Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Template

Powered by Blogger


widget

.:: KEPIMPINAN ULAMA' ::.

Photobucket

.:: TV PR ::.


Photobucket

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:


.:: TENTANG DIRIKU ::.

Tadika Chung Hwa, Kota Bharu [ 1986 ]
SRJK (c) Chung Hwa, Kota Bharu [ 1987 - 1990 ]
Sek. Keb. Rambutan Rendang, Kota Bharu [ 1990 - 1993 ]
Maahad Muhammadi Lelaki, Kota Bharu [ 1994 - 1996 ]
SMA Sungai Merab Luar Sepang, Selangor [ 1997 -1998 ]
Darul Quran Wal Hadis, Pasir Pekan [ 1999 - 2001 ]
Maahad 'Ali Dirasat Islamiah Wal Arabiah, Perak [ 2002 ]
Universiti Al-Azhar Cawangan Tanta, Mesir [ 2003 - 2009 ]

Monday, October 13, 2008

Asy-Syahid Dr Abdullah Azzam



Dr. Abdullah Azzam atau nama penuh beliau Abdullah Yusuf Azzam dilahirkan di desa Sailatul Haritsiyyah, di daerah Jenin, utara Palestin pada tahun 1941, hasil perkahwinan antara Haji Yusof Mustafa Azzam dengan Zakiyah Salleh Husin al-Ahmad. Latar belakang pendidikan yang dimilikinya telah menjadikan beliau sebagai seorang ulama terkemuka, hafiz al-Qur’an, penghafal ribuan hadith dan syair, pakar pertanian dan juga salah seorang pemimpin tertinggi Mujahidin di Palestin dan Afghanistan.

Bapa beliau merupakan tokoh pejuang mujahiddin di Bandar Nablus, Palestin. Sejak kecil lagi As-Syahid telahpun menunjukkan sikap yang berbeza berbanding dengan anak-anak lain. Beliau banyak menghabiskan waktunya dengan beribadah membaca al-Qur’an dan buku-buku. Ketika itu juga beliau telah mulai tertarik dengan gerakan Islam Ikhwanul Muslimin.

Pada tahun 1965, ketika berumur 24 tahun, asy-Syahid Dr. Abdullah Azzam dan Ummu Muhammad telah mendirikan rumahtangga dan mereka telah dikurniakan seramai lima orang anak.

Pada tahun 1966, As-Syahid telah menggalakkan pemuda-pemuda untuk melancarkan jihad ke atas pendudukan Yahudi di Palestin. Kesungguhan As-Syahid dalam menentang penjajahan terbukti dengan terbentuknya satu tanzim jihad yang dikenali sebagai Qawa’id as-Syuyukh yang melatih para pemuda menggunakan senjata untuk menghadapi kemaraan tentera-tentera Yahudi. Dengan terbentuknya tanzim tersebut, asy-Syahid beserta para pengikutnya telah berjaya mengalahkan pasukan Yahudi dalam beberapa operasi yang dilancarkannya.

Dalam masa yang sama, asy-Syahid telah berusaha menamatkan pengajiannya dalam bidang Syariah di Universiti Damsyik, Syria dengan cara pengajian jarak jauh dan berjaya meraih pangkat cemerlang dengan gelaran sarjana pada tahun 1969.

Pada tahun 1970, sesudah jihad terhenti kerana sempadan Jordan-Palestin telah ditutup oleh kerajaan Jordan dan PLO dipaksa keluar dari Jordan, beliau menjadi pensyarah di Universiti Jordan di Amman. Keaktifannya dalam gerakan jihad menentang Yahudi dan pengaruhnya yang semakin menular di kalangan mahasiswa di Universiti Jordan tersebut telah menyebabkan beliau dipecat dari jawatannya.

Pada tahun yang sama, beliau menyambung pengajiannya di Universiti al-Azhar di Kaherah dan berjaya memperoleh ijazah sarjana (MA) dalam bidang Usul Fiqh. Kemudian beliau dilantik menjadi pensyarah di Fakulti Syariah, Universiti Jordan. Selepas itu beliau kembali ke Universiti al-Azhar, Mesir untuk menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Akhirnya beliau berjayamendapatkan Ijazah Kedoktoran (Ph.D.) Usul Fiqh dengan predikat terbaik dengan pangkat Kepujian Kelas Pertama dari Universiti al-Azhar, Mesir pada tahun 1973. Ketika di Mesir, beliau telah berkenalan dengan keluarga Syed Qutb. Selepas itu, beliau kembali bertugas sebagai pensyarah di Universiti Jordan, Amman.

Pada tahun 1980, asy-Syahid telah berhijrah ke Jeddah dan bertugas sebagai pensyarah di Universiti al-Malik Abdul Aziz, Jeddah. Kemewahan hidup di Arab Saudi begitu sukar diterima oleh asy-Syahid lalu beliau mengambil keputusan untuk berhijrah ke Pakistan pada tahun 1982 dan seterusnya bertugas sebagai pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Islamabad, supaya kedudukannya dengan bumi jihad Afghanistan menjadi dekat.

Setelah dua tahun bertugas di situ, asy-Syahid meletakkan jawatannya kerana merasakan jawatan tersebut menghalang beliau melaksanakan tugas jihad. Maka bermula dari tahun 1983, asy-Syahid turun ke medan jihad sepenuhnya. Asy-Syahid pernah bertugas di Ikatan Amal Islami (Rabithah Amal Islami) sebagai penasihat dalam bidang pendidikan untuk mujahidin.

Bersama-sama dengan para mujahidin yang terdiri dari kalangan masyarakat setempat, Afghanistan dan juga yang datang dari luar terutamanya mujahidin Arab, asy-Syahid telah memikul senjata mendaki gunung dan menuruni lembah semata-mata untuk menghidupkan kewajipan jihad yang semakin hari semakin dilupakan oleh umat Islam, sedangkan musuh-musuh Islam sentiasa mengarahkan muncung senjata mereka ke arah umat Islam.

Asy-Syahid Dr. Abdullah Azzam juga telah berusaha dengan begitu gigih sekali menonjolkan isu Afghanistan yang bersifat kedaerahan menjadi isu global umat Islam. Hasil usaha tersebut, ramai di kalangan pemuda Islam dari seluruh dunia telah datang ke Afghanistan untuk berjihad. Majoriti pemuda yang menyertai Jihad Afghanistan ialah dari Arab Saudi diikuti oleh Yaman, Algeria, Jordan (pemuda Palestin), Mesir, Syria, Kashmir, Pakistan, Sudan, Filipina, Malaysia, Indonesia, dan lain-lain negara seperti Tunisia, Libya, China, Amerika Syarikat, Britain, Turki dan Iraq. Tidak kurang juga yang menyumbangkan pelbagai bentuk bantuan yang berupa wang, ubat-ubatan, makanan, senjata dan sebagainya.

Di Afghanistan, asy-Syahid mengasaskan majalah ‘risalah jihad’ akhbar bulanan untuk menyampaikan maklumat-maklumat jihad. Beliau amat disegani oleh semua pihak kerana usahanya menyatukan para pemimpin mujahidin Afghanistan seperti Ustaz Sayyaf, Gulbuddin Hekmatyar, Burhanuddin Rabbani serta Yunus Kahalis. Perkara ini dapat dibuktikan melalui kata-katanya sendiri; "Sesungguhnya aku lebih rela anak-anakku mati kesemuanya daripada melihat perselisihan pemimpin mujahidin. Sesungguhnya kekuatan Islam terletak pada perpaduan umatnya.” Kerana itu usaha asy-Syahid Dr. Abdullah Azzam untuk menyatukan para mujahidin itu dilihat oleh musuh-musuh Islam sebagai satu usaha yang amat berbahaya bagi mereka, maka pada 26 Rabiul Akhir 1410 bersamaan 24 November 1989, Dr. Abdullah Azzam bersama dengan dua orang anaknya, Muhammad dan Ibrahim, serta anak lelaki al-marhum Sheikh Tamim Adnani (seorang Ulama’ Mujahid) dibunuh dalam satu ledakan di Arbab Road, Peshawar, Pakistan, ketika dalam perjalanan menuju ke Masjid untuk menunaikan solat Jumaat, dengan kekuatan 20 kilogram bahan letupan TNT yang diledakkan dengan alat kawalan jarak jauh.

Setelah ledakan yang kuat itu, orang ramai keluar dari masjid dan terpaparlah satu keadaan yang mengerikan. Hanya sebahagian kecil dari kenderaan tersebut yang kelihatan. Anak beliau,Ibrahim, terpelanting sejauh 100 meter dari tempat kejadian, begitu juga dengan Muhammad dan anak lelaki al-marhum Sheikh Tamim Adnani. Potongan mayat mereka bertaburan di atas pohon dan tiang elektrik, namun tubuh Sheikh Abdullah Azzam ditemui tersandar pada sebuah tembok dalam keadaan sempurna dan tiada luka atau cedera walau sedikitpun melainkan sedikit darah yang mengalir dari bibir beliau. Begitulah tamatnya kehidupan seorang Mujahid di dunia ini dan Insya-Allah akan meneruskan pula kehidupannya di sisi Allah. Berbahagialah asy-Syahid yang telah menemui apa yang diidam-idamkannya selama ini.

Jasad beliau dibawa ke Sadaa sebelum dikebumikan. Di Sadaa, ramai yang menghidu bau harum yang semerbak datang dari ruang yang beliau tempati. Keharuman bau misk itu berminggu-mingu lamanya. Beliau dikebumikan di Tanah Perkuburan Shuhada Pabi di mana beliau menyertai ribuan para Shuhada.

Di antara kata-kata asy-Syahid: “Aku tidak akan sekali-kali meninggalkan bumi jihad melainkan satu dari tiga perkara– samada aku terbunuh di Afghanistan atau di Pensyawar atau aku keluar sebagai tawanan , dari Pakistan.”

Asy-syahid Dr. Abdullah Azzam meninggalkan beberapa karangan yang menjadi mutiara berharga, antaranya:
1-Ayaatu ar-Rahman fi Jihad al-Afghan
2-Hukum al-A’mal fi Jamaah
3-Al-Barkan al-Ahmar
4-Al-Islam wal Mustaqbal al-Basyariyah

0 comments: