Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Template

Powered by Blogger


widget

.:: KEPIMPINAN ULAMA' ::.

Photobucket

.:: TV PR ::.


Photobucket

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:


.:: TENTANG DIRIKU ::.

Tadika Chung Hwa, Kota Bharu [ 1986 ]
SRJK (c) Chung Hwa, Kota Bharu [ 1987 - 1990 ]
Sek. Keb. Rambutan Rendang, Kota Bharu [ 1990 - 1993 ]
Maahad Muhammadi Lelaki, Kota Bharu [ 1994 - 1996 ]
SMA Sungai Merab Luar Sepang, Selangor [ 1997 -1998 ]
Darul Quran Wal Hadis, Pasir Pekan [ 1999 - 2001 ]
Maahad 'Ali Dirasat Islamiah Wal Arabiah, Perak [ 2002 ]
Universiti Al-Azhar Cawangan Tanta, Mesir [ 2003 - 2009 ]

Saturday, March 21, 2009

Transformasi dunia seni Amy

PADA usia yang kini mencecah 51 tahun, Amy Search atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman sudah dianggap sebagai legenda oleh para peminatnya.

Malah, sehingga kini populariti penyanyi lagu Isabella itu tidak pernah surut biarpun semakin lama semakin jauh dia dan kumpulannya meninggalkan zaman kegemilangan mereka.

Baru-baru ini, Amy turut serta bersama-sama kumpulan nasyid yang tidak asing lagi, Rabbani dan nama-nama besar lain seperti Datuk Siti Nurhaliza dan Mawi dalam konsert Malam Sinar Maulidur Rasul yang diadakan di Stadium Melawati, Shah Alam pada 28 Februari lalu.

Apa yang dapat dikongsi, pembabitan Amy dalam konsert tersebut menerima maklum balas yang positif daripada pelbagai pihak termasuk para peminatnya.

Apabila rocker itu mula beralih arah menyanyikan lagu-lagu berunsur ketuhanan sudah tentu ramai yang lebih cenderung melihatkan perubahan tersebut.

Bagi mereka inilah peluang keemasan menyaksikan sesuatu yang berlainan dalam persembahan penyanyi pujaan mereka.

Terlibat dalam persembahan sedemikian bukan bererti peralihan genre dalam kerjaya nyanyian Amy sebaliknya, dia melihat seni itu dalam konteks yang lebih besar.

Menurutnya, apabila seni itu sendiri melalui proses penghijrahan, mengapa tidak dirinya sebagai artis.

"Saya sendiri rasa bersyukur kerana dapat satu pengalaman baru dalam hidup. Sejak buat persembahan dalam konsert-konsert keagamaan, ramai yang tertarik.

"Malah, sambutan daripada peminat sendiri memang baik dan mereka cuba mendalami makna lagu-lagu bercorak ketuhanan dengan lebih dalam.

"Apa yang bagus tentang muzik ialah sentiasa berhijrah dan sebagai artis, apa yang saya lakukan adalah sebagai mengukuhkan lagi kepelbagaian muzik itu sendiri," kata Amy ketika di temui di pejabat Suria FM, Jalan Lumut, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Bukan sahaja terlibat dengan konsert Malam Sinar Maulidur Rasul malah, sepanjang bulan ini jadual Amy padat dengan pelbagai aktiviti persembahan bercorak keagamaan lain termasuklah persembahan penutup teater Sirah Junjungan Tahajud Cinta di Istana Budaya, Kuala Lumpur esok

Pementasan teater yang mengisahkan riwayat hidup junjungan besar, Nabi Muhammad s.a.w itu, kata Amy, dia diundang sebagai penyanyi jemputan pada teater semi muzikal itu dengan mendendangkan enam buah lagu.

Cuba memberikan komitmen sepenuhnya pada persembahan tersebut, menurut bapa kepada pelakon Nabila Huda itu, kalau boleh dia tidak mahu naskhah yang mengangkat kisah pemimpin ulung itu dibuat sambil lewa.

"Rasulullah merupakan junjungan kita sebab itu saya berikan yang terbaik dengan menghayati sepenuh jiwa dan raga bukan sambil lewa.

"Pada pementasan itu saya ditugaskan untuk menyanyi dan besar harapan saya persembahan saya itu sampai ke hati penonton seperti mana dekatnya umat Islam dengan kisah Nabi Muhammad s.a.w.

"Pengalaman berlakon pementasan itu sangat menginsafkan saya dan saya mengharapkan mereka yang akan dan sudah menyaksikan Sirah Junjungan merasakan bagaimana perasaan kehilangan seorang Rasul. Pementasan itu sangat menarik kerana ia menceritakan kisah Nabi Muhammad sejak sebelum kelahiran sehingga wafat.

"Kalau orang tidak kenal Rasulullah sudah tentu mereka tidak dapat merasai kehilangan baginda tetapi jika ada Rasullullah dalam diri mereka pasti mereka akan menangis," kata Amy yang mengagumi kerja seni Erma Fatima itu.

Selain Sirah Junjungan, Amy turut terlibat dalam aktiviti persembahan sempena Bulan Dakwah di beberapa negeri seperti Kelantan, Melaka, Pahang dan Perak.

Menariknya, peluang mengadakan persembahan sempena Bulan Dakwah di negeri Cik Siti Wan Kembang itu kata Amy, merupakan antara pengalaman manis yang dikutip sepanjang bergelar artis.

"Saya ke Kelantan mengadakan persembahan pada awal Mac lalu. Ia satu pengalaman baru memandangkan sebelum ini saya tidak pernah buat persembahan sempena Maulidur Rasul.

"Lebih manis lagi dapat menyanyi di hadapan Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra dan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat," kata Amy lagi.

0 comments: