Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Template

Powered by Blogger


widget

.:: KEPIMPINAN ULAMA' ::.

Photobucket

.:: TV PR ::.


Photobucket

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:


.:: TENTANG DIRIKU ::.

Tadika Chung Hwa, Kota Bharu [ 1986 ]
SRJK (c) Chung Hwa, Kota Bharu [ 1987 - 1990 ]
Sek. Keb. Rambutan Rendang, Kota Bharu [ 1990 - 1993 ]
Maahad Muhammadi Lelaki, Kota Bharu [ 1994 - 1996 ]
SMA Sungai Merab Luar Sepang, Selangor [ 1997 -1998 ]
Darul Quran Wal Hadis, Pasir Pekan [ 1999 - 2001 ]
Maahad 'Ali Dirasat Islamiah Wal Arabiah, Perak [ 2002 ]
Universiti Al-Azhar Cawangan Tanta, Mesir [ 2003 - 2009 ]

Wednesday, February 4, 2009

Masjid Kampung Laut berusia 300 tahun




Tapak asal Masjid Kampung Laut yang hampir runtuh kerana
hakisan
sungai Kelantan




Masjid Kampung Laut pada asalnya terletak di suatu kawasan di tebing Sungai Kelantan iaitu di Kampung Laut, kira-kira 3 kilometer daripada Kota Bharu. Masjid ini dianggap masjid yang tertua di negeri ini. Menurut sejarah ia telah dibina kira-kira 300 tahun dahulu. Pada tahun 1966, banjir besar telah melanda Kelantan dan menyebabkan masjid tua ini mengalami kerosakan yang menyebabkan tapak masjid ini hampir jatuh ke dalam Sungai Kelantan. Masjid itu telah dipindahkan dan dibina semula di kawasan Pusat Pengajian Tinggi Islam, Nilam Puri.

Penguabahsuaian juga dilakukan ke atas masjid ini terutamanya di bahagian anjung atau serambinya dan bahagian bilik mengambil air sembahyang, namun rekabentuk dan bahan yang digunakan tetap sebagaimana bangunan asal. Masjid ini dipercayai dibina oleh sekumpulan pengembang (mubaligh) agama Islam yang terdiri daripada sekumpulan anak raja Jawa yang datang belayar berhampiran negeri Kelantan. Semasa dalam pelayaran tersebut, kapal yang dinaiki baginda bocor dan anak raja itu bernazar untuk mendirikan sebuah masjid sekiranya mereka selamat tiba ke darat. Anak raja Jawa itu selamat tiba ke darat dan mereka mendirikan sebuah masjid di Kampung Laut dan apabila kembali ke Jawa mereka mendirikan sebuah lagi masjid yang rekabentuk yang sama seperti Masjid Kampung Laut. Rekabentuk masjid Kampung Laut juga adalah sama dengan bentuk Masjid Agung Demak di Jawa, Indonesia.

Masjid Kampung Laut dibina daripada kayu cengal dan mempunyai 20 batang tiang termasuk empat tiang seri. Masjid ini sangat tinggi dari lantai ke puncaknya. Terdapat banyak ukiran di dinding bahagian beranda, buah butong dan tiang-tiang utama dalam bahagian bangunan. Motif seni bina masjid ini dikatakan melambangkan ketuhanan dan alam semula jadi yang pada asasnya diterapkan pada bunga teratai.

Bumbungnya berbentuk tiga lapis yang disebut bumbung tiga tingkat iaitu menyamai bentuk bumbung masjid-masjid di negeri Melaka. Menaranya juga mempunyai bentuk yang hampir sama dengan Masjid Wali Sunan Kalijaga di Jawa Tengah. Masjid Kampung Laut ini dapat memuatkan hampir 400 orang jemaah. Mimbar dan ruang dalamnya disokong oleh empat batang tiang seri.

Sumber Rujukan :

(a) Mohamed Roelan Abdul Malek, (1998). Kesan Sejarah dan tempat-tempat menarik : Negeri Kelantan Darul Naim. Petaling Jaya : Oscar Book International.
(b) Asmad, (1987). Siri Lambaian Nusa : Kelantan. Melaka : Associated Educational Distributors (M) Sdn. Bhd.


Bangunan Masjid Kampung Laut dibangunkan semula dan ia kini terletak berhampiran
Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra, Nilam Puri ( Sudut Hadapan )



Semua peralatan dan bahan binaan bangunan Masjid Kampung Laut
yang berusia 300 tahun dan ia di kekalkan dalam binaan semulanya ( Sudut Sisi )

0 comments: