Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Template

Powered by Blogger


widget

.:: KEPIMPINAN ULAMA' ::.

Photobucket

.:: TV PR ::.


Photobucket

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:


.:: TENTANG DIRIKU ::.

Tadika Chung Hwa, Kota Bharu [ 1986 ]
SRJK (c) Chung Hwa, Kota Bharu [ 1987 - 1990 ]
Sek. Keb. Rambutan Rendang, Kota Bharu [ 1990 - 1993 ]
Maahad Muhammadi Lelaki, Kota Bharu [ 1994 - 1996 ]
SMA Sungai Merab Luar Sepang, Selangor [ 1997 -1998 ]
Darul Quran Wal Hadis, Pasir Pekan [ 1999 - 2001 ]
Maahad 'Ali Dirasat Islamiah Wal Arabiah, Perak [ 2002 ]
Universiti Al-Azhar Cawangan Tanta, Mesir [ 2003 - 2009 ]

Saturday, February 28, 2009

Mari Mengenali Ulama...

Biodata Tok Kenali (1868 - 1933) - Bhgn [2]



Pulang ke Tanah Air


Pada tahun 1909M (1327 H) iaitu sesudah menjalani pengajian selama 22 tahun di tanah suci mekah, maka Tuk kenali pun pulang ke tanah air iaitu ke Kelantan seterusnya pada tahun 1911M (1329M) beliau mula membuka pondok Kenali, sebuah tempat pengajian yang kemudiannya menjadi pusat pengajian agama di semenanjung ini. Dua tahun kemudian , beliau menjadi guru di masjid Besar Al-Muhammadi, kota Bharu yang waktu itu menjadi pusat pengetahuan agama terbesar di kelantan, malahan juga dikenali di Semenanjung sebagai Serambi Mekkah.

Murid-murid dari seluruh kelantan telah membanjiri pondok-pondok yang terletak berderet-deret di sepanjang jalan di kawasan masjid dan di kawasan Kubang Pasu. Selain itu, bukan sedikit murid-murid dan pelajar-pelajar dari luar negeri datang yang menceduk pengetahuan agama daripada guru-guru yang terkenal . Selain daripada Tuk kenali, mereka belajar pada Tuan Guru Hj. Nik Abdullah, Tuan Guru Hj.Idris (yang kemudiannya berjawatan “Mufti kelantan) dan lain-lain.

Memandang hak-hak kemasyarakatan di kampung sendiri perlu pula dititik beratkan, maka Tuk kenali terpaksa pula menetap di kampungnya sendiri iaitu sesudah lima tahun mengajar di Masjid Besar Al-Muhammadi. Dewasa itu pondok kenali kembali bersemarak sehingga namanya termasyur ke serata ceruk rantau Semenanjung ini, malah sampai ke Indonesia (terutama Sumatera) kemboja, Patani dan lain-lain. Jumlah pelajar-pelajar yang menetap di asrama (Pondok) meningkat 400 orang suatu jumlah yang besar dalam pertumbuhan pengajian Islam dikala itu.

Dalam menjalankan tugasnya, Tuk kenali menetapkan beberapa buah kitab pelajaran (teks) dalam berbagai-bagai jurusan, iautu pengajian Bahasa dan pengetahuan-pengetahuan Agama islam dalam berbagai-bagai peringkat pelajaran. Beliau sendiri banyak mengambil peranan dalam mengembangkan pengetahuan Bahasa Arab, manakala pelajaran-pelajaran lain diperkembangkannya selaras dengan kehendak-kehendak masyarakat dewasa itu. Murid-murid beliau yang telah matang dalam pengajiannya dilantiknya menjadi kepala telaah (guru Kumpulan) disamping itu, kitab-kitab agama dalam tulisan jawi diajarkan juga kepada pelajar-pelajar dan orang-orang kampung. Menerusi pengajian-penjagian kepada orang-orang dewasa inilah lahirnya cerita-cerita tauladan yang kadang-kadang mengggelikan, sebagai suatu cara untuk menarik perhatian murid-murid kepada pelajaran yang sedang ditumpukan. Suatu hal yang agak luar biasa bahawa dalam masa mengajar itu, Tuk kenali mengajar tanpa kitab, di hadapannya tiada kitab-kitab pelajaran sedangkan muridnya mempelajarinya dengan menggunakan kitab. Inilah menunjukkan bahawa Tuk kenali adalah seorang yang mempunyai daya ingatan yang kuat.

Kemasyuhuran Tuk kenali telah menarik ramai pelajar Islam dari serata ceruk semenanjung. Antara mereka ini ada yang telahpun mempunyai kematangan dalam pengetahuan Agama islam datang untuk mengenal wajah dan mengikuti sebahagian pelajaran yang diajar oleh Tuk Kenali. Antara mereka ada yang datang kira-kira seminggu, sebulan, tiga atau empat tahun seterusnya. Ini bergantung kepada keadaan masing-masing, sebab di antara mereka ada yang sudahpun bekerja sebagai guru agama. Qadi atau sebagainya. Untuk meminta Tuk Kenali membaca kitab, cukuplah dengan meminta izin beliau di mana si peminatnya sendiri yang akan disuruh membacanya di hadapan kumpulan pelajar-pelajar. Sesudah itu Tuk kenali memainkan peranan memberi kefahaman dan mensyarahkan isi kitab itu, juga memberi peluang-peluang bertanya.

Menghembus Nafas Terakhir

Setelah kira-kira 65 tahun menyedut udara dunia ini, maka Tuk kenali pun dipanggil tuhan, kekasihnya iaitu pada Ahad 19 November 1933M, berikutan suatu penyakit di kakinya.

Majalah “Pengasuh” keluaran 11 disember 1933M. Mencalitkan berita tentang kematian Tuk kenali antara lain berbunyi; “ kembali ke Darul-Baqa 1352 yang meredupkan alam Kelantan dendan dukacita. Innalillaahi wa innaa ilaihi raaji’uun:.

“Hari wafatnya; dilawati oleh tidak kurang daripada 2,500 orang dan disembahyang jenazahnya lebih daripada 1,000 orang dan disembahyang jenazahnya lebih seribu orang yang khalis liwajhillaahi Ta’ala.

Tuk Kenali dikebumikan di perkuburan yang sekarang terkenal dengan nama Kubur Tuk Kenali’ kilometer 5 jalan Pasir Puteh, Kota Bharu, tidak jauh dari istana negeri. Kuburnya selalu dizarahi oleh Duli yang maha Mulia Al-marhum Sultan Ibrahim (nenekanda kepada Duli Yang mulia Sultan Ismail Putera Sekarang) apa lagi oleh ramai terutamnya bekas murid-murid beliau yang ada berselerak di negeri ini, juga oleh pelawat-pelawat.

Dari desa pergi ke kota mencari sahabat nan berbudi kematiannya tanpa mewarisi harta tapi meninggalkan ilmu dana bakti.

Jawatan-jawatan Tok Kenali

Tuk kenali ada di antara orang-orang yang memikul tugas dan jawatan terpenting dalam perkembangan pengajian islam dan pertubuhan kebudayaan timur yang berteraskan islam di negeri Kelantan berdasarkan jawatan-jawatan yang pernah disandangnya sebagai berikut:

1. Ahli Majlis Ulama Islam Kelantan (7 Disember 1951- 19 November 1933).

2. Ketua Pelajaran Agama (Pengarah Bahagian Ilmu Agama. Bertanggungjawab memimpin Madrasah Muhammadiyyah dan penerbitan buku teks.

3. Ketua Pengarang pertama majalah Pengasuh (lidah rasmi Majlis Agama Islam Kelantan dikeluarkan setiap Isnin, dijual 10 sen senaskah).

4. Anggota Majlis Agama Islam Kelantan dan Adat Istiadat Melayu Kelantan.

5. Pengasas Jamiyyah al-Ashriyyah - kumpulan ilmiah membincangkan isu agama dan semasa.

6. Penterjemah kitab dari Bahasa Arab ke Bahasa Melayu.

7. Guru agama di Masjid Besar al-Muhammadi, Kota Bharu.

8. Penasihat agama kepada Datuk Perdana Kelantan (Menteri Besar).

9. Kegiatan-kegiatan dan Jasa Tok Kenali

Selain daripada mengajar, Tuk Kenali juga bergiat dalam lapangan-lapangan yang berhubung dengan kemajuan agala dana kebudayaan islam. Datu Paduka menteri Paduka Raja (Tuan haji mahmud bin ismail) dengan nasihat beliau telah dapat membentuk Majis Agama Islam dan Adat istiadat melayu kelantan pada 24 Disember 1915M (17 Safar 1334H). Ini adalah satu jasa yang dapat dilihat buktinya sampai sekarang.

Semasa hendak mengeluarkan majalah pengasuh 1918M iaitu warta majlis Agama islam dan Adat Istiadat Melayu kelantan. Tuk kenali telah dipilih untuk menjadi ketua pengarang kehormat . pada mulanya majalah ini dikeluarkan berupa lembaran akhbar yang mempunyai bidang besar, diterbitkan setia hari Isnin, senaskah berharga 10 sen. Penerbitan majalah ini juga adalah daripada saranan dan dorongan-dorongan beliau.

Selain itu beliau telah ditugaskan oleh pihak majlis Agama Islam kelantan untuk menterjemahkan Tafsir Al-Khazin yang bertajuk “Lubaab at-Ta,wiil fil Ma’aani At-Tanzil” ke dalam bahasa melayu. Tugas berat ini telah dijalankan oleh beliau dan sebahagian daripada tafsir Al-khazin telahpun siap diterjemahkan. Sayangnya, naskah ini tidak dapat dikesan sehingga sekarang.

Juga tidak dapat dilupakan bahawa majalah Al-Hikmah (lahir 1 julai 1923M) di mana ketua Pengarang dan penerbitnya yang berbahagia tuan hj. Ahmad bin Ismail (Datuk Lela negara) adalah kerap menerima nasihat-nasihat dan fikiran-fikiran yang berguna daripada Tuk kenali. Majalah pengetahuan ini diterbitkan tiga kali sebulan . pejabat penerbitan ini selalu didatangi oleh Tuk kenali danaa merupakan salah satu tempat beliau membaca surat-surat khabar dan majalah dewasa itu.

Tuk kenali adalah seorang pencinta ilmu pengetahuan. Hal ini ternyata sekali dalam sejarah hidupnya . Beliau juga pernah menyimpan sebuah buku cetera Raja Muda . salah sebuah buku sejarah kelantan yang penting. Buku ini kemudiannya telah diberikan kepada pengaranag buku Hikayat Seri kelantan.

- dalam kegiatan kemasyarakatan pula , beliau telah melancarkan suatu getakan perhimpunan umat islam yang di namakan ‘Jam ,iyyatul Asriyyah] ‘[Perhimpunan semasa] yang kerap membicangkan perkara-perkara hangat dalam masyarakat [Politik] , pebincangan=perbincangan ilmu dan perhimpunan kerana ibadat. Sebagai megekal gerakan tersebut ,maka satu bangunan telah didirikan di tebgah-tengah ibu kota dengan nama yang sama, terletak di Jalan Tengku Petra Semarak , Kota Bharu.

Perkembangan Pondok Sekolah Agama dan Sekolah Melayu

Sistem persekolahan yang diutaamakan oleh Tuk kenali dalam masa hayatnya ialah sistem pondok, Sistem pondok yang menggunakan bahan-bahan pelajaran yang berdasarkan kitab dengan mengkelas-kelaskan kitab kepada pengajian peringkat rendah, menengah atas dana tinggi yang dipelajari secara berkelompok (berhalqah) di masjid atau madrasah (balaisah) . Manakala pelajar-pelajar yang tinggal di pondok-pondok (Asrama) di bawah bimbingan Tuk kenali, telah melahirkan beberapa orang tokoh ulamak. Tuan-tuan guru (tok guru_, pendakwah, pengarang yang terkenal yang datang dari beberapa tempat di seluruh tanah Melayu , sumatera, kemboja dan lain-lain.

Guru-guru pondok lepasan kenali inilah kemudiannya tersebar keseluruhan rantau ini di mana mereka menghidupkan pula sistem pondok.

Adalah agak luar biasa, di samping menggalakkan sistem pondok, Tuk kenali sebagai pencinta ilmu, tidaaklah menghalang wujudnya sistem persekolahan.

Tertubuhnya Agama islam dan adat istiadat melayu kelantan padaa tahun 1915M yang sudahpun mempunyai rancangana mendidikan sekolah-sekolah Agama islam di kelantan , adalah juga dengan mendapat nasihat daripada Tuk kenali. Maka pada 5 Ogos 1917M ditubuhkan sebuah Sekolah Agama berbahasa pengantar melayu yang menitik beratkan Bahasa Arab, dengan nama “Al-Madrasah Al-Muhammadiyyah Al-Kilantaniyyah”. Sekolah ini juga mengadakan pelajaran bahasa inggeris di sebelah petangnya.

Jadi, Tuk Kenali sebagai Ketua Pelajaran Agama Islam di Kelantan adalah memainkan peranan dalam pembukaan dan perlaksaan sekolah ini. Sekolah ini lebih dikenal dengan nama “ Sekolah Agama Majlis”.

Kemudian pada tahun 1937 bila lahirnya sekolah aliran bahasa arab di Majlis dengan nama “Majlis Al-Muhammadiyyah Al-Arabiyyah” barulah Sekolah Agama Majlis tadi bertukar nama dengan “Sekolah Melayu Majlis”, manakala sekolah yang baru tadi disebut “Sekolah Arab Majlis”. Akhir sekolah aliran melayu ini diserapkan secara beransur-ansur ke dalam Bahasa Arab sesudah dia dipindahkan ke bangunan Maahad Al-Muhammadi sekarang ( sebagai ekoran daripada sekolah aliran arab tadi )

Keberkatan usaha beliau ini membawa Syaikh Uthman Jalaludin Al-Kilatani membuka sekolah arab Manaabi’ Ai-’Uluum, Bukit mertajam pada tahun 1934 (1353). Demikian juga Tuan Guru Hj. Ali Salaahudin membuka madrasah Al-Falaah di Pulau Pinang di mana kedua-dua madrasah ini lebih berbentuk pondok (sistem pondok).

Di samping itu beliau juga adalah dianggap sebagai pendorong pembukaan sebahagian sekolah-sekolah Melayu di Kelantan ini seperti Sekolah Melayu Kubang Kerian 1920M, Sekolah Melayu Mentuan, dan lain-lain. Beliau tidaklah memusuhi pembukaan sekolah-sekolah seperti ini selagi pelajaran yang diajar tidak menyelaweng daripada ajaran islam yang suci.

Tok Kenali dan Hal-hal Kemasyarakatan

Sewaktu melancarkan pengajaran-pengajarannya, Tuk kenali didapati agak gemar sekali membincangkan hal-hal politik tanah air. Semasa hayatnya Tuk kenali tidak memisahkan politik daripada bidang pelajaran, malah beliau tidak mengenal pemisahan antara. Agama islam yang difahami dengan politik. Ini adalah merupakan suatu cara menyesuaikan pengajarannya dengan masalah-masalah yang dihadapi masyarakat dengan alam keliling. Kerana itu dalam pengajarannya beliau mengemukakan beberapa anjuran melalui cerita-cerita tauladan yang berkesan antaranya: ikut bapamu, tetapi takutkan Tuhan kuasailah pengetahuan agama dan politik ilmu itu apa yang terguris dalam hati pengetahuan manusia terbatas. Mengaku salah jika bersalah. Sunnah Tuhan sudahlah wajar biar mati adat, jangan mati syarak. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. Bertanya pada yang tahu. Penjahat itu mencukupi dengan kejahatannya. Doa adalah senjata orang mukmin. (Cerpen-cerpen Tuk Kenali” oleh AQHAS - halaman 76), Terbitan baru dengan tajuk cerpen-cerpen warisan Tuk Kenali).

Read More......

Wednesday, February 25, 2009

Siapa Boneka DAP ???


Sejak dulu lagi, sejak 11 bulan yang lalu, UMNO terus menuduh Hj Nizar ini boneka DAP, mengikut telunjuk Nga dan Ngeh, pentingkan Cina dari Melayu, setiap ucapan kena rujuk DAP, kenyataan akhbar juga ikut kehendak DAP, beri kuasa DAP agih tanah pada Cina dan sebagainya. Hari ini saya nak cabar kerajaan haram BN dedahkan semua yang didakwa dengan bukti-buktinya, lapor pada SPRM atau polis dan seretlah Hj Nizar dan semua EXCO ke mahkamah. BN ada kuasa haram, gunakanlah kuasa haram untuk mengiyakan apa yang kamu dakwa.


Sebenarnya itu semua dakwaan kosong, fitnah, palsu, tak ada modal nak cari isu, mereka-reka isu palsu supaya rakyat terpedaya, media pula dikuasai oleh mereka, Samad Majid dari FM Perak pula buat lapuran dalam Berita Perak di Radio setiap hari. Setiap dakwaan dan tuduhan tidak pula Hj Nizar sebagai MB dan EXCO diberi peluang menjawabnya.

Hubungan antara pimpinan Pakatan Rakyat Perak cukup intim, saling memahami, tidak pernah menimbulkan isu yang sensitif samada agama atau yang menyentuh hak orang Melayu. Hj Nizar pula setiap kali memulakan ucapan dalam apa sahaja majlis samada majlis itu dihadiri ramai orang bukan Islam atau tidak, pasti muqaddimah ucapannya dimulakan dengan petikan ayat-ayat al Quran, diterjemah dan diberi kupasan untuk tujuan dakwah kepada mereka. Kadang-kadang diterjemah dalam bahasa Inggeris supaya mereka lebih memahaminya.

Nga, salah seorang EXCO DAP sentiasa mengikuti ayat-ayat Quran yang dibaca oleh Hj Nizar dan bertanya saya dari ayat mana dan surah apa. Saya beritahu ayat dan surah yang dibaca. Katanya dia mahu study di rumah ayat yang dibaca oleh Hj Nizar. Di mini perpustakaan Nga ada terjemah al quran dalam bahasa Inggeris, dia cari ayat tersebut dan dikajinya. Akhirnya beliau kagum dengan Hj Nizar, menurut Nga ayat-ayat Quran yang dibaca Hj Nizar mesti ada kaitan dengan majlis yang diadakan.

Malahan, beliau turut mencari mana-mana ayat al Quran yang berkaitan dengan prinsip keadilan, kebajikan, integriti, ketelusan dan amanah, beliau bertanya saya dan meminta saya mengajarnya bagaimana cara menyebut dalam bahasa Arab, saya menulis dalam huruf rumi ayat-ayat tersebut dan ternyata dibacanya dalam ucapan dan ceramah walaupun pelat, diterjemah dan dihurai dengan begitu baik prinsip-prinsip tersebut mengikut ajaran al Quran.

MCA, MIC dan semua parti komponan BN yang lain, ada atau tidak pemimpin mereka membuka al Quran, membaca dan menterjemah serta mengulas mana-mana konsep mengikut ajaran Islam. Seingat saya, tidak ada pemimpin MCA dan MIC yang berbuat demikian, sebab itu mereka tidak faham Islam walaupun berkawan dengan UMNO sejak sekian lama, apatah lagi UMNO yang menjadi rakan mereka sendiri tidak faham Islam.

Sebaliknya, DAP sejak berkawan dengan PAS, sama-sama memerintah Perak khususnya, cukup memahami konsep keadilan, amanah dan kebajikan mengikut ajaran Islam. Bahkan mereka juga tahu hukum Hudud yang selama ini mereka diberi gambaran yang salah oleh media dan pemimpin BN.

Qari dan Qariah Perak telah menjuarai tilawah al Quran peringkat Kebangsaan. Ngeh dari DAP mencadangkan kepada MB Perak supaya mereka diberi anugerah berupa sumbangan, MB setuju beri 5 ribu setiap seorang, Ngeh cadang 10 ribu setiap seorang, sebab mereka telah mengharumkan nama Perak.

Malahan turut dicadangkan kerajaan taja mereka mengerjakan haji atau umrah. Cadangan tersebut diberi perhatian oleh MB dan bersetuju buat majlis dan beri sumbangan 10 ribu seorang dan jurulatihnya 5 ribu.

Seorang Tok Guru pondok dari Pengkalan Hulu yang juga ahli majlis fatwa negeri Perak yang dikenali dengan nama Pak Teh. Pak Teh ada pondok yang mempunyai murid yang agak ramai, pondok Pak Teh agak uzur, muridnya ramai, gurunya pula tidak mempunyai pendapatan yang tetap. Pak Teh ada memohon kira-kira 45 ekar tanah hutan di belakang pondoknya. Tanah hutan tersebut dipohon sejak bertahun-tahun dahulu untuk diusahakan dengan pertanian.

Pak Teh mengadu pada Dato' Seri Hj Nizar sempena lawatan kerja MB Perak ke Pengkalan Hulu.
Di pejabat, MB mengarahkan pegawainya menyemak semula permohonan Pak Teh, dalam semakan MB, didapati permohonan Pak Teh sudah lengkap laporannya di PTG, semua Jabatan berkaitan menyokong permohonan Pak Teh dengan mengatakan tiada halangan untuk diberi pertimbangan kelulusan, tetapi fail tersebut tidak diangkat ke mesyuarat EXCO untuk diluluskan, Hj Nizar terus mengarahkan PTG menyediakan fail segera untuk diangkat ke mesyuarat EXCO supaya diberi pertimbangan kelulusan.

Dan mesyuarat EXCO terus meluluskan, Ngeh bertanya kepada MB mengapa hanya 45 ekar sahaja yang diluluskan, tanah kerajaan luas lagi di Pengkalan Hulu, untuk mencari dana bagi tujuan pendidikan Ngeh mencadangkan diberi sahaja 100 ekar. Tujuan Pak Teh mohon tanah kata Negh bukan untuk kepentingan peribadi tetapi kepentingan bagi melahirkan tokoh-tokoh ulama di Perak.

Itu kata Cina DAP yang sering ditohmah oleh UMNO. Tajol Rosli jadi MB Perak sejak 10 tahun dulu bersama dengan EXCO muslim yang lain, Pak Teh pula ahli Majlis Fatwa negeri Perak, permohonan tanah yang diajukan kepada MB BN ketika itu diabaikan. Sepatutnya mereka malu dengan Ngeh yang nampaknya lebih prihatin terhadap perkembangan pendidikan Islam di Perak.

DAP tidak pernah membantah apa sahaja cadangan mengenai hal ehwal Islam, apabila bantuan perkapita diberi semula kepada Sekolah Agama Rakyat, EXCO DAP tidak membantah. Mereka tidak pula meminta supaya sekolah-sekolah Cina turut diberi bantuan perkapita. Permohonan-permohonan untuk tujuan baik pulih masjid, surau, sekolah-sekolah agama sering diluluskan oleh MB, DAP dan EXCOnya tidak juga membantah atau dengki.

Program-program Islam yang dicadangkan dan dilaksanakan oleh kerajaan Negeri seperti buka puasa dan solat tarawikh di dataran DBI, kempen solat, tazkirah setiap hari sepanjang Ramadhan menggunakan pembesar suara dan juga azan Zohor di Surau SUK menggunakan pembesar suara tidak pernah dibantah oleh DAP.

Sebenarnya DAP dengan semua ADUNnya jauh lebih baik, prihatin, mudah mesra dan pandai menyesuaikan diri berbanding dengan MCA dan MIC. Sebab itu, mereka ditolak oleh pengundi Cina dan India. Orang Melayu juga yang payah berubah, tetapi Insya Allah saya yakin, perkembangan politik mutaakhir ini menunjukkan orang Melayu juga akan berubah untuk menolak BN secara total dalam pilihanraya akan datang.

Sumber : al-banjari online

Read More......

INILAH DETIKNYA.

Saingan Liga Super yang kembali bersambung pastinya mengundang tarikan tersendiri kepada setiap peminat setia pasukan Kelantan. Siapa yang mampu menafikan pertemuan antara Selangor dan Kelantan di Shah Alam Sabtu diibaratkan pertembungan final biarpun saingan Liga Super masih diperingkat awal. Kita yang sememangnya cukup kerdil tiba-tiba menjadi bualan hampir segenap peminat Liga Malaysia. Siapa sangka, sang kerdil yang dulunya menjadi belasahan, skuad yang penuh koleksi detik hitamnya umpamanya cerita gaji tidak dibayar, hanyalah pasukan yang hebat dalam pergaduhan malahan pengurusan yang caca merba tapi kini, semuannya berubah. Tapi itu semua cerita dulu. Cerita yang kini menjadi sejarah dalam lipatan setiap peminat setia Sang Kijang kerana kita kini gah memimpin saingan Liga Super dan kini menjadi pasukan pilihan untuk berdepan Red Giants di gelanggang mereka sendiri. Bukalah laman web setiap pasukan yang beraksi dalam Liga Super kerana anda pasti akan terpukau membaca komen,pandangan daripada peminat yang mula menyedari bahawa Kelantan kini bukan lagi topik perbualan kerana cerita negatifnya tetapi kerana kehebatannya.

Ketika "dihadiahkan" oleh FAM untuk memasuki Liga Super, ternyata kita dipandang sepi dan hanya dianggap pasukan pelengkap jadual namun kita kini bukan lagi pasukan belasahan. Tanyalah siapa yang arif lagi bijaksana,tanyalah jurulatih mana, pastinya pasukan kita akan jadi pilihan. Kehadiran kita di Shah Alam bukan lagi sebagai "underdog" tetapi pasukan pilihan. Jadi bukanlah sesuatu yang menghairankan sekiranya setiap inci Stadium Shah Alam Sabtu ini akan di isi oleh lautan merah putih bukan lagi merah kuning kerana yang pasti perlawanan ke lapan ini akan menarik jumlah kehadiran penonton paling ramai dalam sejarah bolasepak Kelantan di Shah Alam.Ombak merah putih akan menenggelamkan merah kuning dan jangan terkejut sekiranya gelanggang yang seharusnya menjadi kebanggaan skuad gergasi merah kuning ini akan bertukar menjadi igauan ngeri kepada pasukan tuan rumah.

Rakus membenam lawannya sebelum ini, anak-anak buah Peter Butler pastinya kepingin untuk membaham ego Selangor untuk melebarkan lagi penguasaan mutlak kita dalam liga super. Pastinya kesebelasan utama "The Red Warriors", Halim Napi, Daudsu Jamaluddin, Rizal Fahmi, Azlan Zainal, Zairul Fitree, Mohd Zamri, Mohd Badhri Radzi, Indra Putra Mahayuddin, Khalid Jamlus dan Norfarhan Mohamad tidak sabar untuk mempersembahkan tarian yang bukan sahaja mengasyikkan tapi cukup berbisa. Peter Butler pastinya sudah memiliki formula terbaik untuk diterjemahkan oleh anak-anak buahnya.

Bukan menafikan kekuatan lawan, bukan mempersendakan pasukan tuan rumah, namun hakikatnya kini, Sang Kijang bersedia untuk mencanangkan kehadiran mereka dalam kancah Liga Super musim ini bukan kerana nasib tetapi kerana kita layak untuk hadir di sini. Ayuh semua, gelanggang sudah tersedia, penuhkan stadium sabtu ini dan jadilah saksi penting kepada lakaran sejarah yang bakal tercipta kerana SEMUANYA BERMULA DI SINI.

Read More......

Tuesday, February 24, 2009

KELANTAN TEPATI RAMALAN


Kelantan menepati status sebagai pasukan pilihan ketika ini dalam saingan Piala FA apabila mudah membenam cabaran PDRM 3-1 di Selayang malam tadi. Dengan kemenangan tersebut, Kelantan mengesahkan tempat ke suku akhir dengan aggregat 8-2 setelah menang besar 5-1 di Kota Bharu Sabtu lalu. UPY-Myteam menjadi lawan Kelantan selepas ini selepas skuad bimbingan Bojan Hodak mencipta kejutan apabila membenam cabaran juara bertahan, Kedah hasil jaringan tempat lawan.

Dalam saingan di Stadium Selayang malam tadi, jelas skuad bimbingan Peter Butler bukan tandingan PDRM yang sekali lagi menampilkan persembahan bersahaja biarpun kesebelasan utama yang diturunkan bukanlah dikalangan pemain utama pasukan. Masih mengekalkan Halim Napi di posisi penjaga gol, Mohd Zamri mengisi posisi bek kanan sambil Zairul Fitree mengisi posisi bek kiri. Kombinasi Azlan Zainal dan Rizal Fahmi kekal bertindak sebagai pertahanan tengah. Ezrie Shafizi, Wan Zaman Wan Mustapha dan Mohd Badhri Radzi memikul tugas selaku penggerak di bahagian tengah sambil rangkaian tiga penyerang Nizad Ayub, Ramzul Zahini dan Norfarhan Mohamad berperanan selaku penggemur. Jelas, Butler memilih formasi 4-3-3 dalam perlawanan ini dan seperti biasa kita mendominasi perlawanan dari awal hingga ke akhir perlawanan.

Separuh masa pertama, rentak berhati-hati dipamerkan oleh pasukan Kelantan yang lebih gemar untuk melakukan serangan balas menerusi gerakan Ezrie dan Piya. PDRM kelihatan sedikit agresif untuk mencari gol awal namun keghairan mereka dihukum oleh pasukan “pelawat”. Melalui satu gerakan balas, Ezrie Shafizi dijatuhkan betul-betul di hadapan kotak penalti PDRM dan hasilnya Kelantan mendapat gol pendahuluan pada minit ke 20 apabila tendangan deras Rizal Fahmi sama sekali menerjah jaring ketika penjaga gol PDRM hanya mampu mengutip bola di gawang sendiri. Selang beberapa minit kemudian, Kelantan seharusnya mendapat gol kedua apabila sepakan voli Ramzul Zahini hanya sedikit melewati tiang gol selepas mendapat hantaran yang cukup cantik daripada Norfarhan Mohamad. Aksi rancak terus dipamerkan oleh pasukan Kelantan namun ketika saingan menghampiri penghujung separuh masa, Kelantan nyaris dihukum apabila penyerang PDRM mudah melepasi 3 pertahanan Kelantan namun mujur sepakannya tepat ke kaki Halim Napi untuk menafikan gol pertama PDRM.

Separuh masa kedua, Kelantan seharusnya mendapat dua gol dalam tempoh 5 minit pertama apabila hantaran Piya meloloskan Ramzul namun rembatan derasnya berjaya ditepis oleh penjaga gol PDRM namun bola betul-betul jatuh dihadapan Ezrie Shafizi namun sekali lagi rembatan susulan daripada Ezrie berjaya ditepis keluar untuk memberikan kelegaan kepada PDRM. Selang seminit, Azlan Zainal pula kecewa apabila tendangan sudut Piya ditanduk kemas oleh Azlan namun bola berjaya dikeluarkan diatas garisan gol oleh pertahanan PDRM. Gol kedua yang dinantikan akhirnya menjelma pada minit ke 60 apabila Piya bijak meloloskan Zamri di sebelah kanan yang kemudian melakukan hantaran cantik sebelum dirembat cantik ke penjuru gol PDRM oleh Ramzul Zahini. Gol tersebut ternyata mengubah rentak permainan PDRM yang tiba-tiba mengamalkan corak permainan kasar yang menyaksikan pemain Kelantan silih berganti diusung keluar kerana kecederaan.

PDRM mendapat gol pertama mereka selepas pemain gantian bawah 20 Kelantan gagal mengeluarkan bola daripada kawasan bahaya yang menyaksikan hantaran silang pemain PDRM ditanduk kemas oleh penyerang mereka yang sama sekali menewaskan Halim Napi pada minit ke 70. Namun Kelantan hanya memerlukan dua minit untuk menambah jaringan apabila sepakan percuma Piya dari sebelah kanan ditanduk oleh Norfarhan untuk memberi keselesaan kepada pasukan pelawat. Nizad Ayub terlepas peluang terbaik untuk meletakkan namanya dalam senarai penjaring apabila gerakan menarik “one touch football” dalam kotak penalti antara Piya, Ropi dan Nizad sendiri dipersiakan olehnya apabila Nizad bertindak menolak kembali bola kepada Piya ketika beliau seharusnya menyudahkan gerakan tersebut sebelum bola berjaya dikeluarkan oleh pertahanan PDRM. 15 minit terakhir dicemari dengan insiden kekasaran apabila PDRM silih berganti melakukan “tackle” kasar kepada para pemain Kelantan malahan Khairul Zal Azmi turut mempamerkan aksi kasar yang menyebabkan para penyokong setia Kijang mula membaling botol minuman ke tengah padang. Episod tersebut tiba ke kemuncaknya apabila Piya disepak oleh pertahanan PDRM yang mengundang Halim Napi naik membalas kekasaran tersebut. Wisel penamat daripada pengadil perlawanan di sambut gembira oleh hampir 3000 penyokong setia “The Red Warriors”.

Secara keseluruhannya, perlawanan ini bolehlah disifatkan sebagai perlawanan pemanas badan kerana para pemain kelihatan mempamerkan persembahan bersahaja tanpa sebarang tekanan. Tumpuan ternyata lebih kepada “Top Of The Table Clash” Sabtu ini menentang Selangor dan perlawanan ini sebenarnya bakal menentukan sejauh mana kemampuan Kelantan pada musim ini. Adakah tahun 2009 sejarah bakal tercipta untuk pasukan Cik Siti Wan Kembang? Sama-sama kita nantikan kerana semuanya akan bermula di Shah Alam nanti.

TM Piala Fa Kelantan (5) vs PDRM (1) 1st Leg



TM Piala Fa 09 PDRM ( 1 ) vs Kelantan ( 3 ) 2nd Leg



Read More......

Menziarahi EXCO UKKS DPMT

Semalam ibnur rahmat dah ahli bait Fakhruddin menziarahi Ust. Zubir EXCO Unit Kebudayaan Kesenian dan Sukan Dewan Perwakilan Mahasiswa Tanta di Hospital Tibah, Ust. Zubir dimasukkan ke wad kerana doktor ingin melakukan pembedahan ke atas tulang kakinya yang patah ketika perlawanan bola sepak persahabatan antara pasukan Tanta menentang Zaqaziq baru-baru ini.

Untuk itu ibnur rahmat menyeru sahabat-sahabat Tanta berdoa kepada Allah s.w.t semoga Ust. Zubir cepat sembuh dan kembali bertugas.

Ust. Zubir bersama ahli bait tersayang Ust Azizil Hamid

Kaki Ust. Zubir yang patah dibaluti dengan simen

kesian Ust. Zubir.....sabar no..!! Insyallah cepat sembuh nanti..
x sbr nak tendang bola lagi..!!

Read More......

Sunday, February 22, 2009

Perak Diperintah DAP ?



Assalamualaikum,

Tergelak saya apabila ada yang masih menuduh kerajaan negeri Perak pimpinan Ir Nizar sebagai boneka DAP. Sedangkan tuduhan tersebut hanya fitnah dan retorik media massa perdana yang pro-UMNO untuk memburukkan imej Ir Nizar.

Kepada mereka yang masih buta tuli, sedarlah. Berikut jawapan saya terhadap hujah 'bodoh' anda semua.

Isu pemberian tanah di negeri Perak

Sudah saya jelaskan berpuluh kali bahawa pemberian hak milik kekal tanah yang diusahakan oleh Ir Nizar semasa menjawat jawatan Menteri Besar Perak sebenarnya menguntungkan orang-orang Melayu lebih daripada orang Cina.

Janji memberikan hak milik kekal tanah di Perak sebenarnya dibuat oleh PAS dan PKR sahaja. DAP tidak terlibat dalam janji ini kerana semasa PRU12, PAS tidak menjalin pakatan dengan DAP.

Hanya selepas BN tumbang di Perak, barulah PAS menjalin pakatan dengan DAP melalui Pakatan Rakyat bagi menubuhkan kerajaan di Selangor, Perak, Pulau Pinang dan Kedah. Pakatan Rakyat sendiri ditubuhkan selepas PRU12. Sila rujuk berita-berita sebelum, semasa dan selepas PRU12.

Memang diakui bahawa Ir Nizar telah memberi hak milik kekal tanah kepada 134 kampung-kampung baru Cina. Namun, satu perkara yang tidak didedahkan media ialah Ir Nizar juga memberikan hak milik kekal tanah kepada kampung-kampung tersusun.

Kampung tersusun adalah kampung-kampung Melayu !. Dianggarkan sebanyak lebih 500 kampung Melayu mendapat hak milik kekal tanah daripada Ir Nizar. Jadi, siapa yang untung dalam hal ini?, sudah semestinya ialah orang-orang Melayu.

Pemberian tanah kepada sekolah Cina

Memang Ir Nizar ada mengurniakan tanah kepada sekolah-sekolah Cina. Namun, beliau bertindak adil. Mereka anak-anak Cina juga adalah warga Perak, maka mereka layak mendapat pembelaan bagi membangunkan sekolah mereka.

Namun, Ir Nizar juga memberikan tanah kepada sekolah-sekolah agama rakyat (SAR). Bukan setakat tanah, SAR juga mendapat peruntukan besar daripada kerajaan negeri Perak Pakatan Rakyat. Semasa pemerintahan Ir Nizar, SAR telah dibangunkan dengan hebat sekali. Sedangkan semasa pemerintahan UMNO dan BN, SAR diharamkan !.



Jadi, siapa yang sebenarnya membela pendidikan anak Melayu. Semestinya Pakatan Rakyat.

Melayu, Cina, India perlu dapat hak sama rata - Pengerusi BBPM Perak

Pengerusi Badan Bertindak Perpaduan Melayu (BBPM) semasa demonstrasi di hadapan bangunan UMNO Perak mengeluarkan kenyataan bahawa BN akan memberi hak sama rata kepada semua kaum tidak kira Melayu, Cina atau India.

Saya nak tanya....hak sama rata bermakna..jika orang Melayu dapat tanah...orang Cina dan India juga berhak dapat tanah....jadi jelas bahawa tindakan Ir Nizar adalah ADIL kepada semua kaum kerana BBPM sendiri mengatakan bahawa semua kaum perlu diberi hak sama rata.

Kenapa jika Ir Nizar memberi hak sama rata kepada rakyat dituduh pengkhianat??..tetapi apabila BN memberi hak sama rata kepada rakyat dikata hero pula???....

Ir Nizar banyak berjasa

Jelaslah bahawa Ir Nizar telah banyak berjasa kepada rakyat Perak dan beliau telah bersikap adil semasa menjalankan tugas sebagai Menteri Besar Perak. Semua dilayan sama rata, sama rasa kerana mereka semua adalah warga Perak yang membayar cukai kepada kerajaan negeri Perak.

Renungkanlah......

sumber : BENDAHARA TUN PERAK

Read More......

Saturday, February 21, 2009

Karomah Di Bumi Gazzah

Fauziah Gaus terpaksa kencing dalam seluar la, Norman Hakim nak kahwin dengan Mimie la, dan yang terbaru gambar separuh bogel Elizebeth Wong tersebar kat internet, bagi aku, tu semuanya tak mencambahkan pengetahuan langsung. Biar la dengan hidup diorang tu.

Ni nak habaq skit pasal info terbaru yang aku petik dari akhbar tempatan. Kempen memboikot barangan Israel membuahkan hasil. Kempen ni telah memberikan kesan walaupun perlahan. Sebagai contoh, Starbuck telah mengalami kerugian dan terpaksa menutup beberapa premis mereka di seluruh dunia sebab ramai yang boikot. Ok la, berbalik pada tajuk asal. Ikuti artikel di bawah:

Al-Kisah yang telah diceritakan oleh al-fadhil Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahma,Pengerusi Ekskutif Aman Palestin dan juga merangkap Presiden Ikatan Muslimin Malaysia yang telah pergi ke Gaza pada 20-31 Januari.Berikut adalah kisah benar dari beliau dari pengalaman beliau di Gaza:

Peristiwa 1: Seorang Ketua Mujahid Gaza berkata pada Ustaz Zaik bahawa,ketika satu pertempuran, komander mujahidin menyuruh pejuang tidak menembak kereta kebal Yahudi yang memasuki kawasan mereka.Dengan berbekalkan baki 6 RPG, tiba-tiba senjata ini menembak ke arah kereta kebal tersebut dan memusnahkan ia.Komander itu menjerit agar tidak menembak dan para pejuang berkata mereka tidak melakukannya.Mereka berkata tiba-tiba senjata mereka berfungsi dan menembak sasaran.Setelah habis adegan aneh itu,para pejuang mendapati baki 6 RPG itu masih tidak digunakan!Dan siapakah yang menembak tentera laknatullah itu???Allah hu Akhbar!

Peristiwa 2: Temuramah bersama tentera Yahudi laknatullah oleh TV Israel yang cedera mengatakan bahawa mereka melihat pejuang Gaza kesemuanya berpakaian putih sedangakn uniform pejuang bewarna hijau!Siapakah yang berbaju putih itu???

Peristiwa 3: Tentera Yahudi yang buta setelah serangan berkata mereka tiba-tiba dibaling pasir ke mata mereka dan tidak tahu siapakah yang melakukannya.

Peristiwa 4: Peluru berpandu yang pertama di lancarkan oleh Israel ke Gaza mengenai sasaran nya iaitu anggota tentera mereka sendiri!Ia berpatah balik!!!Allah hu Akhbar!

Peristiwa 5: Pada permulaan perang,roket-roket Hamas yang hendak dilancarkan,tiba-tiba salah satu roket itu meluncur laju ke udara tanpa ada sesiapa yang mengaktifkan ia.Dan roket itu mengenai sasaran di Israel!!!

Peristiwa 6: Yang paling menakjubkan,seorang ulamak Syria telah bermimpi bertemu dengan Rasulullah S.A.W dan kelihatan baginda sedang mengeluarkan pedang dari sarungnya.Ulamak itu berkata "Wahai Rasulullah,kemana kamu mahu pergi?",lalu baginda menjawab "Aku mahu berperang di Gaza!!!"...masyaAllah,Rasulullah sendiri mahu berperang di Gaza!!!Dimanakah kita???

Itulah serba sedikit dari kisah takjub yang sempat diceritakan oleh al-fadhil Ustaz Abdullah Zaik setelah berada lebih seminggu di Gaza atas misi kemanusiaan.Ia kisah benar yang perlu umat Islam ketahui. Allahu Akbar!!!

p/s: Teruskan memboikot. Aku tahu ramai yang tak leh tahan kalau tak makan kat McD.

p/s/s: komen la skit untuk menunjukkan keprihatinan anda.

sumber: kalam patah

Read More......

Friday, February 20, 2009

Saingan Piala FA Pusingan ke - 2

Saingan Piala FA bersambung kembali Sabtu ini apabila Kelantan bakal berdepan PDRM di Kota Bharu sebelum saingan timbal balik di Stadium Selayang. Pertemuan kali kedua buat kedua-dua pasukan musim ini selepas PDRM tumpas 2-4 dalam saingan Liga Super. Kemenangan besar ditagih kerana pastinya bekalan selesa perlu dimiliki sebelum bertandang ke gelanggang lawan.

Bergelar pendahulu baru Liga Super pastinya menjadikan skuad Peter Butler pilihan untuk memenangi perlawanan ini ditambah pula dengan aksi gelanggang sendiri yang pastinya menggamit sokongan penuh para penyokong setia merah putih ini. Namun persoalan besar timbul siapakah kesebelasan utama yang bakal dipertaruhkan oleh Butler dalam perlawanan ini kerana mungkinkah pemain utama direhatkan sambil pemain simpanan mengambil tempat dalam kesebelasan utama nanti. Persoalan yang hanya terjawab Sabtu ini. Jalan paling selamat ketika ini adalah membariskan kesebelasan utama dalam usaha mencari bekalan sebanyak mungkin sebelum barisan simpanan yang tidak kurang hebatnya perlu diberi ruang dalam saingan pusingan kedua nanti kerana perlawanan menentang Selangor dalam saingan Liga Super seharusnya lebih menjadi tumpuan kita ketika ini. Rasanya kelibat kesebelasan utama sewaktu membenam Pahang tempohari akan sekali lagi menjadi pilihan utama Butler kerana kombinasi antara mereka dilihat semakin menjadi dalam setiap perlawanan.

PDRM biarpun menghuni tangga tercorot Liga Super musim ini namun keupayaan skuad ini tidak harus dipandang ringan kerana satu ketika mereka mendahului 2-0 dalam saingan liga dan perkara ini seharusnya menjadi satu pengajaran kepada para pemain untuk tidak mengambil mudah pertemuan ini. Sebilangan besar pemain Polis terdiri daripada bekas pemain Kelantan yang pastinya mengetahui serba sedikit kelemahan pasukan Kijang dan sebarang kesilapan pastinya bakal dipergunakan sebaiknya oleh PDRM.

Namun realitinya, moral pasukan "The Red Warriors" ketika ini amatlah terlalu baik dan bukanlah saat yang baik kepada mana-mana pasukan untuk berdepan dengan pasukan Kelantan. Keupayaan barisan depan Kelantan yang diketuai oleh Khalid Jamlus, Norfarhan Mohd dilihat cukup memberangsangkan apabila silih berganti mencetak nama selaku penjaring gol sambil Indra Putra dan Piya turut bernafsu menggegar jaring gol lawan ketika ini bukanlah satu berita baik untuk pasukan PDRM. Penyokong setia Kijang pastinya mengharapkan satu lagi pesta gol akan berlaku di Stadium Sultan Muhammad ke-4 Sabtu ini.

Jadi ayuh peminat setia Sang Kijang. Penuhkan setiap inci ruang di stadium keramat kita Sabtu ini untuk menjadi saksi satu lagi persembahan bermutu daripada pasukan kesayangan kita. Buktikan kepada wira-wira kita, mereka tidak keseorangan didalam gelanggang kerana KITA AKAN SENTIASA MENYOKONG.

Read More......

Mari Mengenali Ulama...

Biodata Tok Kenali (1868 - 1933) - Bhgn [1]



Muhammad Yusuf bin Ahmad

Muhammad Yusuf bin Ahmad atau lebih dikenali sebagai Tok Kenali (1868 – 1933) ialah seorang tokoh tokoh ‘Ulama’ , guru, tokoh pembangun pemikiran umat Islam di dunia sebelah sini, di awal abad ke-20. Beliau seorang alim Rabbani yang dalam hidupnya banyak berpandukan kitab Suci Al-Quran disamping Sunnah Nabi Shallallaahu alaihi wasallam. Beliau disebut juga sebagai seorang yang memilih hidup sederhana . dan juga seorang wali keramat dan mendapat ilham daripada Allah dan ilmu laduni (Ilmu Kurniaan Ilahi tanpa belajar).

Tokoh Besar Ulama Kelantan

Bagi seseorang yang mengkaji sejarah tanah air, lebih-lebih lagi menyelidiki “sejarah kelantan’ maka dia secara langsung atau tidak, akan menemui nama Tuk kenali’. Mengikut perkembangan sejarah, Tuk Kenali adalah merupakan seorang pembangun fikiran umat Islam di dunia sebelah sini menerusi pengajaran kepada murid-murid yang bertebar padabeberapa tempat di Alam Melayu, juga melalui fikiran-fikirannya yang membina menerusi majalah “Pengasuh”, keluaran Majlis Agama Islam dan Adat istiadat Melayu kelantan dan majalah “Al-Hikmah” sebuah majalah pengatahuan yang antara lain yang sedang bersemarak di masa ini.

Sesuatu perkara yang menarik perhatian kita ialah perjuangan dan penghidupan Tuk kenali adalah agak nyata. Beliau banyak menerima pengaruh dari ajaran-ajaran Failasuf islam Al-Iman Ghazali , (1058-1111M) seorang pembangun dan pembina fikiran umat Islam yang banyak membuat pembaharuan dalam acara mengupas soal-soal agama berdasarkan ajaran-ajaran kitab suci Al-Quran dan hadis di samping memperoleh ilmu ladunni di zaman silam. Melihat kepada perjuangannya, kita mendapati cara perjuangannya hampir-hampir sama dengan perjuangan Syaikh Muhammad Abduh (1849-1905M), seorang pembawa pembaharuan pemikiran umat Islam yang meletakkan kitab Al-Quran sebagai asas perjuangannya dan perjuangannya adalah secara melyeluruh menyedar dan membina masyarakat dalam aspek hidup, agama, ilmu pengatahuan, politik, sosial ekonomi dan lain-lain yang secara kebetulan di masa Tuk kenali berada di kota Suci Makkah dan semasa beliau melawat ke Mesir 1322H (1904M) merupakan akhir zaman Syaikh itu.

Kelahiran Tok Kenali

Beliau dilahirkan di Kampung Kenali, Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan kira-kira pada tahun 1287H (1870M*) dengan nama Muhammad Yusof (pernah disebut sebagai Awang sahaja) iaitu di penghujung pemerintahan Sultan Muhammad II (1837-1886M). Bapanya seorang petani bernama Ahmad, manakala Fatimah, ibunya adalah seorang insan yang sopan dan bercita-cita tinggi dan murni.

Latar Belakangnya

Muhammad Yusoff dilahirkan dalam keluarga yang sederhana, dan ini adalah membentukkan sifat peribadinya yang tidak menonjol. Bapanya seorang petani manakala ibunya bagaimana kebiasaan orang-orang di kampungnya adalah bekerja menolong pekerjaan suaminya.

Sebelum melanjutkan pelajaran ke luar negeri, Muhammad Yusof telah mula belajar pada datuknya sendiri Encik Salleh (Tok Leh) iaitu dalam pelajaran membaca kitab suci Al-Quran dan pelajaran tulis-menulis. Sesudah itu dia menyambungkan pelajaran ke masjid Besar Al-Muhammadi, Kota Bharu dan tempat-tempat pengajian lain di sekitar kota Bharu dalam pelajaran Bahasa Arab, nahu, saraf juga pengetahuan agama.

Isterinya ialah Cik Ruqayyah Mahmud. Beliau dikurniakan empat orang anak, iaitu Ahmad, Muhd Shaalih, Mahmud dan Abdullah Zawaawi. Keempat-empat anak Tok Kenali kesemuanya mengikut jejak langkah ayah mereka dengan bergelar Tok Guru.

Perlu disebutkan bahawa datuknya adalah seorang yang lebai, warak, mempunyai sedikit sebanyak ilmu-ilmu agama untuk panduan hidup, seorang yang mempunyai kesedaran, mematuhi peraturan-peraturan agama dan gemar berbuat ibadat semata-mata mencari keredaan Allah.

Bapanya meninggal dunia sewaktu umurnya baru meningkat 5 tahun. Beliau dilantik di bawah pengawasaan datuknya menyebabkan pengaruh bapanya kurang terasa dalam corak hidupnya. Di samping itu, nenek perempuan tirinya, Tuk Mek ngah turut memberikan pendidikan yang baik kepadanya termasuk pengawasan terhadap punca-punca makanan yang hendak disajikan. Menurutnya pengaruh-pengaruh makanan-makanan yang haram adalah membawa akibat yang buruk dalam penghidupan di dunia ini, lebih-lebih lagi di akhirat.

Menyambung Pelajaran Ke Kota Bahru

Sewaktu berusia antara sembilan ke sepuluh tahun, Muhammad Yusof telah mengambil langkah bagi menyambung pelajarannya ke Kota Bharu. Tempat pertama yang ditujunya ialah ke masjid Al-Muhammadi, di mana terdapat beberapa orang guru agama dan beratus-beratus orang murid dari seluruh ceruk Negeri Kelantan menyembung pelajaran mereka ke sini. Sekitar masjid besar ini, dewasa ini penuh dengan pondok-pondok (asrama) penuntut.

Dalam masa menuntut di sini beliau berguru kepada Tuan Haji Wan Ismail (ayahnda Datuk Perdana Menteri Paduka Raja, Kelantan, Dato' Nik Mahmud) Beliau belajar bersama-sama Encik Idris yang kemudiannya menjadi “Mufti Kerajaan Kelantan”’ Selain iatu beliau berguru kepada Tuan Guru Hj. Ibrahim, penambang (Mufti kerajaan Kelantan) Syaikh Muhammad Ali bin Ab. Rahman (Wan Ali) Kutan dan kepada Tuan Guru Padang (Hj. Ahmad) Kota Bharu.

Melanjutkan Pelajaran Ke Tanah Suci Mekah

Sebagai seorang pelajar, Tok Kenali telah menaruh cita-cita yang kuat untuk melanjutkan pelajaran ke Mekah. Pada tahun 1887M (1305H). Menjelang umurnya kira-kira 18 tahun, Tok Kenali menjejak Tanah Suci Mekah untuk meninggikan pelajaran agamanya di samping menunaikan rukun islam yang kelima, ibadat Haji iaitu sesudah enam bulan mengalami kesusahan di Lautan Hindi disebabkan kerosakan kapal yang ditumpanginya.

Bersambung...

Read More......

Thursday, February 19, 2009

Kefardhuan Jihad


Jihad merupakan salah satu tuntutan syariah yang diwajibkan ke atas setiap muslim, namun pengertiannya telah disalah ertikan oleh sesetengah pihak yang melabelkan sebagai satu bentuk keganasan.

Dari sudut bahasa jihad di ambil daripada kata nama terbitan “Jahada” yang memberi maksud berusaha gigih dalam mencapai sesuatu matlamat. Manakala mengikut istilah ialah berusaha gigih untuk menegakan sebuah masyarakat Islam dalam meletak kalimah Allah di tempat yang paling tinggi, seterusnya membawa syariat Allah untuk memimpin keseluruhan alam.

Hukum-hukum yang berkaitan dengan jihad

Di dalam al-Quran dan hadis Nabi s.a.w terdapat banyak ayat yang membicarakan tentang kefardhuan jihad, antaranya:-

Al-Quran:

“Dan perangilah kerana ( menegakkan dan mempertahankan ) agama Allah akan orang yang memerangi kamu, janganlah kamu melampaui batas, sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang melampaui batas.” [ Al-Baqarah -190 ]

“Wahai orang yang beriman bersedialah dan berjaga-jagalah ( sebelum kamu menghadapi musuh ) kemudian ( apabila dikehendaki ), maralah ( ke medan perang ) sepuak demi sepuak, atau ( jika perlu ) marilah serentak secara beramai-ramai.” [ An-Nisa’ – 71 ]

Hadis:

“Jihad adalah wajib bersama semua pemerintah samada yang baik mahupun yang jahat”[ Riwayat Abu Daud ]

“Wahai sekalian manusia ! Janganlah kamu bercita-cita untuk bertembung dengan musuh dan mintalah kesejahteraan daripada Allah. Namun apabila kamu bertembung dengan mereka hendaklah kamu bersabar. Ketahuilah, sesungguhnya syurga itu terletak di bawah bayangan pedang” [ Riwayat Bukhari ]

Hukum jihad terbahagi kepada dua iaitu fardhu ain dan fardhu kifayah :

Fardhu ain:

Hukum jihad menjadi fardhu ain apabila, tanahair umat Islam dicerobohi oleh musuh dan menjadi satu kewajipan kepada setiap penduduknya samada lelaki mahupun perempuan dalam mempertahankan tanahair mereka.

Fardhu Kifayah:

Manakala ia akan menjadi fardhu kifayah hanya sekadar untuk digunakan dalam behujjah, menjawab segala tomahan dan salah faham tehadap agama disamping menyeru masyarakat ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran serta proses dalam penyebaran ilmu pengetahuan agama.

Kategori Jihad

Terdapat pelbagai kategori yang boleh dikaitkan dengan jihad iaitu :

a. Jihad melalui pendidikan :-
- Proses penyebaran ilmu agama kepada setiap lapisan dalam usaha memahami hakikat
Islam yang sebenar.

b. Jihad melalui harta benda :-
- Menyeru setiap masyarakat akan kepentingan menyumbang segala harta benda
mengikut kemampuan dalam pembentukkan sebuah masyarakat Islam diharapkan.

c. Jihad melalui mempertahankan diri :-
- Menghadapi serangan musuh yang cuba mengugat keharmonian agama daripada
landasan yang telah disyariatkan.

d. Jihad dalam bentuk menyerang :-
- Jika usaha menyebarkan dakwah kepada sesuatu komuniti masyarakat di sebuah itu
terhalang oleh pemerintahnya untuk rakyatnya.

e. Jihad dalam mempertahankan tanahair dan agama ( Fardhu ain ) :-
- Jika sesebuah negara telah dicerobohi musuh dalam usaha menakluki dan
menyebarkan dakyah agama, maka jadilah hukum jihad fardhu ain pada ketika itu.

Hikmah Pensyariatan Jihad

Setiap perintah Allah kepada hambaNya mempunyai pelbagai hikmah dan manfaat yang besar yang terselindung disebalik perintah tersebut. Antara hikmah pensyariatan jihad yang paling utama mendaulatkan kalimah Allah di muka bumi ini. Disamping itu memupuk sifat kecintaan terhadap agama serta tanahair dikalangan masyarakat.

Hasil pensyariatannya maka akan lahir sebuah negara yang mana di dalamnya terlaksana perlembagaan yang berpandukan al-Quran dan sunnah.

Contoh Kefardhuan Jihad Pada Masa Kini

Sebagaimana yang telah kita ketahui, dunia hari ini telah digemparkan isu berdarah keganasan rejim zionis terhadap umat Islam Palestin di Gazzah. Dalam isu ini, hukum jihad menjadi fardhu ain terhadap penduduk Palestin untuk mempertahankan bumi mereka.



‘Amaliyyah Istishadiyyah (Serangan Berani Mati):

Serangan berani mati adalah satu kaedah baru dalam jihad untuk memerangi musuh-musuh Islam, ia sering dijadikan salah satu senjata baru yang digunakan oleh pejuang Palestin ke atas Zionis Israel.

Terdapat banyak pendapat yang menyatakan bahawa tindakan ini adalah sama seperti membunuh diri sendiri sebagaimana firman Allah s.w.t :

“Janganlah kamu mencampakkan diri kamu ke arah kebinasaan” [ Al-Baqarah 195 ]

Namun para ulama’ mu’asorah meletakkan tindakan ini adalah sebahagian daripada jihad menentang musuh Islam, sebagai contoh apa yang difatwakan oleh Dr. Yusuf Al-Qardhawi dalam kitabnya [ Fatawa Muasorah Jilid ke 3 / m.s 503 keluaran Darul Qalam Kuwait ] Beliau mengatakan serangan berani mati ini adalah merupakan sebesar-besar amalan jihad, bahkan ia disyariatkan oleh Islam sebagaimana yang telah difirman oleh Allah s.w.t:

“Dan persiapkanlah dengan segala kemampuan untuk menghadapi mereka dengan kekuatan yang kamu miliki dan dari pasukan berkuda yang dapat menggentarkan musuh Allah dan musuhmu serta orang-orang lain yang mereka tidak megetahuinya.”
[ Al-Anfal 60 ]

Mengikut beliau lagi, tindakan ini diharuskan kerana ia sanggup mengorbankan nyawa demi untuk mempertahankan agama dan juga tanahairnya yang kini telah dicerobohi oleh rejim Zionis Israel.

Hampir kesemua rakyat Israel dilatih untuk menjadi tentera samada lelaki mahupun perempuan, mereka sentiasa bersiap-sedia dalam apa jua keadaan sekalipun dalam kempen ketenteraan yang ditaja oleh kerajaan mereka. Maka di sini, tidak menjadi kesalahan tindakan para pejuang Palestin yang melakukan serangan berani mati terhadap rakyat Israel walaupun mangsa yang terlibat adalah dikalangan kanak-kanak dan orang tua. Ini berdasarkan kepada kaedah feqhiah iaitu “Kemudharatan mengharuskan perkara yang dilarang”, sesungguhnya pejuang yang melakukakan tindakan tadi tidak berniat untuk membunuh orang tua dan anak kecil ini dikatakn sebagai darurat peperangan.

Justeru itu, bersamalah kita memupuk thaqafah jihadiyah di dalam diri masing-masing sebagai persediaan untuk menghadapi tipu helah musuh-musuh Islam yang kini bermaharaja lela yang cuba menghapuskan benih-benih perjuangan Islam. Jadilah kita rijal-rijal yang cintakan keizzahan syahid yang sentiasa menanti diakhir medan perjuangan. Dan ingat satu firman Allah s.w.t:

“Janganlah kamu menyangka bahawa orang yang gugur dijalan Allah itu mati, bahkan mereka itu hidup di sisi Tuhannya dengan mendapat rezeki” [ Al-Imran 168 ]

Serta hayatilah kalam dari hadis ini untuk renungan kita bersama:

كن عالما أو متعلما أو مستمعا أو محبا ولا تكن خامسا فتهلك
Wallahu’alam...

Read More......

MENGUAK MISTERI MUHAMMAD S.A.W-BENJAMIN KELDANI

Read More......

Pencuri Mati Tersepit Di Lantai Rumah

Pencuri Mati Tersepit Di Lantai Rumah - malaysiakini
Tuesday, February 10, 2009 5:25 PM
From:"Topengperak_Xinwugi®"

DUNGUN - Seorang lelaki berusia 34 tahun yang dipercayai cuba memecah masuk sebuah rumah menerusi lantai menemui ajal apabila kepalanya tersepit di celah lantai kayu tersebut.

Kejadian berlaku antara pukul 7 pagi hingga 3.30 petang semalam di Kampung Sura Hujung ketika penghuni rumah berkenaan, Wan Azhan Wan Abdullah, 43, keluar mengajar di sekolah berhampiran.

Menurut Wan Azhan, dia terkejut apabila melihat satu objek di lantai bahagian dapur rumahnya ketika pulang dari mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Batu 7, dekat sini.

"Ketika sampai di rumah, saya terus ke ruang dapur untuk ke tandas tetapi tiba-tiba saya terlihat kepala orang dalam keadaan mengerikan," ceritanya ketika ditemui di rumahnya dekat sini, semalam.

Dia kemudiannya terus memanggil jirannya kerana tidak percaya dengan apa yang dilihatnya tetapi mereka mengesahkan ia adalah kepala manusia.

Katanya, dia turut memeriksa bahagian bawah rumah dan terkejut apabila mendapati badan mangsa terjuntai di antara lantai rumah setinggi kira-kira satu meter itu.

Menurut Wan Azhan yang tinggal bersendirian di rumah tersebut sejak tahun 1983, dia mengenali mangsa yang juga jirannya.

Read More......

Khasiat Sayur-sayuran



Sayur-sayuran dan buah-buahan memang telah lama diketahui dari segi khasiatnya kerana kandungan nutrition seperti vitamin, mineral, lemak, protein dan karbohidrat. Pengamal sayur-sayuran dan buah-buahan telah dikenali pasti hidup lebih sihat berbanding mereka yang makan jenis makanan yang lain.Kebanyakan negara maju seperti Britain, Amerika Syarikat dan Jepun menjadikan sayur-sayuran dan buah-buahan sebagai menu utama mereka. Ini kerana, mereka telah mengenal pasti bahawa dengan mengamalkan makan makanan seperti ini dapat meningkatkan kualiti hidup.

Para penyelidik juga telah menyedari sebahagian daripada sayur-sayuran dan buah-buahan ini mengandungi komponen yang boleh membantu menangani masalah kesihata serta menyediakan hidup yang lebih sihat. Pengkajian yang secara mendalam oleh pakar-pakar sains telah membuktikan kandungan dalam sayur-sayuran dan buah-buahan ini telah berjaya mengatasi masalah seperti kancer, penyakit hati, kencing manis serta darah tinggi di mana keempat-empat penyakit ini merupakan penyakit yang telah dikenal pasti yang mencatatkan kematian yang paling tinggi.

Secara amnya, setiap sayur-sayuran dan buah-buahan ini mengandungi pelbagai kandungan yang boleh memuajarabkan pelbagai jenis penyakit . Malahan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan ini dapat mengurangkan pengambilan ubatan sintetik yang mempunyai kesan sampingan.

Walau bagaimanapun, ramai di kalangan kita masih kurang mengetahui khasiat yang diperolehi akibat pengamalan sayur-sayuran dan buah-buahan ini, kerana kurangnya pendedahan yang diberikan. Di sini terdapat beberapa jenis sayur-sayuran dan buah-buahan yang telah dikenal pasti mempunyai khasiat dari segi perubatan.

BUAH KELO

Ramai yang menggemari buah kelo kerana rasanya yang enak. Tetapi ramai yang kurang mengetahui yang buah ini mempunyai khasiat dari segi kesihatan dan perubatan. Nama saintifiknya adalah Moringa oleifera dan buah ini amat baik untuk jantung, saraf dan peredaran darah.Buah kelo amat berkesan untuk meredakan demam panas.

Air perahan daun kelo bukan sahaja kaya dengan vitamin A, vitamin C dan kalsium, malahan juga mengandungi asid amino yang bersifat antibakteria yang membantu menambahkan darah dan menentang berbagai jenis penyakit.Jus buah kelo digunakan untuk tujuan melawaskan kencing serta membantu menghilangkan rasa kembung dan senak akibat ketidakcernaan.

DAUN SALAD

Daun salad bukan sahaja digunakan untuk menghiaskan makanan, malahan juga enak dimakan begitu sahaja.Peranan daun salad bukan sahaja berhenti begitu sahaja kerana daun ini juga mempunyai kepentingan dari segi perubatan. Daun salad atau nama sainsnya Lactuca sativa, merupakan penawar kepada masalah insomia atau gangguan tidur. Tumbuhan ini kaya dengan zat besi, kalsium,fosforus, sodium, potasium, vitamin A dan C, mangnasium dan zink itu mengandungi sejenis kompaun yang dikenali sebagai lactucarium yang bertindak sebagai sedatif.

Daun salad ini juga bertindak menenangkan dan melapangkan fikiran, sekali gus menghilangkan segala keresahan yang melanda.Daun ini juga mengandungi karotin, seraf dan air yang dapat menghilangkan rasa dahaga dan juga bertindak melancarkan sistem pernafasan .

KOBIS

Brassica oleracea merupakan nama sains bagi bunga kobis dan sayur ini berasal dari keluaraga Brassica. Sayur ini mengandungi belerang, iaitu sejenis zat galian yang penting untuk kesihatan. Kobis bukan sahaja berkesan untuk mengubati penyakit ulser dan barah malahan juga berkesan untuk mengubati masalah -masalah lain di usus.

Kobis yang kaya dengan kalsium, fosforus, zat besi, sodium, potasium dan vitamin A, B- Kompleks dan C dapat meredakan masalah di bahagian perut dan hati seperti yang dialami oleh mereka yang lali arak. Kompaun belerang dalam kubis dapat menghindarkan pengeluran carcinogen, sejenis bahan kimia berbahaya dalam tubuh badan. Amalan memakan kobis dapat menghalang carcinogen daripada bergabung menjadi sel-sel darah. Selain itu asid amino yang mengandungi belerang dalam kubis juga bertindak menurunkan paras kolestrol , meredakan saraf dan menenangkan fikiran dan sekaligus membantu seseorang itu tidur dengan selesa pada waktu malam.

TIMUN

Di setengah- setengah tempat, timun juga dikenali sebagai mentimun atau nama saintifiknya ialah Cucumis sativus .Ia mengandungi 0.65% protein, 0.1% lemak dan karbohidrat sebanyak 2.2%. Selain itu timun juga mengandungi kalsium, zat besi, magnesium, fosforus, vitamin A,vitamin B1, vitamin B2 dan vitamin C.

Biji timun mengandungi racun alkoloid jenis hipoxanti ,yang berkesan untuk merawat kanak-kanak yang kecacingan. Bagi mereka yang menhidapi sakit tekak apabila diserang batuk , penyakit ini dapat dirawat dengan biji timun dimana sedikit biji timun dicampurkan dengan sedikit garam dan dikumuh beberapa kali sehari. Pengamalan ini dapat mengembalikan suara yang hilang.

Selain itu, penyakit sampu pucat iaitu sejenis penyakit pening-pening yang berterusan sehingga dapat menurunkan berat badan dapat diatasi dengan pengamalan makan timun mentah atau yang telah dimasak. Timun juga dapat mengubati penyakit disesteri iaitu keluar darah semasa membuang air besar.

KUCAI

Kucai adalah sejenis sayuran yang menyerupai pokok bawang yang berasal dari keluarga Lili. Tumbuhan ini tengik baunya tetapi enak dimakan samada sebagai sayur atau ulam.

Kucai mengandungi vitamin B dan C, karotin dan komponen belerang. Ia dapat mengubati penyakit-penyakit seperti senggugut, penyakit keputihan, darah tinggi dan sembelit.

Kucai bertindak sebagai antiseptik untuk membunuh kuman bakteria dalam usus dan menjadi perangsang dalam proses pengecutan serta pengembangan usus. Ia juga melancarkan pengaliran darah, sekali gus menghindarkan pembekuan darah. Cara penggunaannya adalah menumbuk daun kucai sehingga lumat dan kemudian dikacau dengan air panas lalu diminum. Penggunaannya adalah lebih mujarab sekiranya diminum setiap pagi.

ASPARAGUS

Berasal dari keluaraga liliaceae, dan dikenali sebagai Asparagus officinalis dari segi sainsnya. Sayur ini kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, vitamin A dan C dan niasin.

Bagi mereka yang menghadapi masalah kulit yang berpunca daripada pengumpulan asid yang berlebihan dalam darah yang menyebabkan wujudnya masalah-masalah seperti jerawat, ekzema atau lebih dikenali sebagai kudis , asparagus merupakan jawapan yang tepat bagi mereka.Ini kerana kandungan alkali yang tinggi dalam jus asparagus boleh mengatasi masalah-masalah kulit.

Selain itu asparagus juga mengandungi eleman -eleman yang baik untuk kelenjar tiroid, pineal dan adrenal, jantung, hati, paru-paru, limpa, pankreas dan kulit.

SELERI

Merupakan sejenis sayur yang berbatang lembut yang kaya dengan zat besi, fosforus, sodium, potsium,karotin,vitamin A, B-Kompleks dan C dan magnesium. Dikenali sebagai Apium graveolens dan berasal dari keluarga Dulce umbelliferae, adalah merupakan penawar bagi menurunkan tekanan darah tinggi.Terdapat belbagai cara untuk menggunakan seleri sebagai ubat untuk mengubati tekanan darah tinggi dan cara yang paling berkesan adalah dengan memasukan sedikit daun seleri yang dipotong kecil-kecil dan ditumbuk halus bersama-sama dengan sedikit air dan gula. Untuk keberkesanan yang lebih baik ia hendaklah diminum 3 kali sekali.

Selain itu, seleri juga dapat mengubati keracunan yang berpunca daripada jangkitan bakteria. Antaranya adalah seperti terpijak paku berkarat, jangkitan kuman di bahagian luka atau dalam saluran kencing dan kes melecur teruk menyebabkan keracuanan darah dikenali sebagai sepsis atau septicemia.Kandungan garam galian dalam seleri memulihkan sifat alkalin dalam darah dan membantu menghentikan pembiakan kuman.

LOBAK PUTIH

Masalah perut meragam sering kali berlaku akibat ketidakhadaman makanan dan keadaan ini sungguh menyakitkan seluruh badan.Ramai yang tidak mengetahui yang lobak putih mempunyai kandungan khasiat yang tinggi dan sayur ini dapat menyelesaikan masalah penghadaman. Brassica rapa adalah nama saintifiknya dan beasal dari keluarga Crucifera. Sayur ini mengandungi kandungan air , glukos, sokros dan fruktos yang banyak. Ia juga kaya dengan asid ferulik, asid benzo-pyruvik dan asid amino.

PUDINA

Merupakan sejenis herba yang berasal dari keluarga Labiatae dan ia tergolong dalam spesies mentha.Terdapat berbagai jenis pudina di seluh dunia, antaranya:
-mentha spicata “moroc-can” yang berkesan dalam meredakan kekejangan otot,

-mentha aquatica untuk merawat cirit-birit

-mentha arvensis yang boleh melegakan demam selsema dan menghilangkan rasa loya.

Pudina bertindak sebagai perangsang dan membantu penghadaman serta mengurangkan flatulens. Ia juga bersifat antiseptik, antiparasit dan antivirus. Pemakanannya boleh merangsangkan tubuh badan mengeluarkan peluh.

Daun pudina juga digunakan untuk membuat ubat sapu untuk merawat selsema, sakit kepala, kekejangan otot dan sakit-sakit badan. Minyak yang diperbuat daripada daun pudina boleh menghilangkan rasa loya serta kejutan dan mempertingkatkan konsestrasi.

PASLI

Sayuran ini berasal dari keluarga Umbelliferae dan kaya dengan vitamin dan zat galian seperti kalsium, magnesium dan klorofil.

Daun pasli yang diramas dengan air dapat bertindak sebagai tonik bagimenjaga kesihatan rambut. Air ramasan ini juga bertindak melawaskan kencing dan menurunkan tekanan darah.

Pasli juga dapat meredakan penyakit sengal-sengal tulang, membantu pencernaan makanan dan menguatkan semula otot-otot rahim selepas melahirkan anak.

KACANG BUNCIS

Kacang buncis atau nama saintifiknya adalah Phaseolus vulgaris mengandungi pelbagai khasiat yang tidak terdapat pada tumbuhan sekelurga dengannya.

Sayur yang kaya dengan protein dan vitamin ini membantu menurunkan tekanan darah serta mengawal metabolisme gula dalam darah dan amat sesuai dimakan oleh mereka yang menghidapi penyakit kencing manis atau darah tinggi.

Bagi mereka yang khuatir kerana mempunyai berat badan yang keterlaluan , kacang ini dapat membantu mengatasi masalah mereka. Ini kerana ujian makmal telah menunjukkan kacang ini mengandungi serat dan enzim yang boleh membantu menurunkan berat badan.

PERIA

Peria atau dikenali sebagai kanbas atau nama sainsnya Momordica charantia adalah sejenis sayur yang rasanya amat pahit,tetapi di sebalik kepahitan itulah tersembunyi seribu satu khasiat untuk menjaga kesihatan tubuh badan.

Sayur ini adalah penawar kepada pesakit yang menghidapi penyakit kencing manis. Kandungan bahan yang menyerupai insulin didapati berkesan dalam menurunkan paras gula dalam darah dan air kencing. Peng- hidap kencing manis mestilah menjadikan jus peria ini sebagai satu jus minuman harian, terutama sekali sebelum sarapan.Selain itu peria juga dapat menyembuhkan penyakit batuk yang menyerang kanak-kanak.

BAYAM

Adalah sejenis sayuran hijau yang kaya dengan vitamin A, C dan E serta zat besi seperti fosforus, besi, sodium potasium, magnasium mangan dan zink.Dikenali sebagai Spinacia oleracea dari segi saintifiknya.

Jus bayam mengandungi zat besi secukupnya untuk mengatasi masalah-masalah seperti anemia sejenis penyakit kurang darah. Kaedahnya adalah dengan mengisar daun bayam dengandengan segelas air dan diminum dua kali sehari.

Wanita seringkali kekurangan zat besi kerana didatangi haid pada setiap bulan. Jus bayam yang dicampurdengan jus lobak merah atau jus tomato boleh membekalkan zat besi secukupnya untuk menambah tenaga mereka kerana jus bayam mengandungi asid aksalik dan penambahan jus-jus lain dapat mengatasi kesan-kesan keasidannya.

KADUK

Merupakan sejenis sayuran tempatan yang mudah ditemui. Tumbuhan ini dikenali sebagai Piper sarmentosum roxb dan berasal dari keluarga Piperaceae.

Air yang direbus dengan akar pokok ini dapat melawaskan kencing. Daunnya mujarab untuk merawat demam malaria dengan minum air rebusannya.air rebusan ini juga berkhasiat bagi melegakan batuk-batuk, selsema ,sakit pinggang, sakit gigi dan sengal-sengal tulang.

DAUN KARI

Tumbuhan renek ini berasal dari keluarga Rutaceae dan daripada spesies Murraya koeniggi, mengeluarkan daun-daun kecil berwarna hijau. Daun kari ini biasanya digunakan dalam menambahkan keharuman masakan dan masyarakat India merupakan pengguna terbanyak daun ini.

Dari segi perubatanya, daun ini amat berkesan dalam mengatasi masalah-masalah haid dan gonorea, menghilangkan rasa loya dan pening-pening lalat bagi wanita yang mengandung dan menyembuhkan penyakit cirit-birit dan penyakit berak darah.Selain itu daun ini juga baik untuk peredaran darah dan boleh bertindak sebagai sedatif.

KAPSIKUM

Merupakan sejenis cili yang berisi tebal berwarna hijau atau merah. Adalah dari spesies Kapsikum annuun yang berasal dari keluaraga Solanaceae.Ia kaya dengan vitamin C, vitamin A dan zat-zat besi seperti kalsium, fosforus, sodium, dan potasium.Sayur ini dikatakan dapat

meredakan kesakitan yang ada kaitan dengan kegemukan.Ia juga baik untuk pengedaran darah dan boleh mengtasi masalah sakit kerongkong.

Kapsikum juga mengandungi sejenis bahan yang menghalang sel-sel darah daripada bergumpal, sekali gus menghalang sejenis penyakit darah beku yang dikenali sebagai trombosis.

TOMATO

Nama sainsnya adalah Iycopersicon esculentum.Merupakan sayur yang digemari oleh orang ramai dan boleh dimakan secara mentah atau dimasak.Berasal dari kelurga Solanaceae, kaya dengan zat besi, serat serta vitamin A dan C dimana diperlukan untuk mengekalkan kecergasan badan.Ia juga baik untuk melicinkan kulit dan merupakan salah satu bahan awet yang penting .

Satu kajian terbaru di amerika syarikat telah menunjukkan bahawa pigman merah yang terdapat pada kulit tomato mengandungi sejenis bahan yang dikenali sebagai Iycopene yang mana boleh mengurangkan risiko di kalangan kaum lelaki daripada mendapat penyakit barah prostat.Dalam kajian tersebut, amalan memakan 10 biji tomato seminggu boleh kurangkan risiko sehingga 45%.

KENTANG

Berasal dari keluarga Solanaceae, dan merupakan sejenis sayuran yang paling popular di selurug dunia. Terdapat berbagai jenis ubi kentang di seluruh dunia.Ubi kentang kaya dengan karbohidrat dan zat galian terutamanya dibahagian kulit.

Sayur ini berkesan untuk merawat penyakit batu karang dan juga mengatasi masalah jerawat dan bisul.Caranya adalah dengan mengadun udi kentang dengan sedikit air kemudian disapu ke atas jerawat atau bisul yang sudah pecah sebelum ditutup dan dibalut dengan kain bersih. Cara rawatan yang sama juga digunakan bagi merawat kudis atau luka.

TERUNG PIPIT

Merupakan tumbuhan liar di Malaysia dan di negara-negara tropika.Biasanya dimakan secara mentah ataupun dicelur untuk dijadikan ulam. Dikenalai sebagai Solanum torvum ,dalam nama sainsnya.

Daripada kajian, terong ini mengandungi 2% protein, 0.1% lemak, 7.9% karbohidrat serta mengandungi fosforus, sedikit zat besi, banyak vitamin A dan C dan sedikit vitamin BI.Terong ini juga mengandungi alkoloid jenis steroid yang dikenali sebagai soladin dengan kandungan sebanyak 0.84%.

Buah ini mengandungi banyak khasiat. Antaranya dengan meminum air rebusan buah ini dapat meredakan kesakitan akibat sakit perut yang berterusan.Selain itu akarnya pula dapat mengubati retak kulit pada kaki.

BAWANG PUTIH

Dikenali sebagai Allium sativum dan mempunyai kegunaan yang banyak dan khasiat yang tinggi.Bawang ini telah dikenal pasti dapat memecahkan kolesterol yang menyekat perjalanan darah pada salur darah dan kolesterol ini dikenal pasti sebagai punca kepada penyakit darah tinggi.Ia juga membantu menyegarkan pernafasan sekalipun tempat yang banyak karbon monoksida (asap kenderaan).

Sayuran ini juga dapat menghindarkan seseorang daripada diserang kanser kerana kandungan mineralnya membantutkan ketumbuhan tumor dalam tubuh badan.Selain itu bagi mereka yang mempunyai masalah jerawat, kuman tersebut dapat dibunuh dengan menumbuk bawang putih serta menepekkannya di bahagian yang berjerawat.

MANGGA

Berasal dari kelurga Anacardiaceae dan nama saintifiknya dikenali sebagai Mangifera Indica. Jus buah ini mengandungi khasiat yang tinggi dan berkesan untuk mengubati pelbagai penyakit. Minuman ini, kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium dan magnesium dan vitamin A dan C.

Penyakit hernia atau burut merupakan sejenis penyakit yang menyebabkan isi perut turun ke bawah dan kantung kemaluan menjadi bengkak. Amalan meminum jus buah mangga merupakan amalan berkesan untuk mereda dan menyembuhkan penyakit ini.Ini kerana kandungan karbohidrat dan enzim yang tinggi dalam mangga akan mempercepatkan proses penyembuhan di dalam dan di luar badan.

Selain itu, jus buah mangga ini juga digunakan sebagai agen penghilang dahaga untuk mengatasi masalah penyidratan atau kekurangan cecair dalam tubuh badan.

Petua berkesan adalah dengan menyedut perlahan-lahan jus buah mangga dengan menggunakan straw dan bukannya dengan meminum terus. Memandangkan kandungan gula yang tinggi hanya secawan sahaja dihadkan dan bagi mereka yang menghidapi penyakit kencing manis dan alahan adalah dinasihati membataskan penggunaannya.

AVOKADO

Adalah sejenis buah yang berkhasiat yang mengandungi protein, zat besi, fosforus, kalsium,sodium, potasium, vitamin A dan C dan niasin.Dikenali sebagai Persea americana dan buah ini berasal dari keluarga Lauraceae.

Sebiji avokado dipercayai mengandungi kira-kira 300 kalori, dengan 88% daripadanya terdiri daripada lemak. Ia bertindak dengan berkesan sebagai pelincir semula jadi bagi membolehkan sendi-sendi tulang bergerak bebas terutamanya di bahagian leher, siku, pergelangan tangan, pinggul dan lutut sekali gus dapat menghindarkan penyakit sengal-sengal tulang.

Di samping itu, amalan memakan buah ini setiap hari boleh menurunkan paras kolestrol di samping mengekalkan paras lipoprotein iaitu sejenis kolestrol yang baik yang bertindak melindungi seseorang itu daripada diserang sakit jantung.

Isi avokado yang kaya dengan vitamin A, minyak dan riboflavin amat berkesan untuk memulihkan kesegaran dan kelicinan kulit serta mengatasi masalah kulit kering.

LEMON

Dikenali sebagai Citrus limon dari segi saintifiknya dan boleh ditemui pada bila-bila masa sepanjang tahun.Buah ini seperti buahan lain kaya dengan vitamin C yang berkesan untuk menghindarkan penyakit-penyakit kelamin seperti gonorea, siflis dan klamidia. Ini kerana ia bertindak membunuh kuman bakteria, sekali gus mempertingkatkan daya tahan badan.

Kandungan vitamin C dalam jus lemon, yang turut mengandungi zat besi, kalsium, fosforus, potasium,magnasium dan vitamin B-Kompleks, juga bertindak membunuh sejenis bakteria dikenali sebagai stafilokokus.Bakteria ini menjadi punca beberapa jenis penyakit seperti keracunan makanan, radang paru-paru dan jangkitan jangkitan lain.

DELIMA

Merupakan sejenis buah yang berasal dari kawasan Mediterrane. Dikenali sebagai Punica granatum dan mengandungi asid tannin yang amat muajarab untuk hapuskan masalah cacing di kalangan kanak-kanak.

Selain daripada asid tannin , buah ini juga mengandungi zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, magnasium, vitamin A dan vitamin C. Ia berkesan untuk meredakan cirit-birit yang kronik, termasuk cirit-birit berdarah dan enteritis atau bengkak usus.

Penyakit buasir juga dapat dirawat dengan buah delima ini .Airnya yang bertindak sebagai astringen, disapu ke bahagian yang bengkak dan dilakukan beberapa kali sehingga sembuh.

BELIMBING BULUH

Buah ini mempunyai rasa yang masam dan juga digunakan dalam pelbagai jenis masakan tempatan seperti sambal belacan dan masak lemak. Dikenali sebagai Averrhoa belimbi linn dan berasal dari keluarga Oxalidaceae dan mempunyai nilai yang tinggi dari segi perubatan.

Jus buah ini berkesan untuk melegakan penyakit darah tinggi, kencing manis dan pitam. Selain itu ia juga berkesan untuk melicinkan kulit muka serta mengatasi masalah jerawat dan merawat sakit gigi. Bagi mereka yang menghidapi batuk yang berterusan, adalah dinasihati merebus buah ini dan minum air rebusan ini setiap pagi dan petang.

PISANG

Antara buah tempatan yang digemari ramai adalah pisang atau dikenali sebagai Musa sapientum dari segi sainsnya.Pisang kaya dengan vitamin A dan C, kalsium, fosforus, potasium dan besi .Ia juga merupakan salah satu daripada beberapa jenis buah yang mengandungi kromium, iaitu sejenis bahan yang merangsangkan aktiviti enzim dalam metabolisme glukos yang penting untuk memberi tenaga.

Selain itu, pisang juga merupakan jawapan yang tepat bagi mereka yang menghadapi masalah sembelit, dan juga dapat melegakan penyakit ulser dan penyakit gastritis atau radang perut.

NANAS

Berasal dari keluarg Bromeliaceae dan nama sainsnya ialah Ananas comosus. Buah ini mempunyai kandungan vitamin A, B, da C yang tinggi.

Jus nanas ini bukan sahaja merupakan minuman yang lazat tetapi juga dapat atasi masalah kekeringan di bahagian bibir dan di bahagian muka.Amalan minum jus nanas, juga berkesan untuk atasi masalah kencing tidak lawas. Enzim yang terdapar pada buah nanas boleh meredakan bengkak-bengkak, kuatkan daya tahan badan serta hapuskan fibrin yang boleh bawa sakit jantung dan strok. Selain itu buah ini juga melancarkan perjalanan haid serta berkesan dalam mengatasi masalah pencernaan, pundi kencing, cacing dan kelesuan tubuh badan.

TEMBIKAI

Buah tropika ini kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, vitamin A dan C, asid folik dan zink. Dikenali sebagai Citullus vulgaris dan mempunyai khasiat yang tinggi.

Jus buah ini amat muajarab untuk menyembuhkan pelbagai jenis penyakit seperti demam, masalah perut kembung, sakit kepala dan penyakit paru-paru. Jus ini juga memberi tenaga dan kekuatan di kalangan orang-orang tua serta memulihkan sistem tubuh badan yang lemah bagi mereka yang baru sahaja sembuh daripada penyakit . Selain itu penyakit artritis, gout serta keracunan uremik yang berlaku akibat kehadiran asid urik yang berlebihan dapat diatasi dengan pengamalan minum jus buah ini.

PLUM

Berasal dari keluarga Rosaceae dan mengandungi khasiat yang tinggi.Buah ini mengandungi sejenis bahan yang dikenal pasti sebagai diphenylisation yang bertindak sebagai julap. Bahan ini bukan sahaja mencuci perut, malahan juga mengatasi masalah sembelit. Di samping itu, ia juga sesuai diamalkan oleh mereka yang mengalami masalah kolesterol kerana diphenylisation yang membantu menurunkan paras serum dalam darah. Buah ini mengandungi serat ,iaitu salah satu daripada zat-zat makanan penting yang diperlukan dalam pemakanan harian untuk menjaga kesihatan.

Buah ini juga merupakan penawar bagi mengubati penyakit gastritis akibat inflamasi pada lapisan mukus dalam perut akibat pengambilan terlalu banyak makanan berempah, arak dan ubat-ubat aspirin.

KESIMPULAN

Secara ringkasnya, kita telah mengenal pasti beberapa sayur-sayuran dan buah-buahan yang bukan sahaja mengandungi kandungan khasiat yang tinggi malahan juga mempunyai nilai-nilai perubatan yang amat muajarab. Walau bagaimanapun masih terdapat banyak lagi sayur-sayuran dan buah-buahan yang belum dikaji potensinya sebagai radas kesihatan manusia.Sekecil-kecil cili padi sekalipun mungkin mengandungi kompaun yang berguna untuk menyelamatkan manusia. Jika kita masih melengah-lengahkan usaha pengkajian ke atas tumbuh-tumbuhan ini, mungkin banyak lagi nyawa yang akan terkorban akibat pelbagai jenis penyakit.

Fenomena ini perlu diberi perhatian oleh semua pihak.Dunia ini dicipta lengkap dengan segala unsur pro dan kontra. Apabila tuhan mencipta penyakit, Dia juga mencipta ubatnya

Read More......