Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Template

Powered by Blogger


widget

.:: KEPIMPINAN ULAMA' ::.

Photobucket

.:: TV PR ::.


Photobucket

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:


.:: TENTANG DIRIKU ::.

Tadika Chung Hwa, Kota Bharu [ 1986 ]
SRJK (c) Chung Hwa, Kota Bharu [ 1987 - 1990 ]
Sek. Keb. Rambutan Rendang, Kota Bharu [ 1990 - 1993 ]
Maahad Muhammadi Lelaki, Kota Bharu [ 1994 - 1996 ]
SMA Sungai Merab Luar Sepang, Selangor [ 1997 -1998 ]
Darul Quran Wal Hadis, Pasir Pekan [ 1999 - 2001 ]
Maahad 'Ali Dirasat Islamiah Wal Arabiah, Perak [ 2002 ]
Universiti Al-Azhar Cawangan Tanta, Mesir [ 2003 - 2009 ]

Tuesday, February 24, 2009

KELANTAN TEPATI RAMALAN


Kelantan menepati status sebagai pasukan pilihan ketika ini dalam saingan Piala FA apabila mudah membenam cabaran PDRM 3-1 di Selayang malam tadi. Dengan kemenangan tersebut, Kelantan mengesahkan tempat ke suku akhir dengan aggregat 8-2 setelah menang besar 5-1 di Kota Bharu Sabtu lalu. UPY-Myteam menjadi lawan Kelantan selepas ini selepas skuad bimbingan Bojan Hodak mencipta kejutan apabila membenam cabaran juara bertahan, Kedah hasil jaringan tempat lawan.

Dalam saingan di Stadium Selayang malam tadi, jelas skuad bimbingan Peter Butler bukan tandingan PDRM yang sekali lagi menampilkan persembahan bersahaja biarpun kesebelasan utama yang diturunkan bukanlah dikalangan pemain utama pasukan. Masih mengekalkan Halim Napi di posisi penjaga gol, Mohd Zamri mengisi posisi bek kanan sambil Zairul Fitree mengisi posisi bek kiri. Kombinasi Azlan Zainal dan Rizal Fahmi kekal bertindak sebagai pertahanan tengah. Ezrie Shafizi, Wan Zaman Wan Mustapha dan Mohd Badhri Radzi memikul tugas selaku penggerak di bahagian tengah sambil rangkaian tiga penyerang Nizad Ayub, Ramzul Zahini dan Norfarhan Mohamad berperanan selaku penggemur. Jelas, Butler memilih formasi 4-3-3 dalam perlawanan ini dan seperti biasa kita mendominasi perlawanan dari awal hingga ke akhir perlawanan.

Separuh masa pertama, rentak berhati-hati dipamerkan oleh pasukan Kelantan yang lebih gemar untuk melakukan serangan balas menerusi gerakan Ezrie dan Piya. PDRM kelihatan sedikit agresif untuk mencari gol awal namun keghairan mereka dihukum oleh pasukan “pelawat”. Melalui satu gerakan balas, Ezrie Shafizi dijatuhkan betul-betul di hadapan kotak penalti PDRM dan hasilnya Kelantan mendapat gol pendahuluan pada minit ke 20 apabila tendangan deras Rizal Fahmi sama sekali menerjah jaring ketika penjaga gol PDRM hanya mampu mengutip bola di gawang sendiri. Selang beberapa minit kemudian, Kelantan seharusnya mendapat gol kedua apabila sepakan voli Ramzul Zahini hanya sedikit melewati tiang gol selepas mendapat hantaran yang cukup cantik daripada Norfarhan Mohamad. Aksi rancak terus dipamerkan oleh pasukan Kelantan namun ketika saingan menghampiri penghujung separuh masa, Kelantan nyaris dihukum apabila penyerang PDRM mudah melepasi 3 pertahanan Kelantan namun mujur sepakannya tepat ke kaki Halim Napi untuk menafikan gol pertama PDRM.

Separuh masa kedua, Kelantan seharusnya mendapat dua gol dalam tempoh 5 minit pertama apabila hantaran Piya meloloskan Ramzul namun rembatan derasnya berjaya ditepis oleh penjaga gol PDRM namun bola betul-betul jatuh dihadapan Ezrie Shafizi namun sekali lagi rembatan susulan daripada Ezrie berjaya ditepis keluar untuk memberikan kelegaan kepada PDRM. Selang seminit, Azlan Zainal pula kecewa apabila tendangan sudut Piya ditanduk kemas oleh Azlan namun bola berjaya dikeluarkan diatas garisan gol oleh pertahanan PDRM. Gol kedua yang dinantikan akhirnya menjelma pada minit ke 60 apabila Piya bijak meloloskan Zamri di sebelah kanan yang kemudian melakukan hantaran cantik sebelum dirembat cantik ke penjuru gol PDRM oleh Ramzul Zahini. Gol tersebut ternyata mengubah rentak permainan PDRM yang tiba-tiba mengamalkan corak permainan kasar yang menyaksikan pemain Kelantan silih berganti diusung keluar kerana kecederaan.

PDRM mendapat gol pertama mereka selepas pemain gantian bawah 20 Kelantan gagal mengeluarkan bola daripada kawasan bahaya yang menyaksikan hantaran silang pemain PDRM ditanduk kemas oleh penyerang mereka yang sama sekali menewaskan Halim Napi pada minit ke 70. Namun Kelantan hanya memerlukan dua minit untuk menambah jaringan apabila sepakan percuma Piya dari sebelah kanan ditanduk oleh Norfarhan untuk memberi keselesaan kepada pasukan pelawat. Nizad Ayub terlepas peluang terbaik untuk meletakkan namanya dalam senarai penjaring apabila gerakan menarik “one touch football” dalam kotak penalti antara Piya, Ropi dan Nizad sendiri dipersiakan olehnya apabila Nizad bertindak menolak kembali bola kepada Piya ketika beliau seharusnya menyudahkan gerakan tersebut sebelum bola berjaya dikeluarkan oleh pertahanan PDRM. 15 minit terakhir dicemari dengan insiden kekasaran apabila PDRM silih berganti melakukan “tackle” kasar kepada para pemain Kelantan malahan Khairul Zal Azmi turut mempamerkan aksi kasar yang menyebabkan para penyokong setia Kijang mula membaling botol minuman ke tengah padang. Episod tersebut tiba ke kemuncaknya apabila Piya disepak oleh pertahanan PDRM yang mengundang Halim Napi naik membalas kekasaran tersebut. Wisel penamat daripada pengadil perlawanan di sambut gembira oleh hampir 3000 penyokong setia “The Red Warriors”.

Secara keseluruhannya, perlawanan ini bolehlah disifatkan sebagai perlawanan pemanas badan kerana para pemain kelihatan mempamerkan persembahan bersahaja tanpa sebarang tekanan. Tumpuan ternyata lebih kepada “Top Of The Table Clash” Sabtu ini menentang Selangor dan perlawanan ini sebenarnya bakal menentukan sejauh mana kemampuan Kelantan pada musim ini. Adakah tahun 2009 sejarah bakal tercipta untuk pasukan Cik Siti Wan Kembang? Sama-sama kita nantikan kerana semuanya akan bermula di Shah Alam nanti.

TM Piala Fa Kelantan (5) vs PDRM (1) 1st Leg



TM Piala Fa 09 PDRM ( 1 ) vs Kelantan ( 3 ) 2nd Leg



0 comments: