Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Template

Powered by Blogger


widget

.:: KEPIMPINAN ULAMA' ::.

Photobucket

.:: TV PR ::.


Photobucket

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:


.:: TENTANG DIRIKU ::.

Tadika Chung Hwa, Kota Bharu [ 1986 ]
SRJK (c) Chung Hwa, Kota Bharu [ 1987 - 1990 ]
Sek. Keb. Rambutan Rendang, Kota Bharu [ 1990 - 1993 ]
Maahad Muhammadi Lelaki, Kota Bharu [ 1994 - 1996 ]
SMA Sungai Merab Luar Sepang, Selangor [ 1997 -1998 ]
Darul Quran Wal Hadis, Pasir Pekan [ 1999 - 2001 ]
Maahad 'Ali Dirasat Islamiah Wal Arabiah, Perak [ 2002 ]
Universiti Al-Azhar Cawangan Tanta, Mesir [ 2003 - 2009 ]

Wednesday, September 17, 2008

Keutamaan Sepuluh Hari Terakhir dan Malam Lailatul qadr


Adalah diriwayatkan, bahawa Nabi s.a.w. sering menggandakan amal dalam bulan Ramadhan lebih dari bulan-bulan yang lain. Dan dalam masa sepuluh hari terakhir dari bulan Ramadhan pula, baginda akan lebih rajin lagi beramal daripada seluruh Ramadhan itu.

Sabda Rasulullah s.a.w :

Dari Abu Hurairah r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda : ““Barang siapa yang menghidupkan malam Lailatul qadr karena iman dan mengharap pahala dari Allah, ia akan diampuni semua dosanya yang telah lalu.”(HR. Bukhari – Muslim)

Nyatalah baginda melakukan yang demikian itu, kerana keutamaan sepuluh hari terakhir dari bulan Ramadhan itu dari lain-lain bulan. Baginda telah menganjurkan kita, supaya mencari malam Lailatul qadr pada malam-malam sepuluh hari terakhir itu juga. Para ulama rahimaahullah berkata : Kemungkinan adanya Lailatul qadr itu berlaku pada malam-malam yang ganjil dari sepuluh hari terakhir di bulan Ramadhan.

Tegasnya, setiap Mu’min harus berhati-hati menyediakan diri untuk mencari malam lailatul qadr itu pada setiap malam dari malam bulan Ramadhan. Hendaklah bersedia awal-awal lagi untuk malam itu dengan memperbanyakkan amal soleh, kerana yang demikian itulah menjadi tujuan utamanya. Kelak apabila tiba saja malam Lailatul qadr, ia di waktu itu sedang sibuk dengan amalannya, sedang tekun berzikir kepada Allah swt, tidak lalai, atau lupa dan cuai. Jika demikianlah sikapnya pada setiap malam Ramadhan, maka tidak perlu ia menunggu-nunggu lagi malam Lailatul qadr, sama ada ia melihatnya atau tidak. Sebab orang yang beramal dengan ketaatan Allah pada malam Lailatul qadr itu, menjadi amalannya lebih utama dari amalan seribu bulan, tidak kira sama ada ia mengetahui malam lailatul qadr itu, ataupun ia tidak mengetahui.

Firman Allah dalam surah al-Qadr dari ayat 1 – 5 yang bermaksud :

“Sesunggunhnya Kami telah menurunkan Al-Quran ini pada Malam Lailatul qadr” ( 1 )
“Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul qadr itu .?” ( 2 )
“Malam Lailatul qadr lebih baik dari daripada seribu bulan” ( 3 )
“Pada malam itu, turun Malaikat Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara” ( 4 )
“Sejahtera malam ( yang berkat ) itu sehingga terbit fajar” ( 5 )

Sentiasa berhati-hati untuk mencari Lailatul qadr dengan menyediakan diri untuk beramal soleh pada setiap malam dari malam-malam bulan Ramadhan, supaya amalannya terliput dalam malam Lailatul qadr itu.

Para ulama telah berselisih pendapat dalam menentukan masanya, malam yang mana satu yang dikatakan malam Lailatul qadr. Setengah mereka mengatakan, bahawa malam Lailatul qadr itu tidak tertentu pada satu-satu malam dari malam-malam bulan Ramadhan. Manakala yang lain mengatakan, bahawa malam itu berpindah-pindah dan tidak dapat ditentukan pada sesuatu malam tetap.

Sesungguhnya malam Lailatul qadr itu tidak tertentu, dan mungkin sekali ia berlaku pada malam yang lain daripada malam-malam sepuluh hari terakhir dari bulan Ramadhan, meskipun pendapat terbanyak mengatakan bahawa kemungkinan berlakunya malam Lailatul qadr itu pada malam-malam sepuluh hari terakhir. Maka rebutlah peluang keemasan ini, semoga kita semua dapat bertemu dengan malam yang penuh barakah ini. Insyallah….

0 comments: