Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Template

Powered by Blogger


widget

.:: KEPIMPINAN ULAMA' ::.

Photobucket

.:: TV PR ::.


Photobucket

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:


.:: TENTANG DIRIKU ::.

Tadika Chung Hwa, Kota Bharu [ 1986 ]
SRJK (c) Chung Hwa, Kota Bharu [ 1987 - 1990 ]
Sek. Keb. Rambutan Rendang, Kota Bharu [ 1990 - 1993 ]
Maahad Muhammadi Lelaki, Kota Bharu [ 1994 - 1996 ]
SMA Sungai Merab Luar Sepang, Selangor [ 1997 -1998 ]
Darul Quran Wal Hadis, Pasir Pekan [ 1999 - 2001 ]
Maahad 'Ali Dirasat Islamiah Wal Arabiah, Perak [ 2002 ]
Universiti Al-Azhar Cawangan Tanta, Mesir [ 2003 - 2009 ]

Friday, January 2, 2009

Selamat Berjuang Para Petugas PAS Dalam Pilihanraya Kecil P.036 KUALA TERENGGANU ..

Kehangatan kempen pilihanraya kecil P.036 KUALA TERENGGANU menarik perhatian kami para penuntut Malaysia di bumi ardil kinanah ( Mesir ), pilihanraya kecil kali ini adalah penentuan penerimaan masyarakat Malaysia terhadap perjuangan Islam yang di bawa oleh Parti islam Semalaysia dan bakal menjadi wadah alternatif kepada orang melayu Islam dalam arena politik tanahair bagi mengganti parti UMNO yang kini hanya menunggu saat-saat kehancurannya.

Penantian beberapa minggu telah terjawab apabila YB Tuan Guru Presiden mengumumkan calon PRK P.036 KUALA TERENGGANU, iaitu YB Sdr. Haji Abdul Wahid Endut yang merupakan Adun Wakaf Mempelam semalam. Walaupun pengumuman ini adalah agak mengejutkan sesetengah pihak, kerana banyak spekulasi ataupun jangkaan yang mengatakan bahawa Pesuruhjaya PAS Terengganu Dato' Mustafa Ali dan YB Adun Batu Burok Dr. Syed Azman Syed Nawawi sebagai calon. Apa-apa pun pengumuman telah dibuat dan kita berharap semua pihak berpuas hati,jangan ada lagi yang masih bersosek-sosek dibelakang yang boleh mengagalkan segala perancangan dan gerak kerja pilihanraya kecil ini.

Kini bahang pilihanraya kecil ini semakin hangat apabila semua parti yang bertanding telah mengumumkan calon masing-masing, di harapkan kepada para petugas PAS bagi PRK ini dapat bertungkus lumus untuk memenangkan calon kita pada hari pembuangan undi nanti. Sesungguhnya Allah s.w.t akan memberi pahala yang berlipat kali ganda kepada para petugas-petugas PAS dalam PRK ini.

Dalam kenyataan Tuan Guru Presiden semalam, beliau menegaskan bahawa menjadi cabaran kepada PAS yang berusaha memperjuangkan Islam terpaksa menghadapi pelbagai ujian dan karenah dalam politik di negara ini dan sangat besar pahala di sisi Tuhan jika ahli-ahli PAS dapat menarik seseorang menyertai perjuangan Islam melalui kempen dan penerangan.

"Jika kita (PAS) dapat menarik seseorang menyertai perjuangan Islam sangat besar pahalanya. Balasannya lebih mahal dari harga sebuah kenderaan yang paling mahal di dunia ini.

"Jika kita berkempen dan orang dengar kempen kita dapat pahala, kita kempen dan orang marah kita dapat pahala. Semua dapat pahala,ujarnya.

Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi turut memberi peringatan bahawa agama Islam kini dicabar oleh musuh-musuh dari segenap penjuru. Menurutnya, umat Islam kini berada di zaman berpegang dengan agama laksana 'berpegang' dengan bara-bara api.


YB Naib Presiden PAS Dato' Husam Musa membuat kenyataan supaya para pengundi di Parlimen Kuala Terengganu berwaspada dengan politik wang yang dijangka hebat dalam pilihanraya kecil ini.Sesungguhnya pihak parti lawan kita akan berusaha untuk mempertahankan kerusi Parlimen ini yang telah mereka menangi dalam pilihanraya umum ke - 12 yang lalu.

Kepada para pengundi di P.036 KUALA TERENGGANU, kita mengharapkan mereka membuat pilihan yang tepat dengan memberi undi kepada calon yang bertanding dan tidak mengundi calon yang menyogok wang dalam usaha untuk menang dalam pilihanraya kecil ini. Setiap undi yang diberi terhadap perjuangan Islam adalah sangat bermakna di sisi Allah, tuan-tuan para pengundi akan mendapat pahala yang besar kerana memenangkan calon parti Islam, disamping itu hasil kemenangan ini kita akan membawa suara Islam melalui YB-YB kita di dalam Parlimen.


Oleh itu bagi kami yang jauh di bumi anbia ini, sangat-sangat berharap calon Parti Islam SeMalaysia dapat memenangi pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu pada 17 Junuari 2009 nanti. Kepada sahabat-sahabat para petugas baik jentera pemuda dan muslimat diharapkan thabat serta bersemangat dalam tugasan masing-masing, kami yang jauh ini hanya mampu memberi semangat dan berdoa semoga segala gerak kerja diredhai dan mendapat ganjaran dari Allah s.w.t.

Salam Perjuangan Buat Semua Pejuang-2 Islam dari Ibnur Rahmat...
Takbir!!! Allahuakbar..

0 comments: