Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Template

Powered by Blogger


widget

.:: KEPIMPINAN ULAMA' ::.

Photobucket

.:: TV PR ::.


Photobucket

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:


.:: TENTANG DIRIKU ::.

Tadika Chung Hwa, Kota Bharu [ 1986 ]
SRJK (c) Chung Hwa, Kota Bharu [ 1987 - 1990 ]
Sek. Keb. Rambutan Rendang, Kota Bharu [ 1990 - 1993 ]
Maahad Muhammadi Lelaki, Kota Bharu [ 1994 - 1996 ]
SMA Sungai Merab Luar Sepang, Selangor [ 1997 -1998 ]
Darul Quran Wal Hadis, Pasir Pekan [ 1999 - 2001 ]
Maahad 'Ali Dirasat Islamiah Wal Arabiah, Perak [ 2002 ]
Universiti Al-Azhar Cawangan Tanta, Mesir [ 2003 - 2009 ]

Tuesday, January 6, 2009

Luahan Hati Ibnur Rahmat Terhadap Kekejaman Yahudi LaknatuLLAH Ke Atas Umat Islam Di Gaza







Hari ini masuk hari yang ke - 11 keganasan Yahudi laknatuLLAH menyerang bumi Gaza, kononnya untuk menyerang golongan Hamas yang dikatakan telah menyalahi gencatan senjata namun yang menjadi mangsa adalah anak-anak kecil, wanita serta mereka yang tidak berdosa. Jumlah kematian kini semakin meningkat kepada 550 orang dan yang cedera lebih 2700 orang, sebak hati ini bila menonton berita di Al-Jazeerah semalam melihat mayat kanak-kanak kecil yang menjadi mangsa serang terbaru malam tadi ditambah pulak dengan raungan dan tangisan ibu bapa kanak-kanak tadi. Sesungguhnya hati kecil ini berkata-kata, ya Allah sungguhnya hebatnya ujianMu terhadap umat Islam Palestin di Gaza.







Para pemimpin negara umat Islam terutamanya para pemimpin negara arab apakah perasaan mereka bila melihat episod demi episod keganasan Yahudi laknatuLLAH terhadap umat Islam Palestin ? Mereka lebih suka membisu dari menyuarakan ketegasan dalam menangani isu ini. Apa yang siarkan dalam berita tentang perbincangan pelbagai pihak dalam menangani nya langsung tidak nampak kesungguhan, pertemuan mereka seperti pertemuan ataupun perbincangan biasa, santai seolah-olah tidak ada apa yang berlaku sebagai contoh pertemuan antara Presiden Mesir Hosni Mubarak dan Presiden Perancis Nicolas Sarkozy. Berdasarkan info terkini, Mesir tidak akan membuka laluan sempadannya selagi tidak mendapat persetujuan Isreal. SubhanaLLAH !!! Memang tidak berperi kemanusiaan betul mereka ini, padahal yang menjadi mangsa kekejaman adalah saudara seagama mereka. Apa yang lebih malang untuk umat Islam Palestin, pemimpin pergerakan Fatah Muhammad Dahlan dikatakan menjadi dalang kepada serangan Israel ke atas penduduk Gaza. [ Sumber ] Ini bermakna Presiden Palestin Mahmoud Abbas juga terlibat sama dalam tindakan keganasan ini, seperti mana yang kita maklumi mereka ini sangat memusuhi pimpinan Hamas yang kini menguasai pemerintahan di Gaza.

Bila difikirkan sejenak bilakah konflik ini akan tamat, seandai pemimpim Palestin sendiri sanggup bertindak sedemikian ke atas rakyatnya. Inikan pula nak di harapkan kepada para pemimpin negara Arab dan negara umat Islam yang lain semuanya penakut dan bacul serta tunduk kepada kekuasaan Amerika dan Israel. Di manakah maruah mereka ????





Justeru itu, kepada seluruh umat Islam marilah kita sama-sama membantu saudara-saudara kita di sana dengan apa cara sekalipun agar kita dapat melihat kemenangan akan berpihak kepada Islam. Semalam perasaan ini amat terharu bila menonton berita Al-Jazeerah yang memaparkan para muslimat di Sudan, di mana mereka berkumpul dalam sebuah dewan dan beramai-ramai menginfak segala barang-barang kemas mereka untuk perjuangan saudara-saudara kita di Gaza. Begitu bersemangat mereka ini dan mereka mengadakan tunjuk perasaan membantah kekejaman Yahudi LaknatuLLAH.

Kepada pemimpin Hamas dan pejuang-pejuang mereka kita berharap mereka thabat dalam menghadapi ujian ini, sesungguhnya nusrah Allah akan turun mengiringi titisan darah mereka yang berjuang dalam mempertahankan bumi Gaza.



Marilah sama-sama kita berdoa, semoga Allah memberi sejuta kekuatan kepada mereka untuk menghadapi musuh Yahudi laknatuLLAH ini. Ingatlah wahai saudara-saudarku di Gaza ! Sesungguhnya Allah s.w.t sedang bejual beli dengan darah kamu untuk di gantikan dengan nikmat syurga yang kekal abadi.Firman Allah dalam surah As-Saff ayat 10 dan 11 yang bermaksud:

"Wahai orang-orang beriman, mahukah kamu aku tunjukkan satu peniagaan yang dapat menyelamatkan diri kamu dari azab yang pedih ? [10] (Iaitu) kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengrtahui [11]"

Read More......

Saturday, January 3, 2009

Pemimpin Hamas bersama 4 isteri dan 10 anak syahid dibom Yahudi


Israel laknatullah.. Jenazah Nizar Rayyan sekeluarga diarak warga Palestin sebelum dikebumikan


Rayyan (tengah) merupakan pemimpin kanan Hamas ketika hayatnya


Warga Palestin sembahyangkan jenazah Rayyan sekeluarga

BANDAR GAZA:
Jet pejuang Israel meneruskan serangan ke atas Gaza semalam, sehari selepas menggugurkan bom seberat satu tan ke atas rumah pemimpin Hamas, Nizar Rayyan, menyebabkan beliau dan 18 anggota keluarganya terkorban.

Menurut laporan, pesawat F-16 Israel membedil rumah lima tingkat milik Rayyan di kem pelarian Jabaliya dengan dua butir peluru berpandu menyebabkan beliau, empat isteri, 10 anak beliau, serta empat jirannya terkorban.


Letupan yang kuat itu menghumban mayat Encik Rayyan ke jalan raya, menurut para saksi.

Semalam, kumpulan militan Palestin berikrar menuntut bela di atas kematian Rayyan, 51 tahun, dan keluarganya.


'Kami tak akan berdiam diri sehingga kami musnahkan entiti Zionis,' kata seorang pemimpin Hamas, Fathi Hammad, di upacara pengebumian Rayyan.

Rayyan adalah pemimpin Hamas paling kanan terbunuh sejak Abdel Aziz al-Rantissi dibunuh Israel pada 2004. 'Semua pilihan kita terbuka, termasuk serangan bom nekad,' kata jurucakap Hamas, Ismail Rudwan.


Pesawat dan meriam tentera laut Israel melancarkan lebih 50 serangan ke atas 15 sasaran Hamas kelmarin.


Dalam taktik terbaru, tentera Israel menghubungi beberapa rumah memberi amaran kepada penduduk sebelum melancar serangan.


Pada sesetengah kes pesawat malah melepaskan bom bunyi sebelum meranapkan rumah dengan peluru berpandu, kata para pegawai Palestin dan Israel.


Pesawat Israel turut menggugurkan risalah memberitahu penduduk nombor sulit dan alamat e-mel supaya mereka melapor lokasi roket militan kepada Israel.

Awal semalam, Israel menyerang 20 lagi rumah militan Hamas dan sekutu mereka. Malah sebuah masjid di Jabaliya turut dibedil kerana disyaki 'sarang pengganas' dan jadi tempat menyimpan roket dan senjata militan.


Dengan askar dan kereta kebal sudah berhimpun di sempadan Gaza, Israel membenarkan 300 warga asing, termasuk dari Amerika Syarikat, Russia, Turkey dan Kazakhstan meninggalkan Gaza.


Hamas berkata separuh mangsa yang terkorban anggota pasukan keselamatannya.


Sementara itu ribuan orang menunjuk perasaan anti-Israel di serata dunia semalam, termasuk di Pakistan, Afghanistan dan Indonesia.


Lebih 10,000 orang di Indonesia menyertai tunjuk perasaan anjuran Parti Keadilan Sejahtera (PKS) di Jakarta, mengutuk serangan Israel ke atas Gaza.


'Ini untuk menunjukkan kepada dunia rakyat Indonesia menyokong perjuangan rakyat Palestin,' kata timbalan ketuanya, Encik Hilman Rosyad Syihab.

Read More......

Friday, January 2, 2009

HEBATNYA ISTERI PEJUANG ITU !!!


Keluarga YAB Tuan Guru..

Seharian aku berada di kelantan bersama Masri, Pengarah Penerbitan bagi Syarikat buku Anbakri Publika yang aku dilantik menjadi Editor Syariahnya. Kehadiran kami di sana, untuk berjumpa dengan isteri kepada Tuan guru Nik Abdul Aziz bin Nikmat, iaitu Datin Tuan Sabariah.


Sesampai kami di Kelantan, kami dijemput di lapangan terbang oleh Abang nasir, kawan rapat kepada Masri. Kehadiran kami di kelantan disambut mesra oleh Setiausaha Politik Tok guru Nik Abdul Aziz, iaitu Tuan Haji Annual Bakri. Kami ditempatkan untuk berada di rumahtamu kepunyaan Tuan Haji Annual Bakri sendiri, yang terletak di Bunut Payung.


Sesampai kami di rumahTamu Suraya kepunyaan Tuan Haji Annual Bakri, aku agak kagum dengan kesenian pembinaan rumahtamu tersebut, memandangkan binaanya dizahirkan ciri-ciri kemelayuan Islam, disamping dicampur sedikit beberapa seni ala cina.


Kami berbual mesra di sana. Berbincang dengan berbagai-bagai isu yang menarik. Lebih-lebih lagi, melibatkan keperibadian tuan Guru Nik Abdul Aziz yang aku amat kagumi sejak sekian lama, juga isu politik tempatan dan nasional.


Pukul 3 petang, kami dijadualkan mengadakan sidang temuramah bersama Tuan Sabariah di JKR 10, kediaman rasmi menteri besar kelantan, tetapi tidak menjadi sebagai kediaman rasmi bahkan menjadi tempat mesyuarat dan temuramah.


Banyak soalan yang aku kemukakan kepada isteri tok guru itu, walaupun kadangkala soalan-soalan yang aku kemukakan itu menyentuh perasaan sehingga beliau menitiskan air mata menyebabkan Tuan Haji Anual bakri terpaksa memberi isyarat agar tidak dikemukakan soalan sebegitu.


Kadang-kadang dirasakan bagai bersalah apabila kemukakan soalan sebegitu, tapi dari sudut yang lain pula, dirasakan ada hikmat disebalik soalan-soalan sebegini, kerana, apabila soalan ini dijawab dengan air mata, aku merasakan aku memahamami jiwanya yang menunjukkan betapa indahnya hati seorang ibu dalam membicara soal anak-anaknya, lebih-lebih lagi, beliau adalah isteri kepada Tuan guru Nik Abdul Aziz bin Nikmat, seorang tokoh pejuang islam yang dikenali ramai.


Banyak perkara yang diceritakan oleh Datin Tuan Sabariah berkenaan dengan tok guru di rumah. Dan aku secara peribadi, banyak belajar dari beliau. Lebih-lebih lagi, apabila beliau menyebut kehidupan beliau menjaga anak-anak dikala tok guru sebuk, dengan itu menyebabkan aku teringat kepada isteriku yang menjaga anak-anak. Kadang-kadang teringat juga kepada mak yang membesarkan kami anak-anak dan macam-macam lagi yang agak susah hendak diluahkan.

Padaku, pertemuan kami dengan tuan sabariah memang banyak memberikan input yang baik. Banyak perkara yang kami pelajari dari kehidupan beliau dalam menjalani kehidupan sebagai isteri kepada menteri besar yang bertaqwa.


Dalam pertemuan itu, ada didedahkan rahsia tentang mimpi tuan sabariah berkenaan dengan kejadian akan menimpa tok guru. Mimpi sebelum tok guru jadi Menteri Besar. Mimpi sebelum tok guru haramkan riba di Kelantan. Amalan zikir harian yang diamalkan oleh Datin Sabariah. Bukti cinta tok guru berikan kepada DatiN Sabariah. “Ayat-ayat cinta” tok guru luahkan kepada isterinya dan banyak lagi yang kita tidak ketahui.


Dan kami sedang berusaha hendak dibukukan kisah perjalanan hidup ini dalam masa yang terdekat, dan akan diterbitkan oleh syarikat buku Anbakri Publika Sdn Bhd.


Mudah-mudahan usaha kami ini mendapat tempat yang mulia disisi Allah, dan mendapat keredhaa dari Allah SWT.


Sekian


Sumber :- Al-Bakistani -
http://g-82.blogspot.com

Read More......