Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Template

Powered by Blogger


widget

.:: KEPIMPINAN ULAMA' ::.

Photobucket

.:: TV PR ::.


Photobucket

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:


.:: TENTANG DIRIKU ::.

Tadika Chung Hwa, Kota Bharu [ 1986 ]
SRJK (c) Chung Hwa, Kota Bharu [ 1987 - 1990 ]
Sek. Keb. Rambutan Rendang, Kota Bharu [ 1990 - 1993 ]
Maahad Muhammadi Lelaki, Kota Bharu [ 1994 - 1996 ]
SMA Sungai Merab Luar Sepang, Selangor [ 1997 -1998 ]
Darul Quran Wal Hadis, Pasir Pekan [ 1999 - 2001 ]
Maahad 'Ali Dirasat Islamiah Wal Arabiah, Perak [ 2002 ]
Universiti Al-Azhar Cawangan Tanta, Mesir [ 2003 - 2009 ]

Sunday, December 28, 2008

Hudud hanya untuk Orang Islam - Hj Hadi

PM Dollah , Imam Islam Hadhari tidak perlu menyibuk pasal 'Hudud' Islam kerana ianya tidak melibatkan bukan Islam mahu pun Islam Hadhari....... baca seterusnya laporan berikut : SHAH ALAM 27 Dis. - Masyarakat bukan Islam tidak seharusnya berasa bimbang jika hukum hudud dilaksanakan di negara ini kerana pelaksanaannya hanya melibatkan kalangan yang beragama Islam, kata Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Beliau berkata, golongan bukan Islam sebaliknya boleh memilih undang-undang yang mereka mahu seperti yang telah tertulis dalam Undang-undang Kanun Jenayah Syariah Kelantan dan Terengganu.

"Pas tak perlu terangkan (tentang hukum hudud) kerana undang-undang ini tiada kena mengena dengan orang bukan Islam.

''Pada kita, tidak timbul lagi soal hudud kerana ia telah diluluskan di DUN (Dewan Undangan Negeri) Kelantan sejak tahun 90-an lagi dan di Terengganu pula telah diwartakan," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan kempen 'Jom Sertai Pas' di Dataran Shah Alam di sini hari ini. Abdul Hadi berkata demikian ketika ditanya sama ada Pas akan memberi penerangan kepada pemimpin lain dalam Pakatan Rakyat iaitu DAP dan Parti Keadilan Rakyat yang masih kurang senang dengan hasratnya untuk melaksanakan hukum hudud jika pakatan pembangkang berjaya memerintah negara pada masa akan datang. Ditanya sama ada Pas akan membawa usul mengenai pelaksanaan hukum hudud di Parlimen untuk dibahaskan, beliau berkata, belum tiba masanya untuk berbuat demikian. Abdul Hadi mengakui sukar untuk melaksanakan hukum hudud di negara ini kerana ia hanya boleh dilakukan jika rakyat negara ini berada dalam keadaan yang stabil. "Masalah pengangguran masih ada lagi dan untuk laksanakan hukum ini kedudukan rakyat Malaysia mesti stabil contohnya daripada segi pendidikan, kehidupan, dan hubungan keluarga juga kena dijaga," katanya. - Bernama

0 comments: