Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Template

Powered by Blogger


widget

.:: KEPIMPINAN ULAMA' ::.

Photobucket

.:: TV PR ::.


Photobucket

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:


.:: TENTANG DIRIKU ::.

Tadika Chung Hwa, Kota Bharu [ 1986 ]
SRJK (c) Chung Hwa, Kota Bharu [ 1987 - 1990 ]
Sek. Keb. Rambutan Rendang, Kota Bharu [ 1990 - 1993 ]
Maahad Muhammadi Lelaki, Kota Bharu [ 1994 - 1996 ]
SMA Sungai Merab Luar Sepang, Selangor [ 1997 -1998 ]
Darul Quran Wal Hadis, Pasir Pekan [ 1999 - 2001 ]
Maahad 'Ali Dirasat Islamiah Wal Arabiah, Perak [ 2002 ]
Universiti Al-Azhar Cawangan Tanta, Mesir [ 2003 - 2009 ]

Friday, January 9, 2009

Mubarak perlu diajar !



oleh Maszlee Malek

Ramai yang terus mengutuk Israel…malah majoriti penduduk dunia, hatta penduduk AS yang kerajaan mereka menyokong penuh rejim tersebut. Pelbagai alasan tidak logik yang dikemukakan rejim Zionis di media-media barat tidak mendapat imbangan dari kenyataan di pihak Palestin sendiri. Malangnya, sudut yang terlindung di dalam siri ‘holocaust’ terhadap rakyat Gaza ini amat nyata. Rejim Husni Mubarak yang merupakan rakan utama Israel di dalam pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin dibiarkan sahaja.

Demo yang diadakan di negara-negara Islam langsug tidak menyentuh tentnag Mesir. al-Azhar dan para ulamanya diam membisu di atas dosa sang Presiden. Mufti Mesir juga hanya mampu melihat rakyat Gaza dibunuh dan disembelih.Mubarak bukan sekadar bersekongkol dengan Israel membunuh kanak-kanak dan wanita Palestin, malah menangkap dan membantai rakyatnya sendiri yang terlibat di dalam demo mempamerkan solidariti bersama rakyat Gaza.

Selagi Mubarak degil dan bongkak tidak mahu membuka pintu sempadan Gaza-Mesir di Refah, selagi itulah bantuan kemanusiaan tidak akan dapat dibawa masuk. Maknanya makanan akan kehabisan, hospital akan kehabisan bekalan ubatan, rakyat Gaza akan mati secara beramai-ramai!!!

Mubarak hanya tersenyum dan puas hati, kebenciannya terhadap rakyat Palestin dapat dipuaskan. Kemenangan HAMAS yang telah membawa kesan domino kepada kebangkitan rakyat Mesir telah berjaya diredakan. Mubarak bagaikan ingin mengajar dunia dan rakyatnya sendiri…inilah padahnya memilih arus politik Islam, inilah padahnya jika mencabar status-cuo para diktator di bumi Arab.

Mubarak adalah syaitan besar…syaitan yang dilindungi oleh para ulama pengampu dan hipokrit. Demo di hadapan kedutaan Mesir di seluruh dunia amat perlu memaksa mereka membuka pintu sempadan Refah. Memo kepada negara-negara OIC untuk menekan Mesir juga diperlukan. Tekanan politik agar Mubarak membuka pintu sempadan dengan negara-negara Islam memanggil pelajar-pelajar mereka juga perlu….

Moral Mesir dan al-Azhar akan jatuh jika para pelajar dari luar negara beramai-ramai meninggalkan bumi Mesir. Badan-badan fatwa dan para ulama di Malaysia juga mesti berani menyampaikan kata dua kepada Mubarak dan al-Azhar di dalam isu ini.Ini bukan isu main-main, rakyat Gaza sedang menantikan detik-detik kematian…doa dan kutukan sahaja tidak cukup.

Mubarak perlu diajar!

Sumber Berita : Palestinkini.info

Read More......

Mari Mengenali Ulama...

IMAM NAWAWI RahimahuLLAH....





Sejarah telah membuktikan apabila mem- bicarakan permasalahan ilmu secara automatik terbayang di minda kita bahawa kehebatan para ulama terdahulu dari segi keilmuan dan kefaqihan mereka. Mereka menjadi sumber rujukan kepada masyarakat dan kebanggaan umat Islam. Antara mereka yang menjadi pelita bercahaya yang menerangi umat ialah Imam an-Nawawi rhm.

Personaliti Imam Nawawi

Nama penuh beliau ialah al-Imam Abu Zakaria Mahyuddin, Yahya bin Syaraf bin Murri bin Hassan bin Hussin bin Mohamad bin Jumaat bin Hazim an-Nawawi, dinasabkan al-Dimasyqi. An-Nawawi adalah diambil dari nama ‘Nawa’, iaitu sebuah kampung daripada perkampungan Haura di Syria. Beliau dikenali sebagai Imam mujtahid, penulis, pentahkik dan juga penyusun bagi semua pendapat Imam asy-Syafie keseluruhannya.

Dilahirkan pada pertengahan bulan Muharram, tahun 631H di sebuah daerah bernama Nawa selatan Damsyik. Beliau menghafal al-Qur’an sejak kecil lagi. Tatkala usianya mencecah 10 tahun, beliau mula membaca kitab-kitab fikah daripada kalangan ahli-ahli fikah di sana.

Diriwayatkan satu hari Syeikh Yassin bin Yusof al-Manaqishi telah masuk ke kampung beliau lalu dilihatnya Imam Nawawi (semasa kecil) bersama sekumpulan yang lain sedang bermain, mereka enggan bermain bersama beliau, lalu beliau lari sambil menangis kerana keengganan mereka itu.

Sejak itu, beliau ‘berkawan’ dengan al-Qur’an kemudian dinasihati oleh ayahnya supaya tekun menuntut ilmu, Imam Nawawi bersetuju. Pada tahun 649H beliau bersama ayahnya menuju ke Damsyik untuk menambah ilmu di dada, di Madrasah Darul Hadis. Kemudian beliau menetap di Madrasah Rawahiah. Ketika di sini beliau menghafal kitab ‘Tanbih al-Muhazzab al-Syairazi’ dalam masa 4 bulan, 30 hari dan 1/4 Muhazzab baki tahun tersebut.

Berkata muridnya Ibnu Attar setiap hari Imam Nawawi membaca 12 kitab dengaan guru-gurunya, 2 kitab al-Wasith, 1 kitab al-Muhazzab,1 kitab al-Jam’uu baina as-Sahihainin, 1 kitab Sahih Muslim, 1 kitab al-Lam’uu Ibnu Janni, 1 kitab Islah mantiq Ibnu as-Sakir, 1 kitab Tasrif, 1 kitab Usul Fiqh,1 kitab Asma’ul al-Rijal, 1 kitab Usulluddin.

Di antara gurunya yang masyhur ialah Syeikh Kamaluddin Ishak bin Othman al-Maghribi.

Beliau terus-menerus mengejar ilmu pengetahuan, sedang dalam usia seawal 18 tahun beliau telah menjadi kebanggaan semua. Kemudian pada tahun 651H beliau bersama ayahnya ke Mekah untuk menunaikan ibadat haji dan seterus nya kembali semula ke Damsyik.. Imam Nawawi amat cemerlang dalam pengajiannya sehingga akhirnya beliau mencapai tahap mujtahid.

Akhlak beliau.

Kehidupan beliau sederhana dan tidak pernah leka dengan kesenangan dunia. Beliau seorang yang qonaah, baik dari segi makanan mahu pun pakaian. Seorang yang zuhud, warak lagi tawaduk dan semasa di Damsyik, beliau tidak pernah makan buah-buahan disana. Ini adalah teladan baik beliau. Akhlak beliau sungguh cemerlang, sehingga digelar orang yang paling zuhud dan warak di kalangan sahabat-sahabatnya.

Beliau dapat menerima ilmu dengan sangat mudah tanpa sebarang halangan.Sifat keberanian beliau terserlah bila mana beliau pernah menasihati dan menegur para pimpinan dan sultan di dalam usaha menegakkan amar makruf dan nahi mungkar. Keghairahan dan keasyikan beliau dalam menuntut ilmu menyebab kan beliau tidak ada masa untuk memikirkan tentang perkahwinan dan beliau tidak pernah memandang wanita kerana cukuplah baginya bersibuk-sibuk dengan diri sendiri, sentiasa berdampingan dengan kitab-kitab dan berkhalwat dengan zikir serta ibadah kepada Allah Azzawajalla

Guru-guru Imam an-Nawawi

Antara masyayeikh Imam an-Nawawi yg masyhur:
1-Al Qadi Abi Fath Umar bin Bandar al-Taflisi
2-Fakruddin al-Maliki
3-Abi Abbas Ahmad bin Salim Al Masri An Nahwa
4-Abi Ishak Ibrahim bin Isa al-Maradi
5-Abi Baqa Khalid bin Yusuf an-Nablisi
6-Al Imam Abdul Rahman bin Nuh al-Muqaddasy
7-Ishak Al Maghribi
8-Abi Faraj Abdul Rahman bin Abi Umar al-Muqaddasy

Perkembangan Ilmunya

Setelah kembali dari pembelajarannya di Damsyik Imam Nawawi telah mempunyai tiga keistimewaan :

Pertama : kesungguhan

Sifat kesungguhan beliau dalam menuntut ilmu ternyata telah merealitikan segala cita-citanya ketika usia remaja dan menemui kenikmatan ilmu yang tiada tolak bandingnya. Beliau bukan sahaja bersungguh dalam menuntut ilmu bahkan dalam semua hal, baik pembacaan dan penghafalan kitab tanbih dalam 4 bulan setengah sahaja. Kemampuan beliau dapat menghabiskan pembacaan dan penghafalan sesebuah kitab dalam masa yang singkat membuatkan gurunya Abi Ibrahim Ishak bin Ahmad al-Maghribi menyayangi dan mengkagumi kepintarannya. Beliau menjadikan guru itu sebagai tempat rujukannya.

Kedua : Luasnya keilmuan dan kethaqafannya

Oleh kerana Imam Nawawi memiliki sifat kesungguhan dalam menuntut ilmu, maka me- limpah ruahlah ilmu dan kecerdasannya. Telah di ceritakan oleh seorang anak muridnya. Alauddin bin Attar tentang waktu pembelajarannya iaitu :
“sememangnya beliau membaca 12 buah kitab setiap hari. Imam Nawawi mempelajari kitab al-Wasit (karangan Imam al-Ghazali), kitab Muhazzab dan kesemua ilmu berkenaan fiqh, hadis, usul dan nahu”.

Ketiga : Buku-buku karangannya

Imam Nawawi mula menulis pada tahun 660H ketika itu usianya 30 tahun. Banyak buku-buku yang dikarangnya dan Allah azzawajalla telah memberkati waktunya dan memberi pertolongan kepadanya. Buah fikirannya amat bernas dengan menggunakan ibarat-ibarat yang mudah serta jelas penerangannya. Karangannya dijaga dan diambil berat oleh setiap muslim sehingga ke hari ini dan memberi manfaat kepada masyarakat dunia Islam.

Imam Nawawi rahimullah pernah ingin mendalami bidang perubatan tetapi pada suatu ketika beliau berkata “bahaya bagiku bilamana aku cuba menceburkan diri dalam ilmu perubatan, lalu aku membeli kitab qanun karangan Ibnu Sina, gelaplah hatiku. Hari-hari berlalu tanpaku mampu untuk mendalaminya. Lalu aku mentawaqufkan diri, kemudian menjualnya, maka lapanglah dadaku”.

Benarlah Allah azzawajalla inginkan beliau berada di dalam bidang yang lain iaitu menyebar- kan ilmu, mentarbiyah jiwa, membentuk pemikiran dan menasihati manusia sejagat.

Beliau telah dilantik menjawat jawatan Syeikh di DaruL Hadis as-Syarafiah selepas Syeikh Abu Syameh pada tahun 655H. Darul Hadis telah melahirkan ramai penuntut ilmu yang berkaliber seperti Alauddin bin Attar, Yusof bin Abdul Rahman, al-Mizziy dan selainnya. Di samping itu beliau turut membeli kitab-kitab untuk disumbang kan kepada madrasah tersebut. Di antara karangan nya yang masyhur :

1-Riyadhus Solihin
2-Syarah Sohih Muslim
3-Syarah al-Muhazzab
4-Al-Azkar
5-Ar Raudah
6-Al Minhaj At Tholibin
7-Bustanul Arifin
8-Al Arba’iin an-Nawawi
9-Tahzibul Asma’ wa Lughah
10-Majmuk (24 jilid)

Keistimewaannya dalam Feqah dan Hadis

Beliau mempelajari dengan penuh tekun feqah dalam mazhab Syaf’ie dan inilah merupakan sebab utama beliau menjadi Imam dalam mazhab tersebut dan kepada pentarjihannyalah para Imam dalam mazhab Syafi’ie mengembalikan segala persoalan, menerima dan memegang kukuh huraian dan pendapatnya. Beliau menjadi Imam lautan ilmu dalam Feqah, hadis dan Lughah terkenal dengan gelaran ‘nasir as-sunnah’

Pandangan Ulama Terhadap Beliau

Berkata Imam as-Suyuthi “imam pada zaman nya dan ahlinya, mempunyai kedudukan yang tinggi, warak, keperibadian berilmu, pentahkik, zuhud yg tiada bandingan selepas zaman tabiin selain beliau dan seorang hamba Allah yang paling tinggi ilmunya”.

Berkata Syeikh Tajul ad-Din as-Subki “Ustaz al-muta’akhirrin, hujjahtullah al lahiqqn, aku tak pernah lihat yang lebih zuhud daripadanya dan tak pernah lihat seseorang yang kuat ikutan, turutan jalan ahli-ahli salaf daripada umat Nabi Muhamad selain darinya, banyak karangan beliau yang berfaedah.

Berkata Ibnu Fadl dalam kitab al-Masalik "Syeikhul Islam, seorang wali Allah yang berilmu, Imam para zuhud, teguh ilmu dan amalnya, sempurna perkataan nya dari semua perkataan sekelian manusia”.

Kewafatannya

Pada tahun 676H, Imam Nawawi rhm. telah kembali ke negerinya. Kemudian, beliau telah menziarahi tanah perkuburan guru-gurunya dan berdoa kepada mereka sambil menangis. Selepas itu beliau menziarahi sahabatnya yang masih hidup dan mengucapkan selamat tinggal kepada mereka. Beliau juga tidak lupa menziarahi ayahnya di samping itu turut menziarahi Baitul Maqdis. Kemudian beliau kembali ke daerahnya ‘Nawa’.

Tidak lama kemudian, beliau jatuh sakit dan meninggal dunia pada malam Rabu 24 Rejab 676H. Tatkala berita tentang kematiannya sampai ke seluruh Damsyik, bumi itu diselubungi dengan tangisan. Allah telah melimpahkan rahmat buat al-Imam seluas-luasnya. Nostalgia kehidupan beliau telah tercalit di kanvas kehidupan menjadi ‘role model’ untuk kita semua dalam melayari bahtera kehidupan yang penuh tribulasi.

Sesungguhnya; indahnya jasamu, semurni peribadimu, warisan ilmu yang kau tinggalkan menjadi rujukan generasi akhir zaman.

Semoga Allah merahmatimu...Al-Fatihah.




Read More......

Wednesday, January 7, 2009

Keistimewaan Assyuuraa (Muharram)

Abul-Laits Asssamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Ibnu Abbas r.a berkata: Nabi SAW bersabda yang bermaksud:

Barangsiapa yang berpuasa pada hari Assyuuraa’ yakni 10 Muharram, maka Allah akan memberikan kepadanya pahala 10,000 malaikat, dan barangsiapa yang puasa pada hari Assyuuraa’, maka akan diberikan pahala 10,000 orang Haji dan Umrah, dan 10,000 orang mati syahid, dan siapa yang mengusap kepala anak yatim pada hari Assyuuraa’, maka Allah akan menaikkan dengan rambut satu darjat. Dan barangsiapa yang memberi buka puasa orang mukmin yang berpuasa pada hari Assyuuraa’, maka seoleh-oleh memberi buka puasa semua umat Muhammad SAW dan mengenyangkan perut mereka.

Sahabat bertanya: Ya, Rasulullah, Allah telah melebihkan hari Assyuuraa’dari lain-lain hari.
Jawab Rasulullah: Benar!

* Allah telah menjadikan langit dan bumi pada hari Assyuuraa’,
* dan menjadikan Adam juga Hawa pada hari Assyuuraa’,
* dan menjadikan Syurga serta memasukkan Adam di syurga pada hari Assyuuraa’,
* dan Allah menyelamatkan dari api neraka pada hari Assyuuraa’,
* dan menenggelamkan Fir’aun pada hari Assyuuraa’,
* dan menyembuhkan bala Nabi Ayyub pada hari Assyuuraa’,
* dan Allah memberi taubat kepada Adam pada hari Assyuuraa’,
* dan diampunkan dosa Nabi Daud pada hari Assyuuraa’,
* dan juga kembalinya kerajaan Nabi Sulaiman pada hari Assyuuraa’,
* dan akan terjadi Qiyamat pada hari Assyuuraa’

Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Ikrimah berkata:

Hari Assyuuraa’ ialah hari diterimanya taubatnya Nabi Adam. Dan ia pula hari turunnya Nabi Nuh dari perahunya. Maka ia berpuasa syukur, dan ia pula hari tenggelamnya Fir’aun dan terbelahnya laut bagi Nabi Musa a.s. dan Bani Israil. Maka mereka berpuasa, kerana itu jika dapat engkau berpuasalah pada hari Assyuuraa’.

Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Muhammad bin Maisarah berkata:

Bahawa siapa yang melapangkan pada keluarganya pada hari Assyuuraa’, maka Allah akan meluaskan rezekinya sepanjang tahun itu.

Sufyan berkata. Telah kami cuba, maka rasakan kebenarannya.

Said bin Jubair dari Ibn Abbas r.a. berkata:

Ketika Nabi SAW baru hijrah ke Madinah, mendapatkan kaum Yahudi puasa pada hari Assyuuraa’, maka tanya kepada mereka tentang itu. Jawab mereka: “Hari itu Allah memenangkan Nabi Musa a.s. dari Bani Israil terhadap Fir’aun dan kaumnya. Maka kami puasa kerana mengagungkan hari ini”. Maka sabda Nabi SAW : “Kami lebih layak mengikuti jejak Musa dari kamu”. maka Nabi SAW menyuruh sahabat supaya berpuasa.

Abul Laits berkata:

Dinamakan Assyuuraa’ kerana ia jatuh pada sepuluh bulan Muharram. Ada lain pendapat yang mengatakan hari Assyuuraa’ kerana Allah telah memuliakan pada Nabi-nabi dengan sepuluh kehormatan:

* 1. Allah telah menerima taubat Nabi Adam a.s.
* 2. Allah menaikkan darjat Nabi Idris a.s.
* 3. Hari berlabuhnya perahu Nabi Nuh a.s.
* 4. Nabi Ibrahim a.s dilahirkan pada hari Assyuuraa’ dan diangkatkan sebagai kholilulLah
juga diselamatkan dari api.
* 5. Allah menerima taubat Nabi Daud a.s.
* 6. Allah mengangkat Nabi Isa a.s. ke langit
* 7. Allah menyelamatkan Nabi Musa a.s.
* 8. Allah menenggelamkan Fir’aun
* 9. Allah mengeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan
* 10.Allah mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman a.s.

Semua ini terjadi pada hari Assyuuraa’ .. Sebahagian lain berpendapat, dinamakan hari Assyuuraa’ kerana ia kesepuluh dari kemulian-kemulian yang diberikan Allah pada umat ini.

* 1. Bulan Rejab Allah menjadikannya sebagai kemuliaan bagi umat ini dan melebihkannya
dari lain-lain bulan bagaikan kelebihan umat-umat ini atas lain-lain umat.
* 2. Bulan Sya’baan Allah melebihkannya dari lain-lain bulan bagaikan kelebihan Nabi
Muhammad SAW atas semua Nabi.
* 3. Bulan Ramadhan Allah melebihkannya dari lain-lain bulan bagaikan kelebihan Allah
terhadap semua makhluk.
* 4. Lailatul qadr yang terlebih baik dari seribu bulan yang lain.
* 5. Hari Eidul Fitri sebagai hari pembalasan(penerimaan upah)
* 6. Hari-hari sepuluh (1 hingga 10 Zulhijjah) iaitu hari-hari untuk berzikir kepada Allah.
* 7. Hari Arafah yang dosanya dapat menebuskan dosa dua tahun.
* 8. Hari Iedul Adha iaitu hari berqurban.
* 9. Hari Jumaat yang termulia dari semua hari.
* 10.Hari Assyuuraa’ yang puasanya dapat menebus satu tahun dosa.

Dan masing-masing waktu yang tersebut itu ada kemuliaan dari Allah diberikan kepada umat ini untuk membersihkan dan menebus dosa-dosa mereka.

Read More......