Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Template

Powered by Blogger


widget

.:: KEPIMPINAN ULAMA' ::.

Photobucket

.:: TV PR ::.


Photobucket

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:


.:: TENTANG DIRIKU ::.

Tadika Chung Hwa, Kota Bharu [ 1986 ]
SRJK (c) Chung Hwa, Kota Bharu [ 1987 - 1990 ]
Sek. Keb. Rambutan Rendang, Kota Bharu [ 1990 - 1993 ]
Maahad Muhammadi Lelaki, Kota Bharu [ 1994 - 1996 ]
SMA Sungai Merab Luar Sepang, Selangor [ 1997 -1998 ]
Darul Quran Wal Hadis, Pasir Pekan [ 1999 - 2001 ]
Maahad 'Ali Dirasat Islamiah Wal Arabiah, Perak [ 2002 ]
Universiti Al-Azhar Cawangan Tanta, Mesir [ 2003 - 2009 ]

Friday, February 20, 2009

Saingan Piala FA Pusingan ke - 2

Saingan Piala FA bersambung kembali Sabtu ini apabila Kelantan bakal berdepan PDRM di Kota Bharu sebelum saingan timbal balik di Stadium Selayang. Pertemuan kali kedua buat kedua-dua pasukan musim ini selepas PDRM tumpas 2-4 dalam saingan Liga Super. Kemenangan besar ditagih kerana pastinya bekalan selesa perlu dimiliki sebelum bertandang ke gelanggang lawan.

Bergelar pendahulu baru Liga Super pastinya menjadikan skuad Peter Butler pilihan untuk memenangi perlawanan ini ditambah pula dengan aksi gelanggang sendiri yang pastinya menggamit sokongan penuh para penyokong setia merah putih ini. Namun persoalan besar timbul siapakah kesebelasan utama yang bakal dipertaruhkan oleh Butler dalam perlawanan ini kerana mungkinkah pemain utama direhatkan sambil pemain simpanan mengambil tempat dalam kesebelasan utama nanti. Persoalan yang hanya terjawab Sabtu ini. Jalan paling selamat ketika ini adalah membariskan kesebelasan utama dalam usaha mencari bekalan sebanyak mungkin sebelum barisan simpanan yang tidak kurang hebatnya perlu diberi ruang dalam saingan pusingan kedua nanti kerana perlawanan menentang Selangor dalam saingan Liga Super seharusnya lebih menjadi tumpuan kita ketika ini. Rasanya kelibat kesebelasan utama sewaktu membenam Pahang tempohari akan sekali lagi menjadi pilihan utama Butler kerana kombinasi antara mereka dilihat semakin menjadi dalam setiap perlawanan.

PDRM biarpun menghuni tangga tercorot Liga Super musim ini namun keupayaan skuad ini tidak harus dipandang ringan kerana satu ketika mereka mendahului 2-0 dalam saingan liga dan perkara ini seharusnya menjadi satu pengajaran kepada para pemain untuk tidak mengambil mudah pertemuan ini. Sebilangan besar pemain Polis terdiri daripada bekas pemain Kelantan yang pastinya mengetahui serba sedikit kelemahan pasukan Kijang dan sebarang kesilapan pastinya bakal dipergunakan sebaiknya oleh PDRM.

Namun realitinya, moral pasukan "The Red Warriors" ketika ini amatlah terlalu baik dan bukanlah saat yang baik kepada mana-mana pasukan untuk berdepan dengan pasukan Kelantan. Keupayaan barisan depan Kelantan yang diketuai oleh Khalid Jamlus, Norfarhan Mohd dilihat cukup memberangsangkan apabila silih berganti mencetak nama selaku penjaring gol sambil Indra Putra dan Piya turut bernafsu menggegar jaring gol lawan ketika ini bukanlah satu berita baik untuk pasukan PDRM. Penyokong setia Kijang pastinya mengharapkan satu lagi pesta gol akan berlaku di Stadium Sultan Muhammad ke-4 Sabtu ini.

Jadi ayuh peminat setia Sang Kijang. Penuhkan setiap inci ruang di stadium keramat kita Sabtu ini untuk menjadi saksi satu lagi persembahan bermutu daripada pasukan kesayangan kita. Buktikan kepada wira-wira kita, mereka tidak keseorangan didalam gelanggang kerana KITA AKAN SENTIASA MENYOKONG.

0 comments: