Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Template

Powered by Blogger


widget

.:: KEPIMPINAN ULAMA' ::.

Photobucket

.:: TV PR ::.


Photobucket

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:


.:: TENTANG DIRIKU ::.

Tadika Chung Hwa, Kota Bharu [ 1986 ]
SRJK (c) Chung Hwa, Kota Bharu [ 1987 - 1990 ]
Sek. Keb. Rambutan Rendang, Kota Bharu [ 1990 - 1993 ]
Maahad Muhammadi Lelaki, Kota Bharu [ 1994 - 1996 ]
SMA Sungai Merab Luar Sepang, Selangor [ 1997 -1998 ]
Darul Quran Wal Hadis, Pasir Pekan [ 1999 - 2001 ]
Maahad 'Ali Dirasat Islamiah Wal Arabiah, Perak [ 2002 ]
Universiti Al-Azhar Cawangan Tanta, Mesir [ 2003 - 2009 ]

Tuesday, March 17, 2009

MIMPI NGERI MENANTI PULAU PINANG



Kunjungan skuad Pulau Pinang ke Kota Bharu Sabtu depan pastinya mengundang mimpi ngeri kerana skuad Peter Butler pastinya ingin meneruskan cengkaman mereka dalam pemburuan takhta Liga Super musim 2009. Selepas segar dengan kejayaan melayakkan diri ke separuh akhir Piala FA,tumpuan kini terarah kepada saingan liga yang semakin rancak. Tiga mata penuh wajib dikutip bagi meneruskan tekanan kepada pendahulu Selangor yang hanya dipisahkan dengan perbezaan jaringan.

Bagi Pulau Pinang, kunjungan mereka ke Stadium Sultan Muhammad ke-IV bukanlah pada masa yang tepat kerana rehat dua minggu bagi saingan liga sememangnya memberi peluang kepada barisan "The Red Warriors" bateri baru yang selepas mengharungi jadual padat Liga Malaysia. Pastinya para pemain berada dalam keadaan terbaik mereka dan berita ini pastinya bukan berita gembira untuk pasukan Pulau Mutiara ini. Pulau Pinang yang musim ini dibarisi majoriti pemain muda selepas pemain utama mencari haluan baru berikutan masalah kewangan yang meruncing dilihat tidak mempunyai sebarang peluang untuk menafikan Kelantan daripada mengutip mata penuh memandangkan prestasi semasa jelas membuktikan Kelantan pilihan untuk perlawanan ini. Mengutip 8 mata daripada 8 perlawanan jelas bukti kukuh untuk memberi keyakinan kepada penyokong setia Sang Kijang betapa tugas mudah Sabtu depan untuk pasukan kesayangan mereka. Jelas, tugas getir menanti S.Veloo, pengendali skuad Haria Penang Haria ini untuk merencanakan strategi ampuh untuk sekurang-kurangnya membawa pulang satu mata.

Bagi pengendali Kelantan pula, Peter Butler, perlawanan ini pastinya dinantikan oleh beliau untuk melihat sejauh mana kemampuan sebenar anak buah. Jika sebelum ini, beliau dilihat cukup risau dengan masalah kecederaan, penggantungan dan keletihan mental dan fizikal pemainnya namun masalah itu bukan lagi membelenggu pasukannya. Rehat dua minggu ini ternyata menggembirakan Butler kerana beberapa pemain utama yang sebelum ini mengalami kecederaan seperti Khairan Eroza Razali, Farisham Ismail sudah pulih dan kelibat Khairan pastinya dinantikan oleh Butler untuk mengisi posisi "defensive midfielder". Kehadiran Farisham pula dijangka akan memberi sedikit tekanan untuk Daudsu Jamaluddin untuk posisi pertahanan kanan yang mana prestasinya dilihat sederhana biarpun berstatus pemain kebangsaan. Kembalinya Halim Napi yang telah menamatkan penggantungan dua perlawanannya dijangka akan memberi keyakinan kepada para pemain terutamanya barisan pertahanan yang dilihat cukup goyah ditambah pula dengan prestasi tidak menentu Shahrizan Ismail di posisi penjaga gol. Kerakusan jentera serangan Kelantan musim ini yang diketuai oleh Khalid Jamlus, Norfarhan Mohd sambil dibantu oleh ketajaman sentuhan Indra Putra Mahayuddin dan ketua pasukan Badhri Radzi yang silih berganti menggegar jaring lawan pastinya mengundang persoalan besar mampukan benteng Pulau Pinang yang dibarisi Junaidi Daud, Shahriman Che Omar, S. Thinagaran untuk membendung kerakusan barisan depan Kelantan ini.

Apa yang jelas, mimpi ngeri menanti skuad Harimau Kumbang apatah lagi beraksi di Kota Bharu, gelanggang yang cukup ditakuti oleh setiap pasukan dalam kancah Liga Super.Bagi Kelantan pula, pemburuan untuk kembali menakluki liga akan diteruskan dan rasanya Stadium Sultan Muhammad sekali lagi akan dipenuhi dengan gelombang merah yang bakal menjadi saksi kehebatan pejuang perwira merah. Kepada para pemain, diucapkan selamat maju jaya kerana apa yang cukup pasti KAMI SENTIASA MENYOKONG.

0 comments: