SIAPA yang akan menjulang trofi Piala Malaysia 2009 bakal terjawab di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam ini.
Apa yang pasti, pasukan yang muncul sebagai pemenang akan menamatkan penantian mereka bagi kejuaraan piala berprestij tanah air itu yang memasuki edisi ke-83 tahun ini.
Jika Negeri Sembilan muncul juara, mereka bakal menamatkan penantian selama 61 tahun selepas memenanginya buat pertama kali pada 1948 tetapi gagal mengulangi kejayaan itu pada final 2000 dan 2006.
Kelantan pula jika menang, bakal menamat- kan penantian selama 88 untuk menjulang Piala Malaysia buat pertama kali sejak ia diper- kenalkan pada 1921 setelah mereka tewas dalam dua per- cubaan pada tahun 1955 dan 1970.
Bagi jurulatih Negeri Sembilan, Wan Jamak Wan Hassan, pasukannya itu tidak akan turun dalam keadaan tertekan malam ini lagipun mereka dilabelkan sebagai underdog berbanding Kelantan.
"Kami akan tampil dengan lebih tenang. Kita tahu, jika pemain dalam keadaan teka- nan, mereka mudah untuk melakukan kesilapan. Biarlah Negeri Sembilan jadi underdog kerana itu tidak membuatkan kami tertekan.
"Biarpun rekod empat kali bertemu Kelantan musim ini, tiga da- ripadanya kami menang, keputu- san lepas tidak boleh dikira dalam final. Pasukan mana yang bermain dengan baik dan memanfaatkan peluang, dia akan menang," katanya pada sidang media di Stadium Nasional petang semalam.
Jurulatih Kelantan, B. Sathianathan pula tidak menganggap pasukannya sebagai pilihan kerana baginya Negeri Sembilan lebih memiliki reputasi tinggi kerana menang semua 10 perlawanan Piala Malaysia musim ini berbanding Kelantan yang menang lapan, seri sekali dan tewas sekali.
"Dalam bola sepak, semua mahu menang. Tanyalah Selangor, mereka pun nak menang Piala Malaysia walaupun dah banyak kali memenanginya. Jadi pasukan Kelantan juga mahu memenanginya untuk pertama kali.
"Jika tiada sebarang pemain yang cedera petang ini (semalam), kami bakal turunkan kesebelasan terkuat. Jika perlawanan berlanju- tan sehingga sepakan penalti, kami memang sudah bersedia sejak saingan suku akhir lagi," kata Sathiana- than pada sidang media yang sama.
Sementara itu, Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Azzuddin Ahmad memberitahu, kesemua 85,000 keping tiket bagi final malam ini telah habis dijual pada pukul 12 tengah hari semalam setelah sejam kaunter di Stadium Nasional dibuka.
"Nasihat saya, hanya mereka yang ada tiket saja hadir ke stadium esok (hari ini). Tiada skrin besar disediakan di luar stadium. Mereka yang gagal mendapatkan tiket bolehlah menonton siaran langsung di RTM1," kata Azzuddin.
0 comments:
Post a Comment