"Enam sebatan umat Islam minum arak dianggap berat" terkejut juga bila terbaca tajuk dalam salah satu akhbar harian online [mtsar], kenyataan ini dibuat oleh seorang pengerusi Majlis Ugama Islam di negeri di bawah bayu.
Beliau mendakwa hukuman enam kali sebatan rotan yang dikenakan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Pahang terhadap seorang lelaki dan seorang wanita Islam di negeri itu kerana meminum arak adalah terlalu berat.
Komentar : Berdasarkan perundangan Islam setiap peminum arak akan dijatuhkan hukuman tidak lebih dari lapan puluh kali dan tidak kurang dari empat puluh kali sebatan. Apa yang dilakukan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Pahang masih tidak menepati hukuman yang sepatutnya kepada pesalah tersebut, itu masih dikira sangat ringan dan memandai-mandai mengubah hukum yang telah ditetapkan oleh Allah dan Rasulullah s.a.w. Sambil menyifatkan hukuman berkenaan sebagai tidak berkesan untuk mencegah umat Islam daripada minum arak, beliau sebaliknya mencadangkan supaya pendekatan pemulihan digunakan untuk mendidik umat Islam supaya tidak mendekati tabiat haram itu.
"Itu (sebatan) bukan caranya. Lebih baik umat Islam yang ditangkap meminum arak dihantar menjalani proses pemulihan untuk membolehkan mereka meningggalkan tabiat itu."Penagih arak bukan mudah untuk meninggalkan tabiat berkenaan. Ia seperti perokok yang sukar meninggalkan tabiat merokok," katanya di sini hari ini.
Beliau berkata menggunakan pendekatan hukuman berat seperti itu bukan sahaja tidak berkesan dalam mendidik umat Islam supaya menjauhi perbuatan haram itu, malah ia tidak akan menyelesaikan masalah berkenaan.
Komentar : Beliau mesti ikhlas dan bertanggunjawab dengan ilmu yang beliau pelajari, seolah-olah beliau membelakangi dan cuba menafikan serta melemahkan hukum Allah yang telah tersedia dalam al-quran. Sesungguhnya Allah maha mengetahui segala hikmah disebalik
perintahNya.
"Jika inilah pendekatan yang diambil, lebih baik umat Islam diharamkan sama sekali daripada memasuki kelab malam atau pub kerana majoriti mereka yang mengunjungi tempat-tempat tersebut akan minum arak.
"Kalau tidak, beribu-ribu umat Islam akan disebat kerana meminum arak. Lebih baik mereka yang ditangkap minum arak ditahan seketika untuk membantu mereka meninggalkan tabiat berkenaan,"
Komentar : Begitu dangkal pemikirannya sebagai seorang yang berpendidikan agama dan tahu apakah cara untuk menggelakan orang Islam daripada mendekati arak dan juga untuk membuang tabiat mereka. Caranya ialah dengan menutup premis atau membatalkan lesen penjualan arak secara terbuka terutama kepada orang Islam, sebagai contoh undang-undang kawalan minuman keras yang diamalkan oleh kerajaan negeri Kelantan. Oleh kerana agama lain tidak mengharamkan penganutnya meminum arak, kerajaan Kelantan telah menghadkan penjualan arak di premis yang ditentukan khusus untuk orang bukan Islam. Jika pemilik premis jualan tersebut melanggar undang-undang dengan menjualkan arak kepada orang Islam maka lesen jualan mereka akan dibatalkan.
Tempat hiburan dan kelab-kelab malam yang beroperasi kini, mesti ditutup oleh pihak berkuasa tempatan kerana di tempat-tempat sebeginilah yang menghidangkan arak kepada pengunjung Kebanyakkannya dikalangan orang-orang Melayu beragama Islam.
Di sini saya lampirkan sedikit penerangan tentang hukuman Jenayah Peminum Arak berdasarkan Quran dan Hadis:
Islam datang ke dalam kehidupan manusia bersama perundangan yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t, hukuman hudud dan qisas adalah antara undang-undang yang diperkenal oleh Islam kepada seluruh penganut Islam dalam menjalani kehidupan seharian.Hukuman hudud dan qisas akan dikenakan kepada pesalah ataupun penjenayah dikalangan orang Islam, mereka akan dijatuhkan hukuman berdasarkan kesahihan dan jenayah yang telah dibuat olehnya.
Hukuman Hudud Bagi Mereka Yang Minum Arak Dan Minuman Yang Memabukkan
Dalam hukuman hudud dan qisas terdapat banyak cabang-cabang hukuman yang telah ditetapkan oleh Allah, antaranya bagi pesalah yang melakukan kesalahan minum arak. Hukum minum arak adalah haram sebagaimana Allah telah berfirman dalam al-Quran surah Maidah (90) :-
"Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah semata-mata kotor(najis/keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya"
Bagi pesalah yang telah sabit kesalahan meminum arak atau minuman yang memabukkan, mereka akan dijatuhkan hukuman had dengan sebatan sebanyak tidak lebih dari lapan puluh kali sebat dan tidak kurang dari empat puluh kali sebat, hukuman ini adalah berdalilkan hadis Rasulullah saw yang diriwayatkan dari Ali Ibn Abi Talib ra :-
"Rasulullah saw telah menyebatkan orang yang minum arak sebanyak empat puluh kali sebat, dan Saidina Abu bakar telah menyebat sebanyak empat puluh kali sebat juga, dan saidina Umar menyebat sebanyak lapan puluh kali sebat. Semuanya adalah sunnah Rasulullah saw. Dan ini yang lebih aku sukai." [ Riwayat Muslim ]
Kesabitan Kesalahan Minum Arak
(1) Untuk mensabitkan kesalahan seseorang minum arak adalah tertakluk di bawah
tiga sebab :-
a) Minuman yang diminuman itu ialah arak, iaitu minuman yang memabukkan dan menghilangkan akal fikiran manusia.
b) Orang yang meminum minuman itu mengetahui bahawa minuman yang diminumannya tadi memabukkan dan menutup akal fikirannya.
c) Sengaja melakukan kesalahan meminum minman yang memabukkan.
(2) Seseorang yang meminum minuman yang boleh memabukkan, dan ia tidak tahu bahawa dengan meminum minuman itu ia akan menjadi mabuk tidak boleh dikenakan hukuman had ke atas orang yang meminum minuman itu, sekalipun dengan sebab minum minuman tadi ia menjadi mabuk.
(3) Seseorang yang meminum minuman yang memabukkan dan dia menyangka bahawa minuman yang diminumnya itu bukan minuman yang memabukkan tidak boleh juga dikenakan hukuman had ke atas orang yang meminum minuman itu.
(4) Dalam qanun jenayah syar'iyah, kes yang disebutkan dalam perkara 51 ceraian (2) dan (3) dalam penghakiman samalah hukumannya dengan kes ''Wati' Syubhat'' (persetubuhan yang dilakukan oleh seorang lelaki dengan seorang perempuan yang disangkanya perempuan itu isterinya sendiri). Kes ini termasuk dalam kes yang syubahat yang tidak boleh dikenakan hukuman had ke atas perlakunya. Penghakiman ini adalah merujuk hadis Rasulullah saw yang
diriwayatkan daripada Abudullah bin Mas'ud ra.
"Tolaklah hudud itu dengan sebab sesuatu perkara yang menimbulkan keraguan"
(5) Seseorang yang tidak tahu bahawa arak itu haram, seperti seseorang yang baru menganut agama Islam, atau orang yang tempat tinggalnya jauh dari orang Islam tidak boleh dikenakan hukuman had, sekalipun ia mengetahui bahawa minuman yang diminumnya itu minuman yang memabukkan, kerana perbuatan mereka itu tidak boleh di anggap suatu perbuatan yang sengaja.
(6) Jika seseorang mendakwa bahawa ia tidak tahu tentang haram arak itu, sedangkan ia seorang Islam dan tinggal ditengah-tengah had sebagaimana yang diperuntukkan dalam perkara 60, kerana alasan itu tidak boleh diterima dan perbuatan mereka minum arak tadi adalah dianggap suatu perbuatan yang disengaja.
Peminum Arak Yang Boleh Dikenakan Hukuman Had
(1) Orang yang melakukan kesalahan minum arak yang wajib dikenakan hukuman had
sebagaimana yang diperuntukkan dalam perkara 60 adalah tertakluk di bawah syarat-syarat berikut :-
a) Baligh, iaitu telah dewasa mengikut perhitungan syara'.
b) Berakal, iaitu orang yang mempunyai daya pemikiran yang sempurna dan waras.
c) Kemahuan diri sendiri tanpa dipaksa oleh sesiapa pun.
d) Minuman itu masuk ke dalam ronga melalui mulut.
(2) Kanak-kanak yang belum baligh atau orang yang gila yang minum arak tidak boleh dikenakan hukuman had ke atas mereka, kerana perbuatan mereka itu tidak boleh dikenakan hukuman had. Ini adalah berdalilkan hadis Rasululah saw :-
"Allah tidak menyiksa tiga golongan manusia, iaitu kanak-kanak sehingga ia baligh, orang yang tidur sehingga ia bangun dari tidurnya, dan orang yang gila sehingga ia sembuh dari gilanya." [ Riwayat Bukhari ]
(3) Mereka yang minum arak dengan dipaksa oleh seseorang meminumnya tidak boleh dikenakan hukuman had ke atas mereka itu. Ini adalah berdasarkan hadis Rasulullah saw :-
"Allah mengangkat (menghapuskan) dosa umatku yang terlupa dan tersalah dan dosa mereka yang dipaksa melakukan sesuatu kesalahan." [ Riwayat Tabrani ]
(4) Mereka yang terpaksa minum arak seperti seseorang yang sangat dahaga yang boleh membawa kepada maut, atau menyebabkan seseorang itu binasa dirinya, dan tidak diperolehi minuman yang lain kecuali arak, maka dalam kes ini tidak boleh dikenakan ke atas mereka itu hukuman had. Ini adalah berdalilkan firman Allah :-
"Maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak menginginkannya dan tidak pula melampui batas (pada kadar benda yang dimakan itu) maka tidaklah ia berdosa. Sesungguhnya Allah amat pengampun, lagi mengasihani." [ al-baqarah 173 ]
* Firman Allah Taala ini diturunkan ialah kerana Allah melarang orang-orang yang beriman memakan bangkai, darah, daging babi, dan bintang-binatng yang tidak disembelih dengan sembelihan syara', kecuali dalam keadaan darurat.
Firman Allah Taala ini diturunkan secara khusus bersabit larangan memakan makanan-makanan tersebut, tetapi secara umum, Allah arak, kecuali dalam keadaan darurat juga. Hukum ini adalah berdasarkan kaedah fiqih Islam) ( Perkara -perkara yang darurat itu adalah mengharuskan perkara-perkara yang haram). Darurat ialah satu keadaan yang dipercayai mendatangkan bahaya kepada diri atau harta benda yang tidak harus dibiarkan hilang atau cacat cedera.
(5) Jika arak itu masuk ke dalam rongga melalui jalan lain selain dari mulut, seperti melalui suntikan atau ditebuk lubang dileher dan seumpamanya, maka dalam kes ini tidak boleh dikenakan hukuman had keatas mereka yang melakukannya.
SRJK (c) Chung Hwa, Kota Bharu [ 1987 - 1990 ]
Sek. Keb. Rambutan Rendang, Kota Bharu [ 1990 - 1993 ]
Maahad Muhammadi Lelaki, Kota Bharu [ 1994 - 1996 ]
SMA Sungai Merab Luar Sepang, Selangor [ 1997 -1998 ]
Darul Quran Wal Hadis, Pasir Pekan [ 1999 - 2001 ]
Maahad 'Ali Dirasat Islamiah Wal Arabiah, Perak [ 2002 ]
Universiti Al-Azhar Cawangan Tanta, Mesir [ 2003 - 2009 ]
Thursday, January 15, 2009
Enam sebatan umat Islam minum arak dianggap berat - " SUATU BIDA'AH TERHADAP HUKUM ALLAH"
Subscribe to:
Post Comments
(Atom)
0 comments:
Post a Comment