Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Template

Powered by Blogger


widget

.:: KEPIMPINAN ULAMA' ::.

Photobucket

.:: TV PR ::.


Photobucket

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:


.:: TENTANG DIRIKU ::.

Tadika Chung Hwa, Kota Bharu [ 1986 ]
SRJK (c) Chung Hwa, Kota Bharu [ 1987 - 1990 ]
Sek. Keb. Rambutan Rendang, Kota Bharu [ 1990 - 1993 ]
Maahad Muhammadi Lelaki, Kota Bharu [ 1994 - 1996 ]
SMA Sungai Merab Luar Sepang, Selangor [ 1997 -1998 ]
Darul Quran Wal Hadis, Pasir Pekan [ 1999 - 2001 ]
Maahad 'Ali Dirasat Islamiah Wal Arabiah, Perak [ 2002 ]
Universiti Al-Azhar Cawangan Tanta, Mesir [ 2003 - 2009 ]

Saturday, October 4, 2008

Amalan Kunjung-Mengunjung Di Hari Raya

Kedatangan 1 Syawal memang dinantikan oleh seluruh umat Islam, ia disambut dengan penuh gembira dan rasa kesyukuran kepada Allah swt. Kami para pelajar Al-Azhar di cawangan Tanta Mesir, tidak ketinggalan untuk menyambutnya dengan penuh kemeriahan.

Tradisi kunjung-mengunjung dan mengadakan rumah terbuka tetap diteruskan, walaupun kami semua beraya di perantauan. Amalan ini sebenarnya bukan satu adat bahkan ianya dituntut oleh Islam yang sangat menggalakan kita untuk menghubungkan silaturrahim sesama kita.Ia juga diamalkan supaya suasana kegembiraan dalam menyambut lebaran, dapat dirasai oleh semua golongan baik yang kaya ataupun miskin.

Amalan ini haruslah sentiasa dipupuk dan diteruskan oleh generasi kita umat Islam dimasa akan datang, kerana kita bimbang amalan ini tidak lagi menjadi amalan mereka kelak. Ditambah pilak dengan pelbagai rancangan hiburan yang disediakan oleh pihak stesen tv, untuk tontonan dihari raya menyebabkan anak-anak muda sekarang sudah tidak lagi berminat untuk bersama-sama menghidupkan amalan ini.

Bersamalah kita berusaha, supaya amalan yang baik serta merupakan tuntutan agama ini terus-menerus menjadi amalan kita semua terutama bila menyambut hari yang mulia ini. Dan ingatlah Firman Allah swt :

إنما المؤمنون إخوة

"Sesungguhnya orang mukmin itu bersaudara"

Rumah terbuka Ust Shahrizam ( Pok Su )

Rumah terbuka Ust Kamal Jamadi ( Berdiri Baju Melayu Oren )

Ziarah Ust Nahi yang baru menimang cahaya mata ( Nurul Nuha )

Rumah terbuka Ust Nazri Meli, Ust Badrulddin dan Ust Fazlurrahman



0 comments: