Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Template

Powered by Blogger


widget

.:: KEPIMPINAN ULAMA' ::.

Photobucket

.:: TV PR ::.


Photobucket

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:


.:: TENTANG DIRIKU ::.

Tadika Chung Hwa, Kota Bharu [ 1986 ]
SRJK (c) Chung Hwa, Kota Bharu [ 1987 - 1990 ]
Sek. Keb. Rambutan Rendang, Kota Bharu [ 1990 - 1993 ]
Maahad Muhammadi Lelaki, Kota Bharu [ 1994 - 1996 ]
SMA Sungai Merab Luar Sepang, Selangor [ 1997 -1998 ]
Darul Quran Wal Hadis, Pasir Pekan [ 1999 - 2001 ]
Maahad 'Ali Dirasat Islamiah Wal Arabiah, Perak [ 2002 ]
Universiti Al-Azhar Cawangan Tanta, Mesir [ 2003 - 2009 ]

Saturday, February 7, 2009

Tragedi KK'gate ( Jangan Di Nafi Hak Rakyat )



Media arus perdana menjadikan isu Tragedi KK 'gate sebagai bom untuk meng'halal'kan bahawa kerajaan Pakatan Rakyat harus disisihkan dari terus menerajui pemerintahan negeri Perak, fenomena biasa apabila isu ini diputarbelit oleh media massa tanpa ada sedikit pun rasa belas dalam memberi pertimbangan dan ruang lingkup cerita yang jelas kepada rakyat tentang apa yang sebenarnya telah berlaku.

Mengapa rakyat marah ? Mengapa rakyat marhaen menjadi aggresif ? Mengapa ribuan rakyat turun membanjiri masjid Sultan ? Jawapan lurusnya ialah rakyat Perak hanya mahukan menifestasi hasrat dan suara rakyat marhaen yang berduka akan konspirasi politik yang didalangi oleh Umno ini dapat diperbetulkan secara bermaruah.

Diperbetulkan dengan mengadakan pilihanraya dan DUN dibubarkan. Sedih dan pilu bila hasrat rakyat Perak itu diakhiri dengan kekecohan bilamana rakyat marhaen tidak dapat lagi mengawal emosi marah lantas tercetusnya Trajedi KK'gate. Mengapa ianya tercetus ? Ingin ditegaskan disini bahawa kemarahan rakyat itu bukanlah disebabkan oleh titah Sultan agar yang meminta YAB MB Perak meletakkan jawatan. Tidak !!

Tetapi kemarahan itu terbit dari hasrat rakyat yang merasakan mereka ditipu oleh konspirasi 'bacul' Umno. Malah pimpinan tertinggi PAS Negeri dan YAB Menteri Besar sendiri tidak mengizinkan sebarang perhimpunan diadakan, ini dapat dilihat dengan tiadanya pimpinan2 Negeri dan exco Negeri berada ketika perhimpunan itu berlangsung.

Bila kemarahan rakyat tidak dapat lagi dikawal, maka kekecohan pun berlaku, media massa khususnya meletakkan kesalahan tragedi yang berlaku itu TOTAL dibahu YAB Menteri Besar Ir. Nizar yang secara terang melabelkan beliau sebagai seorang yang derhaka dan aggresif mempergunakan rakyat negeri Perak. Bacul sungguh tuduhan itu bila menjadikan Tragedi KK' gate sebagai puncanya untuk menyerang YAB MB Besar, ini secara tidak langsung memberi imej yang buruk dan hodoh di mata rakyat. Hasilnya YAB MB Nizar menjadi mangsa dan imejnya tercalar teruk hasil dari dakyah songsang media yang tidak bertanggungjawab.

Hasrat rakyat jelas, mahukan pilihanraya. Ini kerana kerajaan baru yang ditubuhkan oleh Barisan Nasional itu didokongi oleh Adun BEBAS yang lemah, sebagai penentu majoriti dimana Adun - Adun berkenaan telah hilang wibawa dan integritinya. Orang-orang itu masih terikat dengan dakwaan rasuah dan bakal diheret ke mahkamah.

Pandangan ABO positif. Jika diberi pilihan untuk rakyat, pilihanraya itulah pengikatnya agar rakyat Perak yang bernaung dibawah Kerajaan Tuanku dapat menentukan corak kerajaan yang diinginkan secara lebih bermaruah. Berikanlah pilihan itu kembali kepada rakyat. Adakan pilihanraya, dan seandainya Pakatan Rakyat tewas, rakyat akur dan bentuklah kerajaan kepada yang menang. Sesungguhnya pendekatan ini lebih memberi ketenteraman kepada awam. Tetapi bukan dengan cara Umno bina sekarang menubuhkan kerajaan yang mengundang kemarahan rakyat. Berikanlah hak itu kepada rakyat biarlah rakyat yang menentukannya.

radenbanjar@ABO
al-Banjari Online

0 comments: