Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Template

Powered by Blogger


widget

.:: KEPIMPINAN ULAMA' ::.

Photobucket

.:: TV PR ::.


Photobucket

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:


.:: TENTANG DIRIKU ::.

Tadika Chung Hwa, Kota Bharu [ 1986 ]
SRJK (c) Chung Hwa, Kota Bharu [ 1987 - 1990 ]
Sek. Keb. Rambutan Rendang, Kota Bharu [ 1990 - 1993 ]
Maahad Muhammadi Lelaki, Kota Bharu [ 1994 - 1996 ]
SMA Sungai Merab Luar Sepang, Selangor [ 1997 -1998 ]
Darul Quran Wal Hadis, Pasir Pekan [ 1999 - 2001 ]
Maahad 'Ali Dirasat Islamiah Wal Arabiah, Perak [ 2002 ]
Universiti Al-Azhar Cawangan Tanta, Mesir [ 2003 - 2009 ]

Thursday, February 19, 2009

Kefardhuan Jihad


Jihad merupakan salah satu tuntutan syariah yang diwajibkan ke atas setiap muslim, namun pengertiannya telah disalah ertikan oleh sesetengah pihak yang melabelkan sebagai satu bentuk keganasan.

Dari sudut bahasa jihad di ambil daripada kata nama terbitan “Jahada” yang memberi maksud berusaha gigih dalam mencapai sesuatu matlamat. Manakala mengikut istilah ialah berusaha gigih untuk menegakan sebuah masyarakat Islam dalam meletak kalimah Allah di tempat yang paling tinggi, seterusnya membawa syariat Allah untuk memimpin keseluruhan alam.

Hukum-hukum yang berkaitan dengan jihad

Di dalam al-Quran dan hadis Nabi s.a.w terdapat banyak ayat yang membicarakan tentang kefardhuan jihad, antaranya:-

Al-Quran:

“Dan perangilah kerana ( menegakkan dan mempertahankan ) agama Allah akan orang yang memerangi kamu, janganlah kamu melampaui batas, sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang melampaui batas.” [ Al-Baqarah -190 ]

“Wahai orang yang beriman bersedialah dan berjaga-jagalah ( sebelum kamu menghadapi musuh ) kemudian ( apabila dikehendaki ), maralah ( ke medan perang ) sepuak demi sepuak, atau ( jika perlu ) marilah serentak secara beramai-ramai.” [ An-Nisa’ – 71 ]

Hadis:

“Jihad adalah wajib bersama semua pemerintah samada yang baik mahupun yang jahat”[ Riwayat Abu Daud ]

“Wahai sekalian manusia ! Janganlah kamu bercita-cita untuk bertembung dengan musuh dan mintalah kesejahteraan daripada Allah. Namun apabila kamu bertembung dengan mereka hendaklah kamu bersabar. Ketahuilah, sesungguhnya syurga itu terletak di bawah bayangan pedang” [ Riwayat Bukhari ]

Hukum jihad terbahagi kepada dua iaitu fardhu ain dan fardhu kifayah :

Fardhu ain:

Hukum jihad menjadi fardhu ain apabila, tanahair umat Islam dicerobohi oleh musuh dan menjadi satu kewajipan kepada setiap penduduknya samada lelaki mahupun perempuan dalam mempertahankan tanahair mereka.

Fardhu Kifayah:

Manakala ia akan menjadi fardhu kifayah hanya sekadar untuk digunakan dalam behujjah, menjawab segala tomahan dan salah faham tehadap agama disamping menyeru masyarakat ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran serta proses dalam penyebaran ilmu pengetahuan agama.

Kategori Jihad

Terdapat pelbagai kategori yang boleh dikaitkan dengan jihad iaitu :

a. Jihad melalui pendidikan :-
- Proses penyebaran ilmu agama kepada setiap lapisan dalam usaha memahami hakikat
Islam yang sebenar.

b. Jihad melalui harta benda :-
- Menyeru setiap masyarakat akan kepentingan menyumbang segala harta benda
mengikut kemampuan dalam pembentukkan sebuah masyarakat Islam diharapkan.

c. Jihad melalui mempertahankan diri :-
- Menghadapi serangan musuh yang cuba mengugat keharmonian agama daripada
landasan yang telah disyariatkan.

d. Jihad dalam bentuk menyerang :-
- Jika usaha menyebarkan dakwah kepada sesuatu komuniti masyarakat di sebuah itu
terhalang oleh pemerintahnya untuk rakyatnya.

e. Jihad dalam mempertahankan tanahair dan agama ( Fardhu ain ) :-
- Jika sesebuah negara telah dicerobohi musuh dalam usaha menakluki dan
menyebarkan dakyah agama, maka jadilah hukum jihad fardhu ain pada ketika itu.

Hikmah Pensyariatan Jihad

Setiap perintah Allah kepada hambaNya mempunyai pelbagai hikmah dan manfaat yang besar yang terselindung disebalik perintah tersebut. Antara hikmah pensyariatan jihad yang paling utama mendaulatkan kalimah Allah di muka bumi ini. Disamping itu memupuk sifat kecintaan terhadap agama serta tanahair dikalangan masyarakat.

Hasil pensyariatannya maka akan lahir sebuah negara yang mana di dalamnya terlaksana perlembagaan yang berpandukan al-Quran dan sunnah.

Contoh Kefardhuan Jihad Pada Masa Kini

Sebagaimana yang telah kita ketahui, dunia hari ini telah digemparkan isu berdarah keganasan rejim zionis terhadap umat Islam Palestin di Gazzah. Dalam isu ini, hukum jihad menjadi fardhu ain terhadap penduduk Palestin untuk mempertahankan bumi mereka.



‘Amaliyyah Istishadiyyah (Serangan Berani Mati):

Serangan berani mati adalah satu kaedah baru dalam jihad untuk memerangi musuh-musuh Islam, ia sering dijadikan salah satu senjata baru yang digunakan oleh pejuang Palestin ke atas Zionis Israel.

Terdapat banyak pendapat yang menyatakan bahawa tindakan ini adalah sama seperti membunuh diri sendiri sebagaimana firman Allah s.w.t :

“Janganlah kamu mencampakkan diri kamu ke arah kebinasaan” [ Al-Baqarah 195 ]

Namun para ulama’ mu’asorah meletakkan tindakan ini adalah sebahagian daripada jihad menentang musuh Islam, sebagai contoh apa yang difatwakan oleh Dr. Yusuf Al-Qardhawi dalam kitabnya [ Fatawa Muasorah Jilid ke 3 / m.s 503 keluaran Darul Qalam Kuwait ] Beliau mengatakan serangan berani mati ini adalah merupakan sebesar-besar amalan jihad, bahkan ia disyariatkan oleh Islam sebagaimana yang telah difirman oleh Allah s.w.t:

“Dan persiapkanlah dengan segala kemampuan untuk menghadapi mereka dengan kekuatan yang kamu miliki dan dari pasukan berkuda yang dapat menggentarkan musuh Allah dan musuhmu serta orang-orang lain yang mereka tidak megetahuinya.”
[ Al-Anfal 60 ]

Mengikut beliau lagi, tindakan ini diharuskan kerana ia sanggup mengorbankan nyawa demi untuk mempertahankan agama dan juga tanahairnya yang kini telah dicerobohi oleh rejim Zionis Israel.

Hampir kesemua rakyat Israel dilatih untuk menjadi tentera samada lelaki mahupun perempuan, mereka sentiasa bersiap-sedia dalam apa jua keadaan sekalipun dalam kempen ketenteraan yang ditaja oleh kerajaan mereka. Maka di sini, tidak menjadi kesalahan tindakan para pejuang Palestin yang melakukan serangan berani mati terhadap rakyat Israel walaupun mangsa yang terlibat adalah dikalangan kanak-kanak dan orang tua. Ini berdasarkan kepada kaedah feqhiah iaitu “Kemudharatan mengharuskan perkara yang dilarang”, sesungguhnya pejuang yang melakukakan tindakan tadi tidak berniat untuk membunuh orang tua dan anak kecil ini dikatakn sebagai darurat peperangan.

Justeru itu, bersamalah kita memupuk thaqafah jihadiyah di dalam diri masing-masing sebagai persediaan untuk menghadapi tipu helah musuh-musuh Islam yang kini bermaharaja lela yang cuba menghapuskan benih-benih perjuangan Islam. Jadilah kita rijal-rijal yang cintakan keizzahan syahid yang sentiasa menanti diakhir medan perjuangan. Dan ingat satu firman Allah s.w.t:

“Janganlah kamu menyangka bahawa orang yang gugur dijalan Allah itu mati, bahkan mereka itu hidup di sisi Tuhannya dengan mendapat rezeki” [ Al-Imran 168 ]

Serta hayatilah kalam dari hadis ini untuk renungan kita bersama:

كن عالما أو متعلما أو مستمعا أو محبا ولا تكن خامسا فتهلك
Wallahu’alam...

0 comments: