Hari masuk hari ke 15 Israel mengganas di Gazza, sudah 821 yang syahid dan 3350 cedera. Umat Islam seluruh dunia mengadakan demonstrasi dan tunjuk perasaan membantah kekejaman Yahudi laknatuLLAH, namun yang masih berdegil ialah para pemimpin negara arab yang berjiran dengan Gazza seperti Mesir dan Jordan. Di manakah perikemanusiaan dalam diri mereka, cuba yang menjadi mangsa tu anak-anak dan keluarga mereka ? Dalam satu hadis Nabi s.a.w:
"Nabi membuat gambaran umat Islam bagai satu tubuh, bila salah satu anggota terasa sakit maka anggota lain pun turut terasa sama"
Mereka masih terus menerus tunduk kepada tekanan Amerika dan Israel, jika kita lihat semalam semasa undian dibuat untuk mempersetujui agar diadakan genjatan senjata di PBB wakil Amerika mengambil sikap berkecuali dalam undian itu. Majlis mesyuarat bersetuju untuk mengadakan genjatan senjata, namun Israel masih terus mengebom dan menbedil Gazza. Betapa kurang ajarnya Yahudi laknatuLLAH ini...!!!
Dalam satu hadis Nabi s.a.w bersabda:
"Akan tiba masanya kamu umat Islam akan di kerumuni oleh musuh sebagaimana kanak-kanak yang lapar mengerumuni makanan, maka bertanya seorang sahabat kepada Rasulullah: "Adakah kerana bilangan kami pada waktu itu adalah sedikit ? maka jawab Nabi: "Tidak,bahkan bilangan kamu ramai tetapi tidak ada kekuatan laksana buih-buih di lautan. Kerana umat Islam pada waktu itu menghadapi satu penyakit iaitu kasih kepada dunia dan takut dan benci kepada mati"
Bagi Hamas mereka tidak bersetuju dengan genjatan senjata tersebut kerana ia tidak akan memberi harapan untuk umat Islam Palestin, bangsa Yahudi laknatuLLAH terkenal satu bangsa yang suka mengkhianati perjanjian. Seperti satu kisah hari sabtu yang di sebut dalam al-Quran bahwa Bani Israel yang melanggar penjanjian dengan Allah yang mengharamkan mereka berkerja pada hari sabtu, mereka telah mengkhianati perintah Allah s.w.t kepada mereka. Firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 65:
"Sesunggunya ketahuilah bagimu orang-orang yang melakukan pelanggaran di antara kamu pada hari sabtu, lalu Kami katakan pada mereka, "Jadilah kamu kera-kera yang hina"
Oleh itu, marilah sama-sama kita terus memboikot barangan keluaran Amerika dan Israel supaya ekonomi mereka lumpuh dan jangan lupa terus berdoa kepada Allah supaya menurunkan nusrah kepada para pejuang Hamas di Gazza agar mereka berjaya menghalau Yahudi laknatuLLAH dari bumi Palestin umumnya dan khususnya di Gazza. Allahuakbar...
SRJK (c) Chung Hwa, Kota Bharu [ 1987 - 1990 ]
Sek. Keb. Rambutan Rendang, Kota Bharu [ 1990 - 1993 ]
Maahad Muhammadi Lelaki, Kota Bharu [ 1994 - 1996 ]
SMA Sungai Merab Luar Sepang, Selangor [ 1997 -1998 ]
Darul Quran Wal Hadis, Pasir Pekan [ 1999 - 2001 ]
Maahad 'Ali Dirasat Islamiah Wal Arabiah, Perak [ 2002 ]
Universiti Al-Azhar Cawangan Tanta, Mesir [ 2003 - 2009 ]
Saturday, January 10, 2009
Yahudi LaknatuLLAH Semakin Menggila Di Gazza.....
Subscribe to:
Post Comments
(Atom)
0 comments:
Post a Comment