Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Template

Powered by Blogger


widget

.:: KEPIMPINAN ULAMA' ::.

Photobucket

.:: TV PR ::.


Photobucket

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:


.:: TENTANG DIRIKU ::.

Tadika Chung Hwa, Kota Bharu [ 1986 ]
SRJK (c) Chung Hwa, Kota Bharu [ 1987 - 1990 ]
Sek. Keb. Rambutan Rendang, Kota Bharu [ 1990 - 1993 ]
Maahad Muhammadi Lelaki, Kota Bharu [ 1994 - 1996 ]
SMA Sungai Merab Luar Sepang, Selangor [ 1997 -1998 ]
Darul Quran Wal Hadis, Pasir Pekan [ 1999 - 2001 ]
Maahad 'Ali Dirasat Islamiah Wal Arabiah, Perak [ 2002 ]
Universiti Al-Azhar Cawangan Tanta, Mesir [ 2003 - 2009 ]

Sunday, November 2, 2008

BERDAKWAH DILUAR TRADISI



Semasa belajar di Pakistan, Aku ada mendengar banyak kisah dakwah yang dilakukan oleh As-Syahid Imam Hassan Al-Banna. Antara cerita yang diberitahu adalah keberanian Imam Hassan Al-Banna masuk ke Pub dan Bar, untuk memberi kesedaran kepada anak-anak Islam yang sedang lalai dengan hiburan dan meneguk arak.


Usaha dakwah yang dilakukan oleh Imam Hassan Al-Banna itu, ternyata membuahkan hasil yang cemerlang, sehinggakan sebilangan anak-anak Islam itu berjaya dipulihkan, bahkan mereka menjadi pejuang Islam di Mesir ketika itu.


Tidak diketahui kebenaran kisah itu. Pun begitu, jika ianya tidak benar pun, pada penilaianku, ia adalah sesuatu yang baik dan seharusnya dilakukan oleh setiap mereka yang mengaku “anak didik Al-Ikhwan Al-Muslimun” dari Malaysia, lebih-lebih lagi orang-orang PAS.


Memandangkan kisah ini perlu diambil pengajaran, malam tadi aku sendiri telah memberanikan diri untuk pergi ke pub dan bar di sekitar Damansara utama yang jaraknya lebih kurang 15 minit perjalanan dari masjid besar Kota Damansara, dengan cita-cita ingin melakukan seperti yang telah dilakukan oleh Imam Hassan Al-Banna itu.


Eddieputra mendakwa, di Damansara utama, golongan yang “haru biru” itu, kebanyakkannya adalah anak-anak orang kaya, yang mereka duduk di situ untuk mencari kepuasan hidup. Pun begitu, mereka sebenarnya sentiasa tidak puas dengan kehidupan sebegitu.


Aku memberanikan diri untuk pergi ke Bar dan Pub itu. sesampai di situ, aku terkejut, kerana boleh dikatakan 40% kehadiran ke Pub disitu adalah anak-anak melayu, bahkan aku sendiri melihat kehadiran seorang artis perempuan melayu, yang pernah berlakon dalam drama melayu, tetapi aku tidak mengetahui nama artis berkenaan.


Aku agak gementar bercampur panic, apabila melihat sebilangan besar anak-anak melayu yang hadir di situ sedang meneguk arak tanpa segan silunya. Lebih-lebih lagi, apabila aku melihat ada anak-anak gadis dan anak-anak teruna yang jalan dipapah kerana mabuk dengan arak.


Aku dan Eddieputra mencari satu sudut untuk duduk “lepak” bagi melihat keadaan yang berlaku. Eddieputra berkata, kalau mahu mengetahui keadaan mereka yang sebenar, lebih baik duduk di salah satu meja dalam Pub tersebut, tetapi hendaklah menempah sekurang-kurangnya segelas minuman Coca cola.

Aku bertanya, tidak ada minuman lainkah?? Dijawab, minuman disitu yang murah adalah arak, tetapi minuman coca cola agak mahal.


Memandangkan ingin mengetahui keadaan mereka sebenar, aku menempah dua gelas air coca cola yang harganya RM 29.90.

Masya Allah, mahalnya dua gelas coca cola. Dan aku bertanya, berapa pula harga arak di situ, dijawab harganya satu jug hanya RM 20.00 sahaja. Yang pada penilaianku, dengan satu jug itu, boleh diminum sebanyak hampir 10 gelas.


FIKIR STRATEGI

Kami mengambil satu meja untuk duduk disitu, memerhatikan kelakuan anak-anak melayu Islam. berbagai-bagai kerenah dan perangai yang dapat dilihat. Ada yang menari tanpa segan silu, yang lebih menyedihkan apabila anak melayu itu sedang minum arak dan perpeluk-pelukkan di khalayak ramai tanpa menghiraukan kehadiran manusia yang sedang lalu di hadapan mereka.

Pada malam itu, aku tidak dapat melakukan apa-apa pun seperti yang aku lakukan pada budak-budak skateboard pada malam lalu, melainkan hanya berfikir, apakah strategi yang perlu aku lakukan untuk aku berdamping dengan mereka ini di masa akan datang, demi mahu memberhentikan mereka dari melalukan maksiat ini
.

Kami duduk di situ tidak lama, kerana agak tidak selesa dengan muzik yang terlalu kuat, pun begitu, agak sudah paham bentuk maksiat yang sedang mereka lakukan itu.

PENUTUP

Melihat keadaan itu, aku merasa agak sedih dengan kelakuan anak-anak melayu Islam. masakan kita mahu menyuruh mereka menutup aurat, arak pun diminum oleh mereka.

Aku berfikir panjang semasa dalam perjalanan pulang, memikirkan masa depan mereka, masa depan Islam dikala memerintah nanti dikala wujud anak-anak Islam sebegini, yang sudah pasti akan memberontak dan marah dengan kerajaan Islam apabila mengharamkan benda-benda maksiat ini.

Aku tidak ridha dengan kehadiran anak-anak melayu Islam ini dengan amalan maksiat yang mereka lakukan. Aku berfikir, apakah cara yang terbaik dan berhikmat dalam memberhentikan mereka dari melakukan maksiat ini.


Aku menanam cita-cita untuk mewujudkan satu ”usrah” di tengah-tengah maksiat ini, agar disuatu masa, tempat maksiat itu terpaksa ditukarkan kepada tempat mencari hidayah ekoran manusia-manusia yang hadir di situ sudah menjadi manusia yang bertaqwa kepada Allah SWT.


Apakah aku akan berjaya??? Aku mahu cuba seperti yang pernah dilakukan oleh Imam Hassan Al-Banna.


Sekian


Al-Bakistani
http://one-g.blogspot.com

0 comments: