Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Template

Powered by Blogger


widget

.:: KEPIMPINAN ULAMA' ::.

Photobucket

.:: TV PR ::.


Photobucket

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:


.:: TENTANG DIRIKU ::.

Tadika Chung Hwa, Kota Bharu [ 1986 ]
SRJK (c) Chung Hwa, Kota Bharu [ 1987 - 1990 ]
Sek. Keb. Rambutan Rendang, Kota Bharu [ 1990 - 1993 ]
Maahad Muhammadi Lelaki, Kota Bharu [ 1994 - 1996 ]
SMA Sungai Merab Luar Sepang, Selangor [ 1997 -1998 ]
Darul Quran Wal Hadis, Pasir Pekan [ 1999 - 2001 ]
Maahad 'Ali Dirasat Islamiah Wal Arabiah, Perak [ 2002 ]
Universiti Al-Azhar Cawangan Tanta, Mesir [ 2003 - 2009 ]

Friday, November 7, 2008

Mari Mengenali Ulama...

Dr. Muhammad Sa’id Ramadhan Al-Buti Alim Mujtahid & faqih mua’soroh

Nama dan Kelahiran


Nama sebenar beliau ialah Muhammad Sa’id bin Mulla Ramadhan al-Buti. Beliau dilahirkan pada tahun 1929 di sebuah kampung bernama Jilka yang terletak di Kepulauan Butan yang termasuk di dalam sempadan Turki di selatan Iraq.

Ketika ber-umur 4 tahun beliau telah berpindah ke Damsyik bersama ayahnya, al-Marhum Mulla Ramadhan yang merupakan seorang ulama’ besar Syria.

Pendidikan dan kerjaya

Menamatkan pengajian menengahnya di Maahad at-Taujih al-Islami di Damsyik dan kemu-diannya melanjutkan pelajaran ke Universiti al-Azhar dengan memasuki Fakulti Syariah Islamiyah pada tahun 1953.

Beliau telah memperolehi ijazah Syahadah ‘Alamiyyah pada tahun 1955.


Pada tahun berikutnya, memasuki Fakulti Bahasa Arab di Universiti al-Azhar dan telah memperolehi Diploma Pendidikan pada akhir tahun yang sama.

Pada tahun 1960, beliau dilantik menjadi Dekan Fakulti Keagamaan di Universiti Damsyik.

Seterusnya sekali lagi menyambung pelajaran di Fakulti Syariah Islamiyyah, Universiti Al-Azhar untuk mendapatkan ijazah Ph.D dalam bidang Usul Syariah Islamiyah dan berjaya memperolehinya pada tahun 1965.

Pada tahun yang sama, beliau telah dilantik menjadi pensyarah di Fakulti Syariah Islamiyah, Universiti Damsyik dan kemudiannya menjadi timbalan dekan dan akhirnya dilantik menjadi Ketua Jabatan Akidah dan Agama di universiti yang sama.

Beliau juga merupakan penyelia di dalam ijazah M.A dan Ph.D di Fakulti Syariah Islamiyah di Universiti Damsyik dan universiti-universiti yang lain.


Penglibatan

Dr. Ramadhan Buti sangat aktif melibatkan diri dalam seminar dan simposium di peringkat antarabangsa yang membicarakan pelbagai isu ber-kaitan Islam yang kebanyakannya bertempat di sebahagian negara Arab, Eropah dan Amerika.

Beliau juga merupakan Professor jemputan di kebanyakan universiti Islam disebabkan oleh kepakaran dan ilmu beliau yang mendalam dalam bidang agama.


Hampir setiap hari beliau akan menyampaikan ceramah di Masjid Damsyik dan masjid-masjid lain di bandar Syria yang menyaksikan kehadiran ribuan umat Islam untuk mendengar ceramahnya.

Beliau mampu menambat hati para pendengar melalui cara penyampaiannya yang penuh dengan keikhlasan dan kasih sayang.


Mempunyai ramai peminat yang terdiri dari- pada kalangan orang awam, ibubapa, ahli akademik dan para pendidik. Maka tidak hairanlah jika beliau sering muncul di kaca tv kerana stesen-stesen tv sering berlumba-lumba untuk menampilkan beliau di dalam rancangan mereka.

Giat menganggotai badan-badan akademik antarabangsa yang berprestij seperti al-Bait Islamic Thought Academy yang dikenali dengan nama Royal Society of The Islamic Civilisation Researches yang berpusat di Amman, Jordan.

Beliau juga merupakan salah seorang anggota Majlis Tertinggi Akademi Oxford di England.


Anugerah

Pada tahun 2002, beliau telah diberikan setinggi-tinggi penghormatan oleh Dar al-Fikr di Damsyik yang merupakan penerbit dan pengedar karya penulisan beliau ke seluruh dunia.

Pada tahun 2004 pula, beliau telah dipilih oleh Jawatankuasa Dubai International Holy Qur’an Award (DIHQA) untuk menerima anugerah Syakhsiyyah al-‘Alam al-Islami disebabkan oleh ketokohan dan keperibadian beliau yang memenuhi kriteria yang telah ditetapkan termasuk pencapaian beliau yang unggul dalam bidang kajian dan aktiviti dakwah serta penulisan buku berkaitan ajaran dan kebudayaan Islam.

Beliau juga telah terpilih sebagai pemenang kategori Anugerah Buku Terbaik di dalam Festival Anugerah al-Mahabba yang berlangsung di Dubai pada tahun 2006 yang lalu.

Kebolehan & hasil-hasil penulisan

Dr. Ramadhan sangat fasih bertutur dalam Bahasa Tuki dan Kurdish dan juga boleh bertutur dalam Bahasa Inggeris. Beliau telah menulis lebih daripada 60 buah buku yang membicarakan tentang Syariah Islamiyyah, Sastera, Falsafah, Sosiologi dan Ketamadunan. Antara karya-karya beliau yang terkenal ialah:

1.Muhadharat fil Fiqh al-Muqarran (1981)

2.Kubra al-Yaqiniyyat al-Kauniyyah (Wujud al-Khaliq wa Wazifah al-Makhluq) (1982) (1993)

3.Naqdh Awham al-Madiyyah al-Jidaliyyah (1986)

4.Manhaj al-Hadharah al-Insaniyyah fil-Qur’an (France-1987)

5.As-Salafiyyah Marhalah Zamaniyyah Mubarakah La Mazhab Islamiy (1988)

6.Hazihi Musykilatuhum (1990)

7.Al-Islam Mulaz Kullul Mujtami’at al-Insaniyyah (1991)

8.Fiqh as-Sirah an-Nabawiyyah (1991)

9.Hurriyatul Insan fi Zilli ‘Ubudiyyatihi Lillah (Silsilah Haza Huwal Islam) (1992)

10.Madkhal ila Fahm al-Jazur (English dan Germany-1992) (Silsilah Haza Huwal Islam-1999) (France-2003)

11.Fiqh as-Sirah an-Nabawiyyah (1992)

12.Haza Walidi (1995)

13.Al-Jihad fil Islam: Kaifa Tafhamuhu? Wa Kaifa Numarisuhu? (English-1995)

14.At-Taghyir Mafhumah wa Taranafah (Nadawat al-Fikr al-Mu’asir-1996)

15.Al-Jihad fil Islam: Kaifa Tafhamuhu? Wa Kaifa Numarisuhu? (France-1996)

16.Al-Mar’ah baina Tughyan an-Nizam al-Gharbi wa Lataif at-Tasyri’ ar-Rabbani (1996)

17.Al-Islam wal ‘Asr Tahdiyyat wa Afaq (Silsilah Hiwarat Liqarn Jadid-1998)

18.Allah am al-Insan Ayyuhuma Aqdar ‘ala Ri’ayah Huquq al-Insan? (1998)

19.Al-Insan Musayyar am Mukhayyar? (1998)

20.Madkhal ila Fahm al-Jazur

21.Syakhsiyyat Istauqaftani (1999)

22.Ma’an Nas – Musyawarat wa Fatawa 1 (1999) 2 (2002)

23.Dirasat Quraniyyah 1 (2000) 2 (2001) 3 (2002)

24.Fiqh as-Sirah an-Nabawiyyah (English-2001)

25.Haza Huwal Islam (1-7) (Silsilah) Musyawwarat Ijtima’iyyah (min Hissad al-Internet-2001)

26.Europah min at-Taqniyyah ila ar-Ruhaniyyah

27.Al-Hikam al-‘Atoiyyah – Syarh wa Tahlil 1 (2000) 2 (2001) 3 (2002) 4 (2003) 5 (2004)

28.Al-Mar’ah baina Tughyan an-Nizam al-Gharbi wa Lataif at-Tasyri’ ar-Rabbani (English-2003)

29.Kalimat fi Munasibat (2004)

30.al-Hikam al-‘Atoiyyah Syarh wa Tahlil 1-4 ma’a CD (2005)

31.Dhowabit al-Mashlahah fi asy-Syariah al-Islamiyyah (2005)

32.Mukhtarat min Khutb al-Jum’ah 1420-1422H (2006)

33.Isykaliyyat Tajdid Usul Fiqh/ Hiwariyyat (2006)

34.La Ya’tihil Batil (2007)

Sebahagian daripada penulisan beliau telah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris, Jerman, Perancis, Indonesia dan bahasa Malaysia.

Dr. Ramadhan juga sering menulis di akhbar-akhbar dan majalah-majalah berkaitan dengan Islam dan topik-topik lain yang menjadi kegemaran pembaca serta sentiasa memberikan nasihat dan mengeluarkan fatwa, sekaligus menjawab soalan-soalan yang diajukan oleh masyarakat. Fatwa-fatwa beliau boleh dibaca di laman web beliau sendiri, www.bouti.com.

Mengenai isu ‘amaliyyah istisyhadiyyah’, beliau berkata bahawa perbuatan ini diiktiraf di sisi syara’ sepenuhnya jika individu yang melakukan nya bertujuan untuk membinasakan musuh dan bukan bertujuan untuk membunuh diri. Beliau juga telah bangkit bersama sebarisan ulama yang lain bagi menjawab isu hangat yang telah ditimbulkan oleh Pope Vatican (Benedict ???) berkaitan Islam satu ketika dahulu.

Umat Islam memandang beliau sebagai seorang alim yang amanah dan ikhlas dengan ilmu manakala golongan bukan Islam pula memandang beliau sebagai seorang tokoh ilmuwan yang berjaya dan turut tertarik dengan penyampaian beliau.

Keberadaan Prof. Dr. Ramadhan al-Buti di dalam dunia Islam memberikan kesan yang amat besar dalam mencorakkan pemikiran umat Islam kurun ini. Kita berdoa kepada Allah s.w.t. agar memanjangkan usia beliau dan mengurniakan beliau kesihatan untuk terus berkhidmat dan berjasa kepada umat Islam seluruhnya.

0 comments: