Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Template

Powered by Blogger


widget

.:: KEPIMPINAN ULAMA' ::.

Photobucket

.:: TV PR ::.


Photobucket

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:


.:: TENTANG DIRIKU ::.

Tadika Chung Hwa, Kota Bharu [ 1986 ]
SRJK (c) Chung Hwa, Kota Bharu [ 1987 - 1990 ]
Sek. Keb. Rambutan Rendang, Kota Bharu [ 1990 - 1993 ]
Maahad Muhammadi Lelaki, Kota Bharu [ 1994 - 1996 ]
SMA Sungai Merab Luar Sepang, Selangor [ 1997 -1998 ]
Darul Quran Wal Hadis, Pasir Pekan [ 1999 - 2001 ]
Maahad 'Ali Dirasat Islamiah Wal Arabiah, Perak [ 2002 ]
Universiti Al-Azhar Cawangan Tanta, Mesir [ 2003 - 2009 ]

Friday, October 24, 2008

Al-Imam Prof. Dr. Yusuf Abdullah al-Qaradhawi rhm. Mujadid Abad ke-15 & Imam al-Wasothiyah


Pendahuluan


Al-Imam asy-Syeikh ‘Allamah Professor Dr. Yusuf Abdullah al-Qaradhawi adalah salah seorang tokoh ulama’ yang sangat menonjol di zaman ini. Penglibatan nya meliputi bidang ilmu pengetahuan, pemikiran, dakwah, ekonomi, pendidikan dan jihad; asy-Syeikh merupakan anugerah Allah untuk umat. Faqih semasa, aktivis gerakan Islam, da’ie, sasterawan dan pemikir Islam yang telah mencapai kemuncak ketinggian ilmu-ilmu Islam dan menjadi salah seorang Imam umat Islam di zaman ini. Sumbangannya sangat dirasai mewarnai seluruh penjuru bumi.

Kelahiran


Nama penuhnya ialah Yusuf bin Abdullah bin Ali bin Yusuf. Al-Qaradhawi merupakan nama keluarganya yang diambil dari sebuah daerah bernama al-Qardhah dan dinisbahkan kepada keturunannya. Di kampung ini terletaknya makam sahabat nabi yang meninggal di Mesir iaitu Abdullah bin Harith bin Juz al-Zubaidi (86H) Beliau lahir di sebuah desa kecil di Thanta, Mesir bernama Shafth Turaab pada 9 Sept.1926. Al-Imam berasal dari keluarga yang kuat beragama. Bapanya bekerja sebagai petani dan keluarga ibu nya bekerja sebagai peniaga. Namun bapanya meninggal ketika beliau berusia 2 tahun.

Pendidikan

Di usia 10 tahun, ia sudah hafal al-Qur'an. Menamatkan pendidikan di Ma'had Thantha dan Ma'had Tsanawi. Imam al-Qaradhawi kemudian melanjutkan pengajian ke Universiti al-Azhar, Fakulti Usuluddin dan lulus tahun 1953. Beliau mendapat tempat pertama dari mahasiswa yang berjumlah 180 orang. 1954: ijazah pendidikan dan mendapat tempat pertama dari 3 kuliah yang ada di al-Azhar dengan jumlah siswa 500 orang. 1958: memperolehi ijazah Diploma dari Ma’ahad Dirasat al-Arabiyah al-Aliyah dalam bidang Bahasa dan Sastera. 1960: ijazah Master jurusan ilmu-ilmu al-Qur’an dan Sunnah di fakulti Usuluddin. Gelaran doktornya (Ph.D) baru dia perolehi pada tahun 1973 dengan tesis ‘Zakat dan Pengaruhnya Dalam Menangani Masalah Sosial Masyarakat’, yang kemudian disempurnakan menjadi Fiqh Zakat. Sebuah buku yang sangat komprehensif membahas persoalan zakat dengan ‘suasana semasa’. Sebab kelewatannya mendapat Ph.D, kerana beliau meninggalkan Mesir akibat kekejaman pemerintah yang berkuasa pada masa itu. Ia menuju Qatar (1961) dan mendirikan Fakulti Syariah dan Pusat Kajian Sejarah & Sunnah Nabi di Universiti Qatar. Al-Imam mendapat kewarganegaraan Qatar dan menjadikan Doha sebagai tempat tinggalnya.

Guru-guru (Masyayeikh) di al-Azhar

Antara guru-guru yang banyak mem- pengaruhi kehidupan ilmiahnya: Muhammad Abdullah Darraz, Mahmud Syaltut, Dr. Abdul Halim Mahmud (falsafah & tasauf), Muhammad Mukhtar Badir dan Muhammad Amin Abu al-Raus (tafsir), Muhammad Ahmadain dan Abu Hamid al-Sazali (ilmu hadith), Salih Ashraf al-Isawi, Muhammd Yusuf dan al-Syafi’i al-Zawahiri (tauhid), Dr. Muhammad Ghalab (falsafah) dan Tayyib al-Najjar (Usul Fiqh), Mutawalli Sya’rawi dan Muhammad al-Ghazali (di Maahad Tanta).

Tokoh-tokoh yang dikagumi

Imam al-Ghazali (al-Ihya merupakan buku pertama yang dibaca semasa kecil), pemikiran dan karya-karya peninggalan Imam Ibn Taimiyah dan muridnya, Imam Ibn Qaiyim rhm. taala ajma’ien

Tokoh-tokoh yang membentuk peribadi

Hassan al-Banna, Ustaz al-Bahi al-Khuli, Muhammad al-Ghazali, Rashid Rida (al-Manar): seorang Juru Islah abad ini yang mengemukakan idea-idea baru untuk umat Islam maju. Menyaran kan islah, tajdid, ijtihad dan kembali kepada al-Qur’an & al-sunnah dan manhaj salafi

Latar Belakang Keluarga


Imam al-Qaradhawi memiliki tujuh anak, empat puteri dan tiga putera. Sebagai seorang ulama’ yang sangat terbuka, dia membebaskan anak-anaknya untuk menuntut ilmu apa saja sesuai dengan minat dan bakat serta kecenderungan masing-masing. Puteri pertamanya (Ilham) memperolehi Dr. Ph.D fizik-nuklear, yang kedua (Siham) Dr. Ph.D-biologi; kedua-duanya dari Britain, yang ketiga (A’la) telah menyelesaikan Ph.Dnya, sementara yang keempat (Asma’) juga telah menyelesaikan Ph.Dnya di Universiti Notingham, Britain. Anak lelaki pertama (Muhammad) mendapat Ph.D dalam bidang teknik elektro di USA, yang kedua (Abdul Rahman) lulusan M.A Universiti Cairo, Mesir (2000). Sedangkan yang bongsu (Usamah) telah menyelesaikan kuliahnya pada fakulti teknik jurusan elektrik. Melihat beragamnya pendidikan anak-anak nya, karena sikapnya sebagai seorang ulama’ yang menolak pembagian ilmu secara terpisah. Semua ilmu mampu Islami atau tidak Islami, bergantung kepada orang yang memandang dan memanfaat kannya. Pemisahan ilmu secara terpisah itu, menurutnya telah menghambat kemajuan umat Islam. Dari tujuh anaknya, hanya satu yang belajar di Universiti Darul Ulum Mesir dan menempuh pendidikan agama. Sedangkan yang lainnya, meng- ambil pendidikan umum dan semuanya ditempuh di luar negeri.

Penglibatan dengan Ikhwan

Dalam perjalanan hidupnya, beliau pernah mengenyam ‘pendidikan’ penjara sejak dari muda nya. Ketika Mesir diperintah Raja Farouk, dia di- penjarakan (1949), ketika umurnya baru 23 tahun, karena penglibatannya dalam pergerakan Ikhwanul Muslimin. Pada April tahun 1956, ia ditangkap lagi saat terjadi Revolusi Jun di Mesir. Bulan Oktober kembali ia terperosok di penjara tentera selama dua tahun. Imam al-Qaradhawi terkenal dengan khutbah-khutbahnya yang berani sehingga sempat dilarang sebagai khatib di sebuah masjid di daerah Zamalik. Alasannya, khutbah-khutbahnya dinilai mempenga- ruhi pandangan umum tentang ketidakadilan rejim saat itu.

Pekerjaan-pekerjaan rasmi

•Peringkat awal Imam bekerja sebagai khatib dan pengajar di berbagai masjid. Kemudian menjadi pengawas di Akademi Para Imam, Kementerian Wakaf Mesir. •Berpindah ke bahagian Pentadbiran Am untuk Masalah-Masalah Budaya Islam di al-Azhar dengan mengawasi bahan cetak dan pengurusan dakwah •1961-Pengetua sebuah sekolah menengah di Qatar. •1973-mendirikan Fakulti Tarbiyah dan mengetuainya; menjadi asas kepada penubuhan Universiti Qatar. •1977-Dekan di Universiti Qatar sehingga 1990 Menubuhkan Pusat Kajian Sunnah dan Sirah Nabi. •1990/1-Ditugaskan oleh Pemerintah Qatar mengetuai Majlis Ilmiah seluruh universiti dan akademi di Algeria.

Sumbangan


Terutamanya dalam bidang dakwah, ilmiah, akademik, pengurusan, ekonomi, sastera & budaya

•Bidang ilmu pengetahuan


Imam al-Qaradhawi telah menulis lebih 100 buah buku dengan keaslian dan nilai ilmiah yang tiada bandingannya meliputi bidang fiqh dan usul fiqh, ekonomi Islam, pengetahuan tentang al-Qur’an dan al-Sunnah, aqidah, dakwah dan pendidikan, penyele saian masalah menurut cara Islam, tokoh-tokoh Islam, bidang akhlak dan tasauf berdasarkan al-Qur’an dan al-Sunnah, kebangkitan Islam, penyatu-an fikrah dan pemahaman Islam, kesusasteraan dan syair, kumpulan ceramah, isu-isu kezaliman (1950an), Islam sebagai alternatif (1970an), nilai dan akhlak dalam ekonomi islam.

•Fekah dan fatwa

Menjadi rujukan utama seluruh ilmuan dan umat Islam dunia hari ini. Al-Imam menjelaskan manhaj nya dalam berfatwa melalui bukunya ‘Fatawa Mu’asiroh’.

•Dakwah dan Pentadbiran

Bekerja dalam pelbagai bidang, banyak aktiviti yang diterjuninya. Melibatkan diri dalam dakwah Ikhwan al-Muslimin seawal usia remajanya saat ketika masih di Tanta. Ketika ini beliau meman-faatkan saluran media sebagai alternatif dalam menyampaikan dakwah.

•Seminar dan Muktamar

Antaranya tentang ekonomi Islam (Univ. Malik Abdul Aziz), Dakwah (Univ. Islam Madinah), Fiqh Islam (Univ. Muhammad Sa’ud), Muktamar Islam dan Orientalis (Nadwah Ulama’ di India), Sirah Nabi dan Sunnah (beberapa Negara) dll.

•Kunjungan dan Ceramah

Menyampaikan ceramah di lebih 40 buah Universiti di seluruh dunia, Islamic center, akademi dan organisasi. Mengunjungi dan mengadakan per-temuan dan perbincangan di seluruh benua dunia; Asia, Afrika, Eropah, Amerika dan Australia.

•Ekonomi Islam

Pendokong utama terbentuknya bank-bank Islam di seluruh dunia dan melibatkan diri secara langsung.

•Kerja Kemasyarakatan

Memandu gerakan Islam dengan memberi perhati-an kepada kerja-kerja amal dan membendung misionaris, usaha menyelamatkan mereka, men-dirikan masjid, pelbagai akademi, institusi pendidikan, hospital dan pencetus penubuhan Lembaga Bantuan Islam Antarabangsa berpusat di Kuwait dll.

•Bidang Gerakan dan Kebangkitan Islam

Memberi perhatian kepada generasi muda dengan mengunjungi pelbagai benua, menyampaikan ceramah, dialog, penulisan dll.


•Pergerakan Islam dan Jihad

Sejak remaja beliau terlibat dengan dakwah, perhatian dan kepeduliannya sangat tinggi sehingga pernah berkali-kali merengkok di dalam penjara.

•Penglibatan dengan Pertubuhan Dunia

Melibatkan diri & mengetuai lebih 22 pertubuhan antarabangsa: Pendidikan (Qatar), Pusat Kajian Peradaban (Qatar, Jordan), Fiqh Islam dan Rabitah al-Alam al-Islami (Mekkah), Sastera Islam, Ekonomi, Dana dan Perbankan Islam (Kaherah, Qatar, Kuwait, Swiss), Ahli Kehormat Pengajian Islam (Univ. Islamabad, Univ. Osford, Perancis), Dakwah (Sudan), Media (Pakistan) Budaya (internet), Fatwa dan Penyelidikan (Eropah).

Penghargaan


•1990-IDB (Islamic Development Bank) - atas jasa-jasanya dalam perbankan

•1992-King Faisal Award - dalam bidang keislaman

•1996-Universiti Islam Antarabangsa
- ilmu pengetahuan

•1997- Sultan Brunei
- sumbangannya dalam fekih

•1999- Sultan al Uwais (UAE) - ilmu pengetahuan

•2000- Antarabangsa Dubai Imam al-Qaradhawi menceritakan bahawa beliau lebih bergembira menerima hadiah wang semasa kecil yang bernilai LE 1.50 Mesir (RM 1) apabila memenangi tilawah menghafal al-Qur’an yang lebih memberi kesan kepada jiwanya daripada menerima wang 50 ribu dollar-Sultan Brunei atau ¼ juta Dirham-Emiriat, kerana wang yang diterima semasa kecil itu telah merubah keperibadiannya menjadi seorang ulama’ pada saat ini.

Sekilas Pandangan-pandangan Imam Qaradhawi


1-Pemikiran ~ menurut al-Imam sesebuah peradaban akan berkembang maju jika mampu menyerap sisi-sisi positif dari peradaban yang lebih maju dengan tidak meninggalkan akar asas-asas Islam. Beliau beranggapan peradaban mana pun amat bergantung pada manusianya. Menurutnya Islam yang agung dihinakan para penganutnya sendiri, yang tak percaya sepenuhnya kepada ajaran Islam. Mereka inilah yang menutup koridor-koridor kebesaran ajaran Islam dengan kebodohan sendiri.


2-Perbezaan pendapat ~ merupakan hal yang tak mungkin dihindari dan tak mungkin dapat dihentikan dengan tulisan-tulisan ilmiah atau seminar-seminar. Perasaan beragama yang sangat dalam pada hati kaum Muslimin, sering menimbul kan ketegangan-ketegangan yang sangat tidak toleran. Mereka menyangka, pendapat mereka adalah agama itu sendiri yang mungkin dengan seseorang mengikutinya atau tidak mengikutinya akan mendapat pahala atau penyebab seksa. Al-Imam sangat menyayangkan mereka yang tidak mampu membezakan perbezaan pendapat yang terpuji dan tercela menurut syara’.

3-Penyakit umat ~ di mata beliau, umat Islam sudah lama menghidap krisis identiti diri yang sangat parah akibat ghazwul fikr (perang pemikiran) Barat yang tidak menginginkan Islam bangkit kembali.


4-Kebangkitan Islam ~ Beliau adalah seorang tokoh aktivis yang sering memberikan gagasan-gagasan yang meluruskan hala-tuju gerakan kebangkitan Islam pada jalan tengah (wasothiyah) dan mencakupi hampir semua per-masalahan umat. Tulisannya menyeluruh, mendalam, penuh keaslian dan bersesuaian dengan realiti semasa.


Pujian Ulama terhadapnya

Imam al-Qaradhawi begitu dicintai dan dipuji oleh seluruh Ulama’. Sejak usia mudanya beliau telah digelar ‘Allamah’:

•Hasan al-Banna: “sesungguhnya dia seorang penyair yang mengkagumkan dan berbakat.”

•Muhammad al-Ghazali: “salah seorang imam di zaman ini, yang mampu mengabungkan dalam fiqh; aqal dan atsar.”


•Abu Hasan an-Nadwi:“seorang alim yang sangat dalam ilmunya dan pendidik kelas dunia.”


•Abdul Aziz bin Baz:“tulisan-tulisannya memiliki nilai ilmiah yang tinggi dan pengaruh yang besar di dunia Islam.”


•Mushtafa az-Zarqa’:”hujjah zaman ini, dan merupakan ni’mat Allah untuk kaum muslimin.”


•Abu Fatah Abu Ghudah:”faqih dan mursyid kita. Dia adalah seorang ‘Allama.”


•Thaha Jabir al-Ulwani:”al-Qaradhawi adalah Faqih para Da’ie, dan Da’ienya para Fuqaha’.”


•Abdus Salam:”pemimpin yang penuh hikmah dalam merentas keaslian, tajdid dan tauhid. Dia bagaikan sebutir buah ranum yang dihasil kan dakwah Imam Hasan al-Banna.”


• Muhammad Umar Zubair:”Faqih yang membuka kemudahan dalam fatwa dan Da’ie yang membawa khabar gembira dalam dakwah.”


•Rashid al-Ghanusyi:”Dia adalah seorang Imam Mujaddid”


•Adnan Zarzur:”Dia adalah seorang mujaddid, faqih dan mujtahid di zaman ini. Mengabung- kan antara ketelitian seorang Faqih, semangat seorang Da’ie, keberanian seorang Mujaddid dan kemampuan seorang Imam. Beliau telah membangunkan daulah Islamiyah dalam Fiqih dan Ijtihadnya.”


Manhaj Fiqih Imam al-Qaradhawi

•Pengabungan antara fiqh dan Hadis •Moderat (kesederhanaan) •Memberi kemudahan •Realistik dan semasa •Bebas dari fanatisme mazhab •Pemahaman nas yang Juz’ie dalam kerangka Maksud Syari’ah yang Kulli •Perbezaan antara yang Qat’ie dan yang Zanni •Gabungan antara Salafiyah dan Tajdid.

Ungkapan-ungkapan al-Imam penuh makna dan keindahan

•Kami akan katakan kepada mereka yang menuntut Islam untuk berkembang, “mengapa kalian tidak menuntut perkembangan itu untuk berislam”

•Moderasi (kesederhanaan) yang kami serukan adalah: moderasi yang mengabungkan antara salafiah dan tajdid, keseimbangan antara prinsip Syari’ah dan perkembangan zaman, yang menolak cara pandang parsial (pemisah-an) pengaburan Islam, yang mampu meng-ambil manfaat dari masa lalu dan hidup di masa kini serta mampu menatap masa depan.

•Sesungguhnya kejumudan kita di tempat kita, tidak akan pernah menghentikan planet dari geraknya dan tidak pula bumi dari putarannya.


•Islam yang kami tolak adalah Islam yang mengajak kepada fatalisme (nasib hidup ditentukan) dalam aqidah, formaliti (kepatuhan membuta) dalam ibadat, negatif dalam moral, parsial dalam pemikiran, tekstual dalam penafsiran, zhohiriyah dalam fiqih dan penampilan luar dalam kehidupan.


•Islam yang kami serukan adalah Islam masa awal, yakni Islam yang berdasarkan al-Qur’an dan Sunnah. Islam yang membuka kemudahan bukan yang memberatkan, yang memberi khabar gembira dan bukan membuat orang lari


•Islam kita berdiri di atas aqidah yang ruhnya adalah tauhid, ibadah yang ruhnya adalah ikhlas, akhlak yang ruhnya adalah kebaikan, syariah yang ruhnya adalah keadilan, kesatuan yang ruhnya adalah persaudaraan. Semua itu tergambar dalam peradaban yang ruhnya adalah keseimbangan.


•Tujuanku adalah Islam, manhajku adalah kesederhanaan, perantaraanku (sarana) adalah ilmu, dakwah dan tarbiyah.


•Saya inginkan dari gerakan kebangkitan Islam ini: Hendaknya dia menyibukkan diri dengan substansial (intipati) daripada formaliti, dengan kerja daripada hanya banyak bicara, dengan masalah yang pokok (usul) daripada yang cabang (furu’), dengan yang fardhu daripada yang sunnah, dengan yang kuliyyat (menyeluruh) daripada yang juziyyat (hanya bahagian), dengan yang disepakati daripada yang diperdebatkan.


•Mereka hanya inginkan Islam yang bersifat aqidah tanpa syariah, damai tanpa jihad, perkahwinan tanpa talak, ibadah tanpa muamalah, mushaf tanpa pedang dan agama tanpa negara.


Tokoh Mujadid

Al-Imam al-Qaradhawi merupakan pemikir Islam moden yang sangat yakin akan kebenaran cara pemikiran Islam yang moderat (al-wasothiyah al-Islamiah). Dalam buku-buku yang ditulisnya beliau selalu menyeru pada pemikiran moderat (sederhana) dan sangat anti ekstrimisme pemikiran.

Al-Imam selalu mendengungkan kelebihan Islam dalam segala acuannya. Sebagai ulama’ yang perhatiannya terhadap al-Qur’an dan Sunnah Nabi s.a.w. demikian sangat tinggi, Imam al-Qaradhawi telah berhasil dengan cerdas dan genius menangkap ‘ruh’ dan semangat ajaran dari keduanya. Beliau sangat fleksibel dalam memandang ajaran Islam.Kedalaman dan ketajamannya dalam menangkap ajaran Islam ini, sangat membantunya untuk selalu bersikap arif dan bijak. Namun di masa yang sama, sangat kuat mempertahankan pendapat-pendapatnya yang beliau gali dari al-Qur’an dan Hadis.

Penutup

Al-Imam Alamah Prof. Dr. Yusuf Abdullah al-Qaradhawi telah mewaqafkan seluruh hidupnya dalam pengabdian kepada agama dan tuhannya. Dengan mengharapkan limpahan rahmat Allah s.w.t. mudah-mudahan kita dapat mencontohi beliau dan mengambil sepenuh manfaat daripada seluruh karangannya kerana mungkin di sana bekal kebangkitan untuk kita; umat Islam, di masa depan.

0 comments: