Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Template

Powered by Blogger


widget

.:: KEPIMPINAN ULAMA' ::.

Photobucket

.:: TV PR ::.


Photobucket

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:


.:: TENTANG DIRIKU ::.

Tadika Chung Hwa, Kota Bharu [ 1986 ]
SRJK (c) Chung Hwa, Kota Bharu [ 1987 - 1990 ]
Sek. Keb. Rambutan Rendang, Kota Bharu [ 1990 - 1993 ]
Maahad Muhammadi Lelaki, Kota Bharu [ 1994 - 1996 ]
SMA Sungai Merab Luar Sepang, Selangor [ 1997 -1998 ]
Darul Quran Wal Hadis, Pasir Pekan [ 1999 - 2001 ]
Maahad 'Ali Dirasat Islamiah Wal Arabiah, Perak [ 2002 ]
Universiti Al-Azhar Cawangan Tanta, Mesir [ 2003 - 2009 ]

Sunday, April 5, 2009

Tahniah Bait Muslim Tanta dengan Penganjuran MESRA '09

Ahamdulillah, Ibnu Rahmat telah turut serta dalam program sehari bersama Bait Muslim atau MESRA '09 anjuran Unit Bait Muslim Tanta dengan kerjasama Dewan Perwakilan Mahasiswa Tanta telah berjalan dengan lancar. Ia bermula pada pagi semalam di dewan Syeikh Muhammad Syaltut Bait Izzah Ma'arad telah dirasmikan oleh Ust. Mohd Faizol Bin Endot Pengerusi Dewan Perwakilan Mahasiswa Tanta Mesir.

Beberapa Modul dan acara telah disediakan oleh pihak urusetia pelaksana program yang terdiri daripada pasangan mutazawwijin ( berkahwin ) Tanta kepada para peserta antaranya ialah forum pengenalan Bait Muslim, pembentangan kertas kerja yang bertajuk "Rumahtangga Dakwah" oleh Ust. Mohd Fairuz bin Tamjiz, pertandingan memasak gabungan ikhwah dan pak dam serta beberapa acara sukaneka seperti kupas buah limau, menganyam ketupat, makan buah, masukkan benang dalam lubang jarum dan melipat pakaian.

Program ini juga turut di sertai oleh pelajar-pelajar perubatan cawangan Tanta, baik ikhwah mahupun akhwat. Turut menyerikan program yang julung-julung kali diadakan ini ialah kehadiran anak-anak kecil yang sentiasa menceriakan suasana.

Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh penasihat satu DPMT Ust. Wan Hadiyuddin Wan Mahmmod, terdapat banyak perkara yang disentuh oleh al-fadhil ustaz Wan Hadiyuddin dalam ucapannya ialah tentang masuliyyat ( Tanggungjawab ) yang diamanahkan oleh Allah s.w.t apabila kita semua membentuk sebuah keluarga berpandukan sirah perjuangan Rasulullah s.a.w dan para sahabat baginda.

Apa yang dapat disimpulkan oleh Ibnur Rahmat akan program semalam, untuk melahirkan sebuah keluarga muslim yang berjaya dan diredhai Allah adalah bermulanya dari diri kita masing-masing dan proses mencari pasangan yang baik serta menerapkan nilai-nilai Islam dalam pentarbiyahan anak-anak. Ilmu dan pengalaman adalah unsur utama dalam membentuk keperibadian sesebuah keluarga muslim yang barakah, selain daripada tidak membelakangkan sunnah Nabi s.a.w. Sesungguhnya yang jelas pada program semalam semangat ukhuwwah fillah dapat dijalinkan sesama ahli DPMT dan juga ahli Perubatan Tanta ( PCT ) bersesuaian dengan tema program "Ukhuwwah fillah ke arah mardhotillah".

0 comments: