Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Template

Powered by Blogger


widget

.:: KEPIMPINAN ULAMA' ::.

Photobucket

.:: TV PR ::.


Photobucket

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:


.:: TENTANG DIRIKU ::.

Tadika Chung Hwa, Kota Bharu [ 1986 ]
SRJK (c) Chung Hwa, Kota Bharu [ 1987 - 1990 ]
Sek. Keb. Rambutan Rendang, Kota Bharu [ 1990 - 1993 ]
Maahad Muhammadi Lelaki, Kota Bharu [ 1994 - 1996 ]
SMA Sungai Merab Luar Sepang, Selangor [ 1997 -1998 ]
Darul Quran Wal Hadis, Pasir Pekan [ 1999 - 2001 ]
Maahad 'Ali Dirasat Islamiah Wal Arabiah, Perak [ 2002 ]
Universiti Al-Azhar Cawangan Tanta, Mesir [ 2003 - 2009 ]

Saturday, October 18, 2008

Eksklusif: Siaran Langsung, Menteri Besar Kedah Dalam Rancangan Nasi Lemak Kopi O Di TV9 !!

Menteri Besar, Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak akan bersiaran langsung dalam rancangan Nasi Lemak Kopi O, TV9 mulai jam 9.20 pagi ini, Jumaat, 17 Oktober. Manakala Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Dr Hamdan Mohamed Khalib akan bersiaran dalam rancangan yang sama pada Sabtu, 18 Oktober, pada waktu dan saluran sama. Orang ramai dijemput menonton siaran perbincangan tersebut yang diadakan sempena program Sua Rasa TV9 di Perkarangan Stadium Darulaman. Apa yang menariknya ialah rancangan berkenaan adalah dikendalikan oleh bekas orang kanan MB Kedah zaman Sanusi Junid dulu iaitu Aziz Desa. Maka kehadiran beliau ke Kedah kali ini sudah pastilah berbeza dengan apa yang beliau lalui beberapa tahun yang lalu. Diharap siaran ini dapat disaksikan oleh seluruh penyokong Pakatan Rakyat terutamanya rakyat Kedah diperantauan. Inilah saatnya untuk kita menyaksikan pemimpin pembangkang dipanggil dalam rancangan terbuka seperti itu selain dari di studio yang biasa kita saksikan.

Bukti, foto ini dirakamkan pada jam 9.30 pagi ini ketika MB Kedah ditemubual oleh Pengacara Aziz Desa dalam rancangan Sua Rasa TV9, Nasi Lemak Kopi O

Dalam ucapannya MB Kedah menyentuh tentang "Kedah Sejahtera" kemudian tentang pertanian terutamanya negeri Kedah sebagai "Jelapang Padi". Beliau juga turut menyentuh soal pelancongan terutamanya menjadikan Kedah sebagai sebuah negeri yang berjaya menarik ramai pelancong dari seluruh dunia dan sebagainya. Beliau juga menjelaskan tentang soal kuota perumahan bumiputera yang turut dipertahankan oleh Kerajaan Negeri Kedah sekarang ini. Apapun kita ucapkan tahniah kepada pengacara Aziz Desa yang begitu profesional dalam bidang kewartawannya. Bahkan beliau sedikit pun tidak mengganggap Ustaz Azizan sebagai pemimpin pembangkang.



Penyampaian cenderahati kenang-kenangan dari TV9 kepada MB Kedah

Diakhirnya MB Kedah mengucapkan terima kasih kepada TV9 kerana mengadakan program di Kedah. Kerajaan negeri katanya bersikap terbuka dan memberi peluang kepada rakyat untuk mendaptkan informasi terkini. Beliau juga mengajak rakyat bersama-sama mentadbir, memaju dan hidup aman damai antara sesama kaum. Kerajaan juga katanya akan memberi kemudahan yang termampu, masa perlu diambil kerana beliau baru 7 bulan menjadi MB berbanding dengan UMNO yang sudah 50 tahun memerintah. Sesi temubual berakhir kira-kira jam 9.45 pagi dengan acara pemberian cenderahati oleh TV9 kepada MB Kedah. Rancangan tersebut adalah ditaja oleh syarikat telekomunikasi Celcom.

[Tahniah! diucapkan kepada TV9 atas iniseatif ini, semoga ia dapat merapatkan sillaturrahim antara pimpinan Pakatan Rakyat dengan pihak media arus perdana. Kita tidak mahu apa yang berlaku kepada RTM Selangor berulang kembali. Kami juga mendapat maklumat pihak kerajaan negeri Kedah juga telah dibenarkan mengadakan lawatan sambil belajar ke RTM Kedah FM baru-baru ini. Nampaknya mereka lebih telus dan berkreadibiliti dari Selangor FM].

#Nak tengok video tu klik sini

Pahangdaily.blogspot.com/2008/10/eksklusif-siaran-langsung-menteri-besar.html

0 comments: