Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Template

Powered by Blogger


widget

.:: KEPIMPINAN ULAMA' ::.

Photobucket

.:: TV PR ::.


Photobucket

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:


.:: TENTANG DIRIKU ::.

Tadika Chung Hwa, Kota Bharu [ 1986 ]
SRJK (c) Chung Hwa, Kota Bharu [ 1987 - 1990 ]
Sek. Keb. Rambutan Rendang, Kota Bharu [ 1990 - 1993 ]
Maahad Muhammadi Lelaki, Kota Bharu [ 1994 - 1996 ]
SMA Sungai Merab Luar Sepang, Selangor [ 1997 -1998 ]
Darul Quran Wal Hadis, Pasir Pekan [ 1999 - 2001 ]
Maahad 'Ali Dirasat Islamiah Wal Arabiah, Perak [ 2002 ]
Universiti Al-Azhar Cawangan Tanta, Mesir [ 2003 - 2009 ]

Monday, April 6, 2009

Retorik Politik Menjelang Hari Pengundian

YB Nga Kor Ming

Hari ini kecoh di dada akhbar tentang berita yang melaporkan bahawa seorang wakil rakyat cina parti DAP dari Perak iaitu YB Nga Kor Ming menghina al-Quran, maka telah bangkit beberapa NGO [1] [2] yang mengecam YB DAP itu. Apabila diamati berita tersebut, saya ingatkan YB Nga Kor Ming memutar belitkan maksud ayat al-Quran yang dibaca beliau dalam ceramah semasa berkempen di PRK P059 Bukit Gantang rupa-rupanya hanya sekadar salah menyebut nama surah sahaja sebagaimana yang telah dilaporkan oleh akhbar, beliau telah menyebut surah al-Aurah yang sebenarnya surah Al-A'raf.

Dalam isu ini, bagi saya seorang Islam rasa berbangga kerana mereka yang bukan Islam mempunyai keinginan untuk menjadikan al-Quran sebagai rujukan dalam ucapan mereka. Kita jangan lihat dari sudut politik, dalam perkara ini kita harus melapangkan dada kita untuk melihatnya dalam konteks dakwah. Satu persoalan dapat di timbulkan di sini, mengapakah pemimpin bukan Islam yang bersungguh-sungguh untuk menjadikan al-Quran sebagai rujukan dalam ucapan mereka tetapi banyak di kalangan pemimipin yang beragama Islam tidak mahu merujuk ayat-ayat al-Quran dalam ucapan mereka? Apa yang lebih malang mereka membelakangkan ayat-ayat al-Quran yang sepatutnya menjadi pegangan dan panduan dalam kehidupan.

YB CINA ISLAM
telah menyatakan bahawa beliau sangat kagum dengan usaha YB Nga yang cuba mendalami dan memahami Islam sejak beliau mengenali YB Nga, semasa mengadakan kunjungan hormat atas nama Pengerusi BBC, beliau terkejut di atas mejanya terdapat senaskah Al Quran terjemahan dalam bahasa mandarin. Itulah pemimpin DAP yang baru kami kenali dan duduk semeja, mereka cuba memahami dan kami ajarkan mereka untuk faham Islam.

Apa yang malang turut terlibat dalam mengecam YB Nga ialah mufti Perak, seperti yang dinyatakan oleh blogger MSO Melayu. Dalam kes ini jelas pihak-pihak tertentu menjadikannya sebagai sentimen perkauman dengan menggunakan isu agama bagi membangkitkan kemarahan orang melayu khususnya para pengundi Melayu dan Islam di tiga kawasan pilihanraya kecil yang bakal berlangsung esok. Kepada para pengundi terutama pengundi melayu Islam di tiga kawasan pilihanraya kecil yang bakal turun mengundi pada esok hari, buatlah pilihan yang bijak dan pilihlah pemimpin yang betul-betul untuk membela nasib rakyat. Jangan terpedaya dengan gula-gula pilihanraya oleh pihak-pihak hanya mengamalkan retorik politik
semata-mata. Sirru 'ala barakatiLLAH dan Selamat Mengundi !!!

0 comments: