Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Template

Powered by Blogger


widget

.:: KEPIMPINAN ULAMA' ::.

Photobucket

.:: TV PR ::.


Photobucket

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:


.:: TENTANG DIRIKU ::.

Tadika Chung Hwa, Kota Bharu [ 1986 ]
SRJK (c) Chung Hwa, Kota Bharu [ 1987 - 1990 ]
Sek. Keb. Rambutan Rendang, Kota Bharu [ 1990 - 1993 ]
Maahad Muhammadi Lelaki, Kota Bharu [ 1994 - 1996 ]
SMA Sungai Merab Luar Sepang, Selangor [ 1997 -1998 ]
Darul Quran Wal Hadis, Pasir Pekan [ 1999 - 2001 ]
Maahad 'Ali Dirasat Islamiah Wal Arabiah, Perak [ 2002 ]
Universiti Al-Azhar Cawangan Tanta, Mesir [ 2003 - 2009 ]

Friday, January 9, 2009

Mari Mengenali Ulama...

IMAM NAWAWI RahimahuLLAH....





Sejarah telah membuktikan apabila mem- bicarakan permasalahan ilmu secara automatik terbayang di minda kita bahawa kehebatan para ulama terdahulu dari segi keilmuan dan kefaqihan mereka. Mereka menjadi sumber rujukan kepada masyarakat dan kebanggaan umat Islam. Antara mereka yang menjadi pelita bercahaya yang menerangi umat ialah Imam an-Nawawi rhm.

Personaliti Imam Nawawi

Nama penuh beliau ialah al-Imam Abu Zakaria Mahyuddin, Yahya bin Syaraf bin Murri bin Hassan bin Hussin bin Mohamad bin Jumaat bin Hazim an-Nawawi, dinasabkan al-Dimasyqi. An-Nawawi adalah diambil dari nama ‘Nawa’, iaitu sebuah kampung daripada perkampungan Haura di Syria. Beliau dikenali sebagai Imam mujtahid, penulis, pentahkik dan juga penyusun bagi semua pendapat Imam asy-Syafie keseluruhannya.

Dilahirkan pada pertengahan bulan Muharram, tahun 631H di sebuah daerah bernama Nawa selatan Damsyik. Beliau menghafal al-Qur’an sejak kecil lagi. Tatkala usianya mencecah 10 tahun, beliau mula membaca kitab-kitab fikah daripada kalangan ahli-ahli fikah di sana.

Diriwayatkan satu hari Syeikh Yassin bin Yusof al-Manaqishi telah masuk ke kampung beliau lalu dilihatnya Imam Nawawi (semasa kecil) bersama sekumpulan yang lain sedang bermain, mereka enggan bermain bersama beliau, lalu beliau lari sambil menangis kerana keengganan mereka itu.

Sejak itu, beliau ‘berkawan’ dengan al-Qur’an kemudian dinasihati oleh ayahnya supaya tekun menuntut ilmu, Imam Nawawi bersetuju. Pada tahun 649H beliau bersama ayahnya menuju ke Damsyik untuk menambah ilmu di dada, di Madrasah Darul Hadis. Kemudian beliau menetap di Madrasah Rawahiah. Ketika di sini beliau menghafal kitab ‘Tanbih al-Muhazzab al-Syairazi’ dalam masa 4 bulan, 30 hari dan 1/4 Muhazzab baki tahun tersebut.

Berkata muridnya Ibnu Attar setiap hari Imam Nawawi membaca 12 kitab dengaan guru-gurunya, 2 kitab al-Wasith, 1 kitab al-Muhazzab,1 kitab al-Jam’uu baina as-Sahihainin, 1 kitab Sahih Muslim, 1 kitab al-Lam’uu Ibnu Janni, 1 kitab Islah mantiq Ibnu as-Sakir, 1 kitab Tasrif, 1 kitab Usul Fiqh,1 kitab Asma’ul al-Rijal, 1 kitab Usulluddin.

Di antara gurunya yang masyhur ialah Syeikh Kamaluddin Ishak bin Othman al-Maghribi.

Beliau terus-menerus mengejar ilmu pengetahuan, sedang dalam usia seawal 18 tahun beliau telah menjadi kebanggaan semua. Kemudian pada tahun 651H beliau bersama ayahnya ke Mekah untuk menunaikan ibadat haji dan seterus nya kembali semula ke Damsyik.. Imam Nawawi amat cemerlang dalam pengajiannya sehingga akhirnya beliau mencapai tahap mujtahid.

Akhlak beliau.

Kehidupan beliau sederhana dan tidak pernah leka dengan kesenangan dunia. Beliau seorang yang qonaah, baik dari segi makanan mahu pun pakaian. Seorang yang zuhud, warak lagi tawaduk dan semasa di Damsyik, beliau tidak pernah makan buah-buahan disana. Ini adalah teladan baik beliau. Akhlak beliau sungguh cemerlang, sehingga digelar orang yang paling zuhud dan warak di kalangan sahabat-sahabatnya.

Beliau dapat menerima ilmu dengan sangat mudah tanpa sebarang halangan.Sifat keberanian beliau terserlah bila mana beliau pernah menasihati dan menegur para pimpinan dan sultan di dalam usaha menegakkan amar makruf dan nahi mungkar. Keghairahan dan keasyikan beliau dalam menuntut ilmu menyebab kan beliau tidak ada masa untuk memikirkan tentang perkahwinan dan beliau tidak pernah memandang wanita kerana cukuplah baginya bersibuk-sibuk dengan diri sendiri, sentiasa berdampingan dengan kitab-kitab dan berkhalwat dengan zikir serta ibadah kepada Allah Azzawajalla

Guru-guru Imam an-Nawawi

Antara masyayeikh Imam an-Nawawi yg masyhur:
1-Al Qadi Abi Fath Umar bin Bandar al-Taflisi
2-Fakruddin al-Maliki
3-Abi Abbas Ahmad bin Salim Al Masri An Nahwa
4-Abi Ishak Ibrahim bin Isa al-Maradi
5-Abi Baqa Khalid bin Yusuf an-Nablisi
6-Al Imam Abdul Rahman bin Nuh al-Muqaddasy
7-Ishak Al Maghribi
8-Abi Faraj Abdul Rahman bin Abi Umar al-Muqaddasy

Perkembangan Ilmunya

Setelah kembali dari pembelajarannya di Damsyik Imam Nawawi telah mempunyai tiga keistimewaan :

Pertama : kesungguhan

Sifat kesungguhan beliau dalam menuntut ilmu ternyata telah merealitikan segala cita-citanya ketika usia remaja dan menemui kenikmatan ilmu yang tiada tolak bandingnya. Beliau bukan sahaja bersungguh dalam menuntut ilmu bahkan dalam semua hal, baik pembacaan dan penghafalan kitab tanbih dalam 4 bulan setengah sahaja. Kemampuan beliau dapat menghabiskan pembacaan dan penghafalan sesebuah kitab dalam masa yang singkat membuatkan gurunya Abi Ibrahim Ishak bin Ahmad al-Maghribi menyayangi dan mengkagumi kepintarannya. Beliau menjadikan guru itu sebagai tempat rujukannya.

Kedua : Luasnya keilmuan dan kethaqafannya

Oleh kerana Imam Nawawi memiliki sifat kesungguhan dalam menuntut ilmu, maka me- limpah ruahlah ilmu dan kecerdasannya. Telah di ceritakan oleh seorang anak muridnya. Alauddin bin Attar tentang waktu pembelajarannya iaitu :
“sememangnya beliau membaca 12 buah kitab setiap hari. Imam Nawawi mempelajari kitab al-Wasit (karangan Imam al-Ghazali), kitab Muhazzab dan kesemua ilmu berkenaan fiqh, hadis, usul dan nahu”.

Ketiga : Buku-buku karangannya

Imam Nawawi mula menulis pada tahun 660H ketika itu usianya 30 tahun. Banyak buku-buku yang dikarangnya dan Allah azzawajalla telah memberkati waktunya dan memberi pertolongan kepadanya. Buah fikirannya amat bernas dengan menggunakan ibarat-ibarat yang mudah serta jelas penerangannya. Karangannya dijaga dan diambil berat oleh setiap muslim sehingga ke hari ini dan memberi manfaat kepada masyarakat dunia Islam.

Imam Nawawi rahimullah pernah ingin mendalami bidang perubatan tetapi pada suatu ketika beliau berkata “bahaya bagiku bilamana aku cuba menceburkan diri dalam ilmu perubatan, lalu aku membeli kitab qanun karangan Ibnu Sina, gelaplah hatiku. Hari-hari berlalu tanpaku mampu untuk mendalaminya. Lalu aku mentawaqufkan diri, kemudian menjualnya, maka lapanglah dadaku”.

Benarlah Allah azzawajalla inginkan beliau berada di dalam bidang yang lain iaitu menyebar- kan ilmu, mentarbiyah jiwa, membentuk pemikiran dan menasihati manusia sejagat.

Beliau telah dilantik menjawat jawatan Syeikh di DaruL Hadis as-Syarafiah selepas Syeikh Abu Syameh pada tahun 655H. Darul Hadis telah melahirkan ramai penuntut ilmu yang berkaliber seperti Alauddin bin Attar, Yusof bin Abdul Rahman, al-Mizziy dan selainnya. Di samping itu beliau turut membeli kitab-kitab untuk disumbang kan kepada madrasah tersebut. Di antara karangan nya yang masyhur :

1-Riyadhus Solihin
2-Syarah Sohih Muslim
3-Syarah al-Muhazzab
4-Al-Azkar
5-Ar Raudah
6-Al Minhaj At Tholibin
7-Bustanul Arifin
8-Al Arba’iin an-Nawawi
9-Tahzibul Asma’ wa Lughah
10-Majmuk (24 jilid)

Keistimewaannya dalam Feqah dan Hadis

Beliau mempelajari dengan penuh tekun feqah dalam mazhab Syaf’ie dan inilah merupakan sebab utama beliau menjadi Imam dalam mazhab tersebut dan kepada pentarjihannyalah para Imam dalam mazhab Syafi’ie mengembalikan segala persoalan, menerima dan memegang kukuh huraian dan pendapatnya. Beliau menjadi Imam lautan ilmu dalam Feqah, hadis dan Lughah terkenal dengan gelaran ‘nasir as-sunnah’

Pandangan Ulama Terhadap Beliau

Berkata Imam as-Suyuthi “imam pada zaman nya dan ahlinya, mempunyai kedudukan yang tinggi, warak, keperibadian berilmu, pentahkik, zuhud yg tiada bandingan selepas zaman tabiin selain beliau dan seorang hamba Allah yang paling tinggi ilmunya”.

Berkata Syeikh Tajul ad-Din as-Subki “Ustaz al-muta’akhirrin, hujjahtullah al lahiqqn, aku tak pernah lihat yang lebih zuhud daripadanya dan tak pernah lihat seseorang yang kuat ikutan, turutan jalan ahli-ahli salaf daripada umat Nabi Muhamad selain darinya, banyak karangan beliau yang berfaedah.

Berkata Ibnu Fadl dalam kitab al-Masalik "Syeikhul Islam, seorang wali Allah yang berilmu, Imam para zuhud, teguh ilmu dan amalnya, sempurna perkataan nya dari semua perkataan sekelian manusia”.

Kewafatannya

Pada tahun 676H, Imam Nawawi rhm. telah kembali ke negerinya. Kemudian, beliau telah menziarahi tanah perkuburan guru-gurunya dan berdoa kepada mereka sambil menangis. Selepas itu beliau menziarahi sahabatnya yang masih hidup dan mengucapkan selamat tinggal kepada mereka. Beliau juga tidak lupa menziarahi ayahnya di samping itu turut menziarahi Baitul Maqdis. Kemudian beliau kembali ke daerahnya ‘Nawa’.

Tidak lama kemudian, beliau jatuh sakit dan meninggal dunia pada malam Rabu 24 Rejab 676H. Tatkala berita tentang kematiannya sampai ke seluruh Damsyik, bumi itu diselubungi dengan tangisan. Allah telah melimpahkan rahmat buat al-Imam seluas-luasnya. Nostalgia kehidupan beliau telah tercalit di kanvas kehidupan menjadi ‘role model’ untuk kita semua dalam melayari bahtera kehidupan yang penuh tribulasi.

Sesungguhnya; indahnya jasamu, semurni peribadimu, warisan ilmu yang kau tinggalkan menjadi rujukan generasi akhir zaman.

Semoga Allah merahmatimu...Al-Fatihah.




0 comments: