PERINTAH JIHAD SELEPAS NABI HIJRAH
Oleh : TUAN GURU HJ. NIK ABD. AZIZ NIK MAT
SESUNGGUHNYA bai'ah yang pertama Antara Nabi s.a.w. dengan pihak Hazraj Madinah adalah untuk menyebarkan Islam. Berbeza dengan bai'ah yang kedua menjadi asas kepada Nabi s.a.w. Untuk berhijrah ke Madinah. Oleh yang demikian, sebelum Nabi berhijrah awal-awal lagi Nabi telah membuat perjanjian tentang tanggungjawab mempertahan dari sebarang serangan atau peperangan yang ditujukan kepada Nabi dan umat Islam. Bai'ah yang kedua itu mencerminkan sifat fatonah' Nabi s.a.w. dalam mengatur strategi dakwah dan membuat persiapan sebelum sesuatu yang buruk menimpa tugas dakwah Nabi s.a.w..
Lantaran Nabi s.a.w. akan berhilrah ke Madinah, maka pengakuan dari penduduk Madinah perlu diambil untuk mengadakan kawalan diri Nabi s.a.w.. justeru itu bai'ah kedua itu mengandungi dasar yang sempurna dan lengkap untuk tujuan hijrah Nabi s.a.w. kelak. Sekiranya berlaku peperangan, tidak perlu diadakan perjanjian baru kerana perjanjian 'Bai'ah Aqabah tsaniah' iaitu bai'ahyang kedua sudah lengkap dan memadai.
Peruntukan paling penting yang terdapat di dalam bai'ah kedua ialah; berjihad dan
mempertahankan dakwah dengan cara mengguna kekuasaan (Dakwahbil-Quwwah). Perjanjian
kedua itu diadakan berdasarkan pengalaman Nabi s.a.w. berdakwah di Makkah, terlalu banyak
ancaman dan penindasan oleh puak kuffar terhadap Nabi s.a.w.. justeru itu sebelum Nabi
berhijrah, telah dipersiapkan terlebih dahulu segala keperluan untuk mempertahankan kedudukan Nabi s.a.w. sebagai Rasul Allah agar tugas dakwahnya tidak terhalang. Sebagaimana pengakuan kaum Hazraj Madinah yang sanggup membela Nabi dari serangan musuh, seperti mereka membela kaum keluarga dan anak isteri mereka sendiri dari ancaman musuh.
Walaupun semasa bai'ah yang kedua dimeterai belum ada arahan perang dari langit, namun Nabi s.a.w. sudah menjangkakan bahawa peperangan dengan golongan kuffar tidak dapat dielakkan pada masa akan datang. Tidak mungkin perbuatan khianat dan ancaman terhadap Islam dan umat muslimin akan dibiarkan berlarutan tanpa penyelesaian. Di dalam hati sanubari Nabi s.a.w. telah merasai bahawa peperangan dengan musuh Islam pasti akan berlaku, ia dilihat dari reaksi penerimaan manusia terhadap Islam dan peningkatan penentangan terhadap agama Islam.
Keizinan untuk berperang dari Allah SWT hanya berlaku sesudah Nabi s.a.w. berhijrah ke
Madinah, bagaimanapun keadaan semakin melampau apabila orang-orang kafir menghalang hak
untuk bersuara dan berdakwah telah dihalang. Tindakan golongan kuffar itu sudah dikira
melampau. Sekurang-kurangnya peluang untuk menjelaskan persoalan agama Islam yang mereka pertikaikan itu tidak dihalang, sama ada orang ramai hendak menerima atau sebaliknya terserahlah, asalkan dapat dijelaskan kepada umum tanpa halangan. Jika bercakap pun dihalang, maka ia sudah dianggap aniaya atau zalim. Sesungguhnya perbuatan aniaya itu tidak boleh diterima oleh semua manusia dalam apa keadaan pun.
Bagaimanapun tidak ada peruntukan di dalam bai'ah kedua yang menunjukkan bahawa perang
terhadap golongan kuffar itu diizinkan oleh Allah SWT sejak perjanjian kedua diadakan di
Aqabah. Meskipun Nabi s.a.w. telah menyebut soal perang kepada penduduk Madinah, ia
sekadar pandangan jauh oleh Nabi s.a.w. terhadap masa depan Islam, sukar hendak dielakkan
peperangan antara kaum Muslimin dan musuh-musuhnya. Nabi sudah dapat merasakan bahawa selepas berhijrah ke Madinah peperangan dengan puak kafir Quraisy Makkah akan tercetus.
Justeru itu ibarat bersedia perisai sebelum dihujani anak panah, iaitu dengan mengambil pengakuan dari penduduk Madinah untuk memikul sama tanggungjawab tersebut.
Bukti bahawa perang belum dizinkan oleh Allah SWT semasa bai'ah kedua diadakan, ialah adanyapermintaan dari seorang wakil Hazraj Madinah bernama Abbas bin Ubadah yang telah berbai'ah dengan Nabi berikrar di hadapan Nabi dengan katanya:
"Demi Tuhan, jika baginda mengarah puak kami berperang pada esok hari, nescaya kami semua
akan melakukannya tanpa bertangguh lagi." Tetapi Nabi s.a.w. menjawab:
"Lam nu'mar bizalik, walakin irji'u ila rihalikum" yang bermaksud: "Aku tidak diperintah
(oleh Allah) untuk berbuat demikian. Pulanglah anda ke khemah kamu semua."
Ertinya pada ketika itu Allah SWT belum memerintahkan atau mengizinkan peperangan itu
dilakukan oleh Nabi dan kaum. Muslimin terhadap golongan kuffar, walaupun kekejaman puak
kuffar Quraisy Makkah telah melampaui batas. Nabi memerintahkan Abbas bin Ubbadah supaya balik ke khemah masing-masing, untuk berehat dan mendinginkan semangat berkobar-kobar Abbas bin Ubbadah yang belum tiba waktunya.
Hujah seterusnya yang menunjukkan bahawa perang belum diizinkan oleh Allah SWT semasa
bai'ah yang kedua ialah firman Allah di dalam al-Quran yang bermaksud:
"Telah dizinkan (berperang) bagi orang-orang yang diperangi, kerana sesungguhnya
mereka telah dianiaya. Dan sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuasa menolong
mereka itu. " (Surah al-Hajj ayat 39).
Ayat tersebut telah diturunkan oleh Allah SWT setelah Nabi s.a.w. dihalau keluar oleh Makkah
dalam satu percubaan mernbunuh baginda. Dengan peristiwa tersebut Nabi meninggalkan
rumahnya dan berhijrah ke Madinah di malam tersebut. Jumhur ulama' mufassirin telah sekata,
bahawa ayat pertama mengenai perang jihad) ialah ayat 39 surah al- Hajj itu.
Imam Termizi dan Imam An-Nasaei berkata bahawa Abdullah ibnu Abbas (sepupu Nabi) setelah mendapat berita bahawa Nabi s.a.w. meninggalkan kota Makkah untuk berhijrah ke Madinah, lalu Abu Bakar berkata:
"Malang bagi penduduk Makkah, mereka telah menghalau Nabi mereka sendiri. Inna. lillahi wa-inna ilaihi raji'uun, nyatalah bahawa puak-puak Quraisy Makkah akan
punah binasa."
Setelah Abu Bakar mendengar wahyu Allah surah. al-Hajja ayat 39 diturunkan, lalu
beliau berpendapat bahawa peperangan pasti akan berlaku dalam tempoh yang terdekat.
Bagaimanapun keizinan untuk berperang melalui wahyu Allah dalam. surah. al- Hajj ayat 39
berlaku agak lewat, setelah Nabi s.a.w. dan umat Islam menghadapi ancaman dan tentangan
bertahun-tahun lamanya dari kafir Quraisy, sehingga Nabi telah berhijrah barulah. dizinkan
berperang.
Sesungguhnya Allah SWT telab mengatur keadaan sedemikian, kelewatan izin berperang itu
mempunyai hikmah di sebaliknya. Jika keizinan berperang di awal permulaan Islam, tindakan itu tidak munasabah. Kerana sebelum berperang mestilah dilaksanakan dakwah atau seruan terhadap manusia agar mereka memahami Islam dan menerimanya dengan cara. yang baik. Dakwah Islam itu mestilah didahului dengan hujah, agar insan yang berakal ini dapat menggunakan fikiran yang dikurniai Allah SWT itu bagi memahami betapa manusia mempunyai keper- luan untuk hidup beragama.
Tidak syak lagi bahawa dengan turunnya ayat mengenai jihad itu maka inilah marhalah kedua
selepas melaksanakan kewajipan berdakwah selama kira-kira tiga belas tahun. Jika perintah
perang di peringkat awal Islam, ini bererti kewajipan berperang itu tidak tertegak di atas tapak
yang kukuh. Sedangkan pada marhalah kedua ini Islam akan diperkukuh dengan kekuasaan
terhadap negara Islam yang ulung di Madinah, dengan terbina negara tersebut bererti Islam akan menempuh era kesyumulannnya yang meliputi semua aspek kehidupan duniawi dan ukhrawi.
SRJK (c) Chung Hwa, Kota Bharu [ 1987 - 1990 ]
Sek. Keb. Rambutan Rendang, Kota Bharu [ 1990 - 1993 ]
Maahad Muhammadi Lelaki, Kota Bharu [ 1994 - 1996 ]
SMA Sungai Merab Luar Sepang, Selangor [ 1997 -1998 ]
Darul Quran Wal Hadis, Pasir Pekan [ 1999 - 2001 ]
Maahad 'Ali Dirasat Islamiah Wal Arabiah, Perak [ 2002 ]
Universiti Al-Azhar Cawangan Tanta, Mesir [ 2003 - 2009 ]
Tuesday, July 21, 2009
Tazkirah
Subscribe to:
Post Comments
(Atom)
0 comments:
Post a Comment