Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Template

Powered by Blogger


widget

.:: KEPIMPINAN ULAMA' ::.

Photobucket

.:: TV PR ::.


Photobucket

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:


.:: TENTANG DIRIKU ::.

Tadika Chung Hwa, Kota Bharu [ 1986 ]
SRJK (c) Chung Hwa, Kota Bharu [ 1987 - 1990 ]
Sek. Keb. Rambutan Rendang, Kota Bharu [ 1990 - 1993 ]
Maahad Muhammadi Lelaki, Kota Bharu [ 1994 - 1996 ]
SMA Sungai Merab Luar Sepang, Selangor [ 1997 -1998 ]
Darul Quran Wal Hadis, Pasir Pekan [ 1999 - 2001 ]
Maahad 'Ali Dirasat Islamiah Wal Arabiah, Perak [ 2002 ]
Universiti Al-Azhar Cawangan Tanta, Mesir [ 2003 - 2009 ]

Friday, December 5, 2008

Mari Mengenali Ulama...




Syeikh Muhammad Al-Ghazali rhm
Ulama’ al-Azhar & Pemikir ; Adib al-Da’wah

Pengenalan

Syeikh Muhammad al-Ghazali Ahmad as-Saqa merupakan seorang tokoh ulama’, sarjana dan pemikir Islam di abad ini. Beliau adalah antara ulama’ yang gigih dalam perjuangan me-nyatakan kebenaran di Mesir dan dunia Islam keseluruhannya.

Kelahiran

Muhammad al-Ghazali al-Saqa dilahirkan di kampung Nakla al-‘Inab di daerah Ayta al-Barud di negeri Bahira, Mesir pada 22 September 1917. Di kampung Nakla al-‘Inab ini pernah melahir kan tokoh-tokoh terkenal seperti penyair Mahmud Sami al-Barudi (m.1904M), Salim al-Bishri (m.1917M), Ibrahim Hamrus (m.1960M), Muhammad ‘Abduh (m.1905M), Mahmud Shaltut (m.1963H), Hassan al-Banna (m.1949M), al-Madani, ‘Abdul ‘Aziz ‘Isa dan ‘Abdullah al-Masad.
Beliau dibesarkan dalam keluarga yang kuat beragama . Bapanya memberi nama Muhammad al-Ghazali sempena mengambil nama Hujjatul Islam- al-Imam Abu Hamid al-Ghazali (m.505H) kerana kecenderungannya ke arah kesufian. Merupakan anak sulung daripada 7 adik beradik.

Pendidikan

Beliau mendapat pendidikan awal di kampungnya. Sejak kecil lagi sudah menunjuk kan ciri-ciri ke ilmuan yang unggul dengan kemampuan menghafal al-Qur’an ketika berumur 10 tahun. Kemudian melanjutkan pendidikan rendah dan menengah di Kolej Agama Iskandariah, Mesir. Semasa memasuki sekolah peringkat rendah usianya baru menjangkau sebelas tahun (1928) dan kemudian meneruskan pengajian ke Universiti al-Azhar pada tahun 1937 dan lulus dari Fakulti Usuluddin pada tahun 1941.

Di Fakulti Usuluddin, beliau telah berguru dengan ulama-ulama besar al-Azhar, di antara nya Abdul ‘Azim al-Zarqani, Mahmud Shaltut (m. 1963H), Muhammad Yusuf Musa (m.1963M) Abdul Wahhab Khallaf (m.1956M), Muhammad Abu Zahrah (m.1394H), Hassan al-Banna (m.1949M) dan Muhammad Ghallab.

Pada tahun 1937, beliau telah berkecimpung dengan gerakan Ikhwan al-Muslimun pimpinan Hassan al-Banna, dengan menjadi ahli gerakan ini. Sejak dari itu, beliau telah bergiat cergas dalam dakwah dan banyak pemikiran, pengalam-an dan didikan yang diambil dari al-Imam Hasan al-Banna.

Beliau menerima ijazah Diploma Pendidik-an pengkhususan Bahasa Arab dan Kesusastera-an, ijazah Pengkhususan Dakwah daripada Fakulti Usuluddin, Universiti al-Azhar dan M.A. pada tahun 1943. Beliau berkahwin semasa masih menuntut di fakulti dan dikurniakan anak seramai sembilan orang.

Setelah menamatkan pengajian, Syeikh Muhammad al-Ghazali bertugas sebagai imam dan khatib di Masjid al-Atabah al-Khadra', Masjid al-Azhar dan Masjid Amru bin al-'As. Kemudian dilantik sebagai Pengarah Umum Masjid dan Pengarah Dakwah.

Penglibatan dengan Ikhwan

Pada tahun 1949 beliau di tahan di Penjara Tur, Semenanjung Sinai, selama setahun kerana penglibatan beliau dalam Ikhwanul Muslimin. Di dalam penjara ini, Prof. Dr. Yusuf al-Qaradhawi mengenali beliau dengan lebih dekat. menurut al-Qaradawi, al-Ghazali menjadi imam, khatib dan mengajar kami bersama dengan Sayid Sabiq.

Beliau juga menjadi ketua apabila Muhammad al-Bahiyy al-Khuli berpindah penjara ke al-Qahirah. Apabila beliau keluar dari penjara, pada akhir tahun 1949, kalimah yang mula sekali disebut ialah ber dakwah dan menjadi pembela untuk Islam dan kemuliaannya. Kemudian pada tahun 1965 beliau ditahan sekali lagi di penjara selama beberapa tahun.

Aktiviti dan kerjaya

Pada tahun 1971, Kerajaaan Arab Saudi telah melantik beliau sebagai tenaga pengajar di Universiti Ummul Qura, Mekah. Beliau juga pernah bertugas sebagai Profesor di Universiti Qatar dan mengetuai Lembaga Akademik Fakulti Pengajian Islam, Universiti Amir Abdul Qadir di Algeria. Beliau juga pernah mengajar di Fakulti Syariah dan Fakulti Usuluddin di Universiti al-Azhar. Pernah bertugas di Kementerian Wakaf Mesir sebagai penasihat kepada Universiti al-Azhar dan pada 21 Julai 1981, dilantik menjadi Timbalan Menteri Kementerian Wakaf, Bahagian Dakwah. Ketua Majlis Ilmiah ‘Pusat Pemikiran Islam Sedunia’ dan Anggota ‘Majma’ Buhuts Islamiah’. Pada 1987 dipilih menganggotai ‘Majlis Tertinggi Urusan Islam’.

Tokoh-tokoh yang membentuk peribadi

Syeikh Muhammad al-Ghazali merupakan anak didikan Hassan al-Banna dan ulama besar al-Azhar. Beliau begitu terkesan dengan didikan dari Hassan al-Banna. Beliau menyifatkan Hassan al-Banna sebagai pendorong dan pem-bimbingnya dalam medan dakwah. Menurut al-Ghazali, beliau pertama kali berjumpa dengan Hassan al-Banna ketika menjadi penuntut di Kolej Agama Iskandariah semasa berumur lebih kurang 20 tahun.

Antara kesan terhadap jiwanya itulah beliau telah mengarang kitab ‘Dustur al-Wahdah al-Thaqafiyyah li al-Muslimin’ yang menjelaskan Usul ‘Ashrin (Asas 20 Perkara) yang ditulis oleh Hassan al-Banna. Muhammad al-Ghazali menyifatkan Hassan al-Banna seorang pejuang yang ikhlas, mempunyai peribadi yang mulia dan pentafsir al-Qur’an yang baik. Beliau mempunyai kelebihan kerana dapat memahami uslub yang susah lalu disampaikan kepada orang ramai dengan uslub yang begitu menarik dan mudah difahami.

Menurut Syeikh Yusuf al-Qaradhawi bahawa Syeikh Muhammad al-Ghazali semasa dalam penjara Tur selalu meniupkan semangat perjuangan dengan mengatakan bahawa kemati-an al-Banna tidak bermakna pertentangan dengan musuh-musuh Allah s.w.t. dan umat Islam telah berakhir. Panji-panji al-Banna akan diteruskan oleh murid-murid nya dan dakwahnya tidak akan lenyap.

Muhammad al-Ghazali juga terkesan dengan didikan ulama-ulama besar al-Azhar. Beliau terpengaruh dengan didikan Abdul ‘Azim al-Zarqani r.h.; guru tafsir dalam Fakulti Usuluddin, pengarang kitab Manahil al-Irfan fi Ulum al-Qur’an. Di Kolej Agama Iskandariah, beliau terpengaruh dari gurunya yang bernama Ibrahim al-Gharbawi dan Abdul ‘Azim Bilal; guru pendidikan psikologi. Beliau juga terpengaruh dengan Syeikh Mahmud Shaltut; guru dalam bidang Tafsir dan kemudian menjadi Syeikh al-Azhar. Begitulah tokoh-tokoh ulama yang mem-pengaruhi jiwa Syeikh Muhammad al-Ghazali sehingga beliau tidak mengenal erti penat dan lelah, berjuang di serata dunia semata-mata untuk menyebarkan dakwah serta meninggikan kalimah Allah s.w.t. yang mulia.

Berjuang dengan mata pena

Syeikh Muhammad al-Ghazali menjadi seorang penulis sejak beliau menuntut di Universiti al-Azhar dalam usia yang masih muda. Menurutnya masa yang paling baik baginya menulis ialah selepas solat subuh. Beliau menjadi penulis dalam akhbar al- Muslimun, al-Nazir, Liwa’ al-Islami, Mimbar al-Islam, Majalah al-Azhar, dan lain-lain akhbar di Mesir. Di Arab Saudi, beliau menulis di akhbar al-Da‘wah, al-Tadaman al-Islami, dan Majalah Rabitah. Sementara di Qatar dalam majalah Ummah dan di Kuwait dalam majalah al-Waei al-Islami. Banyak pemikiran yang diutarakan dalam tulisan-tulisannya sehingga beliau dikenali sebagai Adib al-Da‘wah.

Hasan al-Banna pernah menulis kepadanya pada tahun 1945 dengan berkata :“Saya telah membaca artikel kamu yang bertajuk Ikhwan al-Muslimun wa al-Ahzab (Gerakan Ikhwan al-Muslimun dan Kepartian) pada bilangan ter-akhir dari majalah al-Ikhwan maka didapati perkataan yang mudah, makna yang tajam dan adab yang lembut lagi halus. Beginilah sepatut-nya kamu menulis wahai Ikhwanul Muslimin, selalu menulis dan Ruh yang mulia akan me-nolong kamu dan Allah s.w.t. bersama kamu.”

Pada tahun-tahun terakhir sebelum meninggal dunia, beliau menjadi kolumnis tetap bagi surat khabar mingguan Sha‘ab di Mesir atas tajuk ‘Hadha Dinun’ dan akhbar al-Muslimin atas tajuk ‘al-Haq Mur’.

Penghargaan

Semasa hayatnya, Muhammad al-Ghazali pernah menerima anugerah Ijazah al-Malik Faisal dalam bidang Khidmat Islam pada tahun 1989, Anugerah Penulis pada tahun 1991, Anugerah Penghargaan Negara Mesir pada tahun 1992 dalam bidang Ilmu Kemasyarakatan, Anugerah Presiden bagi kesarjanaan yang cemerlang Universiti Islam Antarabangsa, Malaysia pada tahun 1995.

Murid dan rakan seperjuangan

Antara murid-murid beliau ialah; Muhammad Sayyid Tantawi (Syeikh al-Azhar), al-Imam Prof. Dr Yusuf al-Qaradhawi, Abdul Halim ‘Awais dan Muhammad ‘Imarah.
Antara rakan-rakannya ialah Syeikh Jad al-Haq Ali Jad al-Haq (m.1996M), Khalid Muhammad Khalid (m.1996M), Abdul Qadir ‘Awdah (m.1955M), Hassan al-Hudaybi (m.1973M), Isma‘il al-Faruqi (m.1986M), Abdul Hamid A. Abu Sulayman, Sayyid Abu Hassan al-Nadwi (m.1999M), Sayyid Sabiq, Salih Asmawiyy, Abdul ‘Aziz Jadal, Abdul Mu‘az Abdul Satah, Zakaria al-Zawakah, Isma’il Hamadi dan Muhammad al-Bahiyy al-Khuli.

Pendirian dan kegigihan perjuangannya

Pendirian Muhammad al-Ghazali dalam menangani permasalahan di rantau Arab khusus nya di Mesir ialah seperti berikut :

i) Muhammad al-Ghazali pernah mengadakan demonstrasi pada pemerintahan Jamal ‘Abdul Nasir dan Anwar Sadat. Sadat ingin menukar undang-undang kekeluargaan Islam, lalu Muhammad al-Ghazali bersama orang awam mengadakan tunjuk perasaan sehingga Sadat terpaksa menarik balik undang-undang tersebut.

ii) Pendiriannya menentang golongan pelampau (ekstrim) sehingga pihak pemerintah sering mengambil nasihat daripadanya bagi mengatasi perkara ini. Beliau juga sering menasihati golongan muda supaya memahami uslub Islam yang betul.

iii) Walaupun beliau berakidah aliran salafi, tetapi beliau sentiasa menasihati golongan salafi yang begitu cenderung kepada perkara-perkara juzuk. Beliau menyeru supaya mereka memahami manhaj Islam keseluruhannya.

iv) Mempunyai pendirian tegas dalam menentang kaum komunis, sosialis, kapitalis dan sekular

v) Pendiriannya menentang golongan ta‘asub Kristian. Beliau mengarang buku ‘Ta‘asub wa al-Tasamuh bayn Masihiyyah wa al-Islam’ bagi menjelaskan mengenai perkara ini.

vi) Mempertahankan al-Azhar, serta bersamanya dalam melaksanakan program-program sehingga akhir hayatnya. Beliau bertanggungjawab dalam membuat silibus di al-Azhar dan menyertai seminar yang dianjurkan oleh Universiti al-Azhar.

vii) Beliau mempunyai kekuatan sehingga dapat menarik perhatian orang yang mendengar khutbahnya setiap hari Jumaat 100 ribu orang malahan pada Hari Raya ¼ juta orang berjemaah dengannya.

Meninggal Dunia

Syeikh Muhammad al-Ghazali telah meninggal dunia di Riyadh ketika berlangsung nya muktamar Islam di sana pada tahun 1996 selepas diserang sakit jantung. Beliau telah dimakamkan di perkuburan al-Baqi‘, Madinah al-Munawarah berdekatan dengan makam anak Nabi Muhammad -Ibrahim dan Imam Malik bin Anas lebih kurang 15 meter daripada masjid al Nabawi.

Jenazahnya telah disembahyangkan oleh Huzayfi di Masjid Nabawi. Allah s.w.t telah memuliakannya sehingga beliau dimakamkan berhampiran makam Nabi Muhammad s.a.w sehingga penggali kubur bertanya siapakah yang akan dikebumikan di tempat yang mulia yang begitu dekat dengan Masjid Rasulullah s.a.w lalu mereka memberitahu orangnya ialah Syeikh Muhammad al-Ghazali.

Pujian-Pujian Ulama Terhadapnya.

Syeikh Jad al-Haq Ali Jad al-Haq (bekas Syeikhul Azhar) menyifatkan Muhammad al-Ghazali sebagai seorang pendakwah yang ulung, yang keseluruhan hidup dan waktunya ber-khidmat untuk Islam, mempunyai ketegasan dan pendirian yang tetap.

Sayyid Ahmad Abdul Hadi al-Qasibi, ketua Tariqat Sufi menyifatkan Muhammad al-Ghazali sebagai seorang yang mempunyai pemikiran bernas, perkataan yang lembut, kefahaman yang mendalam bagi maqasid agama dan pandangan yang ideal dalam kebangkitan umat.
Beliau meninggal dunia dalam keadaan berjuang pada jalan Allah s.w.t. dan menjadi contoh teladan buat generasi selepasnya.

Muhammad ‘Imarah seorang pemikir Islam dari Mesir menyifatkan Muhammad al-Ghazali sebagai tokoh ulama mujaddid dalam pemikiran Islam pada masa kini, terdapat dalam diri dan pemikirannya metodologi pengetahuan Islam yang menggabung kan nas dan akal di samping ilmu-ilmu semasa.

Kata-katanya

“sekiranya Imam al-Ghazali memiliki kecerdikan seorang Failosof dan Imam Ibnu Taimiyah Mahaguru seluruh Ahli Fiqh, kuperhitungkan diriku sebagi anak murid madrasah Falsafah dan Fiqh bersama-sama”.

“telah hilang pendakwah agama, yang tinggal ahli debat”

Penutup

Syeikh Muhammad al-Ghazali Ahmad al-Saqa merupakan seorang tokoh ulama, sarjana dan pemikir Islam abad ini. Beliau begitu gigih dan berani dalam mengatakan kebenaran. Beliau telah menghasilkan lebih daripada 60 buah buku dan empat daripadanya mengenai pemikiran tentang al-Qur’an sebagai penggerak kebangkitan umat. Antara buku-buku tersebut ialah Nazarat fi al-Qur’an, Mahawar al-Khamsah fi al-Qur’an, Kayfa Nata‘amal ma‘a al-Qur’an, Tafsir Maudhu’ie li al-Qur’an al-Karim dan lainnya Fiqh Sirrah, Aqidah Muslim, Ta’amullat fi Din wal Hayah, Khuluk Muslim dan lain-lain buku asy-syeikh yang kesemuanya sangat berharga.

Pengalaman beliau lebih daripada 50 tahun yang dihabiskan atas pentas dakwah perlulah digarap oleh generasi kini terutama mutiara-mutiara penulisannya. Pemikirannya yang bernas serta tajam menjadikannya sebaris dengan ulama -ulama besar yang mengisi era kebangkitan Islam sejagat.

0 comments: