Ibnur rahmat berpeluang menghadiri majlis ceramah anjuran Badan Perhubungan Pas Negeri Kelantan sempena sambutan ulangtahun ke 19 pemerintahan Pas Kelantan di Pusat Tarbiah Islamiah (PUTIK), majlis yang dihadiri oleh ribuan rakyat Kelantan dimulakan dengan solat maghrib, isyak dan sunat hajat berjemaah disusuli dengan kuliah maghrib yang disampaikan oleh YB Ustaz Mohammad Mustapha (Adun Demit) diakhiri dengan ceramah perdana yang disampaikan oleh YAB Tuan Guru Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat, YB Tuan Guru Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang, YB Dato' Seri Anwar Ibrahim dan YB Lim Kit Siang.
Para pimpinan semalam banyak menyentuh soal isu yang sedang hangat diperkatakan iaitu usaha UBN menjatuhkan imej YAB Tok Guru dengan mengaitkan beliau dengan rasuah tajaan individu untuk membawa Tok Guru ke Mekah, apa yang menjadi double standard SPRM ialah siasatan terhadap pemimpin Pakatan Rakyat menjadi suatu kemestian bagi mereka membuat siasatan segera walaupun kes tersebut masih belum terbukti namun apa yang malang mendapat liputan meluas didada-dada akhbar pro UBN. Siasatan rasuah terhadap pimpinan UBN ibarat melepaskan batuk ditangga sahaja, berpuluh-puluh kes dan laporan salahguna kuasa dan rasuah dibuat terhadap mereka namun pihak SPRM sengaja melengah-lengahkanya. Ini jelas menunjukkan betapa tidak adilnya mereka dalam menjalankan tugas untuk membasmi gejala rasuah, mereka harus sedar gaji yang mereka perolehi adalah antara hasil pendapatan cukai yang dibayar oleh rakyat kepada kerajaan. Kami rakyat tidak redha dunia dan akhirat seandainya mereka terus menerus bersikap sedemikian.
DS Anwar Ibrahim menyelar ketua pemuda Umno Kelantan, yang menghantar memorandum kepada SPRM Negeri supaya mengambil tindakan ke atas Tok Guru. DSAI berkata pemimpin Umno dan Barisan Nasional yang jelas terbukti terlibat dengan rasuah kenapa mereka tidak bersungguh untuk membuat laporan seumpama isu rasuah projek PKFZ sebanyak 12 billion ringgit. Satu lagi, isu royalti petroleum yang dituntut oleh kerajaan negeri Kelantan yang telah dirompak oleh kerajaan pusat sebanyak RM 1 billion sejak tahun 2004. Baru-baru ini Perdana Menteri mengumunkan di dalam parlimen bahawa kerajaan pusat akan membayar wang ehsan kepada Kelantan, kes ini sama jugak ketika Pas berjaya membentuk kerajaan di Terengganu pada 1999 royalti ditarik balik dan digantikan dengan wang ehsan itu pun wang itu disalurkan kepada Jabatan Pembangunan Persekutuan yang terang-terang menjadi agen UBN di negeri-negeri yang Pakatan Rakyat memerintah.
Apa yang menarik, ucapan Tok Guru sangat tegas dalam isu ini dengan mengatakan siapa yang sepatutnya memberi ehsan negeri ke pusat..? Kalau nak diharapkan setitik minyak pun tidak ada dalam perut bumi di Kuala Lumpur, hasil yang pusat dapat adalah dari bumi Kelantan...Kami rakyat Kelantan sedikit pun tidak akan redha dengan kejahatan dan kezaliman yang mereka telah lakukan. Tok Guru menyatakan semua yang mengundi dan bekerja untuk memenangkan Pas pada tahun 1990 akan mendapat pahala, kerana dengan kemenangan ini kerajaan Kelantan dapat terus menerus melaksanakan program-program berbentuk keislaman kepada rakyat sekaligus membuktikan bahawa menunjukkan Islam mampu memerintah.
Kesimpulannya, para pimpinan menyeru agar rakyat Kelantan akan terus mempertahankan kerajaan Islam ini sampai bila-bila dan ini merupakan satu amanah dan tanggungjawab besar yang harus dipikul untuk menyekat kezaliman dan keangkuhan UBN selama ini. Kita sebagai generasi kini dan akan datang mestilah berusaha bersama-sama menjaganya dan mempertahankannya bagi memastikan Kelantan terus menjadi mercu dan lambang kedaulatan Islam serta keadilan dalam sistem pemerintahan di Malaysia...Takbir !!!! ALLAHUAKBAR !!!
SRJK (c) Chung Hwa, Kota Bharu [ 1987 - 1990 ]
Sek. Keb. Rambutan Rendang, Kota Bharu [ 1990 - 1993 ]
Maahad Muhammadi Lelaki, Kota Bharu [ 1994 - 1996 ]
SMA Sungai Merab Luar Sepang, Selangor [ 1997 -1998 ]
Darul Quran Wal Hadis, Pasir Pekan [ 1999 - 2001 ]
Maahad 'Ali Dirasat Islamiah Wal Arabiah, Perak [ 2002 ]
Universiti Al-Azhar Cawangan Tanta, Mesir [ 2003 - 2009 ]
Tuesday, November 17, 2009
HANGAT DI PUTIK....SPRM DOUBLE STANDARD...
Subscribe to:
Post Comments
(Atom)
0 comments:
Post a Comment