Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Template

Powered by Blogger


widget

.:: KEPIMPINAN ULAMA' ::.

Photobucket

.:: TV PR ::.


Photobucket

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:


.:: TENTANG DIRIKU ::.

Tadika Chung Hwa, Kota Bharu [ 1986 ]
SRJK (c) Chung Hwa, Kota Bharu [ 1987 - 1990 ]
Sek. Keb. Rambutan Rendang, Kota Bharu [ 1990 - 1993 ]
Maahad Muhammadi Lelaki, Kota Bharu [ 1994 - 1996 ]
SMA Sungai Merab Luar Sepang, Selangor [ 1997 -1998 ]
Darul Quran Wal Hadis, Pasir Pekan [ 1999 - 2001 ]
Maahad 'Ali Dirasat Islamiah Wal Arabiah, Perak [ 2002 ]
Universiti Al-Azhar Cawangan Tanta, Mesir [ 2003 - 2009 ]

Monday, October 6, 2008

SYEIKH SAID HAWA (rahimahullah) Mujahid Ulung Abad -20M (1935-1989)



Di pagi khamis yang hening, 9 Mac 1989, berangkatlah satu jiwa yang suci untuk menemui tuhannya yang ketika hayatnya dikenali sebagai Syeikh Said bin Muhammad Deib bin Mahmud Hawwa (rhm). Beliau adalah seorang pemikir muslim, mujahid, alim dan da’ie. Peribadi yang telah mengorbankan seluruh hayatnya untuk memperjuangkan Islam ini, telah kembali menghadap tuhannya dalam usia 54 tahun ketika dunia masih memerlukan dirinya.
Marilah kita mengimbas kembali sejarah tokoh mujahid ini kerana pepatah mengatakan:

عند ذكر الصالحين تتنزل الرحمة”

Sejarah hidupnya

Syeikh Said Hawwa (rhm) dilahirkan di suatu tempat yang bernama Ailliyyat, yang terletak di bandar Hamma/Humat, Syria pada 27 September 1935M. Bapanya Muhammad Deib Hawwa merupakan seorang murabbi dan mujahid pemberani yang berjuang menentang penjajahan Perancis, maka tidak hairanlah darah pejuang mengalir di dalam tubuhnya dan mewarnai lukisan hidupnya. Ibunya meninggal dunia ketika beliau baru berusia 2 tahun.

Kemiskinan hidup menyebabkan beliau tidak mendapat pendidikan yang sempurna. Namun, kerana kecerdasan otaknya luar biasa kurniaan Allah Taala, beliau mampu menimba kembali ilmu yang tertinggal sehingga muncul sebagai tokoh ulama’ yang terkenal dan ulung di abad ini.
Said Hawwa seorang yang gemar mem- baca buku. Dalam satu hari, ia pasti membaca buku; cepat membaca, cepat memahami dan cepat menguasai. Kecerdasannya diakui oleh teman-teman dan guru-gurunya.

Ketika masa muda, ia mengamati gerakan pemikiran nasionalis, sosialis dan Ikhwanul Muslimin. Lalu dengan hidayah Allah s.w.t. ia pun bergabung dengan Ikhwanul Muslimin tahun 1952.
Pada tahun 1956, beliau memasuki salah sebuah universiti di Damsyik dan lulus tahun 1961, menyertai ketenteraan (1963), mendiri kan rumah tangga (1964) dan dikurniakan empat orang anak lelaki.

Di dalam tulisannya, beliau menyebut individu-individu yang memainkan peranan besar dalam membentuk syakhsiyyah beliau di antaranya adalah Syeikh ‘Allamah Muhammad al-Hamid dan Syeikh Mustaffa as-Sibai’e. Ilmu nya ditalaqqi daripada Syeikh Abdul Karim ar-Rifa’iy, Syeikh Ahmad Al-Murad, Syeikh Musthafa az-Zarqa’, Ustaz Fauziy Faidhullah dan lain-lain.

Penglibatan awalnya dalam gerakan Ikhwanul Muslimin bermula pada tahun 1952 ketika beliau masih belajar di tahun 1 Thanawi.

Beliau terlibat dalam krisis perlembaga- an pada tahun 1979 dan dipenjarakan selama lima tahun. Di penjara itulah beliau mengarang kitabnya ‘al-Asas fit-tafsir’ (11 jilid), serta mempersiapkan beberapa buah buku dakwah lainnya.

Selepas dibebaskan dari penjara, beliau dilantik sebagai pimpinan Ikhwan Syria sehingga tahun 1982. Setelah itu beliau terlibat dalam siasah Ikhwan sehingga tahun 1987 dan pernah memegang tampuk kepimpinan Ikhwanul Muslimin di peringkat negeri dan antarbangsa.

Syakhsiyyah Mujahid Mithali

Kemuliaan peribadi mujahid ini terserlah dalam pergaulan seharian beliau dengan mereka yang bermuamalat dengannya, samada sahabat yang sefikrah, mahupun mereka yang berbeza fahaman dengannya. Akhlak yang baik, tutur kata yang lembut serta wajah yang sentiasa dihiasi dengan senyuman menambat hati sesiapa yang mengenalinya.

Beliau aktif memberikan pengajian dan khutbah di Syria, Arab Saudi, Kuwait, Emirat Arab, Iraq, Jordan, Mesir, Qatar, Pakistan, Amerika dan Jerman.

Beliau yang mengambil berat tentang perkembangan semasa dan kuat membaca serta mempunyai kemampuan yang meng- kagumkan dalam mengingati pelbagai aliran pemikiran.
Meskipun beliau kaya dengan ilmu dan pekerti, tetapi kehidupannya sederhana sahaja dan tidak berharta. Kehidupannya yang sentiasa dalam kesederhanaan diterimanya dengan penuh rasa redha dan syukur. Keadaan ini telah membentuk sifat zuhud dalam dirinya.

Said Hawwa adalah seorang yang bersikap tegas dalam soal pakaian. Beliau pernah menulis dalam satu makalahnya: “Apabila halus perasaan keIslaman seseorang, maka bertambah kuatlah pegangannya terhadap sunnah. Sebaliknya apabila kasar perasaan seseorang itu, maka dia boleh menyesuaikan diri dengan mana-mana keadaan dan tidak akan terasa keadaan itu ganjil baginya. Seluar menggambarkan mentaliti Eropah. Ia bercanggah dengan sebilangan adab susila Islam. Di antara sebab kita perlu berpegang dengan pakaian ialah agar Islam dapat diperluaskan dan agar seseorang itu beriltizam dengannya, atau paling kurang ada niat untuk berbuat demikian.”

Walaupun beliau serius dalam perkara ini, namun beliau masih membuka ruang bagi orang yang berbeza pendapat dengannya. Oleh itu dipinta secara ijtihad supaya kita meng-ambil berat tentang pakaian dan rupa bentuk. Paling kurang seseorang itu tidak akan menentang orang lain yang beriltizam dengan nya.

Sumbangan Terhadap Islam

Syeikh Said Hawwa merupakan seorang da’ie yang berjaya. Beliau bukan sahaja menyampaikan ilmunya melalui kelas-kelas pengajian dan syarahan, malah turut menulis beberapa buah buku dan makalah antaranya:
‘Allah Jalla Jalaaluh’, ‘ar-Rasul’, ‘al-Islam’, ‘Asas fi Sunnah wa Fiqhiha: sirrah, aqo’ied, i’badah’, ‘Mustaklis fi Tazkiyatil anf-Fusi, ‘Pengenalan Kepada Dakwah Ikhwanul Muslimin’, ‘Jundullah Thaqafatan Wa Akhlaqan’, ‘Tarbiyatuna ar-Ruhiyah’, ‘Ufuk Risalah Ta’lim’ dan lain-lain lagi.
Buku-buku karangan beliau amat bernilai dan perlu dihadamkan oleh sesiapa yang bercita-cita untuk mewakafkan dirinya dalam perjuangan Islam. Di samping itu ianya sesuai dengan waqie’ dan zuruf di tanah air.

Di dalam buku ‘Jundullah Thaqafatan Wa Akhlaqan’, beliau telah menggariskan beberapa ciri akhlak asasi yang perlu dimiliki oleh setiap individu muslim untuk melayakkan dirinya ter- golong di dalam golongan Hizbullah sepenuh nya. Ciri-ciri akhlak tersebut adalah:
i- Kecintaan kepada Allah.
ii- Bersifat rahmah kepada golongan mu’minin.
iii-Bersifat tegas terhadap golongan kuffar.
iv-Berjihad di jalan Allah.
v-Memberikan wala’nya kepada Allah, Rasul dan golongan mu’minin.

“Oleh kerana ciri-ciri individu muslim ini tidak terbatas kepada beberapa ciri tertentu sahaja dan ia juga tidak ditentukan bilangan nya oleh al-Qur’an dan as-Sunnah, maka sayugialah perciriannya itu terbuka kepada ukuran dan kecenderungan yang berbeza. Namun begitu, sekiranya kita ingin menta’rif kan individu muslim secara menyeluruh, maka pada dasarnya individu muslim itu adalah peribadi muslim yang muttaqin, kerana adalah jelas bahawa kewujudan seluruh sifat-sifat yang mulia itu adalah bersumberkan dari hati yang bertaqwa.”

Meskipun beliau telah pergi untuk selama-lamanya, namun manfaat yang tidak ternilai masih dapat diambil secara berterusan melalui buku-buku karangannya.

Pada 14 Disember 1988 beliau mengalami keadaan koma, kerana sakit yang dideritai, sehingga 9 Mac 1989 beliau wafat di Hospital Amman, Jordan. Jenazah beliau diiringi dengan kepiluan dan kesedihan serta doa puluhan ribu para pejuang Islam, sehinggakan terdapat penyair yang merintih: “Alangkah baiknya jika masa dapat melahirkan syakhsiyyah seperti ini, akan tetapi masa terbukti bakhil untuk berbuat demikian”.

0 comments: