Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Template

Powered by Blogger


widget

.:: KEPIMPINAN ULAMA' ::.

Photobucket

.:: TV PR ::.


Photobucket

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:


.:: TENTANG DIRIKU ::.

Tadika Chung Hwa, Kota Bharu [ 1986 ]
SRJK (c) Chung Hwa, Kota Bharu [ 1987 - 1990 ]
Sek. Keb. Rambutan Rendang, Kota Bharu [ 1990 - 1993 ]
Maahad Muhammadi Lelaki, Kota Bharu [ 1994 - 1996 ]
SMA Sungai Merab Luar Sepang, Selangor [ 1997 -1998 ]
Darul Quran Wal Hadis, Pasir Pekan [ 1999 - 2001 ]
Maahad 'Ali Dirasat Islamiah Wal Arabiah, Perak [ 2002 ]
Universiti Al-Azhar Cawangan Tanta, Mesir [ 2003 - 2009 ]

Friday, July 31, 2009

SALAM MANSUHKAN I.S.A DARI BUMI ANBIA'




Read More......

Thursday, July 30, 2009

'Konsert Antara Dunia' di Stadium Melawati, 1 Ogos


KUALA LUMPUR, 30 Julai (Hrkh) - Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) sekali lagi bakal mencipta gelombang perubahan gerakan mahasiswa Islam dengan menganjurkan 'Konsert Antara Dunia' yang bakal dirasmikan oleh Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 1 Ogos jam 8.00 malam di Stadium Melawati, Shah Alam. Program tersebut dijangka menampilkan dua kumpulan nasyid dari luar negara, Shoutul Harakah dari Indonesia dan Nibraz dari Mesir selain tiga kumpulan nasyid tersohor, Rabbani, Raihan dan Hijaz. Acara terpenting dalam konsert tersebut adalah gabungan mahasiswa Islam terbesar di Malaysia ini bakal mengiktiraf ketokohan Menteri Besar Kelantan menerusi Anugerah Tokoh Kepimpinan Islam Teladan Malaysia. Menurut Presiden Gamis, Mohd Dzul Khairi Mohd Noor, mereka bersetuju untuk memberikan anugerah khas tersebut kepada MB Kelantan berdasarkan tiga kriteria utama. "Ketiga-tiga ciri itu ialah, ketokohan Tuan Guru dalam memimpin sebuah kerajaan dengan penuh keadilan, semangat dakwah yang wujud dalam diri beliau dan sifat mesra beliau dengan artis-artis tanah air khususnya dan dunia hiburan umumnya.

"Kami tidak melihat faktor politik dalam soal pemilihan ini. Bukan soal beliau Mursyidul Am kepada sebuah parti pembangkang yang besar di Malaysia," katanya Tegasnya, faktor pemilihan ini adalah berdasarkan tiga perkara yang terpenting iaitu kekuatan daya pimpinan Ustaz Nik Aziz dalam mentadbir sebuah negeri yang ternyata jauh daripada gejala rasuah. Kami juga sebenarnya berasa amat kagum dengan toleransi beragama yang wujud dalam dirinya.

"Selain itu, berdasarkan pemerhatian kami juga beliau sangat mesra dengan artis-artis tanah air, malah keperibadian beliau dikagumi kumpulan seni itu," demikian ujarnya yang merupakan penasihat konsert tersebut. Orang ramai dijemput hadir ke program yang julung-julung diadakan oleh gabungan mahasiswa yang selama ini dilihat sangat radikal dan kritis terhadap soal-soal keadilan dan kebajikan rakyat.

Read More......

Wednesday, July 29, 2009

Kahlifah Umar Al-Khattab


Read More......

Monday, July 27, 2009

Video: Tok Guru Nik Aziz nafi maafkan Umno, sedia bersatu




Read More......

Sunday, July 26, 2009

Ahli Parlimen PR Melawat Pelantar Minyak & Gas 4 Ogos Ini



Beberapa Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan disamping para wartawan dan Blogger serta pemimpn masyarakat setempat akan di bawa ke Pelantar minyak dan gas yang dikatakan berada di perairan Kelantan pada 4 Ogos ini.

Turut dipelawa menyertai rombongan tersebut adalah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri yang juga Ahli Parlimen Jeli, Dato’ Mustapa Mohamed dan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin.

Rombongan yang turut disertai Ahli Parlimen Pembangkang ini dianjurkan oleh Kerajaan Negeri melalui Exconya, Dato’ Husam Musa.

Dato’ Husam ketika dihubungi Siasah berkata, tujuan lawatan ini adalah untuk membuktikan bahawa ada pengeluaran minyak dan gas di kawasan pertindihan antara Kelantan dan Thailand.

“Lawatan ini bertujuan untuk melihat sendiri apa yang didakwa sebelum ini bahawa Petronas mengeluarkan minyak dan gas dari perairan Kelantan,’ katanya.

Mereka dijangka akan berlepas dari Jeti Pengkalan Kubor dengan Kapal Laut Dalam yang akan mengambil masa hampir 12 jam meredah Laut China Selatan sebelum sampai ke Pelantar minyak tersebut.

Ahli Parlimen Pembangkang yang telah mengesahkan untuk hadir akan diketuai Dato’ Mahfuz Omar (PAS Pokok Sena), Salahuddin Ayub (PAS Kubang Kerian), Khalid Samad (PAS Shah Alam), Dr Mujahid Yusof (PAS Parit Buntar), Saifuddin Nasution (PKR Machang), Abd Aziz Kadir (PKR Ketereh) dan lain-lain akan dimaklumkan kemudian.

Sebelum ini Kerajaan Kelantan telah menghantar surat kepada Petronas dan Kerajaan Pusat menuntut royalti RM1 bilion yang menjadi hak kepada rakyat Negeri Kelantan.

Sebagaimana Terengganu dan Sabah, Kerajaan Kelantan juga berhak mendapatkan royalti sebanyak lima peratus dari Petronas.

timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini dilaporkan dalam kenyataannya meminta Petronas menjawab isu ini dalam masa 48 jam namun sehingga kini tidak ada sebarang kenyataan dari Petronas mengenainya.

Sumber : MPPAS

Read More......

Tuesday, July 21, 2009

Tazkirah
















PERINTAH JIHAD SELEPAS NABI HIJRAH


Oleh : TUAN GURU HJ. NIK ABD. AZIZ NIK MAT

SESUNGGUHNYA bai'ah yang pertama Antara Nabi s.a.w. dengan pihak Hazraj Madinah adalah untuk menyebarkan Islam. Berbeza dengan bai'ah yang kedua menjadi asas kepada Nabi s.a.w. Untuk berhijrah ke Madinah. Oleh yang demikian, sebelum Nabi berhijrah awal-awal lagi Nabi telah membuat perjanjian tentang tanggungjawab mempertahan dari sebarang serangan atau peperangan yang ditujukan kepada Nabi dan umat Islam. Bai'ah yang kedua itu mencerminkan sifat fatonah' Nabi s.a.w. dalam mengatur strategi dakwah dan membuat persiapan sebelum sesuatu yang buruk menimpa tugas dakwah Nabi s.a.w..

Lantaran Nabi s.a.w. akan berhilrah ke Madinah, maka pengakuan dari penduduk Madinah perlu diambil untuk mengadakan kawalan diri Nabi s.a.w.. justeru itu bai'ah kedua itu mengandungi dasar yang sempurna dan lengkap untuk tujuan hijrah Nabi s.a.w. kelak. Sekiranya berlaku peperangan, tidak perlu diadakan perjanjian baru kerana perjanjian 'Bai'ah Aqabah tsaniah' iaitu bai'ahyang kedua sudah lengkap dan memadai.

Peruntukan paling penting yang terdapat di dalam bai'ah kedua ialah; berjihad dan
mempertahankan dakwah dengan cara mengguna kekuasaan (Dakwahbil-Quwwah). Perjanjian
kedua itu diadakan berdasarkan pengalaman Nabi s.a.w. berdakwah di Makkah, terlalu banyak
ancaman dan penindasan oleh puak kuffar terhadap Nabi s.a.w.. justeru itu sebelum Nabi
berhijrah, telah dipersiapkan terlebih dahulu segala keperluan untuk mempertahankan kedudukan Nabi s.a.w. sebagai Rasul Allah agar tugas dakwahnya tidak terhalang. Sebagaimana pengakuan kaum Hazraj Madinah yang sanggup membela Nabi dari serangan musuh, seperti mereka membela kaum keluarga dan anak isteri mereka sendiri dari ancaman musuh.

Walaupun semasa bai'ah yang kedua dimeterai belum ada arahan perang dari langit, namun Nabi s.a.w. sudah menjangkakan bahawa peperangan dengan golongan kuffar tidak dapat dielakkan pada masa akan datang. Tidak mungkin perbuatan khianat dan ancaman terhadap Islam dan umat muslimin akan dibiarkan berlarutan tanpa penyelesaian. Di dalam hati sanubari Nabi s.a.w. telah merasai bahawa peperangan dengan musuh Islam pasti akan berlaku, ia dilihat dari reaksi penerimaan manusia terhadap Islam dan peningkatan penentangan terhadap agama Islam.

Keizinan untuk berperang dari Allah SWT hanya berlaku sesudah Nabi s.a.w. berhijrah ke
Madinah, bagaimanapun keadaan semakin melampau apabila orang-orang kafir menghalang hak
untuk bersuara dan berdakwah telah dihalang. Tindakan golongan kuffar itu sudah dikira
melampau. Sekurang-kurangnya peluang untuk menjelaskan persoalan agama Islam yang mereka pertikaikan itu tidak dihalang, sama ada orang ramai hendak menerima atau sebaliknya terserahlah, asalkan dapat dijelaskan kepada umum tanpa halangan. Jika bercakap pun dihalang, maka ia sudah dianggap aniaya atau zalim. Sesungguhnya perbuatan aniaya itu tidak boleh diterima oleh semua manusia dalam apa keadaan pun.

Bagaimanapun tidak ada peruntukan di dalam bai'ah kedua yang menunjukkan bahawa perang
terhadap golongan kuffar itu diizinkan oleh Allah SWT sejak perjanjian kedua diadakan di
Aqabah. Meskipun Nabi s.a.w. telah menyebut soal perang kepada penduduk Madinah, ia
sekadar pandangan jauh oleh Nabi s.a.w. terhadap masa depan Islam, sukar hendak dielakkan
peperangan antara kaum Muslimin dan musuh-musuhnya. Nabi sudah dapat merasakan bahawa selepas berhijrah ke Madinah peperangan dengan puak kafir Quraisy Makkah akan tercetus.

Justeru itu ibarat bersedia perisai sebelum dihujani anak panah, iaitu dengan mengambil pengakuan dari penduduk Madinah untuk memikul sama tanggungjawab tersebut.

Bukti bahawa perang belum dizinkan oleh Allah SWT semasa bai'ah kedua diadakan, ialah adanyapermintaan dari seorang wakil Hazraj Madinah bernama Abbas bin Ubadah yang telah berbai'ah dengan Nabi berikrar di hadapan Nabi dengan katanya:

"Demi Tuhan, jika baginda mengarah puak kami berperang pada esok hari, nescaya kami semua
akan melakukannya tanpa bertangguh lagi." Tetapi Nabi s.a.w. menjawab:
"Lam nu'mar bizalik, walakin irji'u ila rihalikum" yang bermaksud: "Aku tidak diperintah
(oleh Allah) untuk berbuat demikian. Pulanglah anda ke khemah kamu semua."

Ertinya pada ketika itu Allah SWT belum memerintahkan atau mengizinkan peperangan itu
dilakukan oleh Nabi dan kaum. Muslimin terhadap golongan kuffar, walaupun kekejaman puak
kuffar Quraisy Makkah telah melampaui batas. Nabi memerintahkan Abbas bin Ubbadah supaya balik ke khemah masing-masing, untuk berehat dan mendinginkan semangat berkobar-kobar Abbas bin Ubbadah yang belum tiba waktunya.

Hujah seterusnya yang menunjukkan bahawa perang belum diizinkan oleh Allah SWT semasa
bai'ah yang kedua ialah firman Allah di dalam al-Quran yang bermaksud:

"Telah dizinkan (berperang) bagi orang-orang yang diperangi, kerana sesungguhnya
mereka telah dianiaya. Dan sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuasa menolong
mereka itu. " (Surah al-Hajj ayat 39).

Ayat tersebut telah diturunkan oleh Allah SWT setelah Nabi s.a.w. dihalau keluar oleh Makkah
dalam satu percubaan mernbunuh baginda. Dengan peristiwa tersebut Nabi meninggalkan
rumahnya dan berhijrah ke Madinah di malam tersebut. Jumhur ulama' mufassirin telah sekata,
bahawa ayat pertama mengenai perang jihad) ialah ayat 39 surah al- Hajj itu.

Imam Termizi dan Imam An-Nasaei berkata bahawa Abdullah ibnu Abbas (sepupu Nabi) setelah mendapat berita bahawa Nabi s.a.w. meninggalkan kota Makkah untuk berhijrah ke Madinah, lalu Abu Bakar berkata:

"Malang bagi penduduk Makkah, mereka telah menghalau Nabi mereka sendiri. Inna. lillahi wa-inna ilaihi raji'uun, nyatalah bahawa puak-puak Quraisy Makkah akan
punah binasa."

Setelah Abu Bakar mendengar wahyu Allah surah. al-Hajja ayat 39 diturunkan, lalu
beliau berpendapat bahawa peperangan pasti akan berlaku dalam tempoh yang terdekat.
Bagaimanapun keizinan untuk berperang melalui wahyu Allah dalam. surah. al- Hajj ayat 39
berlaku agak lewat, setelah Nabi s.a.w. dan umat Islam menghadapi ancaman dan tentangan
bertahun-tahun lamanya dari kafir Quraisy, sehingga Nabi telah berhijrah barulah. dizinkan
berperang.

Sesungguhnya Allah SWT telab mengatur keadaan sedemikian, kelewatan izin berperang itu
mempunyai hikmah di sebaliknya. Jika keizinan berperang di awal permulaan Islam, tindakan itu tidak munasabah. Kerana sebelum berperang mestilah dilaksanakan dakwah atau seruan terhadap manusia agar mereka memahami Islam dan menerimanya dengan cara. yang baik. Dakwah Islam itu mestilah didahului dengan hujah, agar insan yang berakal ini dapat menggunakan fikiran yang dikurniai Allah SWT itu bagi memahami betapa manusia mempunyai keper- luan untuk hidup beragama.

Tidak syak lagi bahawa dengan turunnya ayat mengenai jihad itu maka inilah marhalah kedua
selepas melaksanakan kewajipan berdakwah selama kira-kira tiga belas tahun. Jika perintah
perang di peringkat awal Islam, ini bererti kewajipan berperang itu tidak tertegak di atas tapak
yang kukuh. Sedangkan pada marhalah kedua ini Islam akan diperkukuh dengan kekuasaan
terhadap negara Islam yang ulung di Madinah, dengan terbina negara tersebut bererti Islam akan menempuh era kesyumulannnya yang meliputi semua aspek kehidupan duniawi dan ukhrawi.

Read More......

Mari Mengenali Ulama...

Tuan Guru Ahmad al-Kalantani

Ulama yang diriwayatkan ini ialah Tuan Guru Haji Ahmad bin Haji Muhammad Yusuf bin Sheikh Abdul Halim Al-Kalantani.

Asal-usulnya

Diriwayatkan bahawa datuk kepada tokoh ulama yang akan dibicarakan di atas iaitu, Sheikh Abdul Halim tersebut adalah anak angkat kepada Long Yunus (Sultan Kelantan). Long Yunus memperoleh anak angkat tersebut daripada salah seorang sahabatnya seorang peniaga Cina sebagai hadiah dan tanda persahabatan dengan sultan.

Long Yunus menghantar Abdul Halim bersama-sama putera baginda belajar ke Mekah. Ada yang menceritakan kejadian tersebut semasa dengan Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani belajar di Mekah.

Tetapi ada yang meriwayatkan bahawa Abdul Halim dan putera Long Yunus menjadi murid kepada Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani. Setelah mendapat gelaran ulama, Sheikh Abdul Halim pulang ke Kelantan. Beliau adalah orang pertama mengajar menggunakan sistem pondok dengan kaedah Patani di Kelantan.

Beliau mempunyai dua anak iaitu Haji Muhammad Yusuf dan Haji Yaaqob. Haji Muhammad Yusuf ialah ahli dalam bidang seni bina dan seni suara manakala Haji Yaaqob pula adalah seorang ulama yang mengajar sebagai pengganti ayahnya. Haji Muhammad Yusuf memperoleh anak bernama Tuan Guru Haji Ahmad atau tokoh yang akan dibicarakan ini.

Pendidikannya

Tuan Guru Haji Ahmad dilahirkan di Kelantan, namun tempat dan tarikh lahirnya yang tepat tidak dapat dipastikan. Pun begitu, pada masa kehidupan beliau terdapat catatan yang mengatakan ia adalah sezaman dengan Sheikh Wan Ali Kutan (lahir 1253 H/1837 M atau 1235 H/1820 M). Pendidikan asasnya diperoleh daripada bapa saudaranya sendiri, iaitu Haji Yaaqob bin Sheikh Abdul Halim al-Kalantani.

Diriwayatkan pula pengetahuan yang diperoleh daripada bapa saudaranya itu bukan sahaja ilmu pengetahuan yang bersifat asas, tetapi hingga beliau diakui sebagai seorang ulama di Kelantan, dan ilmu-ilmunya tersebut diperoleh dari Haji Yaaqob sendiri. Walaupun beliau telah diakui sebagai seorang ulama di Kelantan, namun beliau masih juga meneruskan pelajarannya ke Mekah sebagai pengesahan daripada ulama-ulama Mekah pada zamannya.

Sebagaimana yang dapat dicatat, teman-teman beliau ketika kecil yang sama-sama belajar kepada Tuan Guru Haji Yaaqob adalah seperti berikut; saudara beliau sendiri iaitu Haji Uthman bin Haji Muhammad Yusuf, Sheikh Wan Ali bin Abdul Rahman Kutan, Sheikh Abdul Mutalib Kuta, Haji Wan Abdul Rahman bin Wan Sulaiman dan lain-lain. Semua sahabat beliau yang tersebut adalah ulama-ulama besar Kelantan yang sangat berperanan dan berpengaruh di zaman mereka.

Adapun ilmu-ilmu yang telah dikaji, yang dapat diketahui adalah ilmu tauhid, fikah, tasauf, nahu, saraf, bayan, ma'ani, badi', arut, qawafi, mantiq, tafsir, tajwid dan lain-lain. Ilmu-ilmu tersebut telah dikuasai sejak di Kelantan lagi. Belajar di Mekah hanya untuk mendalami lagi pengetahuan beliau terhadap ilmu-ilmu tersebut.

Para guru Tuan Guru Haji Ahmad Kelantan di Mekah yang dapat dicatat antara lain ialah, Sheikh Muhammad bin Sulaiman Hasbullah al-Makki. Adapun guru beliau selain yang tersebut tidak dapat diketahui dengan pasti. Ada kemungkinan semua guru kepada Sheikh Wan Ali Kutan adalah juga guru kepada Tuan Haji Ahmad Kelantan ini.

Karya-karyanya

Karya penulisan Tuan Guru Haji Ahmad Kelantan yang diketahui hanya dua sahaja. Karya yang merupakan manuskrip asli tulisan tangan beliau itu tersimpan di Pusat Islam Malaysia di Bahagian Balai Pameran. Judul kitab tersebut adalah Darul Hasan.

Kitab Darul Hasan yang ditulis oleh Tuan Guru Haji Ahmad tersebut adalah atas permintaan Raja Kelantan. Tahun yang tercatat adalah pada 30 Ramadan 1282 H (1865 M). Manuskrip yang tersimpan di Pusat Islam Malaysia tersebut diberi nombor kelas iaitu MI 725. Belum diketahui apakah kitab Darul Hasan tersebut pernah diterbitkan oleh mana-mana penerbit di Timur Tengah mahupun di Asia Tenggara.

Namun jelas bahawa kitab Darul Hasan tidak pernah ditemui di mana-mana kedai buku di seluruh Asia Tenggara. Adapun yang berupa manuskrip berkemungkinan hanya sebuah itu sahaja naskhah mengenainya yang ditulis dengan huruf yang sangat indah. Terdiri dari tulisan hitam dan merah yang memancar terang. Keadaan manuskrip masih baik, di samping halaman dari awal hingga akhir juga dalam keadaan lengkap.

Kandungan ringkas kitab Darul Hasan adalah sebagai berikut: Tuan Guru Haji Ahmad Kelantan memulakan karangan beliau dengan puji-pujian dan selawat sebagaimana karangan-karangan tradisi Islam lainnya. Setelah itu menyebut dengan kalimat bahasa Arab bahawa 'Sultan Kelantan' meminta beliau menulis kitab ini. Tetapi pada terjemahan bahasa Melayu dari lafaz bahasa Arab itu tidak menyebut 'Sultan Kelantan' melainkan 'Raja Kelantan'. Tentang nama kitab pula terjadi salah titik sama ada lafaz Arab mahupun lafaz Melayu iaitu tertulis Darul Hasaat dengan huruf ta sebenarnya adalah Darul Hasan iaitu dengan huruf nun. Hal ini tertulis di halaman terakhir.

Sesudah itu dimulai dengan menceritakan pohon kayu yang bernama 'Syajaratul Yaqin' yang mempunyai empat cabang. Dari cerita itu diteruskan dengan kejadian 'Nur Muhammad' sehingga dijadikan sekalian kejadian sesudahnya. Kejadian sekelian manusia pula diceritakan berdasarkan kepada mereka yang pertama memandang kepada Nur Muhammad. Maka ada yang menjadi Sultan, menjadi alim, yang mati syahid dan lain-lain.

Kemudian diceritakan pula asal tanah kejadian Nabi Adam a.s yang diambil dari beberapa negeri di dunia, seperti kepala Nabi Adam a.s berasal dari Baitul Maqdis, muka Nabi Adam a.s berasal dari syurga, kaki Nabi Adam a.s berasal dari tanah Kalkauthar dan lain-lain.

Selanjutnya menceritakan tentang kejadian ketua-ketua para malaikat, iaitu kejadian dan keadaan malaikat Jibril, Mikail, Israfil, Izrail, dan dicantumkan beberapa hikayat malaikat Maut mencabut nyawa makhluk terutama manusia.

Cerita dilanjutkan dengan peristiwa yang menakutkan dan menakjubkan di alam kubur, di padang Mahsyar sekalian manusia memerlukan pertolongan dan syafaat yang dimulai dari menemui Saiyidul Basyar Nabi Adam a.s hingga ditutup dengan menemui Nabi Muhammad SAW. Seterusnya pula disambung dengan cerita neraka, syurga dan lain-lain.

Penutup sekali pengarangnya, Tuan Haji Ahmad Kelantan menyebut: "Telah selesai faqir ilallah Taala yang amat jahil al-Haji Ahmad bin al-Haji Yusuf bin Abdul Halim Kelantan menterjemahkan kitab Darul Hasan daripada bangsa Arab kepada bangsa Jawi supaya manfaat dengan dia sekelian mereka yang tiada tahu dengan bahasa Arab.....".

Bahasa yang digunakan oleh Tuan Guru Haji Ahmad Kelantan dalam kitab tersebut agak banyak dalam bahasa negeri Kelantan. Beliau tidak terikat untuk mengikut tatacara bahasa kitab yang digunakan tradisi zamannya. Seperti kalimat 'bangsa' dalam kalimat dalam penutupnya, kitab-kitab lain selain kitab beliau pasti akan menggunakan istilah 'bahasa' pada tempat tersebut, bukan 'bangsa' seperti yang beliau tulis itu. Walau bagaimanapun kitab Darul Hasan dapat diklasifikasikan sebagai sastera Sufi Islam Melayu Klasik.

Pada hari penulis selesai menulis riwayat hidup beliau di bilik Balai Pameran Islam Malaysia, penulis menyerahkan kepada pihak majalah DAKWAH, dan seterusnya ke Pusat Manuskrip Melayu Perpustakaan Negara Malaysia (PNM). Tiba-tiba di atas meja Siti Mariani (seorang kakitangan di PNM) terletak dua manuskrip.

Satu di antaranya adalah karya Tuan Guru Haji Ahmad Kelantan. Dengan terdapatnya perkara baru tersebut, maka penulis tambah saja makalah yang telah selesai tadi dengan sedikit kalimat yang menerangkan perkara ini. Tuan Guru Haji Ahmad Kelantan menulis di akhir hayatnya pada manuskrip milik Pusat Manuskrip Melayu yang diberi nombor kelas dengan MS 780 itu, katanya: "Telah selesai Haji Ahmad ibnu Haji Yusuf menterjemahkan daripada bahasa Arab kepada bahasa Melayu dengan tolong Tuhan Rabbul Izzah bijahi Saiyidina Muhammad pada 10hb Safar pada hijrah al-Nubuah 1287 H (1870 M)".

Kandungan isi kitab nombor MS 780 Pusat Manuskrip Melayu tersebut ialah mengenai fikah. Tuan Guru Haji Ahmad Kelantan memulakan perbicaraannya tentang kitab thaharah (bersuci) dan disudahi dengan kitab solat. Ditulis atas kertas warna biru muda, memakai dakwat warna hitam pada sebahagian besar isinya dan di beberapa tempat ditulis dengan warna merah. Semua huruf dalam keadaan jelas dan berwarna agak memancar.

Susunan bahasanya agak berbeza dengan karyanya yang pertama. Nampaknya pada MS 780 ini bahasanya sudah disesuaikan dengan bahasa-bahasa kitab jawi yang ditulis di zamannya. Sebagaimana karya yang pertama (Darul Hasan), maka kitab yang kedua ini juga tidak pernah diterbitkan. Selain itu judul kitab ini juga tidak dijelaskan oleh pengarangnya.

Pengaruhnya

Pengaruh beliau sangat besar di kalangan masyarakat luas di Kelantan. Melalui karangannya iaitu kitab Darul Hasan tersebut atas permintaan Sultan Kelantan adalah satu bukti bahawa Tuan Haji Ahmad ini mempunyai pengaruh yang besar dalam lingkungan istana kerajaan Kelantan.

Beliau ialah sebagai generasi penerus, yang menyambung pekerjaan datuknya, Sheikh Abdul Halim dan bapa saudaranya Haji Yaaqob bin Abdul Halim dalam mengajar ilmu-ilmu yang diperlukan oleh masyarakat Islam di Kelantan. Ilmu-ilmu yang wajib dipelajari ialah usuluddin, fikah dan tasauf.

Tiga ilmu tersebut berkembang di kalangan masyarakat dan diteruskan pula oleh murid-murid beliau yang boleh dikatakan sangat ramai. Antaranya Tok Kenali, diriwayatkan bahawa sebelum beliau melanjutkan pelajarannya ke Mekah, beliau pernah belajar dengan Tuan Guru Haji Ahmad ini. Pada zamannya, Tuan Guru Haji Ahmad dalam membina umat Islam kearah berilmu pengetahuan dan amal saling bekerjasama dengan sahabatnya Haji Wan Abdur Rahman bin Wan Sulaiman, yang menjadi Perdana Menteri Kelantan (Menteri Besar menurut istilah sekarang) pada ketika itu.

Dari keterangan tersebut, kedua ulama Kelantan tersebut telah berhasil menyatupadukan kerjasama yang serasi antara umara (golongan pemerintah) dan ulama (golongan ahli ilmu pengetahuan dalam Islam).

Demikianlah riwayat ringkas Tuan Guru Haji Ahmad bin Haji Yusuf Kelantan. Sejarah asal-usulnya, pendidikannya, karyanya dan pengaruhnya di kalangan lingkungan istana dan masyarakat Kelantan. Namun sebagaimana tarikh lahirnya, tahun wafatnya juga masih belum diketahui dengan pasti, yang masih memerlukan penyelidikan lebih mendalam untuk melengkapkan sejarah ulama ini.

Read More......

Tuesday, July 14, 2009

Video Terkini Dari Manek Urai



Read More......

Peratus Keluar Mengundi Meningkat...



setakat pukul 3:40PM peratus keluar mengundi sudah mencapai 83peratus... ada yang tak kena ke ni atau calon PAS akan menang dengan majoriti yang lebih besar...

Setakat pukul 3:30 Pm peratus yang keluar mengundi sudah melebihi 82 peratus… iaitu lebih kurang 10,300 orang lebih

- berita yang baru diterima… di kawasan sungai sam juga ada pergaduhan kecil berlaku … seperti biasalah,pihak polis dapat mententeramkan keadaan

- dalam pukul 2:15PM Sekali lagi pergaduhan berlaku di perial diantara penyokong PAS dan UMNO.. seorang cedera di kepala kerana terkena hentakan kerusi

Read More......

Monday, July 13, 2009

Pengundi Manek Urai Jangan Lupa Pangkah Bulan..





SELAMAT MENGUNDI UNTUK SEMUA PENGUNDI DI N41 DUN MANEK URAI
HARAPAN SANGAT BESAR DARI PERJUANGAN ISLAM DAN TOK GURU SERTA KEPIMPINAN PAS PERINGAT PUSAT DAN NEGERI UNTUK MELIHAT KEMENANGAN BERPIHAK KEPADA PARTI ISLAM SEMALAYSIA ( PAS )
SEMUANYA TERLETAK DI TANGAN ANDA SEMUA PENGUNDI MANEK URAI

INGAT PESAN TOK GURU
MENGUNDI INI SATU IBADAT...JIKA KITA PANGKAH UNTUK PERJUANGAN ISLAM...INSYAALLAH KITA SEMUA AKAN MENDAPAT GANJARAN SYURGA DARI ALLAH S.W.T SEANDAINYA KITA PANGKAH PARTI LAWAN...MAKA SEOLAH-OLAH KITA REDHA DENGAN KEZALIMAN, MAKSIAT DAN KEFASADAN YANG BERLAKU DI NEGARA KITA KINI...

PADA MALAM INI SEHINGGALAH PENGUMUMAN
KEPUTUSAN PILIHANRAYA KECIL

N41 MANEK URAI MARILAH SAMA2 KITA BERMUNAJAT DAN BERDOA
SEMOGA ALLAH S.W.T MEMBERI KEMENANGAN KEPADA PERJUANGAN ISLAM
AMIN YA RABBAL 'AALAMIN....SALAM PERJUANGAN DARI KAMI DI BUMI ANBIA...

TAKBIR...ALLAHUAKBAR...TAKBIR...ALLAHUAKBAR...

....INGAT KEPUTUSAN DI TANGAN ANDA....
....SAMA-SAMA KITA AJAR BARISAN NASIONAL....




Read More......

HPA Bina Hotel Di Kelantan

Gambaran pelukis untuk Hotel Salahuddin Al-Ayubi di Kota Bharu, Kelantan

Insyallah HPA akan membina sebuah Hotel bertaraf empat bintang di Kota Bharu Bandaraya Islam, bersebelahan KB Mall. Hotel tersebut dinamakan sebagai Hotel Salahuddin Al-Ayubi, tahniah diucapkan kepada HPA kerana berani menceburi bidang perhotelan untuk mengembangkan dunia perniagaan milik orang Islam di Malaysia.

Read More......

Friday, July 10, 2009

Isu Royalti Petroleum dan Gas Asli Kelantan



Isu hak royalti petroleum dan gas asli yang di rompak di perairan Kelantan semakin hangat di perkatakan...

Di sini Ibnur Rahmat meletakkan link blog Kickdefella tentang pendedahan beliau berkenaan isu ini...sama2la kita berjuang untuk mengembalikan hak rakyat Kelantan yang amat berharga itu dari dirompak oleh mereka yang tidak bertanggung jawab....Takbir..!!!

KEMBALIKAN HAK KAMI RAKYAT KELANTAN !!!!


Read More......

Tuesday, July 7, 2009

MARI KELIK NGUNDI DI MANEK URAI









Read More......

Friday, July 3, 2009

PERAIRAN KELANTAN TERDAPAT 13 TRILLION KAKI PERSEGI SIMPANAN GAS ASLI



Fakta Yang Tidak Dihebohkan.
Kenapa BN Mahu Sangat Rampas Kelantan

Diperairan Kelantan terdapat simpanan GAS ASLI sebanyak 13 trillion kaki
persegi yang sudah sedia untuk diterokai. (13,000,000, 000,000).
Ia cukup untuk 7 generasi rakyat Kelantan. (lebih kurang 500 tahun lamanya).
Ianya terletak di Blok-Blok berikut :

* Blok A18
* Blok B17 & C19
* PM3
* Sub-Blok Ular
* PM301 & PM302
* PM303
* PM311 & 312

Rakyat Kelantan menerusi kerajaan pimpinan Tuan Guru menuntuk hak Pendaratan
GAS ASLI itu di buat di pantai Kelantan dan menuntut royalti GAS ASLI
yang menjadi hasil bumi rakyat Kelantan di bayar kepada Rakyat Kelantan.

APA YANG BARISAN NASIONAL SEMBUNYIKAN DARI RAKYAT KELANTAN
Petronas mengesahkan bahawa operasi GAS ASLI di BLOK A 18 sudah bermula
menerusi Syarikat Carigali HESS.

* Petronasmemegang 50% saham di dalam syarikat tersebut menerusi Petronas Carigali Sdn Bhd dan 50% lagi dipegang oleh Aremada Hess Inc.

* Sekarang ini, operasinya mengeluarkan 6,000 tong GAS ASLI sehari.

* Jarak Blok A18 adalah lebih dekat ke Kota Bharu daripada di hantar keKerteh dan Songkla.

* Kerajaan BN bagaimanapun memilih pendaratan GAS ASLI itu dibuat di Songkla
walaupun kosnya lebih tinggi akibat jarak yang jauh itu.

Dalam usaha mempertahankan hak rakyat Kelantan dan memperkasakan hasil bumi
Kelantan untuk rakyat Kelantan, Kerajaan Kelantan pimpinan PAS telah
meluluskan pembinaan Terminal Pendaratan Gas Asli dan juga Supply Base
untuk Petroleum.

Menerusi penerokaan GAS ASLI di Blok A 18, setiap hari, Petronas sepatutnya
membayar rakyat Kelantan royalti yang bernilai RM512,000.00 (RM512
ribu) sehari dan ini bererti Kerajaan Kelantan seharusnya mendapat
pendapatan tambahan dari royalti GAS ASLI yang bernilai RM186,880,000
(RM186 juta) setahun.

* Menerusihasil terbaharu ini, PAS Kelantan sudah berjanji untuk memberi subsidi
gas memasak sebanyak RM3.00 se tong bagi rakyat Kelantan.

* PASKelantan juga akan menggunakan hasil pendapatan baru itu untuk tujuan
kebajikan dan mempertingkatkan taraf hidup rakyat Kelantan serta
membasmi kemiskinan.

PERANCANGAN OPERASI TELAGA-TELAGA GAS ASLI LAIN DI PERAIRAN KELANTAN

* Blok A 18 Fasa 2 pada tahun 2010

* Blok B 17 dan C 19 – Operasi bermula suku ke tiga 2009.

* Blok PM301 dan PM302 – Operasi bermula 2011 dan 2012

* Blok PM3 – Operasi bermula suku ke tiga 2008

Sebab itulah BN berusaha sangat merampas semula Kelantan kerana tidak mahu
royalti GAS ASLI ini digunakan oleh Kerajaan PAS membangunkan Kelantan
sehingga mengakibatkan Kelantan semakin pesat membangun dan membuat
mustahil bagi BN untuk merampas Kelantan semula.

BERAPA BANYAK ROYALTI GAS ASLI YANG MENJADI HAK RAKYAT KELANTAN
Apabila semua telaga-telaga GAS ASLI ini beroperasi Royalti GAS ASLI yang akan
diterima rakyat Kelantan ialah bernilai RM1,000,000, 000 (RM1 Billion).
Sebab itulah BN mahu perampas Kelantan sebelum telaga-telaga GAS ASLI ini mula
beroperasi.

ROYALTI GAS ASLI HAK RAKYAT KELANTAN

* PAS komited dan akan memperjuangkan habis-habisan bersama rakyat
Kelantan untuk mendapatkan royalti GAS ASLI ini.

* Jika BN merampas Kelantan, royalti GAS ASLI tidak akan menjadi milik rakyat
Kelantan dan rakyat Kelantan akan menerima nasib yang sama seperti
Terengganu.

* Terengganu menikmati royalti minyak dan GAS ASLI sebanyak RM1.2
billion setahun di dalam bentuk wang ehsan.

* Wang Ehsan tidak diberi kepada kerajaan Terengganu tetapi disalurkan kepada
orang tertentu seperti Patrick Lim untuk digunakan untuk projek seperti
Monsoon Cup dan Pembinaan Taman Islam Hadhari yang tidak mendatangkan
hasil terus kepada rakyat Terengganu.

* Jika BN memerintah, rakyat akan terus hidup dibelenggu kemiskinan dan
ekonomi negeri akan semakin teruk seperti di Terengganu.

* Walaupun menerima RM1.2 billion setahun, rakyat Terengganu lebih
miskin dari rakyat Kelantan.

* Hutang tertunggak Terengganu, lebih RM300 juta sedangkan hutang tertunggak
Kelantan semenjak pemerintahan PAS hanya tinggal kurang RM12 juta.

Read More......