Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Template

Powered by Blogger


widget

.:: KEPIMPINAN ULAMA' ::.

Photobucket

.:: TV PR ::.


Photobucket

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:


.:: TENTANG DIRIKU ::.

Tadika Chung Hwa, Kota Bharu [ 1986 ]
SRJK (c) Chung Hwa, Kota Bharu [ 1987 - 1990 ]
Sek. Keb. Rambutan Rendang, Kota Bharu [ 1990 - 1993 ]
Maahad Muhammadi Lelaki, Kota Bharu [ 1994 - 1996 ]
SMA Sungai Merab Luar Sepang, Selangor [ 1997 -1998 ]
Darul Quran Wal Hadis, Pasir Pekan [ 1999 - 2001 ]
Maahad 'Ali Dirasat Islamiah Wal Arabiah, Perak [ 2002 ]
Universiti Al-Azhar Cawangan Tanta, Mesir [ 2003 - 2009 ]

Monday, April 6, 2009

Siapa hina Islam ?

Oleh : CINA ISLAM

Satu laporan polis dibuat terhadap setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming kerana didakwa mempersendakan Islam dalam ceramah politiknya dalam pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang.

Laporan tersebut dibuat oleh presiden Badan Bertindak Perpaduan Melayu, Osman Abu Bakar, di ibupejabat polis Taiping pada jam 5.45 petang ini.

Nga juga merupakan Ahli Parlimen Taiping dan ADUN Pantai Remas.

Dia juga mendakwa Nga meuat ucapan dalam satu ceramah di Changkat Jering dua hari lepas dan turut disiarkan dalam blog anwaribrahimdotcom.blogspot.com.

Dalam laporannya itu, Osman mendakwa Nga mempersendakan Islam dengan menyebut ayat al-Quran daripada Surah Al-A' raf untuk tujuan kempen dan menyebutkan secara tidak betul.

Beliau mendakwa Nga - yang juga ahli Parlimen Taiping dan ADUN Pantai Remis - menyebut Surah Al-A'raf sebagai Al-Aurah dalam satu ceramah dua hari lalu.

Saya sangat terkejut dengan laporan yang disiarkan oleh Malaysiakini diatas, saya mula memikirkan untuk menjawabnya pada ceramah yang akan saya hadirinya di saat-saat akhir kempen PRK Bukit Gantang.

Malam ini saya menjawab isu di atas di ceramah kelompok di Kampung Tersusun Jelapang . Seingat saya inilah ceramah saya yang saya menggunakan hujah secara serius dalam menjelaskan isu penting ini.

Sebenarnya siapakah yang mempersendakan Islam dan siapakah yang perlu memohon maaf kepada umat Islam bukan sahaja di Malaysia malah diseluruh dunia kerana mempersendakan Islam, mereka adalah pemimpin UMNO bukannya dari DAP termasuklah Nga Kor Ming.

Saya memuji dan sanggat kagum dengan YB. Nga yang berusaha gigih untuk memahami Islam sejak kami saling mengenali. Semasa mengadakan kunjungan hormat atas nama Pengerusi BBC, saya terkejut di atas mejanya terdapat senaskah Al Quran terjemahan dalam bahasa mandarin.

Itulah pemimpin DAP yang baru kami kenali dan duduk semeja sudah mereka cuba memahami dan kami ajarkan mereka untuk faham Islam.

Sedangkan UMNO yang kononnya Islam itu, sudah 51 tahun lebih berkawan dengan MCA namun sedikitpun mereka tidak mengajar pemimpin MCA untuk faham Islam. malah setahu saya pemimpin MCA sangat faham apakah perangai pemimpin UMNO yang tidak mengira halal dan haram itu.

Selain itu saya sangat sedih dengan "bebal"nya pemimpin UMNO mempertahankan tulisan jawi yang ditulis tanpa usaha menukar atau membetukannya. Ia menjadi imej kepada ajaran islam sekian lama walaupun yang mematikan jawi juga pemimpin UMNO. Bayangkan tulisan iklan yang banyak terpampang di banyak tempat mengeja "amalan" dengan alif, mim , alif, lamalif, nun. Jelas kesalahannya sendangkan yang betul ialah ain, mim, lam ,nun.

Banyak ucapan dan tindakan pemimpin UMNO yang sudah sampai kepada peringkat boleh merosakkan akidah. Seingat saya Mahadhir pernah mengatakan bahawa Nabi Muhamamd tidak bercukur kerana mana ada pisau cukur semasa itu, ia menghina sunnah nabi dan sempat ditegur oleh Mufti, akhirnya mufti yang dipecat.

Meraka juga pernah menafsirkan ayat al Quran dengan mempersendakan sehingga ada yang sanggup mengatakan dalam Al Quran dan menyebut UMNO iaitu "amanu". Sekali lagi mereka ditegur mufti dengan kebiadaban itu.

Pemimpin UMNO juga yang menghina hukum hudud sehingga dicabar di Mahkamah dan yang paling kemuncaknya UMNOlah yang mencipta Islam baru dengan panggilan "Islam Hadhari".

Demikianlah sekelumit bukti dari gunungan bukti bahawa UMNOlah yang menghina Islam dari dulu sehinggalah sekarang. jangan cuba bercakap orang lain dan Yb. Nga menghina Islam sedangkan UMNOlah jaguhnya.

0 comments: