Nabi Ismail a.s, setelah selesai membina kaabah Nabi Ibrahim a.s seraya menyeru manusia kepada haji dengan kata baginda: "wahai Tuhan! Apakah akan sampai seruan suaraku ini? Berfirman Allah: serulah mereka, lalu berangkatlah Ibrahim memanjat bukit Abi Qubais lalu melaungkan seruan haji: " wahai Manusia! Sesungguhnya Allah telah memerintahkan kamu semua menunaikan haji di rumah ini (kaabah) supaya diganjarkan kamu dengan syurga dan melepaskan kamu dari azab neraka. Lalu seruan tersebut disahut dengan laungan talbiah oleh umatnya. Pengsyariatan haji pada zaman Nabi Ibrahim a.s sangat berbeza, mengikut riwayat yang diambil melalui ibn abbas dan ibn Jabir menceritakan syariat haji pada zaman itu berasaskan seruan Nabi Ibrahim. Sekiranya pada satu tahun diseru dengan sekali maka diwajibkan sekali sekiranya dua kali penyeruan itu lalu umat pada ketika itu akan melakukan haji secara dua kali".
Ibadat Haji Di Zaman Rasulullah s.a.w
Pensyariatan ibadah haji pada tahun keenam hijriah berdasarkan pendapat jumhur ulama, terdapat satu pandangan yang menyatatkan bahawa haji disyariatkan pada tahun kelima, ketujuh, atau kesembilan hijriah. Sepanjang hayat Rasulullah s.a.w, baginda menunaikan ibadah mulia ini pada tahun 10 H. Dan haji yang dilaksanakan baginda saat itu lebih dikenal sampai saat ini dengan istialah 'haji wada'. Adapun ibadah umrah, nabi melaksanakannya sebanyak empat kali. seperti yang diriwayatkan dari Aisyah, Ibnu Abbas, dan Anas bin Malik, Nabi s.a.w. melaksanakan umrah pada bulan Zulkaedah
Hukum Dan Dalil Haji
Haji merupakan rukun Islam yang kelima, tidak ada seorang pun yang boleh menyangkalnya. Maka telah turun ayat-ayat tentang kefardhuan haji kepada umat Islam.
Dalil Kitab :
إِنَّ الصَّفَا وَالْمَرْوَةَ مِنْ شَعَائِرِ اللَّهِ فَمَنْ حَجَّ الْبَيْتَ أَوِ اعْتَمَرَ فَلاََ جُنَاحَ عَلَيْهِ أَنْ يَطَّوَّفَ بِهِمَا وَمَنْ تَطَوَّعَ خَيْرًا فَإِنَّ اللَّهَ شَاكِرٌ عَلِيمٌ
Maksudnya: “Sesungguhnya Shafaa dan Marwa adalah sebahagian dari syi'ar Allah. Maka barangsiapa yang beribadah haji ke Baitullah atau ber-'umrah, maka tidak ada dosa baginya mengerjakan sa'i antara keduanya. Dan barangsiapa yang mengerjakan suatu kebajikan dengan kerelaan hati, maka sesungguhnya Allah Maha Mensyukuri kebaikan lagi Maha Mengetahui.” [2:158]
وَأَتِمُّوا الْحَجَّ وَالْعُمْرَةَ لِلَّهِ فَإِنْ أُحْصِرْتُمْ فَمَا اسْتَيْسَرَ مِنَ الْهَدْيِ وَلاَ تَحْلِقُوا رُءُُ وسَكُمْ حَتَّى يَبْلُغَ الْهَدْيُ مَحِلَّهُ فَمَنْ كَانَ مِنْكُمْ مَرِيضًا أَوْ بِهِ أَذًى مِنْ رَأْسِهِ فَفِدْيَةٌ مِنْ صِيَامٍ أَوْ صَدَقَةٍ أَوْ نُسُكٍ فَإِذَا أَمِنْتُمْ فَمَنْ تَمَتَّعَ بِالْعُمْرَةِ إِلَى الْحَجِّ فَمَا اسْتَيْسَرَ مِنَ الْهَدْيِ فَمَنْ لَمْ يَجِدْ فَصِيَامُ ثَلَاثَةِ أَيَّامٍ فِي الْحَجِّ وَسَبْعَةٍ إِذَا رَجَعْتُمْ تِلْكَ عَشَرَةٌ كَامِلَةٌ ذَلِكَ لِمَنْ لَمْ يَكُنْ أَهْلُهُ حَاضِرِي الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ وَاتَّقُوا اللَّهَ وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ
Maksudnya : “Dan sempurnakanlah ibadah haji dan 'umrah karena Allah. Jika kamu terkepung (terhalang oleh musuh atau karena sakit), maka (sembelihlah) korban yang mudah didapat, dan jangan kamu mencukur kepalamu, sebelum korban sampai di tempat penyembelihannya. Jika ada di antaramu yang sakit atau ada gangguan di kepalanya (lalu ia bercukur), maka wajiblah atasnya berfid-yah, yaitu: berpuasa atau bersedekah atau berkorban. Apabila kamu telah (merasa) aman, maka bagi siapa yang ingin mengerjakan 'umrah sebelum haji (di dalam bulan haji), (wajiblah ia menyembelih) korban yang mudah didapat. Tetapi jika ia tidak menemukan (binatang korban atau tidak mampu), maka wajib berpuasa tiga hari dalam masa haji dan tujuh hari (lagi) apabila kamu telah pulang kembali. Itulah sepuluh (hari) yang sempurna. Demikian itu (kewajiban membayar fidyah) bagi orang-orang yang keluarganya tidak berada (di sekitar) Masjidil Haram (orang-orang yang bukan penduduk kota Mekah). Dan bertakwalah kepada Allah dan ketahuilah bahwa Allah sangat keras siksaan-Nya.” [2:196]
Dalil Sunnah :
بُنِيَ الإِسْلاَمُ عَلَى خُمْسٍ : شَهَادَةُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ الله ُ ، وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ الله ِ ، وَإِقَامُ الصَّلاَةِ ، وَإِيتَاءِ الزَّكاَةِ ، وَصَوْمِ رَمَضَانَ ، وَحَجِّ الْبَيْتِ لِمَنِ اسْتَطَاعَ إِلَيْهِ سَبِيلاَ.
Maksudnya: “Islam dibina atas lima perkara : mengakui bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkankan Allah dan Muhammad adalah utusan Allah, mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, puasa pada bulan Ramadhan dan menunaikan haji ke Baitullah bagi yang mampu melakukannya.”
Wallahu’alam...
Bersambung di Lambaian Kaabah II nanti..InsyaAllah...
0 comments:
Post a Comment