Salam Kamunting,
Bukan susah pun untuk pasukan Malaysia menang ke atas pasukan bola sepak Brazil. Kita hanya perlukan satu senjata yang ampuh. Rasuahkan pengadil!
Kitakan negara kaya. Setakat RM50 jutalah katakan, demi kegemilangan bola sepak negara, takkanlah kita tak boleh keluarkan sejumlah itu dari perbendaharaan negara untuk merasuah seseorang yang pasti boleh memberikan kemenangan kepada pasukan negara kita. Pengadil itu pasti akan menyertai kita dengan melayangkan kad merah ke atas 4 pemain ( 3 Melayu, satu Cina! ) Brazil yang pemain kita cederakan. Kemudian batalkan semua jaringan gol oleh Kaka atau Robinho dengan alasan off side atau foul atau sebagainya. Pada minit - minit akhir pun boleh, asalkan Malaysia kita dihadiahkan sepakan penalti setelah pemain Brazil dijatuhkan di luar petak penalti. Kemudian jika tendangan itu tersasar, ulanginya sehingga masuk GOLL!
Soal FIFA nak pecat pengadil, itu soal lain. Jadi pengadil sampai mati pun, dia takkan dapat wang sebanyak itu. Soal kemenangan itu ditarik balik, itu soal lain juga. Depan hari kita menang lagi, sebab kita banyak duit dan kita korbankannya demi kegemilangan negara.
Bukan kata Malaysia, Perak pun boleh kalahkan Brazil. Israel guna bom, kita guna rasuah. Israel membunuh beribu - ribu manusia, kita menghidupkan beribu - ribu manusia dengan rasuah! Israel zalim, kita adil.
Anda sedih dengan apa berlaku di negeri Perak hari ini? Juga esok?
Ya, semua yang menyanggah perumpamaan di atas pasti akan sedih dengan apa yang menimpa negeri Perak.
Dalam politik Malaysia, SPR adalah pengadil. Apabila SPR menyebelahi parti politik kerajaan dan menolak parti pembangkang, anda tentu tahu SPR telah curang dalam kerja dan amanah negara keatasnya. Tiada yang menjadikan mereka curang selain rasuah. Rasuah jawatan, harta, wanita, persahabatan dan macam - macam.
Kalau ahli politik boleh makan rasuah, mengapa SPR tak boleh. Mereka semua manusia. Binatang tak makan rasuah sebab sunnah tuhan ke atas kehidupan liar mereka, tiada rasuah diistilahkan. Bila manusia makan rasuah, mereka bukanlah binatang. Mereka manusia binatang yang lebih liar dan lebih hina daripada binatang. Jika mereka mayat, mereka bertukar jadi zombi!
Anda baca buku ‘La Tahzan’ karangan seorang ulama masyhur itu? Baca tak?
Jika belum, beli dan baca. Saya telah membacanya dalam teks asal Arabiyyahnya. Ayahanda juga telah membacanya sebab saya telah membacanya setelah saya mengambil buku itu daripadanya setelah dibacanya buku itu.
Jika anda telah membacanya, maka amalkannya.
Apa? ‘La Tahzan’. Jangan bersedih!
“Jangan bersedih! Sesungguhnya Allah bersama kita.”
“Maka bersabarlah ( wahai Muhammad ). Sesungguhnya janji Allah adalah benar. Dan janganlah orang - orang yang tidak yakin ( dengan janji tuhan itu ) meremehkanmu ( dan mendorongmu untuk tidak tetap dan thabat di atas suruhan dan laranganNya. )” - Akhir al Rum.
Jika anda menyokong pasukan Brazil, anda bersedihkah Brazil kalah dengan cara itu? Jika anda menyokong pasukan Malaysia, anda bergembirakah Malaysia menang cara itu? Tidakkan?
Jika anda yakin rakyat sedang berubah untuk menolak rasuah dan pemimpin rasuah, yakinlah kita pembangkang sedang berada di laluan tepat menuju kemenangan. Rakyat bersama kita dan kita bersama rakyat. Kuala Terengganu masih segar menjadi sumber kekuatan.
Jika rakyat pun menolak kita, janganlah juga anda bersedih. Jika tidak, anda termasuk dalam kalangan orang - orang yang tidak yakin dengan janjiNya. ( rujuk ayat di atas. )
Jangan bersedih. Kesedihan melambatkan kerja kita. Kerja kita adalah dakwah ilaLlah.
sumber: http://nikabduh.wordpress.com/
SRJK (c) Chung Hwa, Kota Bharu [ 1987 - 1990 ]
Sek. Keb. Rambutan Rendang, Kota Bharu [ 1990 - 1993 ]
Maahad Muhammadi Lelaki, Kota Bharu [ 1994 - 1996 ]
SMA Sungai Merab Luar Sepang, Selangor [ 1997 -1998 ]
Darul Quran Wal Hadis, Pasir Pekan [ 1999 - 2001 ]
Maahad 'Ali Dirasat Islamiah Wal Arabiah, Perak [ 2002 ]
Universiti Al-Azhar Cawangan Tanta, Mesir [ 2003 - 2009 ]
Wednesday, February 4, 2009
Bukan kata Malaysia, Perak pun boleh kalahkan brazil!
Subscribe to:
Post Comments
(Atom)
0 comments:
Post a Comment