Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Template

Powered by Blogger


widget

.:: KEPIMPINAN ULAMA' ::.

Photobucket

.:: TV PR ::.


Photobucket

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:


.:: TENTANG DIRIKU ::.

Tadika Chung Hwa, Kota Bharu [ 1986 ]
SRJK (c) Chung Hwa, Kota Bharu [ 1987 - 1990 ]
Sek. Keb. Rambutan Rendang, Kota Bharu [ 1990 - 1993 ]
Maahad Muhammadi Lelaki, Kota Bharu [ 1994 - 1996 ]
SMA Sungai Merab Luar Sepang, Selangor [ 1997 -1998 ]
Darul Quran Wal Hadis, Pasir Pekan [ 1999 - 2001 ]
Maahad 'Ali Dirasat Islamiah Wal Arabiah, Perak [ 2002 ]
Universiti Al-Azhar Cawangan Tanta, Mesir [ 2003 - 2009 ]

Wednesday, February 25, 2009

INILAH DETIKNYA.

Saingan Liga Super yang kembali bersambung pastinya mengundang tarikan tersendiri kepada setiap peminat setia pasukan Kelantan. Siapa yang mampu menafikan pertemuan antara Selangor dan Kelantan di Shah Alam Sabtu diibaratkan pertembungan final biarpun saingan Liga Super masih diperingkat awal. Kita yang sememangnya cukup kerdil tiba-tiba menjadi bualan hampir segenap peminat Liga Malaysia. Siapa sangka, sang kerdil yang dulunya menjadi belasahan, skuad yang penuh koleksi detik hitamnya umpamanya cerita gaji tidak dibayar, hanyalah pasukan yang hebat dalam pergaduhan malahan pengurusan yang caca merba tapi kini, semuannya berubah. Tapi itu semua cerita dulu. Cerita yang kini menjadi sejarah dalam lipatan setiap peminat setia Sang Kijang kerana kita kini gah memimpin saingan Liga Super dan kini menjadi pasukan pilihan untuk berdepan Red Giants di gelanggang mereka sendiri. Bukalah laman web setiap pasukan yang beraksi dalam Liga Super kerana anda pasti akan terpukau membaca komen,pandangan daripada peminat yang mula menyedari bahawa Kelantan kini bukan lagi topik perbualan kerana cerita negatifnya tetapi kerana kehebatannya.

Ketika "dihadiahkan" oleh FAM untuk memasuki Liga Super, ternyata kita dipandang sepi dan hanya dianggap pasukan pelengkap jadual namun kita kini bukan lagi pasukan belasahan. Tanyalah siapa yang arif lagi bijaksana,tanyalah jurulatih mana, pastinya pasukan kita akan jadi pilihan. Kehadiran kita di Shah Alam bukan lagi sebagai "underdog" tetapi pasukan pilihan. Jadi bukanlah sesuatu yang menghairankan sekiranya setiap inci Stadium Shah Alam Sabtu ini akan di isi oleh lautan merah putih bukan lagi merah kuning kerana yang pasti perlawanan ke lapan ini akan menarik jumlah kehadiran penonton paling ramai dalam sejarah bolasepak Kelantan di Shah Alam.Ombak merah putih akan menenggelamkan merah kuning dan jangan terkejut sekiranya gelanggang yang seharusnya menjadi kebanggaan skuad gergasi merah kuning ini akan bertukar menjadi igauan ngeri kepada pasukan tuan rumah.

Rakus membenam lawannya sebelum ini, anak-anak buah Peter Butler pastinya kepingin untuk membaham ego Selangor untuk melebarkan lagi penguasaan mutlak kita dalam liga super. Pastinya kesebelasan utama "The Red Warriors", Halim Napi, Daudsu Jamaluddin, Rizal Fahmi, Azlan Zainal, Zairul Fitree, Mohd Zamri, Mohd Badhri Radzi, Indra Putra Mahayuddin, Khalid Jamlus dan Norfarhan Mohamad tidak sabar untuk mempersembahkan tarian yang bukan sahaja mengasyikkan tapi cukup berbisa. Peter Butler pastinya sudah memiliki formula terbaik untuk diterjemahkan oleh anak-anak buahnya.

Bukan menafikan kekuatan lawan, bukan mempersendakan pasukan tuan rumah, namun hakikatnya kini, Sang Kijang bersedia untuk mencanangkan kehadiran mereka dalam kancah Liga Super musim ini bukan kerana nasib tetapi kerana kita layak untuk hadir di sini. Ayuh semua, gelanggang sudah tersedia, penuhkan stadium sabtu ini dan jadilah saksi penting kepada lakaran sejarah yang bakal tercipta kerana SEMUANYA BERMULA DI SINI.

0 comments: