Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Template

Powered by Blogger


widget

.:: KEPIMPINAN ULAMA' ::.

Photobucket

.:: TV PR ::.


Photobucket

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:


.:: TENTANG DIRIKU ::.

Tadika Chung Hwa, Kota Bharu [ 1986 ]
SRJK (c) Chung Hwa, Kota Bharu [ 1987 - 1990 ]
Sek. Keb. Rambutan Rendang, Kota Bharu [ 1990 - 1993 ]
Maahad Muhammadi Lelaki, Kota Bharu [ 1994 - 1996 ]
SMA Sungai Merab Luar Sepang, Selangor [ 1997 -1998 ]
Darul Quran Wal Hadis, Pasir Pekan [ 1999 - 2001 ]
Maahad 'Ali Dirasat Islamiah Wal Arabiah, Perak [ 2002 ]
Universiti Al-Azhar Cawangan Tanta, Mesir [ 2003 - 2009 ]

Saturday, April 4, 2009

Tips Kesihatan


ELAK SERANGAN SAKIT JANTUNG


Jantung adalah satu organ penting yang mula berfungsi sejak janin sehinggalah sesaorang itu meninggal dunia. Ia mengepam darah untuk membekalkan oksigen dan nutrien keseluruh badan melalui sistem peredaran darah.

Jantung yang sihat mampu mengepam sebanyak sepuluh ribu liter darah sehari dan ia akan berdenyut kira-kira seratus ribu kali sehari, iaitu diantara 60 hingga 80 kali seminit.

Sesaorang itu boleh menghidap dua jenis penyakit jantung, Iaitu penyakit jantung kongenital dan bukan kongenital.

Sakit jantung kongenital berlaku ketika dalam kandungan seperti jantung berlubang dan kecacatan injab jantung manakala sakit jantung bukan kongenital berlaku akibat jangkitan atau cara hidup tidak sihat seperti penyakit jantung koronari.

Faktor Risiko Serangan jantung:-

* Kurang bersenam atau tidak aktif.
* Merokok.
* Pemakanan yang tidak sihat.
* Kegemukkan
* Diabetes
* Penyakit tekanan darah tinggi.
* Tekanan perasaan.


Tanda Serangan Jantung:-

* Sesak nafas.
* Sakit dada yang menekan, bermula dibahagian tengah atau kiri dada dan lazimnya merebak ketengah atau kiri dada dan selalunya merebak kelengan kiri dan leher.
* Sakit mencengkam sehingga boleh menyebabkan pitam atau pengsan.
* Berpeluh dingin.
* Berasa sejuk walaupun suhu persekitaran panas.
* Pening kepala dan loya.

Cara mencegah serangan jantung:-

* Bersenam sekurang-kurangnya tiga kali seminggu iaitu, 20 hingga 30 minit setiap kali senaman.
* Kekalkan berat badan unggul.
* Makan secara sihat.
* Berhenti merokok.
* Belajar menangani tekanan perasaan.
* Periksa tekanan darah.
* Periksa glukosa darah.
* Awasi paras kolesterol.
* Lakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala

Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia.

Read More......

Friday, April 3, 2009

Lengkap sudah Teori RAHMAN Berakhirlah Dinasti UMNO


Oleh: Ustaz Nasrudin Tantawi

Saya tidak pernah percaya apalagi menjadikannya iktiqad bahawa kepimpinan negara tertakluk kepada teori R.A.H.M.A.N .

Namun atas kehendak Allah swt Tuhan yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui telah mentaqdirkan teori RAHMAN menjadi kenyataan .

Teori ini tidaklah membawa apa - apa keistimewaan untuk dikagumi jauh sekali karamah untuk dipuja . Melainkan ia satu teori yang menepati taqdir Allah swt .

Saya menegaskan bahawa tiada keistemewaan bahkan tiada sebarang karamah padanya kerana episode kepimpinan R.A.H.M.A.N yang bermula dengan Tunku Abdul Rahman , Tun Abdul Razak , Tun Hussein Onn , Tun Dr. Mahathir , Tun Abdullah Badawi dan terakhir dari teori ini ialah Datuk Seri Najib Abd Razak tidak menjadikan negara ini sebagai sebuah negara yang tunduk kepada Allah swt dengan melaksanakan syariat Allah swt. dan sunnah RasulNya saw .

Bahkan semakin ke penghujung teori , bukan sahaja negara semakin tenat dan parah dengan pelbagai maksiat dan mungkar serta penyelewengan seperti rasuah dan salah guna kuasa tetapi juga pemimpinnya semakin pudar integriti bahkan semakin hilang kredebeliti sebagai seorang pemimpin yang adil dan bertaqwa .

Terutama pemimpin terakhir dari teori R.A.H.M.A.N ini . Mendaki takhta kepimpinan negara yang kini menjawat jawatan Prime [ baca Crime ] Minister dengan 1001 fitnah dan noda terpalit pada dirinya yang sehingga kini gagal dibersihkan melalui proses keadilan yang wajar .

Saya melihat teori ini telah berakhir dengan hurufnya yang terakhir . Maka berakhirlah dinasti R.A.H.M.A.N memimpin negara . Persoalannya siapakah selepas R.A.H.M.A.N ini kelak ? Meskipun huruf terakhir Najib baru sahaja sebentar tadi menaiki takhta dan kita tidak tahu bilakah kepimpinannya akan berakhir tetapi apa yang pasti ia akan berakhir !

Jika kepimpinan sebelumnya Tun Abdullah hanya berlansung 5 tahun lebih , saya kira mungkin kepimpinan Datuk Seri Najib lebih lama dari itu dan juga tidak mustahil kepimpinannya menjadi lebih singkat dari pada sebelumnya .

Sebagai renungan dan perhatian semua , saya bawakan firman Allah swt : dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini Dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), Kami gilirkan Dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa Yang diketahui Allah tentang orang-orang Yang tetap beriman (dan Yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang Yang mati Syahid. dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang Yang zalim.

Aali Imran : 140

Berakhirnya Dinasti UMNO .

Jika PAKATAN Rakyat berjaya mencipta hatrik dalam pilihanraya kecil di Bukit Gantang dan Bukit Selambau kelak , yakinlah bahawa rakyat sebenarnya sudah bersedia untuk melupakan UMNO sekaligus menobatkan PAKATAN Rakyat untuk meneraju negara selepas ini khasnya melalui pilihanraya umum ke 13 kelak .

Rakyat nyata telah masak dengan propaganda UMNO dan BN yang mengampu dan melambung Datuk Seri Najib setinggi langit di awal kuasanya . Kerana perihal yang samalah dilakukan oleh UMNO dan BN sewaktu menobatkan Tun Mahathir dan Tun Abdullah sebelum ini .

Sewaktu rakyat membenci Tun Mahathir dengan pemerintahan ala kuku besinya melewati tempoh 22 tahun , Tun Abdullah mengambil alih kuasa melalui peralihan kuasa yang dirancang oleh mereka . Maka media UMNO dan BN melambung Tun Abdullah melepasi paras awan biru . Tun Abdullah pula tampil dengan sajak Yang Ku Cari dan Islam Hadhari serta Modal Insannya cukup memukau rakyat .

Malang , Tun Abdullah yang pernah digelar Mr Clean itu hanya mampu bertahan 5 tahun lebih dan kemudiannya dipaksa berundur dan didesak agar segera menyerahkan kuasa kepada Datuk Seri Najib .

Pagi ini , sekali lagi media UMNO dan BN melambung tinggi Datuk Seri Najib dengan ucapan menyokong dan mengampu dari pemimpin UMNO . Disiarkan pula ucapan - ucapan Datuk Seri Najib yang dilihat boleh meyakinkan rakyat . Persoalannya , Datuk Seri Najib yang digelar sebagai Mr Dirty ini , berapa lamakah ia mampu bertahan ?

Selepas berakhir urutan huruf R.A.H.M.A.N , huruf apakah yang akan membentuk teori kepimpinan baru negara kita kelak ? Wallahualam bissowab , segalanya di dalam ilmu Allah swt . Namun semua yang mahukan Islam berdaulat di negara ini berharap dan berdoa agar Dinasti UMNO berakhir dengan berakhirnya teori R.A.H.M.A.N ini .

Tanggungjawab kita ialah berjuang dan terus berjuang bagi membersihkan negara dari dosa dan noda dan berusaha untuk mendaulatkan syariat serta meninggikan syiar agama Allah swt . Sehinggalah negara tercinta ini berada di bawah rahmat dan redha Allah swt . Baldatun Toiyyibah Wa Rabbun Ghafur .

Read More......

Mari Mengenali Ulama'...


Tuan Guru Haji Daud Bukit Abal (1903-1976)




Syeikh Tarikat Ahmadiyah terpenting di rantau ini selepas generasi Mufti Haji Wan Musa /Sidi Muhammad al-Azhari /Syeikh Mohd Said Linggi. Adik kandung Tuan Guru Haji Mat Limbat/Gong Kemudu.

Nama penuh ahli sufi ini ailah Haji Daud Shamsuddin bin Haji Omar al-Libadi. Lahir di Kampung Kerasak, Limbat, Kota Bharu sekitar 1903. Ibunya, Wan Halimah binti Haji Ismail ialah adik kepada Tuan Guru Haji Wan Ahmad bin Haji Ismail (lebih terkenal dengan panggilan Haji Awang Limbat). Manakala bapanya Haji Omar bin Taib berasal dari Kampung Mantera, Bukit Marak. Antara guru-guru awalnya : Haji Awang Limbat, Haji Sulaiman Kubang Kachang, tok Kenali, Tok Seridik, Haji Omar Sungai Keladi, Haji Nik Abdullah Khatib, Yaakub Legor dan Maulana Tok Khurasan.

Di kota Makkah pula antara lain beliau mendalami pengajiannya dengan Syeikh Omar Hamdan, Syeikh Mohd Ali al-Maliki, Syeikh Hasan al-Masyat, Syeikh Hasan al-Yamani, Syeikh Muhammad al-Azhari dan Syeikh Mohd Shafie Kedah (Tok Shafie). Kedua-dua penama inilah yang banyak mencurahkan amalan tarekat Ahmadiyah (termasuk ilmu ihsanuddin kepadnya).

Setelah kembali dari Makkah pada wal tahun 1941, beliau berkebun sambil mengajar agama di beberapa tempat. Akhir sekali pulang menetap di Bukit Abal, Pasir Puteh lalu berusaha menghidupkan semula sekolah pondok peninggalan bapa mertuanya Haji Awang Limbat.

Peringkat awalnya kurang mendapat sambutan – mungkin kerana namanya belum terserlah. Hanya selepas 1968 barulah majlis ilmunya mula mendapat perhatian ramai. Kupasan ilmu ussuluddin, furu’uddin (fiqh 4 mazhab) dan ihsanuddin yang menjurus kepada pengamalan zikir tarekat kemudiannya terbukti sangat popular. Untuk kemudahan murid-muridnya beliau mengulang cetak karyanya sendiri, iaitu Risalat al-Aqaid wa al-fawaid (cetakan pertama 1956); dan pada awal 1970an diedarkan pula stensilan Risalat al-Tasawuf yang sempat disusun setakat 8 siri sahaja kerana masalah kesihatannya.

Tuan Guru Haji Daud meninggal dunia di Bukit Abal ketika pondoknya sedang berkembang maju, iaitu pada pukul 2.00 petang Ahad 1 Safar 1396 bersamaan 1 Februari 1976.

Warisan ilmunya kini disebarkan pula oleh tokoh-tokoh seperti Tuan Guru Haji Ghazali Tunjong, Pak Da Awang Kampung Pek, Ustaz Mustafa Muhammad al-Ahmadi (penagrang buku Mengenal Diri dan Wali Allah yang sangat popular itu), Ustaz Wan Hassan Muhammad Bukit Tanah (ahli Jemaah Ulama MAIK), Drs Abdul Rahman Haji Ahmad (Timbalan Ketua Pengelola Dakwah Halaqat Negeri Kelantan) dan Prof. Dr. Hamdan Hassan (Universiti Brunei Darusssalam)

Read More......