Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Template

Powered by Blogger


widget

.:: KEPIMPINAN ULAMA' ::.

Photobucket

.:: TV PR ::.


Photobucket

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:


.:: TENTANG DIRIKU ::.

Tadika Chung Hwa, Kota Bharu [ 1986 ]
SRJK (c) Chung Hwa, Kota Bharu [ 1987 - 1990 ]
Sek. Keb. Rambutan Rendang, Kota Bharu [ 1990 - 1993 ]
Maahad Muhammadi Lelaki, Kota Bharu [ 1994 - 1996 ]
SMA Sungai Merab Luar Sepang, Selangor [ 1997 -1998 ]
Darul Quran Wal Hadis, Pasir Pekan [ 1999 - 2001 ]
Maahad 'Ali Dirasat Islamiah Wal Arabiah, Perak [ 2002 ]
Universiti Al-Azhar Cawangan Tanta, Mesir [ 2003 - 2009 ]

Tuesday, June 2, 2009

Jernihkan Suasana Pemilihan, Jauhkan Permusuhan Sesama Kita

Assalamualaikumm..

Ahlan wa sahlan dan selamat bermuktamar kepada saf kepimpinan, perwakilan dan pemerhati di Muktamar Tahunan PAS Pusat kali ke-55, yang akan berlansung di Stadium Melawati Shah Alam Selangor Darul Ehsan. Apa yang menarik muktamar tahunan kali ini akan diadakan pemilihan kepimpinan baru untuk menerajui tampuk kepimpinan PAS untuk menghadapi mehnah perjuangan kian mencabar.

Semalam saya membaca pelbagai artikel dan risalah yang bagi saya amat merbahaya kepada gerakan Islam seperti PAS, berlaku serang-menyerang dan tuduh menuduh oleh bloggers dengan mengaitkan pimpinan PAS. Berbagai pendedahan yang dibuat, sehingga memburuk-burukkan nama sesetengah pimpinan peringkat tertinggi PAS adalah sesuatu yang amat mengecewakan. Apa yang terjadi seolah-olah wujub bibik perpecahan dalam Parti Islam kian mendapat tempat di hati rakyat Malaysia kini.

Pemilihan jawatan Timbalan Presiden yang dijangka panas, kerana melibat jawatan nombor 2 dalam PAS. Dua orang calon yang telah menawarkan diri untuk bertanding merebut jawatan ini dan seorang lagi penyandang jawatan, mereka adalah Ust. Nasharuddin Mat Isa, Dato' Husam Musa dan Hj. Mohamad Sabu. Mereka bertiga adalah merupakan calon-calon yang sesuai untuk menyandang jawatan tersebut, mereka bertiga mempunyai misi dan visi masing-masing untuk memastikan PAS terus gah dalam menempuh ranjau politik Malaysia. Saya yakin, mereka bertiga adalah pemimpin yang ingin bekerja dengan ikhlas dan demi perjuangan Islam semata-mata bukan kerana pangkat, harta dan kedudukan.

Sebagai mahasiswa, saya berpandangan seelok-eloknya marilah sama-sama kita jernihkah pemilihan kali ini dan mengelakkan dari berlaku unsur-unsur permusuhan yang boleh memusnahkan ikatan ukhwah yang telah lama terbina. Islam mengajar kita supaya sentiasa menjaga ukhuwah silaturahim sebagai mana firman Allah yang bermaksud :-

"Dan berpeganglah kamu semua dengan tali Allah dan janganlah kamu semua berpecah belah" [ Al-Imran - 103 ]

Saya berharap, para perwakilan melakukan solat hajat dan istikharah dan panjatkan doa kepada Allah s.w.t agar setiap pilihan yang dibuat adalah mendapat petunjuk dan iradat dari Allah s.w.t. Apa yang penting di sini, kepimpinan yang bakal mengisi jawatan adalah mereka yang benar-benar mewaqafkan jiwa serta harta benda mereka untuk perjuangan Islam dan bukan mereka yang hanya mempunyai kepentingan untuk mencari kedudukan, pangkat dan pengaruh demi memenuhi hasrat keinginan dan nafsu ammarah mereka.

Demi sayangkan jemaah dan perjuangan yang murni ini, ayuh kita semua sama-sama bergandingan bahu dan menyusun saf bagi menghadapi musuh-musuh yang sentiasa berusaha mencari ruang dan peluang untuk merosakan kekuatan ukhuwah serta cubaan mereka untuk mengagalkan segala perancangan kita untuk memastikan Islam mendapat tempat di hati seluruh rakyat Malaysia. Wallahu'alam...

Selamat memilih serta Salam muktamar dan perjuangan dari saya Ibnu Rahmat buat semua pimpinan, perwakilan dan pemerhati. Takbir...Allahuakbar !!

0 comments: