Jumaat ,26/12/2008 -Ketua Tentera Rejim Zionis , Gabi Ashkenazi telah mengugut pada Khamis lepas akan mengerah seluruh kekuatan tentera bagi menyerang balas Gaza seperti yang di arahkan oleh kerajaan Israel . Beliau berkata serangan ini akan melibatkan kekuatan penuh ketenteraan ke atas fraksi pejuang Palestin di Gaza.
Ashkenazi berkata tentera udara Israel turut telah bersiap sedia bagi melakukan serangan. Beliau turut menambah, situasi di Gaza tidak dapat bertahan lama kerana pejuang Palestin masih terus menyerang pendudukan Israel dengan roket buatan sendiri.
PM Israel turut mengugut rakyat Palestin di Gaza agar menolak peraturan Hamas agar memberhentikan tembakan roket buatan sendiri.
0 comments:
Post a Comment