Kerajaan UMNO dan BN terus-menerus membazirkan wang rakyat dengan pembelian yang tidak berbaloi ke atas kapal selam pertama negara yang di namakan KD Tunku Abdul Rahman, dengan belanja yang besar sebanyak RM 1 billion duit rakyat dibazirkan. Sebagaimana yang dilaporkan dalam akhbar KOSMO, saya sebagai rakyat Malaysia berasa kecewa dan bimbang dengan apa yang berlaku akhir-akhir ini.
Semalam, saya sempat menghadiri satu ceramah umum di dataran Stadium Sultan Muhammed Ke IV, ceramah tersebut disampaikan oleh YBhg. Dato' Zaid Ibrahim dan Ybhg. Hj. Muhamad Sabu. Berdasarkan ceramah mereka berdua, Malaysia kini berada di tangga ke 56 dalam indeks rasuah setaraf dengan negara afrika inilah yang mengecewakan saya dan yang membimbangkan saya adalah, sikap main-main pemimpin negara dalam soal sistem pertahanan negara. Ada jet enjin boleh hilang, beli kapal selam belum pakai dan jahanam, apa semua ini ? Jika kita lihatnegara-negara jiran kita, bagaimana mereka menyediakan sistem keselamatan dan pertahanan mereka, ini adalah soal kedaulatan dan keselamatan negara kenapa perkara ia tidak dipandang serius oleh kepimpinan negara ! Inilah akibatnya jika negara dipimpin oleh orang yang tidak tahu memimpin, apa yang mereka tahu nak memperkayakan diri masing-masing.
Kedua-dua penceramah malam tadi menyeru seluruh rakyat Malaysia bangkit dan menumbangkan kerajaan UMNO dan BN dalam pilihanraya umum akan datang, agar kita dapat menyelamatkan negara kita yang tercinta ini daripada dihancurkan oleh pemimpin-pemimpin yang tidak bertanggungjawab.
SRJK (c) Chung Hwa, Kota Bharu [ 1987 - 1990 ]
Sek. Keb. Rambutan Rendang, Kota Bharu [ 1990 - 1993 ]
Maahad Muhammadi Lelaki, Kota Bharu [ 1994 - 1996 ]
SMA Sungai Merab Luar Sepang, Selangor [ 1997 -1998 ]
Darul Quran Wal Hadis, Pasir Pekan [ 1999 - 2001 ]
Maahad 'Ali Dirasat Islamiah Wal Arabiah, Perak [ 2002 ]
Universiti Al-Azhar Cawangan Tanta, Mesir [ 2003 - 2009 ]
Friday, February 12, 2010
BELUM GUNA DAH ROSAK ! PEMBELIAN YANG TIDAK BERBALOI !
Takbiiirrr..ALLAHUAKBAR !!!!
Subscribe to:
Post Comments
(Atom)
0 comments:
Post a Comment