Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Template

Powered by Blogger


widget

.:: KEPIMPINAN ULAMA' ::.

Photobucket

.:: TV PR ::.


Photobucket

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:


.:: TENTANG DIRIKU ::.

Tadika Chung Hwa, Kota Bharu [ 1986 ]
SRJK (c) Chung Hwa, Kota Bharu [ 1987 - 1990 ]
Sek. Keb. Rambutan Rendang, Kota Bharu [ 1990 - 1993 ]
Maahad Muhammadi Lelaki, Kota Bharu [ 1994 - 1996 ]
SMA Sungai Merab Luar Sepang, Selangor [ 1997 -1998 ]
Darul Quran Wal Hadis, Pasir Pekan [ 1999 - 2001 ]
Maahad 'Ali Dirasat Islamiah Wal Arabiah, Perak [ 2002 ]
Universiti Al-Azhar Cawangan Tanta, Mesir [ 2003 - 2009 ]

Thursday, September 25, 2008

Zakat Fitrah Pengenalan Dan Pandangan Imam Empat Mazhab

Gambar Hiasan

Pengenalan Tentang Zakat


Pensyariatan zakat adalah salah satu daripada sejumlah disiplin yang disyariatkan oleh Allah swt untuk meluruskan perangai manusia, agar bersesuaian dengan syarat kebahagiaan bagi perkumpulan manusia, sama ada dalam bentuknya sebagai perkumpulan yang saling berkasih saying, mahu pun sebagai individu yang setiap orang daripada mereka mencita-citakan kemuliaan dan kebahagiaan peribadinya di dalam kehidupan ini.

Jika dipandang secara menyeluruh, tugas zakat ialah untuk mengawasi agar perkembangan pendapatan setiap individu, juga agar perkembangannya tunduk di bawah asas kecukupan diri untuk semua manusia. Kita mendapati hakikat ini dalam sabda Rasulullah saw kepada para sahabat Baginda yang diutuskan ke Bandar-bandar dan kabilah-kabilah :
ادعهم إلى شهادة أن لا إله إلا الله وأني رسول الله ،.... فإن هم أطاعوا لذلك فأعلمهم أن الله افترض عليهم صدقة تؤخذ من أغنائهم فترد على فقرائهم
“Serulah mereka untuk menyaksikan bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dansesungguhnya aku adalah utusan Allah….Sekiranya mereka mentaati perkara itu, ajarkanlah mereka bahawa Allah telah mewajibkan ke atas mereka sedekah yang diambil daripada orang kaya dan diberikan kepada orang miskin di kalangan mereka”.
( al-Bukhari – 1331 / Muslim – 19 )

Demikianlah bagaimana syariat islam tidak menyerahkan individu kepada usaha dan tenaga peribadinya sahaja dalam mentadbir urusan dirinya dan menyediakan kecukupan hidupnya. Syariat Islam juga tidak menyerahkan kepada perasaan kemanusiaanya sahaja untuk menghulurkan bantuan yang sesuai kepada saudara-saudarannya dan untuk saling membantu sesame manusia. Bahkan ia meletakkan kaedah dan system yang memberikan pertolongan kepada usaha peribadi dan kesungguhannya, yang menjamin kemuliaan hidupnya agar sentiasa berada dalam keadaan yang bercukupan. Islam juga meletakkan perundangan yang cukup untuk mengawasi hati individu agar tidak liar dan melampau, atau dikuasai oleh perasaan tamak haloba dan mementingkan diri sendiri. Islam mengawalnya agar seseorang sentiasa berada di atas landasan keadilan dan kelurusan sama seperti orang lain juga.

Zakat Fitrah Mengikut Mazhad Empat

Zakat Fitrah adalah diantara zakat-zakat yang diwajibkan kepada umat Islam oleh Allah swt, ia dituntut menunaikannya pada akhir bulan Ramadhan. Dalam permasalahan ini, mazhad 4 dalam Islam turut membincangkan dengan beberapa pandangan, secara keseluruhannya menyepakati bahawa zakat fitrah ini diwajibkan kepada setiap orang Islam yang kuat, baik tua mahupun muda. Maka bagi wali anak kecil dan orang gila wajib mengeluarkan hartanya serta memberikanya kepada fakir miskin.

a) Hanafi : Orang yang mampu adalah yang mempunyai harta yang cukup
nisbah, atau nilainya lebih dari keperluannya.

b) Syafi’ie, Maliki dan Hambali : Orang yang mampu adalah orang yang mempunyai
lebih dalam makanan asasinya . Maliki menambahkan bahawa orang yang mampu itu
adalah orang yang berhutang dengan harapan mampu untuk membayarnya.

Orang Yang Diwajibkan Zakat Fitrah

a) Hanafi : Orang yang mukallaf ( Berkemampuan ) wajib mengeluarkan zakat fitrah
untuk dirinya dan orang di bawah tanggungannya samada anak kecil atau pun yang
gila. Bagi anak yang berkemampuan diwajib keatasnya zakat dan tidak harus dibebani
oleh ayahnya sebagaimana seorang suami tidak wajib untuk mebayar zakat buat
isterinya.

b) Hambali dan Syafi’ie : Orang yang mukallaf wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk
dirinya dan orang yang wajib baginya untuk memberi nafkah kepadanya.

c) Maliki : Orang yang mukallaf wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk dirinya dan
orang yang wajib baginya untuk memberi nafkah kepadanya dan kedua orang tuanya
yang fakir, dan anak-anak lelaki yang masih belum mampu untuk memiliki harta
persendirian. Begitu juga anak-anak perempuan sehingga mereka bersuami.

Jumlah Yang Harus Dikeluarkan Zakat

Para ulama mazhab bersepakat bahawa jumlah yang wajib dikeluarkan untuk setiap orang adalah satu sha’ ( satu gantang ), samada dalam bentuk gandum, kurma, anggur kering, beras dan jagung ataupun apa sahaja yang menjadi makanan asasinya.

Hanafi : Hanya cukup setengah gantung sahaja untuk satu orang, satu gantung sama dengan berat tiga kilogram.

Zakat Fitrah Dengan Wang Dan Nilai Semasanya

Mengeluarkan zakat fitrah dengan nilai (yakni dengan wang) terdapat khilaf di kalangan ulamak tentang keharusannya:

1. Menurut jumhur ulamak (Imam Syafi’ie, Malik dan Ahmad) : Zakat fitrah wajib
dikeluarkan dalam bentuk makanan (yakni makanan asasi penduduk setempat). Tidak
harus dikeluarkan dengan wang sekalipun menyamai harga/nilai makanan yang wajib
dikeluarkan zakat. Alasan mereka ialah; mengeluarkan zakat fitrah dengan selain dari
makanan asasi setempat adalah bercanggah dengan Sunnah Nabi s.a.w..

2. Menurut Imam Abu Hanifah : harus mengeluar zakat fitrah dengan wang yang
seharga/senilai dengan makanan yang wajib dikeluarkan zakat. Menurut mereka; zakat
fitrah adalah hak fakir-miskin. Untuk memenuhi hajat mereka boleh dengan makanan
dan boleh juga dengan wang. Tidak ada beza antara kedua-duanya. Barangkali
mengeluarkan dengan wang adalah lebih baik kerana dengan wang memudahkan orang
fakir membeli apa sahaja barang keperluan yang mereka kehendaki (makanan, pakaian,
daging, lauk-pauk dan sebagainya). Pandangan sebagaimana Abu Hanifah ini
diriwayatkan juga dari Umar Abdul Aziz, al-Hasan dan as-Sauri.

3. Menurut Imam Ishaq dan Abu Tsur : mengeluarkan zakat fitrah dengan nilai (wang)
hanya harus ketika darurat sahaja.

Ulamak-ulamak semasa hari ramai yang menyetujui pandangan Imam Abu Hanifah termasuk Dr. Yusuf al-Qaradhawi dalam kitab Fiqh Zakatnya. Menurut beliau; keharusan mengeluarkan zakat dengan wang lebih menepati kehendak semasa dan memberi kemudahan kepada fakir miskin. Begitu juga dengan Dr. Mutafa al-Khin dan Dr. Mustafa al-Bugha yang menjelaskan dalam kitab mereka al-Fiqh al-Manhaji (sebuah kitab Fiqh mazhab Syafi’ie kontemporari); “Tidak mengapa pada zaman ini untuk kita mengikuti pandangan mazhab Hanafi dalam masalah ini iaitu keharusan membayar zakat fitrah dengan nilai wang kerana ia lebih mendatangkan manfaat kepada orang fakir dan lebih dekat kepada tujuan yang ingin dicapai…”.

Menyentuh kadar zakat fitrah, mengikut hadis; kadar yang wajib dikeluarkan ialah satu Sha’ (الصاع) iaitu satu gantang. Abi Sa’id al-Khudri r.a. menceritakan; “Kami mengeluarkan zakat fitrah (pada zaman Rasulullah s.a.w.) dengan kadar satu Sha’ (gantang) dari gandum atau satu Sha’ dari barli atau satu Sha’ dari tamar atau satu Sha’ dari ‘aqt (keju) atau satu Sha’ dari kismis (anggur kering)” (Riwayat Imam Muslim).

Satu Sha’ mengikut nilaian lama menyamai 5 1/3 Ritl (الرطل) ‘Iraqi iaitu gantang Baghdad. Mengikut ukuran liter, menurut pengarang kitab al-Fiqh al-Manhaji, satu Sha’ menyamai 3 liter. Adapun mengikut gram, antara ulamak ada sedikit perbezaan;

1. Pengarang kitab al-Fiqh al-Manhaji menetapkan; satu Sha’ (gantang) menyamai berat
hari ini 2400 gram atau 2.4 Kg.

2. Dr. Wahbah az-Zuhaili dalam kitabnya al-Fiqh Islami Wa Adillatuhu menyebutkan;
menurut jumhur ulama’, satu Sha’ Iraqi menyamai ukuran semasa 2751gram atau
2.751Kg.

3. Menurut Syeikh Majid al-Hamawi (seorang ulamak dari Syria) dalam ulasannya
terhadap kitab “Matn al-Ghayah wa at-Taqrieb” menegaskan; satu Sha’ menyamai
ukuran semasa 2750gram atau 2.75Kg. Mengikut ukuran bekas, jika bekas adalah
empat segi sama, maka panjang setiap sisinya ialah 14.6cm.

Ukuran di atas berdasarkan timbangan gandum iaitu makanan asasi penduduk Negara-negara Arab. Adapun mengikut timbangan beras, berdasarkan Majlis Fatwa Kebangsaan, satu gantang Baghdad mengikut timbangan beras semasa (beras super tempatan gred A) ialah 2600gram atau 2.6 KG. (Lihat; Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-57, bertarikh 10 Jun 2003. Rujukan; http://www.e-fatwa.gov.my/jakim/keputusan_view.asp?keyID=148)

Waktu Wajib Mengeluarkan Zakat Fitrah

a) Hanafi : Waktu yang diwajibkan untuk mengeluarkannya adalah dari terbit fajar
malam hari raya sampai akhir umur seseorang, kerana kewajipan zakat fitrah termasuk
kewajipan yang sangat luas waktunya, dan perlaksanaanya juga sah dilakukan dengan
mendahulukan ataupun mengakhirkan.

b) Hambali :Melaksanakan pemberian zakat fitrah yang terlambat sampai akhir hari raya
adalah haram hukumnya. Dan bila dikeluarkan sebelum hari raya atau dua hari
sebelumnya dapat pahala, tetapi bila diberikan sebelum hari –hari tersebut tidak
mendapat pahala.

c) Syafi’ie : ulama’-ulama’ mazhab Syafi’ie berpandangan seperti berikut :

1. Waktu wajib : iaitu dengan terbenamnya matahari pada hari terakhir Ramadhan.

2. Waktu harus : iaitu sebaik sahaja masuknya bulan Ramadhan dan berterusan hingga
ke hari raya (sebelum terbenamnya matahari). Jadi, sepanjang bulan Ramadhan –
menurut mazhab Syafi’ie- adalah waktu yang diharuskan untuk kita membayar zakat
fitrah.

3. Waktu sunat ; iaitu pada pagi hari raya sesudah sembahyang subuh dan sebelum
keluar untuk menunaikan solat hari raya atau sebelum solat hari raya didirikan.

4. Waktu makruh; iaitu mengeluarkan zakat fitrah sesudah solat aidil-fitri tetapi
sebelum terbenam matahari pada hari raya.

5. Waktu haram; iaitu melambatkan pembayaran zakat fitrah hingga selepas terbenam
matahari pada hari raya.

d) Malik : Ialah diwajibkan mengeluarkannyasetelah tenggelamnya pada akhir
Ramadhan.

Orang Yang Berhak Menerimanya

Para ulama mazhab berpendapat bahawa orang-orang yang berhak menerima zakat itu adalah orang-orang yang berhak menerima zakat secara umum.iaitu orang-orang yang dijelaskan dalam Al-Quran surat At-Taubah ayat 60 :

إنما الصدقات للفقراء والمساكين والعاملين عليها والمؤلفة قلوبهم وفى سبيل الله وابن السبيل فريضة من الله والله عليم حكيم.

“Sesungguhnya zakat-zakat itu, hanyalah untuk orang-orang fakir, orang-orang miskin, pengurus-pengurus zakat, para muallaf yang boleh dipujuk hatinya, untuk ( memerdekakan ) budak, orang-orang yang berhutang untuk jalan Allah dan orang-orang yang sedang dalam perjalanan, sebagai sesuatu ketetapan yang diwajipkan Allah. Dan Allah Maha mengetahui lagi Maha Bijaksana.”

0 comments: